Wednesday, August 29, 2012

Syaitan: Dr Haron Din sanggah Dr Mahathir

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah.

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan begitu", kata nya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.

-HD

25 comments:
Write comments
  1. apa namanya setan, itu sudah termaktub dalam al quran bahawa setan musuh Allah musuh dan musuh umat Muhammad dari awal kehidupan manusia hingga hari kiamat jadi sesiapa yg menyatakan baik berkawan dgn setan sama ada kenali atau tidak samalah dengan pengikut setan. sedangkan Rasullah sendiri tahu dan nampak akan setan dengan izin Allah, tidak menyuruh umatnya berkawan dgn setan. nuzubillah!

    ReplyDelete
  2. Former prime minister Dr Mahathir Mohamad said the Barisan Nasional (BN) government is now in a stronger position under the leadership of Prime Minister Najib Tun Razak.

    ReplyDelete

  3. He said if Najib were to give more time before announcing the date of the general election, support for the BN could be further strengthened.

    ReplyDelete

  4. "They (the opposition) said that after 55 years of the BN administration, it is time for a change. You should change for the better, but if the change is for something worse?" he told reporters during the Raya open house at his residence, near here, attended by about 10,000 people including the Prime Minister.

    ReplyDelete
  5. Currently, the opposition was spreading the sentiment of hatred among the people against the government as one of its tactics, said the former prime minister.

    ReplyDelete

  6. He said the opposition's priority now was to instil the feelings of hatred against the government and including attacks made against himself who no longer held power.

    ReplyDelete

  7. "Why attack me as I have no power, it's as though there is this feeling of hatred against me, they live on such hatred," he said.

    ReplyDelete
  8. He said how could anyone say that the government today had failed because the BN had managed to maintain the country's financial performance and racial harmony when the world was now facing economic crisis and ethnic problems.

    ReplyDelete

  9. "Why don't they (the opposition) mention this, because if they do, the people will certainly not hate the government," he added.

    ReplyDelete
  10. Dr Mahathir seharusnya menyokong usaha yang baik ini dan bukannya menentangnya.

    ReplyDelete
  11. Dr M hanya memberi pendapat sendiri sahaja, tidak perlu peduli jika tidak bersetuju.

    ReplyDelete
  12. Baik Dr M bersara sajalah, jangan campur tangan dalam politik lagi.

    ReplyDelete
  13. ustaz haron macam tak faham aje b.i??!! ustaz harus baca keseluruhan artikel dr M, baru buat rumusan! bukan main dengar2 cakap orang lain yg negatif sekeliling ustaz.

    analisis & perbincangan saya dgn rakan2, dr M sebenarnya sindir nik aziz! lagipun, nik aziz pro syiah ini (saya mmg ada bukti2nya) mengejutkan umat islam di rantau tenggara apabila mendakwa nabi muhammad boleh berkomunikasi terus dgn Allah (tiada melalui jibril pun). nik aziz juga menggalakkan penggunaan Allah pada semua agama atas pemikirannya sendiri. bukan merujuk pada mana2 alim ulama.

    ustaz haron dalam pas ini pun tak berani nak tegur nik aziz, kan? sedangkan pemimpin2 pas di kelantan suatu masa dulu sentiasa menegur pendapat2 nik aziz yang tiada merujuk mana2 ulama termasuklah isu yg paling hot - tupai. kini, pemimpin2 pas ramai dah meninggal dunia.

    mana yg amat penting? akidah kah atau nik aziz..?

    ReplyDelete
  14. nik aziz kena bertanggung jawab dgn kenyataannya yang amat kontroversi (banyak lagi yg lain) - "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, SYAITAN pun boleh saya terima."
    - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

    yang menyebabkan rakyat (termasuk ramai rakan2 saya di IPTA ni) pun mencari artikels mengenai cara2 terbaik berkawan dgn syaitan! bising2 bagitau saya & para ustaz yg lain..teknik2 memanggil syaitan & berjanji. mereka sebeginipun mendakwa ulama2 pun menyuruh kita semua bersahabat dgn pihak2 jahat asalkan matlamat boleh tercapai!

    mana ada ulama pertikaikan kata2 nik aziz? ..kan?? penganut2 PAS diam & buat tak tau aje. lagipun mereka mana ada baca surat khabar Utusan Malaysia? dah difatwakan nik aziz tak boleh baca. mereka hanya tau menyokong PAS aje. pihak yg lain - kafir (seperti yg dibaiahkan bersama pemimpin2 PAS dalam setiap himpunan bina semangat/ platun briged amal PAS.

    baiah macam tu pun bukannya betul! mmg boleh tergelincir akidah. bayangkan apabila DAP dihukumkan Tuan Ibrahim sah diundi jika ingin ke syurga (29 Ogos 2012)- muslimat2 & kader2 PAS ikutlah tanpa dapat berfikir lagi.

    alih2 ustaz nak marahkan dr M yg tiada pengaruhnya dlm saf kepimpinan negara, tapi masih amat ditakuti pembangkang! kenapa takut & gentar menegur nik aziz?? fahamannya lagi menggerunkan - pro syiah & pro wahhabi!

    4 me, actly, penganut2 PAS dah rosak taqlid. mereka hanya nampak BULAN.. inilah kesan doktrin Mohd Sabu yg amat pro Syiah dlm PAS. apa kata pemimpin PAS lah walaupun tak bertegur sapa dgn ibu bapa / putus saudara mara (kes Tamrin)


    *from dr abdullah

    ReplyDelete
  15. tak da syaitan baik, dan jgnlah berkawan dgn syaitan.

    ReplyDelete
  16. red devil baik ma..banyak malaysia sokong

    ReplyDelete
  17. Apa lagi isu yang menimpa Dr M ini? Pastinya dendam kesumat

    ReplyDelete
  18. Jangan dilayan Dr M ni, nanti bila dilayan pasti ada yang tidak nkena.

    ReplyDelete
  19. ayat yang digunakan oleh Tun M itu bukan secara direct.. lembab sangat la pemimpin2 pembangkang ni..

    ReplyDelete
  20. bukankah pembangkang juga yang menggambarkan umno/BN sebagai kejam la, syaitan la dan sebagainya.. sebaliknya Pakatan pula digambarkan seperti malaikat siap ada anugerah tuhan lagi.. so dari situlah ayat Tun M itu diambil..

    ReplyDelete
  21. Mengikut acuan alqur'an...barangsiapa mengundi BN, tempatyg paling layak adalah NERAKA JAHANAM. Dlm alqur'an tidak dsebut nama UMNo tetapi dgariskan sifat dan perangai yg sma. Jika sama,itulah ygdimaksudkan oleh Tuhan dlm kitabNya.
    Tapi kalu nak tau perangai umno jgn tanya Dr Mashitah atau Jamil Khir atau yg sewaktu dgnnya. Baca kitab suci yg Tuhan turunkan itu.

    **888

    ReplyDelete
  22. Siapa Mahathir untuk sewenang-wenangnya gelar orang lain setan dan malaikat?

    ReplyDelete
  23. Tun M, please get a fully retirement.

    ReplyDelete
  24. Lebih baik Mahathir bersara sepenuhnya, statements beliau akan memburukan lagi keadaan politik M'sia

    ReplyDelete
  25. Pasti kenyataan Tun M akan dipolitik ramai pembangkang

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.