Monday, August 27, 2012

TV3 Promosikan Doktor Bedah Palsu

Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King’s College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan.

Dia kemudiannya menulis sebuah buku autobiografi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Haiti, Libya, Nicaragua, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain.

Buku yang berharga RM50 itu berjaya meraih simpati orang ramai untuk menderma bagi membeli ubat kepada mangsa peperangan dan bencana alam melalui akaun peribadinya.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil laporan tersebut, dia bersama empat peguam menjalankan penyelidikan ke atas buku dan lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah.


Menurutnya, nama lelaki tersebut didapati tidak diiktiraf sebagai doktor oleh Persatuan Perubatan Malaysia.

“Untuk menjadi seorang pakar memerlukan masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun tetapi mustahil bagi pemuda ini untuk bergelar pakar dalam usia muda,” katanya pada sidang media di Bangunan MCA, Ampang, di sini, semalam.

Chong berkata, selepas mendapati kegiatannya disedari, lelaki tersebut memohon maaf melalui akaun Facebooknya pada 14 Ogos lalu dan akan memulangkan RM38,099 sumbangan yang telah diberikan kepadanya.

Menurut Chong, pihaknya mendapati, doktor palsu tersebut telah menerima RM48,792 sumbangan di Melaka yang terimanya pada April lalu.

“Jumlah ini bertentangan dengan yang diberitahunya sebelum ini, dan mahu polis menyiasat kes ini kerana menipu,” katanya.

Beliau berkata, empat laporan melibatkan penipuan doktor bedah palsu tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat lalu, bagi tindakan selanjutnya.

Chong berkata, lelaki tersebut pernah mendapat liputan meluas daripada media tempatan kerana menjadi pakar bedah termuda dan menghulurkan kepakarannya di negara yang bergolak dan dilanda bencana. -SH


17 comments:
Write comments
  1. TV3 sepatutnya lebih teliti sebelum membuat sebarang penyiaran.

    ReplyDelete
  2. Tindakan undang2 perlu dikenakan kepada penipu tu.

    ReplyDelete
  3. Malaysia kan negara penipu..haa memang layak dah penipu tipu penipu
    **888

    ReplyDelete
  4. Benarkah lelaki ni menipu untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara atau duit tu diguna untuk diri sendiri??

    ReplyDelete
  5. Ada orang kata, menipu untuk kebaikan tidak mengapa.huhu

    ReplyDelete
  6. Jangan terpedaya dengan golongan seperti ini.

    ReplyDelete
  7. bukan salah pemuda tu tapi TV3 yg bersalah kerana tersangat bongok memilih bahan siaran. inilah contoh yg sedikit saja. bayangkan berapa banyak berita yg disiarkan menerusi TV3. adakah semuanya betul? TV3 ni main hentam saja janji duit masuk pasal berita tu betul ke tidak lain cerita.

    ReplyDelete
  8. TV3 suku tu yang jadi bodoh..macam lembu

    ReplyDelete
  9. Bukan salah TV3, banyak orang yang sudah pernah ditipu oleh lelaki ini. Ada stesen radio cina juga pernah membuat temu bual dengan lelaki ini, mereka pun tertipu juga. Kita tunggulah tindakan daripada polis.

    ReplyDelete
  10. Penerbit buku untuk doktor bedah palsu ini juga bersalah kerana tidak mengenal pasti fakta terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  11. Pintar tapi kepintaran beliau sudah disalah gunakan. Kesian mungkin ada masalah otak.

    ReplyDelete
  12. Kepada mereka yang menjadi mangsa harap dapat bersabar sementara polis menjalankan siasatan.

    ReplyDelete
  13. doktor bedah palsu dipromosikan. tidak patut ini kalau begitu.

    ReplyDelete
  14. patut siasat dulu sebelum promosikan.

    ReplyDelete
  15. berani pula dia offer dirinya untuk mendapatkan liputan meluas.. sumbat saja la dia dalam penjara..

    ReplyDelete
  16. Macam2 perangai orang sekarang ni.

    ReplyDelete
  17. Sama la macam ahli politik. Mahu pintar cakap saja then orang lain akan trust.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.