Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa faktor jawatan dan pangkat menjadi punca utama bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertindak membelakangkan parti.
Malah Khalid menyifatkan pendirian Nasharudin sejak kebelakangan ini yang dilihat bertentangan dengan dasar PAS turut didorong perasaan kecewa apabila gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan lalu.
"Bagi saya, Nasharudin memang kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dengan Umno dan seperti Hasan Ali (bekas Pesuruhjaya PAS Selangor), dia telah hilang peluang untuk memegang jawatan yang lagi besar kerana kalau PAS bersama dengan BN (Barisan Nasional) mungkin dapat jawatan diperingkat pusat.
"Itulah (peluang dapat jawatan) yang dia lihat terlepas. Pada masa yang sama dia kecewa bila kalah dalam pemilihan timbalan presiden hingga menyebabkan dia tidak seperti dahulu," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam di sini, Khamis.
Nasharudin baru-baru ini menggesa PAS menyatakan pendirian tegas berhubung penghinaan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hukum hudud yang akhirnya disambut dengan perasaan marah pemimpin parti itu.
Berikutan itu Nasharudin juga menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang ekoran pendirian DAP dalam isu hudud.
Lebih mencetuskan kontroversi ialah apabila media massa menyiarkan gambar Nasharuddin sedang duduk bersebelahan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi baru-baru ini.
Dalam pada itu Khalid menegaskan pendirian PAS berhubung isu hudud tidak pernah berubah walaupun menyedari sekutu mereka dalam pembangkang iaitu DAP menolak perlaksanaannya.
"Benda yang kita lakukan dulu dia pun setuju, bukan benda baru...yang berubah hanya jawatan dia, yang lain tetap sama," katanya.
Mengulas lanjut Khalid berkata, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok sengaja mencetuskan kontroversi demi mengejar populariti politik menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
"Sekarang (Nasharudin) nampak semakin rapat dengan pimpinan Umno malah di Parlimen pun. Ia merupakan kenyataan yang diduga dan mungkin menunggu masa untuk memaksimumkan impak terhadap PAS dan Pakatan Rakyat agar dia lebih lantang dan ke depan dalam pilihan raya," katanya.
-Mstar
Thursday, August 16, 2012
Khalid Samad : Nasharudin Kejar Jawatan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Manusia berperangai seperti "LALANG" tidak layak untuk d angkat sebagai pemimpin.....sbb tiada penderian yg konsisten.
ReplyDeleteMemang betul tiada niat utk masuk UMNO,tapi kenapa bersama PM (yg seorang ketua umum UMNO ) dpersidangan OIC ? Apa jawatan u dlm kerajaan Msia ni ustaz? Takkan langsung tak sentuh soal UMNo/PAS dr hari awal hingga akhir brsama PM tuh. Cuma 1Soalan jer..kenapa u 'lari' dr PAS setelah tidak trpilih kjawatan no.2 dlm PAS tu?
ReplyDelete**888
dia lari dari PAS sbb pas sekarang sudah jauh lari dari perjuangan asalnya telah di jangkiti virus.pas bertahan lama sbb perjuangan mereka sebelum ni ikhlas tp percaya la lps ni pas akan hancus sbb dah lari dari perjuangan asalnya.percaya la.semua apa yg dia cakap dulu tu dah kebalikkan pada mereka semula.
ReplyDeleteyang buat perhimpunan hijau ke putra jaya tu tak gila kuasa dan jawatan ke?baru tanding kerusi tak sampai 60 pun dah berangan2 nak p putra jaya.boleh ka memerintah dgn kerusi sebanyak itu?trpaksa lah minta belas kasian dari parti org lain.
ReplyDeleteustaz nasha tetap bersama pas! ustaz nasha adalah pembawa kebenaran dlm pas! pas suda banyak menyeleweng bah! perlu diperbetulkan.
ReplyDeleteallahuakbar!!
jgn mudah suu dzon, YB khalid! inilah contoh penganut2 PAS (Parti Angguk Sahaja) menangani sst isu. bila dah dengar guruh berdentum, habis setempayan air kau curah! mengutuk2, mengeji2 padahal kau orang nda tahu perkara sebetulnya lgi.
ReplyDeletepas tu, jilat balik air curahan itu.. uwes jilat2.., turru! huhu
YB Khalid, kenapa buta menjaga Selangor?
ReplyDeleteSetiap hari ada saja berita mengenai maksiat dan industri maksiat yang terbaru di Selangor.Apakah Wakil Rakyat Pas di Selangor hanya sekadar makan gaji buta dan membuat harta sahaja? Bala ini bermula diawal penggal pemerintahan Pakatan Haram yang mana ianya melibatkan Elizabeth Wong yang merupakan Exco kerajaan Negeri ketika itu.Apakah budaya seks bebas yang melibatkan wanita bukan Islam dan lelaki Islam TIDAK BERDOSA di dalam kitab hukum ciptaan Pas.
Keterbukaan Pas menyokong supaya Elizabeth Wong terus mengekalkan jawatan sebagai wakil rakyat dan Exco kerajaan negeri merupakan titik tolak BALA Allah turunkan keatas Selangor darul Ehsan.Ketika itu tiada seorang pun wakil rakyat termasuk Dr Hassan Ali yang berani buka mulut mendesak Ketua Umum PKR iaitu Anwar Ibrahim di “REHATKAN TERUS” dari jawatannya bahkan wakil rakyat Pas menyokong sebulat suara keputusan Anwar untuk merehatkan Elizabeth Wong hanya dua bulan sahaja.Tindak tanduk Ronnie Liu dalam isu ARAK yang berleluasa dijual di kedai runcit maupun di kedai kopi dapat di lihat bahawa semua wakil rakyat Pas seolah-olah mengangguk tanda setuju akan keputusan yang dibuat oleh Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Selangor hingga kehari ini.
Malah kewujudan lebih dari 4000 rumah urut “LESEN DAN TIDAK BERLESEN” juga dilihat seolah-olah wakil rakyat Pas semuanya menjadi wakil rakyat Liberal yang tidak mempercayai Tuhan langsung.Kak Chah pernah menulis di http://www.selangordaily.com/?p=5196 bagaimana ulama Pas mula sedar bahawa mereka tidak berupaya untuk menjadi lembu Anwar lagi.Akhirnya Dato Dr Hassan Ali dipecat tanpa sebab hanya kerana beliau menentang kes gereja DUMC di bulan ramadhan tahun yg lalu (2011).Ini belum dgn isu murtad yg didiamkan pemimpin2 PAS.
Kak Chah juga ada menulis tentang campurtangan isteri Anwar Ibrahim dalam pentadbiran negeri Selangor di http://www.selangordaily.com/?p=5202
siapa yg kejar siapa??
ReplyDeleteDemi mencapai cita-cita beliau untuk mendapatkan jawatan impiannya sebagai PM, Anwar sanggup melakukan apa saja walaupun terlibat dalam perkara yang ditegah agama Islam.
Pengampu yahudi ni telah dibuktikan banyak kali bersekongkol dengan yahudi, contoh terbaik adalah kenyataan yang dibuat Anwar ketika diluar negara menyokong tindakan Israel menyerang palestin tempohari.
Manusia jenis apakah Anwar ni, luar negara cakap lain, apabila tiba dalam negara buat kenyataan nak selamatkan dirinya pula. Macam sesumpah boleh berubah ikut masa dan cuaca keadaan, pendek kata pelbagai watak boleh dibawa pelakon porno seks ni.
Selagi belum kenal Anwar secara peribadi sudah pasti akan mengatakan binatang haram ni baik dan kononnya nak berbakti pada rakyat, tetapi apabila dah mengenali sesumpah dajal ni lama sikit sudah pasti dapat tahu perangai pembawakan yang sebenarnya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana nama beliau boleh tersenarai sebagai salah seorang ahli dan pemimpin dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang terkejut dengan perkara itu berkata, berdasarkan senarai kedudukan yang disiarkan dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148, peranan Anwar begitu aktif.
"Persoalannya bagaimana nama Anwar boleh berada di dalam kumpulan ini? Anwar perlu jawab dan jika benar beliau tidak terlibat sila tampil dengan penjelasan, bukan berdiam diri,"..!!!
anwar, jawab!!
Kalau cerita mengenai jawatan pun rasanya begitu juga dengan Lajim yang meninggalkan apa yang ada kerana mengejar jawatan yang dijanjikan oleh Anwar.
ReplyDeleteSelesaikan masalah dalaman dengan baik.
ReplyDeleteKebanyakan ahli politik memang mahukan jawatan dan wang saja.
ReplyDeleteUst Nasha,you jgn jadi mcm Hassan aqidah suda ler. You lebih baik masuk UMNO dr jadi musuh dlm selimut kpd gerakan islam. Kalu dah tak trpilih masa Pemilihan Agung prti,kenapa harus 'merajuk'? Negara ini dah nak sampai kpd peralihan kuasa dr UMNO yg zalim kepada PR yg berkebajikan. Apa masalahnya,ustaz?
ReplyDeletelangkah perjuangan DS Anwar akan sampai climax nya...insya allah. Dunia melihat jati diri yg ada pd DS Anwar dan ulama mu'tabar dunia telah brdoa kehadlirat Illahi bg memberi kemenangan kepada gerakan ISLAM dan keADILan sejagat.
**yassir Arafat
jgn kerana politik, pemimpin PAS dan UMNO tak boleh bertemu. tak salah eratkan silaturahim.
ReplyDeleteDekat2 PRU13, ramai pemimpin yang kejar benefits.
ReplyDeleteJangan politikan agama demi pentingan diri.
ReplyDeleteAtas dasar politik rasanya UMNo dan PAS bole bersatu TAPI mahukah UMNO yg selama ini bermewah2 dgn hasil mahsul negara yg sentiasa difara'id sesama mereka tiba2 PAS kata 'jangan'. Atas dasar agama,juga mereka bole brsatu TAPI mahukah UMNO menyayangi/meyanjungi MB Kelantan, MB Kedah serta bekas MB TGanu ( TG Hj Hadi ) bg mendaulatkan agama islam dn hukum2 islam. Tak takutkah UMNO pd Chua soi Lek? Sanggup kah UMNO menasihati org2 UMNO agar jgn menabur fitnah (liwat ke sex ke atau yg sewaktu dgnnyer) kpd sesama islam. Sanggupkah juga UMNO brkata... AGAMA & POLITIK BERPISAH TIADA. Jika semua perkara di atas yg merupakan sesuku drp perkara2 lain yg lebih utama, tidak dpt dipenuhi oleh UMNO/BN, memang kedua2 parti itu tidak boleh bersatu.
ReplyDeleteRujuk : Anonymous august 18: 9.39 am
kalu kita turun sandiri ke Selngor, rata2 rakyat Selngor suka dan puji MB mereka. Alih2 ada pulak 'kambing batu' yg reka citer kutuk MB tu.
ReplyDeleteSudahlah PAS, kalau Nasharudin mahu keluar, biarkan mereka keluar. Itu hak dan kebebasan mereka, tidak boleh memaksa mereka kekal dalam parti PAS.
ReplyDeleteParti pembangkang memang suka membesar-besarkan isu keluar parti, kalau parti BN, tak kisah pun orang BN keluar ataupun orang PR keluar.
ReplyDeleteNasharudin juga menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang ekoran pendirian DAP dalam isu hudud.
ReplyDeleteDikatakan PAS dan DAP akan bergabung, tapi masing-masing ada pendirian yang berbeza mengenai isu Hudud, mampukah mereka tidur sebantal tapi mimpi berlainan?
hanya kerana Nasharuddin duduk di sebelah Najib, bertubi2 kritikan dan penghinaan diberikan kepada Nasharuddin.. mana demokrasi dalam PAS??
ReplyDeletesetiap kali ada pemimpin2 PAS yang berlainan pendiriannya dengan pemimpin2 lain dalam PAS, mesti kena hina.. konon gila jawatan la, tidak menyumbang kepada parti la, dan sebagainya.. agaknya inilah wajah sebenar PAS, enggan mengakui kelemahan sendiri..
ReplyDeletekebanyakan yang lompat parti memang ramai yang disebabkan oleh pangkat dan jawatan. pemimpin macam nilah yang tidak layak untuk diundi.
ReplyDeletehanya empunya badan saja yang benar2 tau niat hati. kita tunggu saja beberapa ketika lagi.
ReplyDelete