Saturday, August 25, 2012

KDN diminta perjelas manipulasi kadar jenayah

Pakatan Rakyat mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menberi penjelasan berhubung dakwaan manipulasi data jenayah.

Mereka merujuk kepada satu surat daripada "Sumun Osram" yang mengaku sebagai pegawai polis yang tidak mahu dikenali yang mendedahkan wujudnya manipulasi data jenayah bagi menampakkan kadar jenayah menurun.

Surat tersebut mendakwa terdapat percubaan sistematik untuk menurunkan perangkaan jenayah dengan cara menukarkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks.

Penukaran tersebut dilakukan ketika laporan polis dibuat di mana klasifikasi 'jenayah indeks' akan direkodkan dalam sistem laporan polis sebagai 'bukan-indeks' bagi tujuan perangkaan.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera) hari ini, mereka mahu pihak kerajaan memberi penjelasan segera berhubung dakwaan surat tersebut.

"Dakwaan tersebut sangat serius kerana ia menimbulkan keraguan kepada integriti perangkaan rasmi, dan seterusnya integriti Menteri Dalam Negeri, Pemandu dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)," kata mereka.

Mengikut surat 'Sumun Osram', jenayah yang dimanipulasi termasuk:

(A) Kes-kes kecurian diklasifikasikan sebagai Jenayah Indeks di bawah Akta Jenayah. Laporan mengenai jenayah ini akan diklasifikasi di bawah seksyen 382 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 382 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(B) Samun di bawah Seksyen 457 Akta Jenayah merupakan jenayah indeks. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(C) Menyebabkan kecederaan adalah jenayah Indeks di bawah seksyen 324 dan 326 Akta Jenayah. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Akta Jenayah. Oleh kerana Seksyen 148 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

Perangkaan rasmi hanya mengandungi jenayah indeks sahaja iaitu jenayah yang dilaporkan pada kadar kekerapan yang signifikan.

Jenayah bukan Indeks pula merupakan kes-kes kecil yang tidak berlaku secara kerap.

"Pakatan Rakyat meminta agar Hishammuddin dan Idris Jala untuk mendedahkan perangkaan kes-kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen-seksyen 148, 382, 452 dan 453 Akta Jenayah selepas perlaksanaan NKRA sehingga ke hari ini dan tiga tahun sebelum perlaksanaan NKRA bagi membuktikan kebenaran," tegas mereka. -HD

24 comments:
Write comments
  1. Buat apa mau manipulasi data jenayah??semua pun sedar sekarang ni jenayah bukannya makin berkurangan tapi sebaliknya makin bertambah.

    ReplyDelete
  2. harap lepas ni ada penjelasan dari pihak KDN. kita tidak mau dakwaan tu menimbulkan keraguan kepada integriti pihak yang berkenaan.

    ReplyDelete
  3. Kes jenayah perlu ditangani sebaiknya. Pastikan kes ini semakin berkurangan.

    ReplyDelete
  4. Beri saja maklumat yang sahih. Usah nak manipulasi2.

    ReplyDelete
  5. Jangan sampai rakyat hilang keyakinan kepada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  6. Rasanya rakyat dah sampai tahap HILANG KEYAKINAN pun, tambahan pulak kan banyak contoh depan mata dan dalam seharian pun. Bukan seminggu sekali jenayah barlaku, tiap2 minit. Satu lgi yg mat2 negro masuk Mesia dan berani buat kacau disetiap apartment yg mereka inap...ada pihak brkuasa berani? Ntah2 BN kata jgn dok heboh nanti duta negera trbabit tahu yg kita henjut rakyat mereka,nanti mereka tutop kedutaan pulak..hubungan antarabngsa ler katakan. Chitt...Mesia nih.

    ReplyDelete
  7. "Mereka merujuk kepada satu surat daripada "Sumun Osram" yang mengaku sebagai pegawai polis yang tidak mahu dikenali .."

    boleh percaya ka aduan dari pihak yang tidak mahu dikenali??

    ReplyDelete
  8. kalau tidak puas hati dengan statistik yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, baik pemimpin2 Pakatan tukar saja profesion jadi anggota polis.. mana tau jenayah di Malaysia boleh jadi sifar..

    ReplyDelete
  9. Diharapkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menberi penjelasan berhubung dakwaan manipulasi data jenayah.

    ReplyDelete
  10. Perlu ada siasatan untuk megenal pasti dakwaan percubaan sistematik untuk menurunkan perangkaan jenayah dengan cara menukarkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks, sama ada ia betul ataupun tidak?

    ReplyDelete
  11. Perkara ni harus diberi penjelasan

    ReplyDelete
  12. KDN memang patut ditanya mengenai perkara tu

    ReplyDelete
  13. data yang diberikan haruslah yang benar dan sahih.

    ReplyDelete
  14. The crime index in Sabah dropped significantly to about 12.21 percent or 510 cases in the first eight months this year compared to the same period last year, according to State Police Commissioner Datuk Hamza Taib.

    ReplyDelete

  15. He said the number of crime cases fell to 4,040 in the eight-month period this year from 4,550 in the same period last year.

    ReplyDelete
  16. Hamza said the solving rate achieved in the period this year was 47.03 percent, with street crime solving rate recorded at 51.8 percent.

    ReplyDelete
  17. “The statistics have achieved the Key Performance Index (KPI) set under the National Key Result Area (NKRA) and this achievement was a result of cooperation from all parties,” he said at the Royal Malaysia Police (RMP) Hari Raya open house at the state police headquarters in Kepayan yesterday.

    ReplyDelete

  18. Among guests at the event were Head of State Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin and his consort Toh Puan Datin Seri Norlidah R.M. Jasni, State Federal Secretary Datuk Abu Bakar Hassan; Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Edward Khoo, Sabah Assistant Finance Minister Datuk Donald Peter Mojuntin and Youth and Sports Assistant Minister Datuk Jahid Jahim.

    ReplyDelete

  19. Hamza stressed that close cooperation between the police and the community is important in tackling crimes in the country and give confidence to the people.

    ReplyDelete
  20. He said the crime rate in the state is still under control and manageable.

    ReplyDelete
  21. Meanwhile, Hamza revealed a local man was detained by police in Tawau on Monday for allegedly trafficking in 3.14 kilograms of syabu, which was worth about RM1 million.

    ReplyDelete

  22. He said the suspect, in his 30s, was arrested at the Tawau sports stadium around 9pm on September 10.

    ReplyDelete
  23. “We are still investigating to determine if the suspect was the mastermind and the case has been referred to the State Narcotics Department,” he said.

    ReplyDelete

  24. The arrest followed the detention on August 13 of a foreign man by marine police for alleged smuggling about RM960,000 worth of drugs to Sebatik Island from a neighboring country.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.