Akhbar British, The Guardian mendedahkan bahawa pihaknya baru-baru ini mengetahui Joshua Trevino, kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) adalah perunding upahan bagi agensi yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia.
Ekoran itu, akhbar ini menamatkan perkhidmatan Trevino sebagai koresponden Amerika.
Beliau didakwa mempunyai hubungan dengan syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalan dan menguruskan laman web Malaysia Matters (Perihal Malaysia) yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pembangkang di negara ini.
Dalam satu kenyataan pendek The Guardian Jumaat lalu, Trevino dikatakan telah melanggar kod etika editorial kerana tidak mendedahkan hubungan beliau dengan agensi dari Malaysia itu.
“Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya didedahkan,” kata Ketua Editor Guardian AS, Janine Gibson.
Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran George W Bush.
Beliau melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Fitnah II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi.
Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti Huffington Pos.
Agensi yang dikatakan mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia itu, FBC Media didedahkan membesar dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib telah membayar berjuta-juta pound agar FBC menjalankan “Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa”, bagi membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94juta untuk tiga tahun bermula 2007.
Najib juga telah memberi kontrak untuk strategi perhubungan awam, temasuk kepada APCO Worldwide, syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di mata dunia. -KD
Tuesday, August 28, 2012
Guardian Pecat Penulis Upahan Kerajaan Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terukkk...dulu kini dan selamanya....
ReplyDeletesalam. saya nak bertanya pada kerajaan sekarang, mengapa harus menghabiskan wang rakyat demi unk mencapai matlamat kosong mereka ? tidak kah mereka kasihan pada penduduk kampung d pendalaman SABAH dan SARAWAK yg membanting tulang unk mendapatkan RM1 ! kami tidak gemar dan tidak akan mengundi lagi parti BN/UMNO d SABAH/SARAWAK dan kami tidak sanggup melihat penderitaan penduduk pendelaman d 2 buah negeri ini. Ahli Parlimen dan ADUN di kawasaan saya langsung tidak berguna hanya memikirkan diri dan keluarga mereka sahaja.
ReplyDelete1tembirangMALAYSIA tajaan UMNgOk...hooree hooree
ReplyDeleteSetakat mana kebenaran mengenai dakwaan ini kita masih tidak dapat ketahui lagi.
ReplyDeleteTak payah tegakkan benang yang basah, kalau tdk betul buat saman. Kes scopine, kalau betul pm tdk terlibat, kenapa tdk saman je peguam suhakam. Kes ne memalukan rakyat, pemimpin malaysia.
Deletewow!!! Hebatnya pemerintah BN sehinggakan orang Amerika pun boleh jadi orang upahan.
ReplyDeleteAdakah perkara tu boleh dipercayai?
ReplyDeleteAda juga penulis upahan Najid dari luar negara. Tapi tidak tahu benar atau tidak.
ReplyDeletepandangan aku macam ni.... baru kau orang tau siapa anwar ibrahim?
ReplyDeletePemecatan itu pastikan mengikut prosedur yang betul
ReplyDeleteSiasatan harus dilakukan untuk kepastian hal ini.
ReplyDeleteBetulkah Joshua Trevino ada hubungan dengan Datuk Najib Razak?
ReplyDeleteBaik perkara ini disiasat terlebih dahulu, bagaimana Guardian boleh tahu Joshua Trevino adalah perunding upahan bagi agensi yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia?
ReplyDeleteada apa2 bukti kukuh yang menunjukkan penulis itu diupah oleh kerajaan Malaysia?
ReplyDeleteIkut prosedur sajalah. Jika dilanggar, ambil la tindakan yang sewajarnya.
ReplyDeleteBagus jika ada bukti dapat disertakan sekali.
ReplyDelete