Saturday, August 25, 2012

Rezeki Caroline Dikongsi Dengan Keluarga

Juara program Mentor musim keenam, Caroline bersyukur rezekinya dalam bidang nyanyian semakin bertambah kerana ia dapat membantu keluarganya di kampung.

Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel berkata, sejak awal penglibatannya dalam dunia nyanyian dia berhasrat untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan syukurlah apabila dia dapat membuktikan hasrat itu.

"Alhamdulillah saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak kepada ibu bapa dan keluarga di kampung.

"Walaupun tidak banyak tetapi sebagai permulaan bolehlah membantu meringankan beban mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Caroline berkata, dia mengakui semakin selesa apabila mula dikenali ramai dan menganggap perkara itu sebagai tanda baik untuk peningkatan kerjayanya sebagai penyanyi.

Caroline berkata, dia berharap populariti itu tidak akan menghanyutkan dirinya dalam dunia seni yang diterokainya ini.

"Mulanya saya agak kekok dengan dunia glamor yang saya tempuhi tetapi apabila semakin ramai orang mengenali dan menegur saya ketika berada di luar, saya mula berasa selesa.

"Harap-harap ia akan memberikan petanda baik buat kerjaya saya dan bukannya hanya bersifat sementara," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusannya untuk tinggal bersama mentornya iaitu Ella, Caroline berkata, ia dibuat kerana Ella tidak membenarkan dia tinggal bersendirian atas faktor keselamatan.

Caroline memberitahu, Ella yang telah dianggap sebagai kakak itu cukup mengambil berat dan dia sentiasa berterima kasih dengan kebaikan penyanyi itu.

"Namun bukanlah selama-lamanya saya akan tinggal dengan Ella kerana dia pun sudah berkahwin, cuma ia hanya sementara waktu.

"Saya sendiri takut tinggal sendirian di kota besar dan kalau dah mula biasa dengan keadaan di sini mungkin saya akan berpindah," katanya.

Sementara itu, Caroline sedang menunggu single pertamanya yang berjudul Melawan Arus Cintamu dimainkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat.

Dia juga tidak sabar untuk melihat reaksi pendengar terhadap lagu ciptaan komposer terkenal, Ajai itu.

-Mstar

7 comments:
Write comments
  1. Selamat maju jaya kepada Caroline. semoga penglibatannya dalam bidang nyanyian akan lebih membawa rezeki kepada keluarga.

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau dia ada niat yang baik untuk keluarganya.

    ReplyDelete
  3. Caroline ni asal mana?

    ReplyDelete
  4. Btul ke konsep SYUKUR yg dmaksudkan oleh Caroline nih? Jgn menambahkan lg kekeliruan umat islam yg semakin keliru pun. Syukur pada rezeki,ya tidak dpt dpertikaikan. Tpi penglibatan dlm bidang apa? apa pula bentuk pakaian dan nyanyian utk siapa? Bukan kah suara perempuan tu aurat pd sisi islam? kecuali bg kes2 tertentu/dharurah.
    Kita tidak mengutuk niat beliau utk bantu keluarga dan itulah sebenarnya seorang anak yg baik.

    ReplyDelete
  5. Anon.. tidak perlulah pertikaikan ungkapan syukur beliau.. yang penting beliau cari duit dengan cara yang betul dan halal.. bukannya melakukan jenayah..

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada Caroline menjadi Juara program Mentor musim keenam.

    ReplyDelete
  7. Harap2 akan lebih maju lagi la

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.