Bukan sekali mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad membuat kenyataan yang agak mengecutkan Umno-BN berdepan sebarang kemungkinan perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Terkini, bekas Presiden Umno itu dalam blognya dan beberapa portal lain menyebut kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya.
Lebih menghairankan, Mahathir seolah-olah sudah mula meroyan dan tidak segan menyatakan "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal".
Pada penafsiran biasa, rakyat akan melihat bahawa syaitan yang dimaksudkan Mahathir mungkin sekali adalah BN kerana pada frasa ayatnya jelas menyatakan bahawa lebih baik memilih syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal.
Rakyat tidak merasakan ia suatu yang sangat pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.
Begitupun, perkembangan itu membawa kegusaran kepada Umno-BN.
Malah, Mahathir juga kini terdedah 'kulat-kulat' kronismenya yang diamalkan dizaman beliau yang membelenggu sistem pemerintahan hari ini.
Namun, Mahathir sentiasa bongkak dan hanya menyalahkan penggantinya, Tun Abdullah Abhmad Badawi kononnya zaman pemerintahan Ahli Parlimen Kepala Batas itu sebagai pemusnah kepada keyakinan rakyat terhadap BN khasnya Umno.
Namun bekas Perdana Menteri yang pernah menerajui negara selama 22 tahun itu tidak perasan akan kenyataan beliau itu juga penanda bahawa beliau akur dan mengakui trend sokongan rakyat tidak mampu dibendung lagi.
Keresahan Umno-BN melalui 'old-timer' mereka ini menggambarkan keresahan seluruh koloni Umno-BN yang mana kapal mereka kini semakin berat dan akan tenggelam bila-bila masa sahaja.
Telahan Mahathir ini ada benarnya kerana melihat kepada usaha rakyat yang meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan empat buah negeri BN tumbang pada PRU-12.
Malah, kemaraan rakyat tidak mampu dibendung dengan 'gula-gula' Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), bonus kakitangan awam dan segala jenis bantuan rakyat atau program turun padang babitkan Najib dan kabinetnya.
Ramai yang melihat bahawa keresahan Umno-BN ini bukan kerana bimbang akan masa depan generasi akan datang, namun mereka resah jika kes-kes penyelewengan, skandal dan segala jenis kronisme akan dibongkar lagi selepas mereka hilang kuasa.
Lebih-lebih lagi Mahathir kini terpaksa menelan malu kerana terdedahnya isu kaitan pembekal minyak kepada MAS yang dikaitkan dengan syarikat Petron-San Miguel yang sahamnya dimiliki Mirzan Mahathir.
Mahathir juga resah dengan kebangkitan rakyat di Sabah dan Sarawak dalam beberapa bulan kebelakangan ini setelah beberapa tokoh besar seperti bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Lajim Ukim dan Ahli Parlimen Tawau, Wilfred Bumburing yang keluar BN dan menyokong Pakatan Rakyat.
Malah terdahulu, bekas orang kuat PBB di Sarawak suatu ketika dahulu, Dato' Salleh Jaafarudin telah menyertai PAS dan menyerahkan borang kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menambah keresahan Umno.
Umum mengetahui, Sabah dan Sarawak adalah simpanan tetap BN yang berjaya mengekalkan BN berkuasa terus pada pilihan raya umum yang lalu meskipun hakikatnya BN tewas di Semenanjung.
Situasi inilah yang menjadikan Mahathir semakin resah dan gelisah apakah usia tuanya nanti akan tersembam di tirai besi setelah semua kes-kes yang berlaku dizamannya berkuasa akan didedahkan.
Maka terkeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi datang dari mulut seorang yang bernama Mahathir.
Bak kata Pegarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Riduan, mungkin Mahathir terlupabahawa limakerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 dengan peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir.
Jika ada pun kucar-kacir, ia hanya berlaku pada malam kemenangan Barisan Rakyat (Kini Pakatan Rakyat) di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen 'rahsia' ke dalam mesin 'shredder'.
Tidak cukup dengan itu, dokumen yang telah terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan 'bukti' dan bagi Edy Noor kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 dengan lebih panik kucar-kacirnya di Putrajaya sekiranya BN tumbang.
Bak kata Edy Noor, nyata sekali kenyataan Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari 'ular sawa lumpuh kekenyangan' yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan.
Rakyat sudah semakin celik dan dicelikkan lagi dengan keangkuhan Umno-BN mempertahan sistem rasuah, penyelewengan dan kronisme yang berpanjangan.
Tidak salah jika analisis bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa Umno-BN akan kalah dalam PRU-13 boleh sahaja menjadi tepat kerana bunga-bunga kejatuhan sudah mula berserakan.
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB (detikdaily)
Tuesday, August 28, 2012
Kenyataan Tun Mahathir resahkan Umno-BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam. kita semua masih sayang pada lambanag DACING tapi rakyat tak suka dgn ahli2 dan orang2 yg memegang jawatan d dalam parti tersebut yg seakan-akan mengatakan yg parti itu adalah hak milik mereka dan keluarga mereka. siapa saja yg memegang jawatan penting dlm parti pasti keturunan mereka juga ikut mewah dgn peruntukan yg d berikan. kami sudah muak dan jijik bila melihat semua ini berlaku d depan mata kami yg seakan-akan kami adalah menumpang d bumi sendiri. wasalam
ReplyDeleteSebaiknya Dr M perlulah bersara. Tambahan lagi keadaan kesihatan beliau tidak begitu baik buat masa sekarang ini.
ReplyDeleteMungkin UMNO yang buat huru hara kalau tumbang dalam PRU13 sebab Najib kata dia akan pertahankan putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir macam berperang saja bunyinya!
ReplyDeleteKenyataan bekas PM tu agak keterlaluan, lebih baik beliau bersara sepenuhnya daripada politik. Jangan masuk campur lagi.
ReplyDeleteSegala kenyataan Tun M hanya akan memberi impak negatif kepada UMNO.
ReplyDeleteTidak perlulah risau dengan Dr M. Biarkan saja dia dengan diri dia sendiri.
ReplyDeletehahaha dalam maksud cakap dr.m tu sehingga tak tercapai oleh fikiran cetek penulis.
ReplyDeletePerumpamaan dari mantan PM itu menandakan akan berlaku perubahan kepada pemerintahan dalam pilihanraya akan datang. Tepat pada masanya kerana pemerintah sekarang hanya tahu menyalahkan pembangkang dan tidak pernah memperakui kelemahan diri menyebabkan negara tidak terurus takbir dengan betul. Kebanyakan peminpin hanya mementigkan diri, keluarga dan kroni-kroni dan tanggungjawab terhadap kebanyakan rakyat terus terabai. Tahu memberi "gula-gula" kepada rakyat untuk menutup kelemahan yang ada supaya rakyat masih memberi mandat kepada mereka lagi. Rakyat harus berterima kasih pada pembangkang kerana menyedarkan rakyat dari tidur yang panjang. Untuk mendapatkan "Good Governance", rakyat harus "islah" dan melakukan perubahan.
ReplyDeletesekiranya mahadhir beriktiqad syaitan dikenali lebih baik dari malaikat yg tidak dikenali maka ia terkeluar dari iktiqad ASJ siapa yg bersetuju dengan pendapanya itu rosaklah akidah mereka.
ReplyDelete
ReplyDeleteBenarkah Malaikat Makhluk yang membuat dosa?
Patutukah Syaitan diagung-agungkan?
Benarkah Syaitan lebih baik daripada Malaikat?
Merujuk kenyataan Tun Mahathir,
Sbg Muslim Mari kita rujuk ngn AL-QURAN dan HADIS serta ULAMA'...
begitulah klu zaman pemerintahannya byk penyelewangan nah sekarang ketakutan sudah takut dibongkar rahsianya sampai ke lubang cacing oleh PR...lali suda ba orang tua ni tu lah cakap pun yang memakan tuannya balik..
ReplyDeleteThe leadership of Prime Minister Najib Tun Razak, the architect of the 1Malaysia concept and Government Transformation Programme introduced for the good and prosperity of the people, should no longer be disputed, said Sabah Chief Minister Musa Aman.
ReplyDelete
ReplyDeleteIn this regard, he agreed with the views of former prime ministers Dr Mahathir Mohamad and Abdullah Ahmad Badawi who praised Najib's leadership since helming the country's administration four years ago.
"We should all realise that (Najib) as prime minister, he is sensitive to the needs of the people and many projects and programmes have been introduced to improve the people's lot," Musa said when met at the Parti Bersatu Sabah (PBS) Aidilfitri open house at Dewan Tun Hamdan.
ReplyDelete
ReplyDeleteOn Saturday, Mahathir was quoted as saying that the Barisan Nasional government's position was getting stronger, while Abdullah commended Najib's leadership and the implementation of various transformation programmes to take Malaysia to greater heights.
ReplyDeleteMusa said: "We are now enjoying the result of the efforts taken and I believe the people appreciate these benefits.
"That is why we've seen that at any of our gathering or celebration, many people came and this showed their support for the BN government."
ReplyDelete
ReplyDeleteOn DAP's suggestion for the drawing up of an anti-party hopping law, Musa dismissed it as a mere political gimmick. "We don't believe in what they (DAP) are doing," he said.
tak perlu layan kenyataan Mahathir.
ReplyDeletePairin yang mula-mula gubal undang-undang antilompat tapi ditolak oleh mahkamah.
ReplyDeleteMahathirlah yang bertanggungjawab merosakkan UMNO di masa pemerintahannya.
ReplyDeletebekas Presiden Umno itu dalam blognya dan beberapa portal lain menyebut kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya kerana kemingkinan dia akan masuk penjara diakhir hayatnya itu yang BAHAYA tu.
ReplyDeleteJika ingin mempraktiskan apa yang dikatakan oleh Dr M terpulang kepada BN
ReplyDeletePasti banya yang bermain dalam fikiran Dr M
ReplyDelete"Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal".
ReplyDeleteTerpulanglah kepada rakyat sama ada nak undi syaitan yang dikenali ataupun malaikat yang tidak dikenali. Hak dalam tangan rakyat.
Dr M sepatutnya dah bersara, yakin ja pada Datuk Najib Razak dalam menghadapi PRU-13.
ReplyDeleteapa la yang nak dikecohkan sangat dengan kenyataan Tun M ni? pandangan beliau tidak akan mengubah apa2.. ini bukan lagi zaman beliau..
ReplyDeleteDr. M ni suka cakap berkias. Banyak yang tersirat.
ReplyDeletePandai2 la rakyat buat penilaian. Bertindak, bukan cakap saja.
ReplyDelete