Wednesday, August 29, 2012

Utusan mohon maaf pada Karpal Singh

Seorang wartawan Utusan Melayu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menulis artikel mengenai Pengerusi DAP Karpal Singh, empat tahun lalu tanpa sebarang niat jahat.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 02Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu'.

Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Zulkifli turut mengakui bahawa beliau tidak menghubungi Karpal Singh untuk mendapatkan penjelasan ketika menulis artikel tersebut dan penulisannya bergantung kepada pengalaman serta laporan berita lain mengenai Karpal Singh yang ada kalanya membidas perjuangan PAS untuk membentuk negara Islam.

utusan malaysia apologize to karpal singh notice 260808Sepanjang memberi keterangan, beliau beberapa kali memohon maaf kepada Karpal Singh dan memberitahu hanya menyedari artikel itu tidak tepat selepas Utusan Melayu menyiarkan 'ralat' pada 26 Ogos 2008 untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf.

Sementara itu, Karpal Singh, menerusi kenyataan saksinya berkata perkataan itu (bahawa beliau menolak Islam sebagai agama rasmi negara ini) adalah tidak benar dan beliau tidak pernah berkata demikian.

Beliau berkata Islam ialah agama rasmi Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan bebas untuk mengamalkan agama-agama lain secara aman dan harmoni, dan beliau secara konsisten menyatakan pendirian itu dalam ucapan-ucapan beliau dan di Parlimen selama 26 tahun lepas.

karpal singh sue utusan for defamation 190908 02"Disebabkan oleh artikel ini, orang ramai telah mula menganggap saya sebagai antiIslam dan seseorang yang sengaja mahu mewujudkan rasa benci di kalangan pelbagai bangsa di negara ini. Ini telah memberikan impak buruk yang serius terhadap maruah saya secara peribadi dan sebagai seorang profesional dan ahli politik," katanya.

Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008 kerana mendakwa penerbit akhbar Utusan Malaysia menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung ucapannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu' pada 25 Ogos tahun yang sama.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan 24 September untuk sebutan kes.

Defendan diwakili peguam B. Mohana Kumar manakala Sangeet Kaur bagi pihak Karpal Singh.

-Bernama

17 comments:
Write comments
  1. lain utusan kali fikir dulu tulisan sebelum siar apa lagi melibatkan maruah org dan ketenteraman awam. bikin malu org melayu saja....

    ReplyDelete
  2. Sebaiknya berikan berita yang lebih mudah difahami dan berdasarkan fakta yang tepat.

    ReplyDelete
  3. Utusan Malaysia perlulah memaparkan isu berasaskan fakta dan bukan menabur fitnah.

    ReplyDelete
  4. Lain kali Utusan Malaysia perlulah memastikan semua fakta dan maklumat sebelum membuat paparan.

    ReplyDelete
  5. Pastikan memberikan berita yang berguna kepada semua.

    ReplyDelete
  6. MEMANG BENAR "UTUSAN MALAYSIA" INI MENABUR FITNAH SAJA KERJANYA. TIDAK BOLEH DI PERCAYAI.

    ReplyDelete
  7. Kan dah selalu kalah dmahkamah dek cabaran pembangkang. Ratusan juta tu nilainya dan tak trmasuk yg akan dsaman selepas nih spt kes Rahim Noor vs Nik Aziz. Zaman almarhum ust Fadhil Nor lagi , Utusan @ BN telah brkali2 kena bayar denda ratusan ribu ringgit sehinggalah sekarang. Kalau logik akal, dah melingkup sepatutnya akhbar tu sebab apa akhbar dahler tak laku, saman pula nilai puloh jutaan ringgit kena bayar. Mampos le sesiapa ygada syer dlm akhbar tu.

    ReplyDelete
  8. Pasti diugut tu, tu la sebab sekarang baru cakap.

    ReplyDelete
  9. lain kali berhati-hati tulis artikel.

    ReplyDelete
  10. ORANG BODOH saja yang membaca Utusan Melayu ini asyik MENIPU saja kerja akhbar UMNO ini. Macam tuannya juga!

    ReplyDelete
  11. UMNO bagai bapa yang tidak pandai mengajar anak ( UTUSAN ) gembira kalau anaknya menipu!

    ReplyDelete
  12. baguslah meminta maaf secara terbuka, kerana telah memalukan beliau secara terbuka.

    ReplyDelete
  13. Pasti keadaan akan bertambah buruk jika tidak ada kemaafan yang di lontarkan.

    ReplyDelete
  14. hamba2 UMNgOk masih baca utusan???

    ReplyDelete
  15. lain kali baik tidak payah tulis.. rakam saja kenyataan ahli2 politik kemudian upload terus ke web rasmi mana2 akhbar.. barulah tulen..

    ReplyDelete
  16. Please la jangan nak loyar buruk.

    ReplyDelete
  17. Agree with terrorist. To avoid any problems in the future, just post the original interview.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.