Dua belas lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan dari kem tahanan Kamunting hari ini.
Ia diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Sungai Buloh.
Katanya, kesemua 12 dibebaskan lebih awal daripada apa yang ditetapkan dalam perintah penahanan mereka kerana telah pulih.
Tujuh daripada mereka adalah Malaysia, Indonesia 3 dan 2 Pakistan.
Ini adalah kumpulan kedua tahanan yang dibebaskan bulan ini. Kumpulan pertama - tiga orang tahanan - dibebaskan pada 3 Ogos.
Pada masa ini, terdapat 30 tahanan yang masih ditahan di kem tersebut.
Antara mereka yang dibebaskan hari ini adalah Fadzullah Abdul Razak - salah seorang tahanan yang menyertai mogok lapar membantah penahanan mereka tanpa bicara.
Ibunya, Hadijah CP Veeravu, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak berkuasa penjara telah memaklumkan bahawa anaknya harus pulang ke rumahnya di Sungai Buloh sebelum waktu berbuka puasa.
"Kami diberitahu dia akan sampai ke rumah pada jam 6 pm, jika semuanya berjalan lancar," katanya.
Dalam reaksi segera, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), James Nayagam berkata, semua tahanan sepatutnya dibebaskan sebaik sahaja ISA dimansuhkan.
"Semua sepatutnya dibebaskan hari ini. Apabila ISA dimansuhkan, kami menyangka semua orang akan terus dibebaskan," kata Nayagam. -MK
Saturday, August 18, 2012
12 tahanan ISA dibebaskan hari ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sepatutnya kenakan ISA kpd pengeluar ic palsu bg PTI dSabah, bukannya ustaz2.
ReplyDelete**Raja sulu
Tahniah pd tahanan yg dibebaskan. Menjelang hariraya yg bakal menjelang tiba, diharap kesemua mereka bakal dibebaskan. Tahniah x terperi pd kem Pakatan & rakyat, krn kekuatan anda skrg kerajaan bn terpaksa akur dgn kehendak anda. Kita terus sama2 berjuang utk rakyat, sehingga kemuncaknya dlm PRU13. Krn target kita jelas, kita nak wujudkan kerajaan berkebajikan & benar2 berorientasikan rakyat lepas PRU13. Together we'll make a change, insyaallah!...
ReplyDelete**budak libaran
Tahanan ISA tu hanya agenda BN jer. Kalau ianya agenda negara, ramai lagi kena tangkap spt ketua penjenayah negara, sindiket ic palsu, Peguam Negara yg gadai maruah negara demi RM dan beberapa individu lagi. Ini yg kena tahan adalah ustaz2, tok2 guru agama atau orang kuat parti pembangkang (ust jugak pun). Senang2 mereka ke dalam utk 7-8 thn. Kalau negara kafir tu..tak kesah ler.
ReplyDeleteISA akan dikenang bukan kerana penghuninya tapi kerana penyalahgunaan kuasa secara sewenang-wenangnya oleh rejim pemerintah....
ReplyDeleteBaguslah para tahanan ISA telah dibebaskan. ISA pun telah dimansuhkan.
ReplyDeleteNajib benar2 melakukan transformasi untuk kebaikan negara.
ReplyDeleteDua belas lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan dari kem tahanan Kamunting hari ini.
ReplyDeleteTahniah kepada mereka yang bakal dibebaskan daripada Kamunting ini.
Pembebasan 12 tahanan ISA ini menunjukkan bahawa Datuk Najib Razak menunaikan janji beliau untuk memansuhkan Akta ISA!
ReplyDeleteAkta ISA sudah dimansuhkan, dan ini merupakan antara satu keputusan terbaik yang telah di buat oleh PM.
ReplyDeleteHarap mereka yang telah dibebaskan tidak akan mengulangi lagi kesalahan sama.
ReplyDeleteAkta ISA digantikan dengan apa?
ReplyDeleteKeganasan harus ditangani dengan bijak. Keselamatan negara perlu diutamakan.
ReplyDeleteYang pentingnya Najib telah mansuhkan ISA dan lepas ni biar semua tahanan dibebaskan.
ReplyDeleteBanyak sangat transformasi/pembaharuan yang telah dibuat oleh Najib. syabas dengan keberanian beliau memansuhkan ISA.
ReplyDeletekenapa tidak ada suara2 pemimpin pembangkang yang menyokong langkah pembebasan tahanan ISA ini??
ReplyDeleteBaguslah.Tambahan lagi ISA akan dimansuhkan memang ini akan dapat membuktikan kerajaan ingin mendengar masalah rakyat sendiri.
ReplyDeletemoga lebih ramai akan dibebaskan.
ReplyDelete