Friday, August 31, 2012

PRU13: Lajim rancang tubuh parti politik baru

Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Lajim Ukin bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru yang mewakili Bumiputera Islam di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya permohonan rasmi untuk penubuhan parti itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 10 hari ini.
NONE
"Sekiranya ROS meluluskan permohonan ini, maka kami akan
bertanding di bawah parti baru," kata bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu dalam satu sidang media semalam.

Lajim, yang telah mengasaskan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS), sebuah badan bukan kerajaan, baru-baru ini, bagaimanapun enggan memberikan nama parti baru itu.

"Kami sudah mempunyai logo dan perlembagaan telah digubal...barisan kepimpinan pun sudah diatur," katanya.

Lajim, 57, berkata seandainya ROS menolak permohonan mereka maka beliau dan pengikutnya besar kemungkinan bertanding atas tiket pakatan pembangkang.

Bulan lalu, Lajim melepaskan jawatan sebagai ahli MT Umno, ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort dan tidak sebagai ahli Umno.

Berikutan tindakan itu, pelantikan sebagai timbalan menteri kemudian dibatalkan.

- Bernama

43 comments:
Write comments
  1. Hancusssm berapa banyak parti daaa. Jgn sampai rakyat kebanyakan nampak apa yg Lajim parjuangkan.

    **raja sulu'

    ReplyDelete
  2. Ngam,selepas itu parti disabah bergabung menjadi satu barisan yang kuat,dicadang kan Hanya parti yang di tubuhkan oleh Datuk Lajim,Datuk Welfred dan SAPP saja bergabung manakala Parti Star biar kan bersendirian sebab STAR ini macam Ejen BN bah dan dicadangkan juga kawasan Muslim sebanyak 30 kerusi dibahagi dengan Pemimpin dari SAPP dan Parti Datuk Lajim seperti Sindumin bagi sama Amdie sidek dan Lumadan bagi dengan Datuk Lajim Manakala Parlimen kasi dengan PKR...kalau begini necaya BN akan sesak nafas

    ReplyDelete
  3. Tanda2 rakyat Sabah lebih memilih parti tenpatan daripada Malaya (UMNO).

    ReplyDelete
  4. itu la kau lajim, siapa suruh kau jual spf....sekarang berapa susah kau mau bikin parti lagi.....tapi inda apa parti sekatak semalaysia belum pernah di daftarkan....lambang buangkut.

    ReplyDelete

  5. Bagus.
    Kita jangan berterusan dijajah oleh UMNO/BN. Kelak jati diri kita akan terpaksa digadaikan.
    Syabas DS Lajim.
    Walau diam tetapi kami memerhati dan berfikir.

    ReplyDelete
  6. Kami akan memilih apa saja parti polituk tapi bukannya UMNO BN sbb kami tidak suka pada parti yg suka fitnah dan tidak adil pada rakyat sabah amnya.

    ReplyDelete
  7. cadangan nama parti itu....Parti Katak Rakyat atau singkatannya.....???

    ReplyDelete
  8. Kasi wujud la banyak2 parti pembangkang di Sabah. Biar rakyat mengundi banyak pilihan. Biar undi pembangkang bepecah. Kasi menang BN.

    ReplyDelete
  9. Pasti rakyat rambang mata mahu undi parti mana

    ReplyDelete
  10. Klau beliau ingin tubuhkan parti baru bukan lagi, masalah bagi orang ramai.

    ReplyDelete
  11. Jika terlalu banyak parti dalam negeri Sabah juga tidak akan menyelesaikan masalah yang timbul tetapi hanya akan mencipta masalah baru.

    ReplyDelete
  12. dah terlalu byk parti di Sabah, nak tambah lagi?

    ReplyDelete
  13. Biarkan Lajm dengan labu-labunya. Tak kira apa yang dia lakukan nanti, itu bukan lagi isu BN.

    ReplyDelete
  14. Jika Lajim nak tubuhkan parti politik baru, baguslah kerana memanfaatkan BN pada PRU-13, undian pasti berpecah untuk pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  15. Lajim siok sendiri saja. Angan2 nak jadi KM..angan2 nak buat parti..entah apa2.

    ReplyDelete
  16. Lajim lebih baik bersara daripada kalah dalam PRU13 nanti. Bikin malu saja.

    ReplyDelete
  17. parti baru lagi? tidak payahlah...lajim lebih baik kau bersara saja...duit pun sudah banyak kan..

    ReplyDelete
  18. bule harap ka dia ni

    ReplyDelete
  19. sokong saja.. asal bukan BN/UMNO bukan benci tapi sakit hati, lajim boleh bersara asalkan ada pemimpin perjuang hak2 sabah, tapi andaikata para pemimpin masih dicucuk hidung inda bole membezakan antara kaca dan permata biarlah sampai bongkok terus lawan saja....

    ReplyDelete
  20. misi Lajim untuk merampas jawatan ketua menteri Sabah.. patut la dia bermati2an pujuk PM untuk gugurkan Musa Aman..

    ReplyDelete
  21. saya harap pihak ROS dapat meluluskan parti baru Lajim ini.. lagi banyak parti pembangkang di sabah, lebih baik.. sekurang2nya peluang pembangkang untuk merampas kerajaan di negeri ini semakin tipis..

    ReplyDelete
  22. jika benar parti beliau diluluskan, maka semoga beliau berjaya menarik sokongan rakyat

    ReplyDelete
  23. memang sudah banyak parti2 baru yang ingin bertanding dalam PRU13

    ReplyDelete
  24. tetapi belum tentu dapat menjamin sokongan rakyat Sabah

    ReplyDelete
  25. kita tunggu sahaja bah nanti...

    ReplyDelete
  26. kerajaan BN perlu mendengar suara rakyat jika ingin mendapat sokongan dari mereka

    ReplyDelete
  27. pemimpin lompat parti ni tidak hairan kalau mau ada parti miliknya sendiri supaya automatik boleh pegang jawatan tertinggi.

    ReplyDelete
  28. kita lihatlah sejauh mana Lajim boleh pergi dengan parti baru beliau.

    ReplyDelete
  29. Rasanya tindakan Lajim dan Bumburing keluar parti hanya memecahkan undi rakyat Sabah.tapi x apa, lebih mudah BN mau menang.

    ReplyDelete
  30. apa kana bagi baras ka,duit ka,tangki ka,ambil saja bah, duit kita juga.. tapi undi jgn bagi BN,,, bagi pada pembangkang biar lah berpuluh parti di sabah ini janji bukan kompunen BN.....LAJIM biarlah org panggil kau buangkut, katak, tukang lumpat, inda apa2 itu.. lawan saja!! dorang dangki tu..

    ReplyDelete
  31. Kenapa Lajim tidak bertanding atas tiket Pakatan Rakyat dan betegas nak menubuhkan Parti politik baru begitu dekat dengan PRU-13?

    ReplyDelete
  32. Mungkin Lajim sudah kesal mengikuti Pakatan Rakyat. Adakah Pakatan Rakyat tidak cukup baik untuk Lajim? Janji Ketua Menteri tidak cukup bagus?

    ReplyDelete
  33. Serahkan keerja mengundi kepada rakyat.

    ReplyDelete
  34. Sabah semakin banyak parti ditubuhkan.

    ReplyDelete
  35. Jika lajim ikhlas dan akan meneruskan perjuangkan kepada rakyat, pasti juga mendapat sokongan.

    ReplyDelete
  36. Let see what Lajim can achieve after leaving BN.

    ReplyDelete
  37. Kami menanti perkembangan selanjutnya. Jika diluluskan, khidmatlah rakyat dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  38. Tapi taktau la kalau betul terjadinya parti barunya ini.

    ReplyDelete
  39. Let's see if ROS really will approve his allocation.

    ReplyDelete
  40. Sejauh mana keikhlasan beliau saya taktau la. Tapi apa yang penting, konflik dpt dielakkan.

    ReplyDelete
  41. Well let's just wait and see la.

    ReplyDelete
  42. Kenapa Pakatan tak suka sama dia?

    ReplyDelete
  43. Lajim Ukin boleh bah, itu sebab dia tubuh parti baru.Bagus lagi Lajim pandai tubuh parti baru berbanding Jeffery Kitingan yang konon bergelar DR.dari Harvad tetapi menjadi PARASIT kepada parti STAR.Bahasa Sabah bilang Jeffery ini (penumpang) saja bah, bukan driver kepada STAR.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.