Tuesday, August 21, 2012

Penghormatan negeri Sarawak untuk Pandelela

Pemenang pingat gangsa Olimpik, Pandelela Rinong Pamg, dianugerah bintang negeri di atas kejayaannya itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini hari ini dengan diberi sambutan sebagai seorang srikandi.

Pandelela (gambar), 19, yang diiringi ibu bapanya dan dua orang peserta Olimpik lain dari Sarawak, Bryan Nickson Lomas dan Traisy Vivien Tukiet, menjadi atlet tempatan pertama dianugerah bintang Johan Kenyalang (JBK) oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di satu upacara penyampaian anugerah di Astana Negeri, Petra Jaya, di sini.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semasa berucap di upacara tersebut berkata sebagai gadis pertama pemenang pingat di Olimpik, kerajaan negeri juga mengumumkan satu insentif istimewa kepada jagoan terjun itu berupa biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran selama empat tahun di Australia dengan pilihan tumpuan kepada bidang jurulatih renang atau pengajian tertiari.

Beliau berkata kebajikan keluarga penerjun wanita itu yang berasal dari Kampung Jugan di Bau dekat sini juga akan dijaga terutama sekali oleh kerajaan persekutuan.

Semasa mengucapkan terima kasih di atas anugerah kerajaan Sarawak kepadanya, Pandelela berkata keutamaannya buat masa sekarang ialah meneruskan program latihan tetapi beliau mungkin menimbang tawaran biasiswa itu oleh kerana tidak menyertai sebarang kejohanan sehinggalah di tahun hadapan.

“Saya berasa bangga dan ingin mengucap terima kasih kepada Tun kerana memberi kehormatan ini kepada saya, yang juga satu kebanggaan kepada keluarga saya dan semua warga Bidayuh,” kata Pandelela.

Gadis Bidayuh ini berkata beliau berasa lebih gementar ketika menerima anugerah itu daripada semasa melakukan terjunan yang membawa kemenangan pingat gangsa dalam acara platform 10 meter di Sukan Olimpik 2012 di London.

Terdahulu, semasa tiba di Astana Negeri menaiki sebuah Mini Cooper terbuka atlet itu diiringi konvoi motosikal bersama menteri-menteri negeri dari lapangan terbang melalui pusat bandar raya termasuk Kuching Waterfront, yang dibanjiri orang ramai yang melihat mereka.

Sebaik tiba di lapangan terbang, Pandelela dikerumuni kira-kira 1,000 peminatnya, pembesar negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Pembangunan Masyarakat Tan Sri William Mawan dan Presiden Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh, Ik Pahon Joyik.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Datuk Seri Michael Manyin berkata Pandalela bukan sahaja menjadi kebanggaan komunitinya bahkan juga negeri dan seluruh negara sebagai ikon memberangsangkan belia lain supaya memperoleh kejayaan besar.

Mempunyai dua orang anak lain termasuk abangnya Pardika Indoma, yang juga atlet terjun kebangsaan, bapanya, Pamg Joheng berkata beliau berasa bangga atas kejayaan anak gadisnya itu yang menerima anugerah hari ini. — Bernama

16 comments:
Write comments
  1. Dpt ler Taib Mamuk tu cover line kes2 beliau yg dah dikenali se antero dunia dan bukan Borneo jer. Apa pun,kena ucap TQ jugak kerana 'welcoming' itu utk jaguh olimpik kita tu..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Pandalela, kau lah ikon remaja kini

    ReplyDelete
  3. Hanya satu pesanan pd pihak kerajaan, kaji balik anugerah pingat2 brgelar Dato' kpd mereka2 yg 'setahun jagung' dlm apa2 lapangan pun. Kan banyak pingat2 negeri yg boleh dianugerahkan selain dr yg ada gelaran. Harus diingat,semangat Datukship tu harus djaga agar ianya tidak luntur. Jgn kita lihat tahun 2020 nanti, nilai Datuk tu sma dgn nilai penjual burger. Ganjaran jugak harus dinilai agar ianya brpatutan. Kalau dah terus dpt ganjaran bulanan beribu ringgit sebulan spt bayaran pencen/gaji/elaun, kenapa harus dberi lagi tunai hampir setengah juta ringgit. Juga jgn jadikan nilai RM pada tahun 2020 spt dedaun kayu(tiada nilainya lagi). Sedarkah kerajaan bahwa masih ramai keluarga yg hanya masak bubur kosong utk dimakan sekeluarga lantaran tiada makanan. Sedarkah kerajaan, ramai muallaf yg masih mentah dlm Islam,terkapai2 tanpa bantuan. Tak pelik lah jika ada kes2 org Islam yg kesempitan hidup menumpang ikhsan pihak gereja. Spt mana yg saya tahu ( org lain saya tak tahu ler) pihak gereja melalui muballigh mereka amat prihatin dgn mereka yg kesempitan hidup dgn menghulur sumbangan dan tidak memaksa mereka utk murtad tetapi lama kelamaan perasaan 'sayang' pd kristen akan timbul dtambah pula dgn yg 'kurang' Islamnya.
    Utk itu, ganjaran2 yg tidak munasabah kepada mana2 individu harus dnilai semula agar kemakmuran rakyat 1Malaysia sama2 drasai. Apa pun, tahniah diucapkan kpd atlit2 yg telah mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  4. Diiringi oleh menteri2..harap2 tidak dijadikan sebagai kempen pilihanraya pula. Tahniah pandalela menjadi juara malaysia

    ReplyDelete
  5. Tahniah Pandelela kerana berjaya harumkan nama negara.

    ReplyDelete
  6. Semoga squash dan karate akan dimasukkan dalam Olimpik.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Pandalela.

    ReplyDelete
  8. Tersangat banga dengan usaha dan kemenangan Pandelela.

    ReplyDelete
  9. Harap di masa hadapan akan ada ramai lagi yang akan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  10. Tahniah atas kejayaan tersebut. semoga lebih ramai atlit Malaysia yang akan mengukir nama di persada dunia.

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada Pandelela Rinong atas kerjaya beliau. Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  12. Semoga kita boleh melihat pencapaian yang lebih baik daripade semua atlit pada Olimpik 2016 nanti.

    ReplyDelete
  13. kenak kita sik ikut arahan bmf? pingat2 & hadiah nya suruh kita pulangkan balitkan!!??

    ReplyDelete
  14. syabas kepada Pandalela.. sekelip mana namanya menjadi sebutan..

    ReplyDelete
  15. Memang Pandelela telah mengharumkan nama Sarawak dan juga Malaysia dengan pingat gangsa di olimpik London.

    ReplyDelete
  16. tahniah kepada pandalela

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.