Saturday, August 25, 2012

Judi bola nak, usah berlagak mahukan Islam

Kalau judi bola pun hendak dilaksanakan oleh pemimpin Umno, tidak perlulah parti itu berlagak mahukan Islam, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz.

"Hari ini, beberapa pemimpin Umno berlakon dan menipu rakyat dengan berpura-pura mahukan Islam ketika masih segar dalam ingatan rakyat merekalah yang gilakan judi bola.

"Sikap itu bukan sahaja anti-Islam malah menjatuhkan maruah orang Islam yang lain kerana orang bukan Islam di dalam DAP pun menentang judi bola itu," katanya.

Mahfuz berkata, Umno bukan sahaja bersungguh-sungguh hendak mewujudkan judi bola malah memperbanyak dan memperluaskan judi sedia ada yang turut dibantah oleh DAP.

"Walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Umno membatalkan keinginannya hendak mewujudkan judi bola, tetapi bukan kerana keyakinan kepada Islam.

"Bukan kerana Islam tetapi kerajaan Umno membatalkan keinginan hendak mewujudkan judi bola itu disebabkan tentangan yang meluas termasuk dari rakyat bukan beragama Islam malah ahli-ahli Parlimen dari DAP antara yang lantang menentang hasrat Umno itu," katanya.

Mahfuz mengingatkan, Umno tidak perlulah berlakon kononnya mahukan Islam kerana pada masa yang sama tindakannya lebih banyak mengingkari Islam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, rakyat tidak henti-henti menyaksikan Umno mengulang-ulang sikap menuduh undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan walaupun tidak berani lagi mencerca undang-undang hudud sebagai primitif dan sebagainya seperti yang mereka lakukan sebelum ini.

"Para pemimpin Umno tidak henti-henti menolak undang-undang Islam tanpa sebarang hujjah yang munasabah, malah berbelit-belit dengan dalih-dalih yang telah lama dipatahkan," katanya.

Mahfuz menekankan, sepatutnya para pemimpin Umno yang beragama Islam beriman kepada undang-undang Allah dan bukan mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan secara terang-terangan penghinaan mereka kepada undang-undang Allah kerana menyifatkannya tidak sesuai dan menggambarkannya tidak adil.

"Tidak mahu buat tidak memberikan hak kepada Umno untuk menghina undang-undang Islam.

"Kini, Umno tidak boleh lagi marah-marah kalau rakyat menuduh Umno bukan sahaja mengkhinati dan menjual bangsa, ugama Islam juga dihina dan dikhinati berulang-ulang kali," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz mengalu-alukan pandangan seorang ahli akademik yang mengakui PAS tetap mempertahankan pendiriannya.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan, pensyarah Perhubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid berkata, PAS dan DAP akan terus mempertahankan pendirian mereka dalam isu hudud.

Akhbar yang sebelum ini dilaporkan sebagai ditentukan kandungannya oleh Biro Politik Umno itu seterusnya melaporkan bahawa pensyarah itu juga berkata, PAS "tidak akan lari daripada hukum hudud".

-HD

14 comments:
Write comments
  1. Judi tu memang haram pun dalam mana2 agama dan harus dihindari.

    ReplyDelete
  2. Relitinya, bukankah aktiviti perjudian ni juga merupakan salah satu sumber pendapatan negara??

    ReplyDelete
  3. Macammana pula dengan Anwar yang memberikan lesen judi nombor ekor dahulu.

    ReplyDelete
  4. Banyak yang hipokrit dan suka cakap pasal agama tapi tidak mempraktikkannya.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana Hudud akan dilaksanakan? Siapa saja yang yang termaktub dalam hukum tersebut?

    ReplyDelete
  6. cakap saja kau ni mahpus! sifat allah yg ke 8 apa dia? kau faham & rujuk sifat itu dgn judi! rasa2nya dgn segmen kau sbg budak milo dari jabatan penerbangn awam mmg la tak tau, kot? huhu

    aku bukan nak kutuk kelulusan s.a.p spm kau! tapi itu la hakikatnya... jgn hipokrit ye, mahpus!!

    ReplyDelete
  7. Ada jugak org nak jadi ustaz kat sini tanya sifat2 Allah. kan Mahfudz tengah cerita isu judi oleh umno, apa alasannya yg kamu nak jadikan halal? Kan Menteri Kewangan nak beri lesen utk benarkan org ramai brjudi bila tiba Piala Dunia baru2 nih. kamu sokong ker judi tu jadi halal? Ini lah bila dkatakan undi umno masuk neraka,marah.

    ReplyDelete
  8. Mahfuz.. bagus kau berkempen sahaja di seluruh Malaysia dengan membawa agenda "jangan berjudi"..

    ReplyDelete
  9. kenapa Mahfuz tidak mengkritik kerajaan DAP pulau pinang yang membuka banyak premis2 perjudian dan kelab malam di negeri itu??

    ReplyDelete
  10. Adakah judi bola ada diluluskan akhirnya?

    ReplyDelete
  11. PAS pun belum lagi mendapat pendirian DAP dan PKR pasal hukum hudud lagi. Tidak semestinya parti komponen PR lain pun bersetuju untuk melaksanakan hudud jika mereka menang.

    ReplyDelete
  12. Isu2 keagamaan yang dibawa oleh PAS hanya untuk memancing undi saja.

    ReplyDelete
  13. DAP Pulau Pinang banyak membuka premis2 judi? PAS pasal apa diam2.

    ReplyDelete
  14. judi adalah haram dan harus dicegah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.