Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, yang dipercayai dibakar kekasihnya masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur semalam.
Bapanya, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, Nurul Firzanah dibedah di bahagian leher bagi membolehkan saluran pernafasannya kembali berfungsi seperti biasa.
Beliau berkata, dengan keadaan Nurul Firzanah yang 25 peratus terbakar dan masih kritikal, sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lagi membawa sebarang erti kepada keluarganya.
"Isteri saya, Norliyati Abdul Hamid masih tidak dapat menerima tragedi yang menimpa anak kedua daripada tiga adik beradik dan setiap kali masuk ke bilik Nurul, dia akan menangis kerana terbayangkan keletah manja satu-satunya anak perempuan kami itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital di sini hari ini.
Nurul Firzanah sebelum itu dilaporkan koma selepas disimbah petrol dan dibakar dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya di kawasan semak berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, selepas keluar bersahur bersama Selasa lepas.
Ekoran kejadian itu mangsa dikatakan mengalami kecederaan di muka, dada dan tangan.
Mat Zaki berkata, selepas kejadian, keluarga kenalan anaknya datang bertemu keluarganya bagi memohon maaf atas tindakan anak lelaki mereka yang berumur 19 tahun itu, namun sebagai bapa, katanya, beliau tidak dapat menerima perbuatan yang dilakukan ke atas anaknya itu.
Katanya, mereka sekeluarga tahu mengenai persahabatan di antara Nurul Firzanah dengan pemuda itu dan tidak menghalang perhubungan itu, namun tidak menyangka perkenalan tersebut membawa derita kepada anaknya.
Susulan kejadian itu, polis Kuala Lumpur memulakan gerakan memburu pemuda itu. - BERNAMA
Saturday, August 18, 2012
Remaja perempuan dibakar kekasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masalahnya kenapa pi dok makan sahur dgn lelaki tu? bukan aku sokong jenayah tetapi kita harus melihat puncnya,bagaimana. Hang ni jenis takder rumah ker?
ReplyDeleteInilah akibat pegangan agama islam dlm diri terlalu nipis.kadang kita islam pada nama saja tapi lihat contoh baru berusia belasan tahun sudah membiarkan anak keluar rumah pagi-pagi buta utk bersahur bersama lelaki bukan muhrim.peyebab utama adalah kerana negara kita malaysia tidak melaksanakan undang-undang islam yg sebenarnya. Nama saja pimpinan negara orang islam namun jauh terpesong dari landasan pemerintahan negara islam berpandukan alquran dan hadith nabi.wallahualam..
ReplyDeleteApa nak peliknya dgn MSia. Kan President MCA tu kaki porno jugak? Dlm DAP ada pemimpin mereka cam tu? Jadi,yg mana HARAM antara undi BN
ReplyDelete( yg ada MCA ) atau undi PR (yg ada DAP ).
DAP tidak bersaing dengan calon Melayu Islam dalam pilihanraya. Mereka berlawan dengan calon bukan Melayu/Islam di kawasan di mana peratus pengundi bukan Melayu adalah tinggi. DAP bersaing dengan calon bukan Melayu dari MCA, Gerakan, MIC, KeADILan dan sebagainya.
ReplyDeleteSemua orang tahu DAP dan MCA sama saja sikap mereka terhadap hukum hudud dan negara Islam. Presiden Chua Soi Lek menganggap seorang ADUN Umno yang mencadangkan pelaksanaan hudud sebagai 'hilang akal.' Hilang akal bermaksud gila. Pelakon video lucah itu juga mengugut akan mengkaji hubungan dengan Umno jika terus memikirkan agenda hudud. Jangankan hudud dalam Enakmen (seperti yang telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu di bawah PAS), dalam angan-angan pun MCA tak benarkan Umno. Lalu bagaimana ulamak penjilat Umno boleh mengisytiharkan MCA sebagai kafir zimmi, sedangkan kafir zimmi adalah golongan yang bernaung di bawah kerajaan Islam tetapi tidak menyanggah perundangan Islam. Perundangan Islam di dalamnya terdapat hukum hudud yang MCA sanggah. Ulamak Umno sudah pening.
Walaupun MCA dan DAP sama-sama tidak menyetujui negara Islam (yang sebenar) dan hudud tetapi kedua parti itu berbeza dari aspek integriti. MCA adalah parti pelopor rasuah dan penyelewengan, racis dan hanya memikirkan kepentingan masyarakat Cina semata-mata manakala DAP tegas menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan terhadap golongan lemah. DAP tidak berlandaskan perkauman, dianggotai pelbagai kaum termasuk juga kalangan Melayu Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Pembelaan mereka semua kaum. Terbukti, Lim Guang Eng dari DAP pernah dipenjara hanya kerana membela seorang nenek yang cucunya dianiayai pemimpin Melayu. Sepanjang MCA dan Gerakan membina persengkokolan kuasa di Pusat, bangsa Melayu menjadi kucing dalam ekonomi. Sedangkan sepanjang tempoh itu, tidak ada satu hari pun DAP berkuasa di Pusat. Jelas dari semua aspek penilaian yang ada kebaikan DAP lebih mengatasi MCA atau Gerakan dan MIC. Cuma DAP 'nampak jahat' di kalangan segolongan Melayu kerana kejayaan media propaganda Umno memburukkan DAP.
Ulamak upahan Umno memberi dalil bahawa penolakan DAP terhadap hudud dan negara Islam sebagai sebab parti itu haram diundi. Bagaimana pula antara Umno dan PAS? Sejak sejak awal penubuhannya PAS istiqomah bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Enakmen hudud pernah lulus di Kelantan dan Terengganu sewaktu kekuasaan PAS, cuma tidak mampu dilaksanakan kerana halangan kerajaan Pusat yang diterajui BN.
** 888
Jika politik tu dah sebati dalam daging, apa2 isu/topik pun boleh dipolitikan. Aduhai...
ReplyDeleteApa saja isu boleh dikaitkan dengan politik, memang tabik dengan pengomen politik seperti ini.
ReplyDeleteHarap teman lelaki si mangsa akan diburu dan dikenakan tindakan yang setimpal kepada apa yang dilakukannya. Kesian remaja yang tengah koma ini.
ReplyDeletekesihan dan simpati atas apa yang berlaku, harap tidak ada perkara seperti ini berlaku dimasa hadapan dan kepada remaja2 yang sedang hangat bercinta, sedarlah bahawa itu hanyalah sementara sahaja.
ReplyDeleteApa punca kepada perbuatan ini?
ReplyDeleteMacam2lah berlaku sekarang ni. simbah asid, simbah petrol,bunuhlah.nak kata masih muda dan pendek akal tak juga boleh pakai sebab ada juga kes yang melibatkan orang dewasa.
ReplyDeleteanak muda.. suka sangat bertindak diluar kawalan dan luar kewarasan akal fikiran.. nanti sudah dijatuhkan hukuman barulah dia nangis, merayu, insaf dsbnya..
ReplyDeleteMemang berani kekasih ini melakukan sedemikian.
ReplyDelete