Saturday, August 25, 2012

BR1M kedua dalam belanjawan 2013?

Kerajaan akan mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada golongan yang mempunyai berpendapatan isi rumah rendah di bawah belanjawan 2013.

Langkah ini dilihat untuk menaikkan imej Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangkakan akan diadakan awal tahun depan.

“BR1M kedua akan diberikan sebahagian daripada komponen belanjawan,” kata sumber dalam kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Sumber berkenaan enggan memberikan maklumat lebih lanjut, akan tetapi keputusan untuk memberikan bantuan pusingan kedua menunjukkan kemungkinan besar pilihanraya tidak akan diadakan tahun ini.

Ini adalah kerana pemberian RM500 akan mengambil masa untuk diagihkan.

RM500 akan diberikan kepada lebih lima juta keluarga dan dianggarkan berjumlah RM2.6 billion wang pembayar cukai awal tahun ini yang menyaksikan populariti Najib meningkat ke 69 peratus.

Akan tetapi keganasan yang berlaku di antara polis dan peserta perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil pada 28 April telah menyebabkan populariti Najib menurun ke 65 peratus pada bulan lalu.

Najib akan membentangkan belanjawan pada 28 September dan selain daripada pemberian BR1M, beliau dijangkakan akan mengumumkan langkah untuk meningkatkan lagi ekonomi sebelum beliau memanggil pilihanraya.

Ekonomi bertumbuh pada kadar 5.4 peratus dalam suku kedua, dimana ianya sesuatu yang memeranjatkan, tidak seperti yang dijangkakan oleh pakar ekonomi serta berpotensi untuk menimbulkan ‘rasa baik’ di kalangan rakyat menjelang PRU.

Akan tetapi, khabar baik itu tidak akan bertahan lama oleh kerana keadaan ekonomi global akan menjejaskan pasaran eksport Malaysia.

Tanpa disangka, ekonomi Malaysia bertumbuh baik dalam suku kedua walaupun pasaran eksport melemah disebabkan oleh kelembapan oleh sektor pembinaan dan peningkatan perbelanjaan untuk membayar kenaikkan gaji pekerja sektor awam dan tindakan kerajaan bagi pemberian wang tunai akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi berterusan tahun ini kata pakar ekonomi.

Ini bermakna, rakyat biasa tidak merasai kesan positif dalam pertumbuhan ekonomi sehingga menyebabkan pusingan kedua BR1M diperlukan bagi mengekalkan momentum ekonomi.

Beberapa agensi penilaian memberitahu Malaysia masih belum membentangkan rancangan yang meyakinkan untuk berhadapan dengan ancaman fiskal berkembar terhadap defisit belanjawan dan hutang kerajaan walaupun ketegangan dalam profil kredit meningkat.

Nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK mencapai 51.8 peratus pada akhir-2011 walaupun pertumbuhan KDNK kukuh tetapi sekatan kemerosotan selanjutnya adalah ekonomi global.

Kerajaan harus dapat memenuhi sasaran defisit sebanyak 4.7 peratus daripada KDNK pada tahun 2012.

Pakatan Rakyat (PR) telah mengkritik pentadbiran Najib dengan apa yang mereka katakan sebagai membeli undi oleh kerajaan BN melalui perbelanjaan awam dalam bentuk pelbagai pemberian seperti BR1M.

Rafizi Ramli dari PKR baru-baru ini mengecam perdana menteri yang dikatakan “membeli undi” menggunakan perbelanjaan sebanyak RM5.77 bilion wang daripada pembayar cukai.

Pengiraan beliau berdasarkan penambahan bonus perkhidmatan awam sebanyak RM2.2 bilion yang diumumkan baru-baru ini dan pelbagai perbelanjaan “one-off” oleh pentadbiran Najib yang beliau dakwa telah mencecah RM3.57 bilion.

Di bawah “perbelanjaan yang tidak dirancang” sebanyak RM3.57 bilion itu, terdapat BR1M itu, Bantuan Kembali Ke Sekolah 1Malaysia dan Bantuan Buku 1Malaysia.

Beliau berkata skim ini masing-masing menyebabkan kerajaan mengeluarkan kos sebanyak RM2.6 bilion, RM530 juta dan RM260 juta.

Ahli parlimen dari BN juga menerima tambahan sebanyak RM1.5 juta bagi setiap kawasan untuk dibelanjakan ke kawasan mereka tahun ini, kerana pentadbiran Najib memandang ke hadapan menjelang pilihanraya yang akan berlangsung selepas belanjawan pada 28 September.

Sumber berkata bahawa ia akan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk projek yang dikenal pasti untuk dilaksanakan, dan pengumuman selanjutnya dalam Bajet 2013, termasuk pusingan kedua pemberian wang tunai di bawah skim BR1M — juga akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

-TMI

39 comments:
Write comments
  1. PM mengatakan bahawa BR1M akan dilanjutkan pemberiannya pada masa akan datang jika ekonomi negara mmeningkat. nampaknya, rakyat dapat lagilah bantuan awal tahun depan ni.

    ReplyDelete
  2. Ada antara pemimpin yang meramalkan PRU akan dijalankan lepas pengumuman bajet 2013.

    ReplyDelete
  3. Baguslah kalau BR1M ini diberikan setiap tahun.

    ReplyDelete
  4. Semoga kerajaan bijak mengurus kewangan negara demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  5. Janji ditepati. Rakyat didahulukan.

    ReplyDelete
  6. Najib dah 'mental block' tuh. Kena hati2, jgn nanti bangkrap negara

    ReplyDelete
  7. Setiap kali mereka berbelanja, peniaga meraih keuntungan dan peniaga itu akan membayar cukai kepada kerajaan dan ia langsung tidak merugikan kerajaan kerana kitaran belanja itu akan dikenakan cukai jualan dan cukai pendapatan,
    Jadi duit itu akhirnya dikembalikan kepada kerajaan dan tujuannya adalah untuk merangsang ekonomi negara

    ReplyDelete
  8. Jika kita ingin menolong rakyat, jangan diberi ikan, tapi diberikan pancingnya, karena Memberi Pancing lebih baik daripada Memberi Ikannya. Itulah pepatah Cina kuno. Jika kita memberi ikan, nanti orang yang kita tolong akan berasa selesa, menjadi malas dan tidak mau berusaha. Tapi kalau kita memberi pancingnya, dia akan berusaha mendapatkan ikannya sendiri. Tapi...kerajaan mungkin ingin menarik perhatian rakyat supaya menyokong mereka dalam PRU13 nanti...

    ReplyDelete
  9. "MEMBERI PANCHING ADALAH LEBIH BAIK DARI BANTUAN IKAN UTK DIMAKAN." PENDEKATAN INI(BR1M KE2) HANYA MENYERLAHKAN KELEMAHAN KERAJAAN MALAYSIA MEMASTIKAN SARA HIDUP RAKYAT DITAHAP TERBAIK.

    KERAJAAN TIDAK MAU MEMBETULKAN EKONOMI RAKYAT,HANYA DISOGOKKAN DNG BANTUAN,DILAKUKAN HANYA MAU DILIHAT BAIK KRN ADA AJENDA TERSIRAT KERAJAAN.

    54 TAHUN SATU JANGAKA MASA CUKUP LAMA BUAT SESEBUAH NEGARA MERDEKA UTK MELETAKAN RAKYATNYA DALAM KEADAAN SELESA WAKTU INI,NAMUN SEBENARNYA BN TELAH GAGAL MELAKSANAKANNYA,MAKA BAGI SAYA TIADA PELUANG TERAKHIR BUAT PETUALANG NEGARA,IA WAJIB DIHUKUM DALAM PRU13 NANTI.

    TIADA ALASAN BANTUAN IA ADALAH KEWAJIBAN YG WAJIB DI LAKSANAKAN KERAJAAN.TETAPI OLEH KERANA TAMAK DAN TIADA ILMU AGAMA YG JITU DALAM HATI NURANI PEMIMPIN BN UMNO MIC GERAKAN DAN MCA MAKA INI LAH HASIL YG KITA PEROLEHI.

    ReplyDelete
  10. BN & Umno masih dibuai mimpi-mimpi indah di mana undi rakyat dapat di beli dengan pemberian wang ringgit. Negara telah mengalami belanjawan defisit selama 15 tahun berturut2. Alangkah lebih baik pemimpin memikir bagaimana untuk mengurangkan defisit dan menambahkan pendapatan negara.

    ReplyDelete
  11. beruntung rakyat apabila pakatan semakin kukuh,kerajaan semakin prihatin dgn memberi bermacam macam bantuan dan wang tunai,ada br1m dan kemungkinan br1m pusingan kedua,orang felda mendapat laba dan berbagai lagi akan menyusul,yg tak pernah dirasai selama 54 tahun umno memerintah.ini semua hanya kerana umno takut kehilangan KUASA..terima kasih PAKATAN RAKYAT...ABU.ABU.ABU..

    ReplyDelete
  12. Berilah apa pun rakyat akan ambil.....Tapi percayalah undi tetap pada Pakatan Rakyat.....Rakyat muak dengan cara pentadbiran BN UMNO yang begitu lama tiada perubahan khususnya untuk Melayu dan Bumiputra lainnya....Sebenarnya rakyat mahukan kerajaan yang telus, tulus , tiada rasuah, tak membazir , cekap dan pemimpin politik yang bersih dari gejala rasuah dan kroni....Rakyat bukan mahukan wang tunai 5 tahun sekali mereka mahuka harga barang turun, harga minyak turun dan banyak ruang pekerjaan dsb....Hidup rakyat sengsara sekarang ini ...gaji 3 atau 4 ribu tak cukup dan rakyat semakin miskin gamaknya....harga rumah kat JB dan KL dan PP mencecah 500K hingga jutaan ringgit....Apa nak jadi ni...So Melayu nak duduk mana kat JB dan KL ....Setingganlah jawabnya....Itu pun dihalau kerajaan negeri macam anjing kurap......Pergilah pasar berapa harga ikan selar kuning ? RM 12 mak ooi..mahalnya macam mana agaknya orang bergaji RM 1000 - 2000 dengan anak 3-4 orang ya?????ak hidup?...

    ReplyDelete
  13. KL: “Saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup berdepan hakikat kehilangan segala-galanya dalam hidup,” kata Helmi (bukan nama sebenar).

    Gara-gara kemaruk judi roulette, Helmi, 30-an, bukan saja diisytiharkan muflis dan kehilangan segala harta bendanya, malah ketagihannya terhadap permainan judi Internet itu turut menghancurkan rumah tangganya.
    Daripada kehidupan mewah sebagai ‘tauke’ restoran diusahakannya, hidup Helmi kini ibarat ‘langit dan bumi’ berbanding tiga tahun lalu.

    “Semua kawan terkejut melihat kehidupan saya sekarang. Mereka tidak percaya apabila tengok saya hidup bergelandangan dan pernah tidur di bawah jambatan.

    “Jika tidak kerana mengenangkan anak, mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Saya bersyukur kerana iman masih kuat untuk menempuhi dugaan ini,” katanya sebak. (myMeto)

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah hasil dari produk tarbiah UMNO sejak 55 tahin merdeka. Bermula dari Loteri Kebajikan Masyarakat (sejak zaman PM M'sia pertama yang menipu rakyat mengatakan judi loteri itu sebagai 'kebajikan'), empat nombor ekor, judi bola, TOTO, kasino Genting Higland dan segala macam perangai syaitan termasuk judi internet yang masih tiada kawalan ketat, sekarang.

    Pemikiran otak penjajah jahiliah inilah yang disogok ke dalam kepala rakyat.UMNO (Melayu Islam) tidak akan lepas dari tanggungjawabnya di akhirat.

    ReplyDelete
  14. biasalah di sabah'' kana kasi atap zink sama duit RM50 terus undi BN. apa boleh buat, itulah harga diri org2 sabah. mmg patut sabah dapat gelaran Fix Deposit BN. RCI di sabah mau ditubuhkan konon tapi mengikut TOR RCI, cuma boleh siasat saja tapi tidak dinyatakan dlm TOR tindakan terhadap org terlibat dlm projek IC. satu lagi, untuk apa IC di berikan, tidak dinyatakan dlm TOR.

    alalalaaa.. mcm juga bunuh altantuya tu. dua ekor monyet sudah dihukum gantung tapi MOTIF PEMBUNUHAN tidak dinyatakan. aduinaa.. inilah standard mahkamah malaysia. mcm pi pasar beli ikan tapi tak tahu motif apa beli ikan tu samada mau makan ka atau mau kawin sama ikan tu wakakakaa..mahkamah mmg susah mau buktikan motifnya.

    ReplyDelete
  15. bagusnya bn,sia tatap undi bn

    ReplyDelete
  16. Bagi BRIM nanti lepas pru13 Najib sembelih rakyat dengan cukai GST pula barulah rakyat terduduk memengis air mata darahpun tak guna sudah.

    ReplyDelete
  17. Kalu celik kita menangkan Pakatan barulah dimasaakan datang parti politik berlumba-lumba menjaga kebajikan rayat kalu BN menang lagi alamatlah GST

    ReplyDelete
  18. "untuk menaikkan imej Perdana Menteri (PM)"

    bukan pembangkang yang minta bantuan ini diteruskan??

    ReplyDelete
  19. setiap kali bantuan dihulurkan kerajaan, mesti pembangkang akan balas dengan kenyataan2 yang memperlekehkan bantuan itu, sedangkan mereka juga yang minta supaya bantuan itu diteruskan..

    ReplyDelete
  20. bagaimana pula dengan janji2 Pakatan seperi memberikan rm500 kepada guru? pendidikan percuma? rm4000 kepada rakyat miskin dan sebagainya?? adakah itu bukan untuk menaikkan populartiti Anwar?? berapa banyak dana pula yang bakal digunakan?

    ReplyDelete
  21. apapun kerajaan beri kita sebagai rakyat ambik ajalah patut pun dah 50 thn perintah lepas itu nak undi pandai pandai lah allah saja yang tahu undi itu rahsia semoga tuhan bersama sama kita dalam menegakkan kebenaran islam di bumi malaysia yg kita sayangi ini

    ReplyDelete
  22. Kerajaan akan mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada golongan yang mempunyai berpendapatan isi rumah rendah di bawah belanjawan 2013.

    Harap proses meluluskan pemohonan untuk BR1M pusingan kedua akan dilakukan dengan adil dan lancar.

    ReplyDelete
  23. BR1M sebelum ini mendapat sambutan yang amat baik, diharapkan kali ini, BR1M ini boleh teruskan membantu golongan susah serta mengurangkan bebanan mereka.

    ReplyDelete
  24. Kalau ekonomi negara positif pasti ada BR1M lagi tu

    ReplyDelete
  25. Penerima yang layak saja yang patut terima bantuan

    ReplyDelete
  26. BR1M harap akan berterusan lagi.

    ReplyDelete
  27. The government will announce a second round of RM500 cash handouts to underprivileged households under Budget 2013, in a move that is expected to boost the ratings of Datuk Seri Najib Razak and his Barisan Nasional (BN) coalition ahead of the general election expected to be called early next year.

    ReplyDelete

  28. “The second BR1M will be paid out as part of the Budget,” a government source told The Malaysian Insider.

    ReplyDelete
  29. The source declined to give further details, but the decision to have a fresh round of handouts suggests that elections are not likely to be called this year.

    ReplyDelete
  30. This is because the RM500 handouts will take time to be paid out.

    ReplyDelete

  31. The RM500 paid out to nearly five million families at a cost to taxpayers of RM2.6 billion earlier this year saw Najib’s approval ratings shoot up to 69 per cent, largely due to a surge among poorer households.

    ReplyDelete

  32. But the aftermath of violence that erupted between police and demonstrators at the April 28 Bersih rally for free and fair elections saw his popularity slide to 65 per cent last month.

    ReplyDelete

  33. Najib will table the Budget on September 28 and besides the fresh handout he is expected to announce other measures to boost domestic spending and the economy in a bid to head off a worsening economic outlook as he prepares to call his first elections.

    ReplyDelete

  34. The economy grew at a surprising pace of 5.4 per cent in the second quarter, blowing away economists’ expectations and potentially giving rise to a feel-good factor ahead of the general election.

    ReplyDelete

  35. But the good news is not expected to last as the global outlook is likely to affect Malaysian exports.

    ReplyDelete
  36. Malaysia’s surprisingly strong second-quarter economic growth despite weakening exports was largely due to the buffer of ongoing construction projects and increased spending attributed to civil servant salary hikes and government cash handouts, say economists, which could point to uneven growth in the months ahead.

    ReplyDelete

  37. This means many ordinary Malaysians are not feeling the positive effects of economic growth, making the second BR1M handouts necessary to continue maintaining any economic momentum.

    ReplyDelete
  38. A number of international ratings agencies also say that Malaysia has yet to present a convincing plan to tackle the twin fiscal threats of its federal budget deficit and federal debt even though strains on its credit profile are increasing.

    ReplyDelete
  39. The ratio of federal government debt to GDP reached 51.8 per cent at end-2011 despite strong GDP growth but barring a further deterioration in the global economy, the government should be able to meet its 2012 deficit target of 4.7 per cent of GDP.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.