Thursday, August 23, 2012

Nazri: Seksyen 114A Akta Keterangan kekal

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Seksyen 114A Akta Keterangan, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, akan kekal.

Nazri berkata, keputusan itu dibuat berikutan pembangkang sendiri dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan berkenaan.

"Kita akan terus kekalkan akta ini, lagipun mereka (pembangkang) tidak bersungguh-sungguh (dalam usaha) untuk membuat sebarang perubahan," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.B

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan agar isu pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan tidak dijadikan satu polemik atau isu politik sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Awal minggu lalu, Najib telah meminta Kabinet meneliti peruntukan tersebut ekoran bantahan banyak pihak, dari kedua-dua sebelah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Pindaan membabitkan akta itu diluluskan oleh Parlimen April lalu dan dikuatkuasakan dua bulan kemudian. -SH

20 comments:
Write comments
  1. Patut ler berita jam 7.00 am pd 24 Ogos 2012 kata...demi kesejahteraan dan keamanan negara, akta 114A akan kekal. Aku trdengar le sedikit berita tu sebelum tutop radio umngok tu. Rupa2nya Menteri kasanova dah beri kenyataan. Akta ni utk keamanan rakyat? Keamanan yg mcm mane tu yer. Tolol. Akta tu hanya utk sekat mana2 individu/organi sasi dr menyalurkan apa2 berita utk rakyat di atas salahlaku pemerintah. Makna kalau kerajaan ABC telah menyeleweng harta negara dan ada pula si Alex atau GDL Ent. nak dedahkan kepada umum akan penyelewengan itu, mereka akan ditangkap. Macam tu ker maksud KEAMANAN RAKYAT? Heeii, Nazri,jgn kamu nak tipu rakyat ler.

    **Bokeh UMNO Sri Monanti

    ReplyDelete
  2. Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web, blog, laman sosial atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

    ReplyDelete
  3. Kalau mau tentang, tuntut sebarang perubahan, buatlah dengan sungguh2.maknanya sekarang ni, akta ni masih tetap berjalan.

    ReplyDelete
  4. Baguslah kalau mengenai akta ini akan dikekalkan. Betul juga kalau pembangkang tidak menentang bermakna mereka setuju dengan perkara ini.

    ReplyDelete
  5. Malaysia makin menuju kearah diktator sebenar sedikit demi sedikit. Tiada lagi negara diktator dlm dunia kini yg menyaksikan Romania, Indonesia, Mesir, Tunisia dan beberpa neg.arab serta eropah yg lain. Yg ada mungkin Cuba, Syria yg sedangdlm ambang kejatuhan. Cuma Malaysia masih kekal di tangga teratas 'liga'. Jika kerajaan takut pihak pembangkang atau mana2 individu yg mendedahkan segala macam penyelewengan kerajaan, itu maknanya benar wujud apa yg dikatakan tohmahan pambangkang kpd kerajaan. Di Indonesia, segala bentuk media massa mereka tidak lagi menjadi 'kambing hitam' kerajaan Golkar tetapi bentuk2 berita mereka semuanya menentang dasar kerajaan yg menyalahi semangat utk rakyat malah dilihat berani mendedahkan kebejatan pemerintah.

    ReplyDelete
  6. Kalau tak silap ini adalah salah satu dari undang-undang tengah malam yang mesti diluluskan pada malam itu juga sampai sanggup mematikan jam parliamen. Alasan tidak kuat tentang adalah alasan cetek dan tak sepatut keluar dari kenyataan seorang menteri. Undang-undang adalah untuk rakyat bukan untuk mana-mana pihak tertentu. Rakyat ramai menentang undang-undang ini kerana sifat pengainayaannya. Malahan tentangan dari banyak pihak dari parti pemerintah dan juga pembangkang. Yang tak berparti pun risau dan marah. Tapi kerajaan tak mahu dengar rintihan rakyat. Rintihan rakyat bukan setakat harga barang naik saja. Slogan kami dengar rintihan rakyat dimerata tempat itu semuanya kosong belaka.

    ReplyDelete
  7. Nampaknya Akta 114A ini akan dikuatkuasakan dua bulan kemudian, tiada gunanya membantah sekarang, kerajaan sudah memutuskannya.

    ReplyDelete
  8. Datuk Rais Yatim berkata polis akan membuat siasatan terhadap Khairy Jamaluddin di bawah akta ini juga, kita tunggulah dan lihat bagaimana sebenarnya Akta 114A berfungsi.

    ReplyDelete
  9. Diharapkan kerajaan akan memberikan penjelasan yang lanjut mengenai akta 114A ini supaya rakyat lebih jelas dan faham dengan pindaan akta ini.

    ReplyDelete
  10. Hidup diktator, hidup kuku besi. Syabas BN.

    ReplyDelete
  11. apasal la ado menteri kurang cerdik mcm ni? kena dgr suara pembangkang dulu baru nk mansuh>? suara rakyat tu suara siapa? ke anda ingat kami ni mcm lembu ncf?? siap la bn nanti dlm pru-13

    ReplyDelete
  12. Mari kita pakat usir UMNO/BN dari Putrajaya dalam pilihanraya ke13 ini bagi membolehkan seksyen 114A dimansuhkan.

    ReplyDelete
  13. Pelaksanaannya kena adil. Jangan pula yang bersalah dilepaskan, yang tak bersalah pula dihukum.

    ReplyDelete
  14. Cakap biar serupa bikin.

    ReplyDelete
  15. Salah seorang Mnteri SAMSENG Malaysia. Ye lah, org kampung beliau tak tahu kehidupan kasanova beliau hasil kemewahan hidup yg Tuhan anugerahkan serta kebiadapan hidup anak beliau yg pegang semua 'ayam2' dBukit Bintang tu serta pernah bunoh orang beberapa tahun lepas dTmn sri Hrtamas, KL. Trbbru terajang pengawal keselamtan dsebuah kondo dKL. Awak tu siapa dan kalu masuk tompek orang,kono lah hormat orang punya caro,bukan main terjah je jang.
    ** Bokeh UMNO Sri Monanti

    ReplyDelete
  16. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) menggesa Kerajaan supaya mengkaji semula, meminda ataupun memansuhkan seksyen yang berkontroversi, Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012 kerana ianya melanggar prinsip hak asasi manusia kepada kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR). Peruntukan yang baru diperkenalkan ini telah berkuat kuasa pada 31 Julai 2012, juga melanggar prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 (1) UDHR.

    ReplyDelete
  17. Setiap lapisan masyarakat tidak perlu takut dengan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 atau memandang serong usaha tersebut. hanya golongan yang cenderung menyalahgunakan teknologi maklumat (IT) dan internet perlu takut kepada pindaan akta berkenaan.

    ReplyDelete
  18. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selama ini mengutuk 114A tetapi kemudian membuat pusingan-U apabila menggesa Peguam Negara menggunakannya (Seksyen 114A) ke atas Pemuda UMNO. Ia menunjukkan semua ini telah digunakan sebagai alat politik. Sikap hipokrit seperti ini membuatkan perdebatan mengenai 114A menjadi tidak terkawal..

    ReplyDelete
  19. Pembangkang acuh tak acuh saja tu. Jangan tiada isu untuk dijadikan umpan PRU

    ReplyDelete
  20. Pindaan perlu teliti jangan ada kesilapan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.