Friday, August 31, 2012

Isu WWW1: Nizar Menang! Utusan Diperintah Bayar Gantirugi

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.

Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter. -mk

27 comments:
Write comments
  1. Hanya ORANG BODOH sahaja yang membaca akhbar UTUSAM Melayu PENIPU TERSOHOR negara hasil didikan pemiliknya UMNO!

    ReplyDelete
  2. Hari2 utusex kena saman fitnah. Oleh itu jgn kita bersama umngok dlm menaburkan fitnah jahat. Ingat....WAL FITNATU ASYADDU MINAL KHOTR.

    ReplyDelete
  3. Hairan Editor dan wartawan Utusan itu tak ingat dunia akhirat ke asyik memfitnah saja kerjanya!

    ReplyDelete
  4. Firman Allah SWT :"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh." (Al-Baqarah : 217)

    Sanggup Akhbar Melayu milik UMNO mengenepikan ajaran agama demi survival politik mereka!

    ReplyDelete
  5. Jgn kita silap. Kan UMNO tu Yahudi jugak. Jadi jgn heran kalau mereka ketepi soal agama demi survival politik mereka. Pentadbiran negara trutama dBukit Aman tu, mereka ada beli Yahudi punya sistem perhubungan kononnya sistem itu trcanggih di alam maya ini. Kita tak tahu, mngkin yahudi ada kaedah trtentu dlm sistem yg kita beli tu ( APCO ) utk memantau rangkaian telekomunikasi keselamtana negara. Maklumat itu akan mereka simpan dlm database yg kita tidak ketahui dan biula sampai ketika, tekan shj butang kmputer, perisian akan mencari maklumat trtentu spt lokasi sasaran penting utk melumpuhkan pertahanan negara.
    *** 888

    ReplyDelete
  6. utusan adalah lubuk duit,byk duit habis untuk makhkamah hasil fitnah dorang yg tidak bertanggung jawab...! buat malu org melayu/islam...

    ReplyDelete
  7. mahkamah berat sebela

    ReplyDelete
  8. Utussan janji dicapati

    ReplyDelete
  9. Pengajaran buat Utusan.

    ReplyDelete
  10. Sistem kehakiman di M'sia masih adil dan saksama.

    ReplyDelete
  11. anon: September 3, 2012 11:17 AM:

    LGE yg dipenjarakan disbbkan kes rahim thamby chik dgn gadis bawah umur...adil n saksama itu dlm lubang pantat UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  12. terima ja keputusan mahkamah.

    ReplyDelete
  13. Tgo la siapa uamg hebat.

    ReplyDelete
  14. Keputusan itu berlandaskan kepada undang2 yang tidak dapat disangkal lagi.

    ReplyDelete
  15. Atas arahan mahkamah, terpaksalah Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kali ini.

    ReplyDelete
  16. Harap lain kali Utusan Malaysia akan mengenal pasti dulu maklumat sebelum memaparkan sebarang penulisan.

    ReplyDelete
  17. Utusan dari dulu dan sekarang hanya tabut fitnah saja ajaran pemiliknya UMNO.

    ReplyDelete
  18. Utusan memang suka buat kontroversi la.

    ReplyDelete
  19. Kes trbaru NST dsaman oleh Air kelantan S/B ( AKSB ). NST dsaman brsama dgn Azmi Ali ( adik si Ktak tu ke?) yg buat kenyataan akhbar kata AKSB selewng RM600 juta tnpa fakta sokongan. Wahh..mampus le UMNo kali nih. Semua akhbar yg kena saman tu mereka punya.

    ReplyDelete
  20. Kalau anak-anak kita semua dihadapkan ke mahkamah apa ertinya. Ertinya ibubapa itu dayus tidak tahu jaga anak. Sama juga dengan UMNO semua akhbarnya kena saman kerana memfitnah. Ini yang kita banggakan dengan UMNO hanya tahu mengajar akhbar-akhbarnya menabur fitnah! Alahai UMNO sanggup ketepikan ajaran Islam. Firman Allah SWT :"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh." (Al-Baqarah : 217)

    ReplyDelete
  21. wal fitnatu asyaddu minal khotr..." Jgn kita barsama umno menyebar fitnah celaka ( liwat)."

    ReplyDelete
  22. syabas kepada mahkamah kerana berjaya membuktikan bahawa mahkamah di Malaysia tidak dikawal oleh kerajaan sebagaimana dakwaan pihak pembangkang..

    ReplyDelete
  23. memang padan Utusan Malaysia bayar ganti rugi. kalau boleh terus hentikan penerbitannya.

    ReplyDelete
  24. Lepas ni kalau buat hal lagi UM ni, jangan bagi muka lagi.

    ReplyDelete
  25. isu WWW 1 yg dibida oleh sultan johor tu dimulakan oleh KOSMO. Manakala DS Nizar tukang LIKE jer kot dan masukkan dlm tmitter beliau. KOSMO tak kena tapi DS Nizar yg kena. Kah Kah kah..tolol BN/UMNO nih. Nak brkungfu dgelanggang tapi hanya tali pinggang putih.

    ReplyDelete
  26. Headhunter jadi betullah UMNO melalui akhbar rasminya UTUSAN Melayu penabur fitnah yang bertentangan dengan ajaran Allah "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh." (Al-Baqarah : 217) Tak aku sangka UMNO yang mengaku parti Islam ini mengenepikan ajaran Islam.

    ReplyDelete
  27. Lain kali jangan tabur fitnah..siarkan berita yang betul.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.