Monday, August 27, 2012

UMNO Berisiko Kehilangan Undi Wanita

Secara tradisinya, wanita adalah sangat penting dalam demografi Umno dengan sayap Wanita parti dilihat sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) — memastikan undi dari suri rumah dan golongan wanita.

Akan tetapi terdapat kerisauan bahawa golongan ini semakin dipinggirkan oleh kerana BN terlalu memberi fokus kepada usaha mendapatkan undi orang muda.
"Terdapat keperluan bagi Wanita Umno untuk menggunakan kembali sistem lama untuk pulang ke kawasan masing-masing dan melawat dari rumah ke rumah. Ini sangat penting.”

"Ketika kami melakukan ini dulu, kita melihat dalam keputusan pilihan raya, hanya terdapat margin kesilapan yang kecil berbanding apa yang kami jangkakan, hanya berbeza 100 atau 200 undi,” kata ketua Wanita Umno bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan.

Kata beliau sayap wanita kelihatan menjauhkan diri daripada cara kempen tradisi yang terbukti berjaya membantu parti sebelum ini.

"Mereka lebih suka menggunakan media online dan anjurkan program besar yang dihadiri dari 10,000 hingga 30,000 akan tetapi tidak ada apa yang nak dibuktikan seperti apa yang berlaku pada 2008," katanya.

Kedua anak muda dan wanita telah dikenalpasti oleh pemerhati politik dan penganalisis sebagai kunci untuk menentukan siapa yang bakal mengambil alih Putrajaya.

BN dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat sudah terkunci dengan apa yang dikatakan sebagai persaingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya.

Penganalisis politik memberitahu The Malaysian Insider bahawa pengundi atas pagar, terutamanya wanita yang bekerja dari rumah dan anak muda - sangat penting bagi menentukan keputusan pilihan raya yang perlu diadakan selewat-lewatnya April 2013.

"Golongan wanita sangat penting oleh kerana jumlah mereka separuh dalam daftar pemilih dan mereka mengundi berdasarkan isu dan pengalaman," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Center kepada The Malaysian Insider.

Oleh : HAFIDZ BAHAROM

17 comments:
Write comments
  1. mcm mane tak hilang..lantik ketua wanitanya nak jaga lembu tak layak, inikan pulak nak jaga manusia.

    ReplyDelete
  2. Setiap golongan yang layak adalah penting dalam menentukan kerajaan akan datang.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya kampen tradisi Wanita Umno perlu diteruskan, untuk mengambil berat dan membantu mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  4. Setiap pengundi adalah rahsia. Jadi kita tunggu saja benar atau tidak wanita ini jauh untuk BN/UMNO.

    ReplyDelete
  5. selagi ada masa, wanita perlu ambil peluang untuk memperbaiki sokongan rakyat terhadap mereka.

    ReplyDelete
  6. Jangan kerana ramalan dan cakap2 dari pihak lain, Wanita UMNO menjadi lemah.

    ReplyDelete
  7. KELMARIN saya bertemu dengan seorang Imam Mesjid antara yang hadhir dalam PROGRAM IMAM DAN WARGA MESJID , anjuran JPM, Jamil Khir dan Masitah sehari sebelum Ramadan.


    Kabarnya 13 ribu orang yang hadir. Dalam program tersebut Najib bersalam dengan Masitah yang disaksikan para hadirin .

    Terkejutlah imam tersebut . Berkatalah Imam yg sokong kerajaan " bukan salah Najib dia tak tahu hukum, mereka salahkan Ustazah Masitah " Jawab Imam yang tahu hukum "

    Itu sebab tak bolih sokong Najib jadi pemimpin sebab JAHIL hukum " . Dalam perjumpaan itu Imam dijanjikan jubah dan RM200. Sampai la ni hanya dapat jubah , itupun kabarnya kena songlap , fulus nahi .

    Itulah UMNO yang politikkan mesjid . UMNO SEMUA BOLIH ???

    ReplyDelete
  8. apa yg hebat sangat dgn Bn/Umno hingga golongan muda patut mengundi atau memilih parti tersebut ? saya sbagai generasi muda tak nampak atau melihat ap yg Bn/Umno buat pada orang2 kampung d SABAH, klu setakat nak bagi tangki air je itu pun masa nak mengundi dah nak dekat...berapa sangatlah harga tangki tersebut...cuba fikirkan , kami sebagai pengundi tager Bn dri dulu...apa yg kami dapat??????. tak payahlah pemimpin Bn/Umno tu nak cakap besar sangat ya.

    ReplyDelete
  9. UMNO bagi 10 keping zink baguskah? Itu penghinaan kepada rakyat namanya. 10 keping zink hanya sesuai untuk reban ayam maknanya UMNO/BN anggap rakyat yang menerima 10 keping zink itu sama taraf dengan ayam!

    ReplyDelete
  10. Harap BN akan bekerja lagi kuat

    ReplyDelete
  11. harap kehidupan rakyat semakin hari semakin bertambah baik

    ReplyDelete
  12. berkempen dari rumah ke rumah? macam jual barang dapur pula tu..

    ReplyDelete
  13. Datuk Azizah Dun sentiasa memberi sokongan kepada golongan wanita di Sabah dalam menubuhkan perniagaan dan sebagainya. Ini satu cara untuk mendapatkan undian mereka.

    ReplyDelete
  14. Wanita dan Puteri UMNO perlulah berusaha mengekalkan undian wanita dan suri rumah.

    ReplyDelete
  15. teruskan usaha dpt undi dari golongan wanita.

    ReplyDelete
  16. Itu pendapat penulis saja. Tidak semestinya betul.

    ReplyDelete
  17. Wanita dan Puteri UMNO kuat kan?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.