Thursday, August 23, 2012

Turun Harga Kereta - Najib Kebas Idea Pakatan

Saya merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk “Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?”. Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.

Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian KEADILAN selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan.

Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.

Pun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno/Barisan Nasional yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara. Pemimpin seperti Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa KEADILAN.

Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan Umno/Barisan Nasional setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno/Barisan Nasional berhubung penurunan harga kereta?

Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional).

Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN. Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakeretadengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen.

Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar.

KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah:

1. Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;

2. Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;

3. Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;

4. Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;

5. Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan

6. Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.

Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, KEADILAN akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan Umno/Barisan Nasional yang seterusnya kerana saya yakin Umno/Barisan Nasional tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

44 comments:
Write comments
  1. bila UMNgOk akan menghapuskan AP???

    ReplyDelete
  2. Selain daripada menurunkan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat, kerajaan juga bolehlah menaik taraf sistem pengangkutan awam dalam negara. Naik taraf dan menambah bilangan stesen bas untuk kemudahan rakyat, tambah LRT/MRT dan sebagainya di setiap bandar besar dan sebagainya.

    Banyak negara yang membangun juga bergantung dengan pengangkutan awam, jika sistem pengangkutan awam kita diperbaiki lagi supaya lebih selesa, selamat dan cekap, pasti ramai rakyat akan menggunakan pengangkutan awam daripada membawa kereta sendiri.

    ReplyDelete
  3. Jika boleh, kerajaan haruslah selaraskan harga kereta terutamanya kereta tempatan supaya lebih banyak rakyat mampu memilikinya.

    ReplyDelete
  4. yupp! bila lah aku dapat enjoy & tukar2 kereta dgn jenama merc..porshe..ferrari? minyak murah..raod tax murah..tayar murah..servis murah..minyak hitam murah..sparepart murah..aksesori kereta murah..cukai pintu murah..nasi murah..ayam murah..ikan murah..pakaian murah..kasut murah..rumah murah..tanah murah..tambang murah..??!!

    eh, banyaknya janji2 Pakatan!! janji ke auta lg nih? nda sampai 2 tahun lahh..bankrupt 1 Malaysia!! mcm Selangor! dari negeri maju, jalan cantik & lurus kepada negeri nombor 4. jalan rosak nda terjaga. negeri kotor & busuk! aku masih nda lupa janji PR di Selangor sb aku pernah mengundi di sana! cakap pandai mahu turun itu turun ini sebab calon itu pentadbir syarikat BN! rupanya nda mampu! aku ditipu hidup2 bah!

    tengok je Kelantan, emas pun nda dicukai! ikan lumahan rm1 sekilo..tanah diturun 50sen sekaki! tapi rakyat susah cari kerja! negeri azab! berusaha kerja dgn krj BN, padahal nda dipanggil pun bekerja! terpaksa merempat ke tempat lain! tayang kereta & beli rumah! tp mmg nda sedar diri! bawa budaya anti krj/ suu dzon pada semua tempat!! inilah wajah kelantan!

    *aku masih mampulah, jika terbayar lebih tu..aku sedekah pada kerajaan biar dia tolong siapa2 yg memerlukan! yg nda mampu pakai kereta tu pastinya mampu jika anda berusaha kuat2. jangan hanya menunggu buah untuk datang bergolek & sujud padamu.

    jika hati dah nda suka, gula pun dikata garam, kan??

    usaha, maju, jaya!!

    ReplyDelete
  5. Sekiranya kerajaan mahu buat, tetap boleh buat. Apa mahu hairan.

    ReplyDelete
  6. Lebih bagus lagi kalau semua yang membebankan rakyat dikurangkan.

    ReplyDelete
  7. Ada lagi rakyat Malaysia yg dok kata negara akan bangkrup jika ikut spt PR yg mau turun harga barangan keperluan. Dbandingkan pula negeri Selangor, dah melingkup sekarang katanya. Bila melingkup aku pun tak tau ler.Ooo,contoh jln dia kata dah brlobang dan tirus tak mcm yg BN buat dlu. Kelantan pun susah nak makan , aduihh. Otakk, otak..dungu. Bukan Bn yg kata egara akan bangkrap, anjing kurap kat bawah pulak yg brlebih2an.
    dok kata rakyat kelantan kerja dgn kerajaan BN, hei bangsat, jika BN jatuh pun pekrja tu tak dbuang kerja walau telah kerja bwah BN sblom nih. Dia bukan lantikkan BN tapi lantikkan SPA serta JPA. Ptut BN dpt perintah smpai 55 thn dgn menipu rakyat, sebab mmang melayu bangang pun.

    ReplyDelete
  8. kat Johor ada kes pegawai khas dpejabat UMNO bahagian ke cawangan yg dbuang kerja on the spot sebab panggil tok guru MB Kelantan cukur rambut anaknya yg baru lahir. hilang kerja kawan tu hanya panggil nik aziz cukorrambut anak. Dia trpaksa panggil MB Kelantan le sebab MB Johor mngkin tak pandai atau nak pnggil Anifah Aman cukorr, cukor balak sabah bole ler.. Zalim kan UMNO, itu kpd org mereka sandiri.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  9. Isu turunkan rega keta tu satu hal.Kan kerajaan macam istihar biasiswa pd ntah mana punya siswa baru2 ni kan. Siswa tu dapat PTPTN pun tapi bla kena gasak sama PR, pandai pula YB Menteri trbabit tukar status dr PTPTN kpd biasiswa. baguih le cam tu YB Menteri. Tiru idea PR jugakkot dkat PRU nih. Cam RCI jugak mana ada sblom ni cadangannya, bla kena gasak kat rakyat Sabah, alih2 timbul cadangan penubohan RCI. lalu betul ler tanggapan sesetngah pihak kata KERAjaan haramjadah BN tu tiru idea PR

    ReplyDelete
  10. Anonymous August 23, 2012 10:13 AM Bukan Pakatan yang bangkrapkan negara tapi BN/UMNO. Idris Jala Menteri BN kata negara akan bangkrap kalau tidak dilaksanakan cukai GST sebab itu Najib pun takut negara Bangkrap dan berjanji akan laksanakan cukai GST selepas PRU13 ada fahamkah tidak? Lepas PRU134 kita semua tak kira kaya atau miskin akan bayar cukai GSTlah kawan untuk menyelamatkan negara dari bangkrap.

    ReplyDelete
  11. patut keluaran tempatan lebih murah (tapi berkualiti) supaya rakyat mengutamakan barangan buatan Malaysia.

    ReplyDelete
  12. Berita baik ni. kereta buatan tempatan semuanya mampu milik nanti.

    ReplyDelete
  13. Saya cuma minta kalau PR berkuasa bina jalan highway di Sarawak dan Sabah seperti highway terdapat di semenanjung sana! Baru adil. Kalau keadaan sekarang terutama di sarawak betul2 kita dianak tirikan ! Menteri2 sarawak mana boleh harap. Bodek saja yg mereka tahu!Cubalah turun padang cuba pergi pakai jalan darat dari Lundu ke Lawas! Ingat rakyat ini semua peka, bisu dan buta ke?

    ReplyDelete
  14. Siapa yang tidak suka harga rendah tapi barang berkualiti? Daripada mahal tapi hampeh.

    ReplyDelete
  15. bn umno hanya bertindak bila PR buat planing yang terbaik untuk rakyat tapi mereka bn umno buat hanya hangat-hangat tahi ayam saja, tidak bersungguh melaksanakannya, dan hanya buat kenyataan bila masa dekat-dekat mengundi. (PRU) saja. ABU kan bn umno.

    ReplyDelete
  16. Sebilangan pemimpin umno/BN termasuk ahli parlimen memiliki AP dan syarikat jual kereta yg membuat untung atas angin dgn mudah. Rakyat spt dipaksa membeli kereta nasional tempatan walaupun kualitinya diragui berbanding dgn kualiti kereta nasional yg dieksport.Lebih teruk, kereta nasional dijual murah di timur tengah berbanding yg dijual di Malaysia. Rakyat Malaysia sentiasa diperbodohkan oleh dasar automatif umno/BN. UMNO/BN semakin tergugat dgn pendekatan PR yg sentiasa memikirkan kebajikan rakyat lebih diutamakan. UMNO/BN berkubur, Rakyat hidup makmur! ABU!!!!

    **tangki biru**

    ReplyDelete
  17. Saya sokong semua harga barangan turun harga, Tumbangkan BN (Barang Naik) dlm PRU 13 ni, TUKAR......

    ReplyDelete
  18. UMNO pembela rakyat konon, PTHUIIII...........Kasi Lingkup

    ReplyDelete
  19. Betul apa UMNO pembela,sebab itu dia kasi RM250 juta kpd Shahrizat utk bela lembu dgn NFC. Lembu tu ada ler dlm 10 ekor kot. Tajuddin Ramli yg kerajaan hadiahkan MAS kpd beliau dan rugi pula lalu KERAjaan ambil semula dan lupus pula RM586 juta dr Tajuddin tu. Duit rakyat tu. Perwaja Steel , kan Eric Chia tu tak takut hukuman ke hape ke sebab itu ghaib Mahathir dblakangnya. PTPTN tu pula tiru ceti / along utk tekan kaum melayu yg mahu belajar di IPTA/IPTS. Kan dulu ada biasiswa. Banyak lagi isu2 menarik tapi yg nakalnya....MB Kelantan, MB Kedah , DSnwar, YB HUsam Musa, LIM G Eng yg tak betul. KAH KAH KAH kelakar giler otak melayu nih.

    ReplyDelete
  20. 'BN'- (B)Baino (N)Noh @ Ini Kali laa

    ReplyDelete
  21. mereka juga yang desak kerajaan supaya turunkan harga itu ini.. bila kerajaan buat, dituduh pun rampas idea pakatan.. pehh!! baik tidak payah buat desakan atau cadangan..

    ReplyDelete
  22. Pakatan ni pun bukannya bagus sangat.. cakap saja pandai tapi bila buat kerja banyak pula alasannya.. masih banyak lagi janji2 Pakatan yang belum ditunaikan di negeri2 Pakatan..

    ReplyDelete
  23. Nak tau pambangkang ni bagus atau tidak...jom kita pakat serah Putrajaya kpd Pambangkang pulak. Lepas ni andai lebih teruk dr BN, kita humban PR ke Laut Celebes atau Laut Sulu. Amacam ? Kuasa dtangan kita utk pilih mana kerajaan trbaik.

    ReplyDelete
  24. Pasti mendapat sokongan ini juga permintaan menurunkan harga kereta di Negara kita ini/.

    ReplyDelete
  25. bgslah jika harga kereta akan dikurangkan.

    ReplyDelete
  26. Consumers in Malaysia are postponing car purchases because of several factors including expectations of goodies in the upcoming budget for the auto sector.

    ReplyDelete

  27. "The indication is that some people are holding back their purchasers," said Malaysian Automotive Association (MAA) president Aishah Ahmad.

    ReplyDelete

  28. She confirmed that the association's members have recorded a slight decline in sales.

    ReplyDelete

  29. Orders have slowed down a bit. We believe that people expect something will be announced at the budget, adding that the MAA did not expect any significant announcement in the 2013 budget pertaining to the local auto sector.

    ReplyDelete

  30. Budget 2013 will be tabled on September 28. For the first six months of 2012, total vehicle sales rose marginally by 1.4 per cent to 301,224 units from 297,203 units a year earlier.

    ReplyDelete
  31. The MAA has forecast total industry volume to hit 615,000 units for this year - which, if achieved, would be a new record for the country.

    ReplyDelete

  32. One industry observer said sales could be slowing down due to the uncertainty on the date of the general election.

    ReplyDelete
  33. People are holding back their purchases and adopting a wait-and-see' approach.

    ReplyDelete
  34. We believe people are also holding back their purchases following reports that the revised NAP will include a policy to address the gradual reduction of car prices in the country," he said.

    ReplyDelete
  35. According to media reports, the policy is expected to outline a structure to gradually reduce car prices by between 15 per cent and 20 per cent over the next three to four years.

    ReplyDelete
  36. RHB Research Institute, in its recent report, noted that the quantum of the price reduction, should it happen, could have "major implications" for both the used and new car markets over the transition period.

    ReplyDelete

  37. "Accordingly, the government will need to communicate its proposals to the market in an effective and transparent manner to avoid irrational behaviour by market participants and undue volatility in auto sales," it said.

    ReplyDelete

  38. An analyst from a local bank-backed brokerage said it was difficult to determine if the vehicle sales slowdown was due to buyers holding back their purchasers until after the elections.

    ReplyDelete
  39. "Tough to say. But realistically most people would know that whatever the Opposition has in mind is a populist move and implementation would be very difficult."

    ReplyDelete

  40. Proton Edar Dealers Association Malaysia president Armin Baniaz Pahamin also admitted that its members had been reporting a slowdown in sales.

    ReplyDelete

  41. "Sales are slowing down. Whether or not it's due to the general election is uncertain, but the market is a bit cold," he said, adding that sales are generally slower towards the end of the year.

    ReplyDelete

  42. He said uncertainty surrounding the general election, budget and NAP had a collective impact on buyer sentiment.

    ReplyDelete

  43. "All these factors are affecting consumer sentiment," Armin said.He added that the uncertainty was also affecting vehicle manufacturers.

    ReplyDelete
  44. Federation of Motor and Credit Companies Association of Malaysia president Tony Khor, meanwhile, said it was still "business as usual" for the used cars sector. "So far, there has not been much changes in terms of sales trend," he said.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.