Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memperjelaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada fakta sejarah politik Sabah ketika mengulas isu melompat parti di negeri itu.
"Saya tidak berniat sama sekali untuk menyerang atau menyinggung perasaan mana-mana tokoh mahupun menyasarkan mana-mana individu ketika mengulas tindakan terbaru tiga ahli politik Barisan Nasional (BN) Sabah yang berpaling tadah menyokong pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata demikian ketika merujuk laporan berita pada Khamis mengenai ulasannya berkenaan tindakan pemimpin BN Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Wilfred Bumburing dan Datuk Maijol Mahap yang melompat parti baru-baru ini.
Dalam laporan tersebut beliau dipetik sebagai berkata insiden ahli politik Sabah yang melompat parti pada 1994 menerima hukuman daripada masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) pada pilihan raya negeri 1999.
"Saya tidak mempunyai niat jahat terhadap mana-mana pemimpin dengan menamakan mereka yang sebenarnya melompat parti pada episod 1994 di Sabah.
"Saya semata-mata menggambarkan bagaimana semasa episod pada 1990an, rakyat Sabah telah bertindak balas terhadap ahli politik yang lompat parti," jelasnya. - BERNAMA
Saturday, August 18, 2012
Ongkili Perjelas Isu Lompat Parti Di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
itulah situasi sabah..! kita tengok dan lihat, rakyat suda memakin matang tau membezakan berlian dan kaca...! kalau kana bagi AMBIL SAJA undi belum tau,bukan tidak mengenang budi tapi ...panjang ceritanya...!
ReplyDeleteThis guy Dr Max, he is a case of a falling angel.
ReplyDeleteKalu pembangkang masuk BN, memang kena rejek. Kalu BN masuk pembangkang, rakyat tau ma, misalnya Datuk Maijol, kena hilang Senatorshipnya (RM20k), hilang jawatan dalam GLC (RM20k) dan tak dpt projek2 ($$$). Kalu masuk BN, $$$$. Jadi once again rakyat tau dan rakyat bukan bodoh. Di Kota Marudu, Datuk Maijol akan mengalahkan DR Max. Ini bukan cerita lagi.
ReplyDeletealoo DR.. kita org sabah berharap sangat ko bercakap mcm org sabah rupanya tidak. ko tak layak pun sebut nama bumburing ka lajim ka Maijol ka. dorang ini pemimpin sebenar sabah yang dah sedar dari kesilapan. ko dah lupa ka DR itu 20 perkara janji kerajaan untuk sabah sebab setuju bergabung jadi malaysia. Naa.. sekarang jangankan 20 perkara BN rekrut lagi PTI jadi rakyat sabah yang kasi menang besar BN. terang2 si mahathir cakap boleh kasi IC sama PTI yg penting boleh cakap melayu dan jadi org melayu jadi org UMNO. ala DR.. ini kali lahh.. melingkuplah ko ini kali. kami akan sokong org yg ada wawasan utk sabah bukan mcm ko cuma ada wawasan untuk si najib saja. ini kali lah kau.
ReplyDeleteSabah sebenarnya perlu perubahan kepimpinan utk kembalikan hak2 Sabah kpd Sabahan. Jgn asyik tartipi dgn BN. Jgn jadi katak bawah tempurung, nampak kenikmatan dan kebaikan dseberang tetapi trhalang kerana masih brada dbawah tempurung. 'Pecahkan' lakaran dan ikatan minda anda demi anda. Dah 55 tahun,takkan itu nak diajar. Tengok Thailand dan Indonesia,kenapa mereka jauh maju kedepan dr kita? Sebab perubahan pucuk pimpinan negara/parti yg memerintah mereka yg melakukan 1001 perubahan kpd negara mereka.
ReplyDelete**888
Datuk Wilfred m.bumburing,Datuk lajim Dan maijol mahap adalah pemimpin yang tidak tamak Dan sanggup tinggalkan semua keistimewaan yang Ada kepada mereka Demi untuk rakyat.Kalau bukan mereka siapa lagi kalau bukan sekarang bila lagi. Lakukan perubahan pada PRU 13
ReplyDeleteSi lajim, bumburing dan si maijol, keluar dari bn, engkau ckp salah, inilah itulah. Tapi c mahathir ckp PATI kasi warganegara sabah engkau tidak bidas. Jdi siapa yang gila kuasa, engkau atau di orang. Setahu saya, siapa2 yang bidas ckp si mahathir pasti kena buang dari kabinet.
ReplyDeletekesedaran ahli politik di sabah telah menampakan politik sabah tidak muda perlembuakan lagi..senang ckp mahu perubahan...
ReplyDeleteKalu pasal katak, memang kedua2nya ada,Pakatan ada katak, BN pun banyak katak. Sekurang2nya Datuk Lajim, Wilfred dan Maijop bukan anjing makanya mereka2 ini kasi tau semua pemimpin biar jadi katak asal jangan jadi anjing!
ReplyDeleteYa,sokong si Lajim,Welfred dan Maijol keluar BN,apa diorang dapat bila masuk pembangkang ada duit kah si anwar itu,mungkin yang akan di terima oleh 3 pemimpin ini ada lah kata-kata nesta dan sindiran dari pihak BN,tapi sekarang kami sanggup minum air kosong saja dari minum 3 sepuluh yang diberikan oleh BN..bah DR Max kau punya kawasan ada satu penduduk menang saman kerana kooh sokong pengambilan tanah adat di sana nah,kooh rasalah nanti pembalasan si kaum dusun nanti.
ReplyDeleteJln dr Kota Belud ke Kota Marudu ( lokasi pembaikan jln yg tengah buat skrang) bila nak siap yer? Rasanya dlm 5-6 tahun tu dan bukan kata selesa malah makin kritikal keadaannya. Sedih. Ada lagi status jln utama spt itu setelah kita 55 tahun merdeka. Keadaan baik sedikit dr Irian Jaya. Keadan itu sama spt di Telupid/Beluran dan dr Tawau ke Kalabakan. Sedih. So, YB2 nih minta tolong ler supaya SU Kerja BN neg. tak sakit kepala nak beri jawapan yg sama.
ReplyDeleteHelloo Dr.Maximus, saya amat kecewa dengan kamurang sebab kami harap kamuranglah yg boleh beri harapan ni sabah supaya dapat dimajukan, kemiskinan dapat dikurangkan, masalah PTI dapat diatasi, masalah pembangunan infrastruktur diluar bandar dapat dipenuhi, tetepi rupanya kamurang menteri dari sabah macam bongkok tidak ada apa-apa yg dapat kami sabahan banggakan dengan penyertaan kamurang semua diperingkat federal, rupa-rupanya tida ada tambah dan tidak ada kurang malah Sabah dan masalahnya makin tambah rumit...Jadi Maijol dan Lajim, Bumburing ni adalah HERO kerana diorang ni berani kasi tinggal semua kesenangan diorang Dlm UBN kerana kepentingan rakyat...Datuk Maijol akan bertapak di Kota Merudu sebagai pemimpin dan wakli rakyat Kota Merudu..syabas Datuk Maijol..we are supporting you in this coming PRU 13
ReplyDeletePemimpin 2 dari negeri sabah diperingkat pusat semuanya Kaya raya.mereka mengumpul harga kekayaan dari kesusahan Dan keperitan hidup rakyat.seruan saya kepada semua pengundi2 pru 13 dari negeri sabah(says pun org sabah tinggal di n.s)kit a sama-sama tumbangkan kerajaan Yang Ada sekarang demi masa depan anak cucu rakyat tempatan kita.
ReplyDeleteDr. Max, dulu kami rakyat KDM menyokong BN kerana percayakan pemimpin2 kalangan KDM dapat selesaikan masalah atas isu2 yang besar seperti PTI dan Tanah Adat yang disuarakan sejak sekian lama, tapi rupa2 nya kamu dan pemimpin KDM yang lain tidak mamapu, oleh itu kami akan bersatu untuk menghukum dan menumbang BN pada PRU 13 ini, kamu tengoklah nanti...
ReplyDeletemat said yang menjadi mb terengganu semakin penakut dan bacul. sidang dewan undangan negeri dipendekan. banyak soalan soalan dari wakil pembangkang dan kerajaan ditolak tanpa sebarang alasan yang munasabah.
ReplyDeletesikap mat said dengan dibantu oleh yang dipertua dewan ku tera telah berkerjasama demi melindungi kerajaan mat said yang diasak dikiri dan kanan oleh pembangkang dan kerajaan. mat said dilihat gagal untuk menjawab semua persoalan yang diajukan kepada kerajaan pimpinannya.
banyak kerosakan dan pemborosan yang dilakukan oleh mat said. semua ini tidak dapat di jawab oleh mat said dan jalan senang dicari oleh mat said adalah menolak soalan samada secara bertulis atau lisan.
diantara soalan soalan yang ditolak oleh dewan undangan negeri terengganu adalah isu pernjualan tanah kerajaan negeri akibat dilelong. sebanyak 60 ekar tanah kerajaan negeri terengganu terlepas kepada pemilik asing.
Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu lampu hijau dapatkan dana
ReplyDeleteWALAUPUN kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Jika tiada kata putus, filem bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di Kalabakan, Tawau, sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan lapan askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih tertangguh. Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik Ganyang Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan Filipina, berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta Sarawak.
“Ikut perancangan asal jika penggambaran dapat dimulakan pada Mac, filem ini diharap dapat menemui khalayak pada 16 September ini bertepatan sambutan Hari Malaysia. Namun nampaknya jadual yang dirancang sudah ‘lari’ jauh,” katanya dengan nada sedikit terkilan. Tanpa sebarang niat mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.
Kami mahu generasi masa kini mengetahui semangat pahlawan di Kalabakan dan menyoroti semula perjuangan anak bangsa dari perspektif sebenar. “Sekurang-kurangnya geran ini juga menjadi bukti sokongan jitu kementerian berkaitan terhadap usaha ini apatah lagi Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sabah juga sedia memberikan kerjasama memastikan 1963: Kalabakan direalisasikan,” katanya.
Sumber : http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/
di Malaysia kalau mahu isu sensasi mesti kasi keluar tajuk rakyaat di halau sedang sambut raya,sedang sembayang,sedang dukung anak kah,tapi yang saya hairan dan pelik si assad di syria BOM masjid tidak heboh satu malaysia,dan yang hangat di media adalah pengusiran bangsa rohingnia(susah sebut lah)di myaanmar,yang tidak di heboh-hebohkan olah media ada pengusiran penduduk asli (KDM Lah) dari tanah yang mereka duduki berkurun lamanya dimana sudah ada RSP diusir oleh kerajaan BN saya rasa orang malaysia ini hanya pandai melihat bangsa di seberang tapi depan mata membuta tuli...tukarrrrrr
ReplyDeleteWhat's wrong with him to say out his opinion? I don't think it is against the law.
ReplyDeletePada pandangan saya, setiap pemimpin pasti ada pandangan mereka masing2. Apa yang dimaksudkan ialah, biarkan pemimpin yang bertindak meninggalkan parti itu.
ReplyDeleteThe jumping frog case will never put in peace if someone is keep on harping it though.
ReplyDeleteSejarah memang satu kejadian pahit di setiap diari manusia namun ia tidak harus dijadikan sebagai satu bahan untuk menjatuhkan seorang pemimpin.
ReplyDeleteHe already make an explanation so no need to over reacted about it.
ReplyDeleteMampukah Maijol kalahkan Max dalam PRU13 ni? Macam susah nak imagine la
ReplyDeletePemimpin BN yang ada sekarang kena buktikan kepada rakyat jika mahu kekalkan kedudukan. Perjuangan kena ikhlas.
ReplyDeleteAnyone can give his/her own opinion and up to the people how they want to accept the opinion..take it positively or vice versa.
ReplyDeletePemimpin2 Sabah yang telah menukar haluan ke arah pembangkang tu pilihan masing2. Kita tengok saja perkembangan mereka.
ReplyDeleteTidak payah memanaskan isu MPs lompat parti. Ada isu yang lebih penting dari itu.
ReplyDeletePenjelasan sudah diberikan dan harap semuanya jelas dengan keadaan politik di Sabah.
ReplyDeleteSiapa2 lagi yang ingin lompat parti, pastikan anda sudah memikirkan tentang masak2.
ReplyDeletejadi maijol lompat sebab mahu jadi calon di KM lah kan...
ReplyDeleterakyat di KM tahu maijol kepingin mahu jadi calon...dalam BN mungkin dia tidak akan dicalonkan pada pru13 maka dia lompat supaya dia dapat laluan mudah di pihak pembangkang...menang atau kalah rakyat tentukan..yang penting jadi calon..
ReplyDeletelajim dan wilfred keluar pun tidak memberi kesan kepada BN...dulu SAPP keluar dari BN, tiada pun apa2 berlaku...
ReplyDeletesekarang BN sabah lebih kuat dan mantap...w/pun tanpa lajim dan bumburing kerana kekuatan parti bukan diukur pada individu tetapi pada sokongan rakyat..
ReplyDeletelompat parti bukan perkara baru...sudah jadi budaya ahli2 politik malaysia menjelang pru dan selepas pru...
ReplyDeleterakyat sudah pandai menilai..
ReplyDeleteJadi mereka yang lompat parti lepas ni pasti akan dapat balasan kemudian.
ReplyDeletesemoga tiada lagi yang lompat parti lepas ni.
ReplyDeleteDr Maximus Ongkili sudah memberi penjelasan bahawa beliau tidak berniat sama sekali untuk menyerang atau menyinggung perasaan mana-mana tokoh mahupun menyasarkan mana-mana individu ketika mengulas tindakan terbaru tiga ahli politik Barisan Nasional Sabah yang berpaling tadah menyokong pembangkang.
ReplyDeleteDiharapkan isu ini tidak akan dibesar-besarkan lagi, cuma salah faham sahaja.
Adalah kebebasan dan hak mereka untuk lompat parti, tidak perlulah kita begitu mempertikaikan perkara ini. Datuk Musa Aman dah menunjukkan keyakinan beliau bahawa tindakan keluar parti beberapa pemimimpin ini tidak akan membawa impak kepada BN semasa menghadapi PRU-13.
ReplyDelete'lompat parti' dah menjadi perkara biasa dalam arena politik
ReplyDeletelagipun tidak ada undang-undang yang menyatakan 'lompat parti' adalah haram..
ReplyDeleteBiarlah rakyat menentukan siapa yang mereka mahu untuk mengundi ...
ReplyDeletebetul, ini hak masing-masing samada mahu kekal dalam parti atau lompat parti...
ReplyDeletekerajaan BN tidak perlu bimbang jika sokongan rakyat masih ada
ReplyDeleteMaximus dah perjelaskan isu ni, jadi jangan lagi diperbesarkan.
ReplyDeleteBiar rakyat nilai sendiri perangai para pemimpin yang mereka nak. Jadi lantaklah mereka lompat ka tak, sebab akhirnya nanti rakyat juga yang akan putuskan.
ReplyDeletePercaya tak kamurang, BNumno akan menang besar lagi utk PRU akan datang ni? Saya tak mahu percaya tapi mcm mustahil sangat mereka tewas kan.
ReplyDelete'Lompak Parti' bagi saya satu perkara yang normal. Yang tak normal bila rakyat gagal buat penilaian yang matang dalam menentukan calon yang patut kena undi. hihi
ReplyDeleteKita lihat sajalah next GE nanti, siapa sebenarnya pilihan rakyat.
ReplyDeleteThis shouldn't be an issue in the first place. its their rights to jump party.
ReplyDeleteWhy the need to explain?? Its Ongkili choice to jump.
ReplyDeleteLajim pernah bersama2 PBS dan keluar meninggalkan parti itu pada tahun 1994 sekaligus memberikan kelebihan kepada umno..
ReplyDeleteKita tidak pasti sejauh mana tindakan ahli BN meninggalkan parti boleh menjejaskan peluang pada Pilihan Raya Umum ke-13, apatah lagi Lajim sekadar pemain politik yang kurang berfungsi sekarang. Bagaimanapun dalam gerakan siasah, perkembangan semasa boleh memberikan kesan yang besar.
ReplyDeletebiar rakyat yang pilih siapa yang mereka sokong.
ReplyDeletelompat parti macam sudah jadi pekara biasa dalam politik.
ReplyDeleteyang penting rakyat harus bijak menilai dan memilih.
ReplyDeletepolitik memang sukar diramal, macam-macam boleh berlaku.
ReplyDeleterakyat pasti dapat membuat pilihan dengan baik dan mereka tahu apa yang terbaik untuk mereka.
ReplyDeleteLompat parti bukan isu baru lagi.
ReplyDeleteLajim pasti memberi kesan yang kurang baik kepada BN juga, cuma sejauh mana kesannya.
ReplyDeleteDah tidak sehaluan, tidak hairan jika keluar parti. Yang penting, perjuangan untuk rakyat diutamakan.
ReplyDeleteBN tetap kuat tanpa Lajim dan Bumbering. Cuma sejauh mana pembangkang dapat memenangi kerusi.
ReplyDeleteKenapa tiada golongan menghormati keputusan mereka? Lompat parti boleh juga memanfaatkan rakyat juga.
ReplyDeleteSerahkan kepada mereka untuk menentukannya. Tidak salah sebenarnya melompat sebab sudah tidak sehaluan.
ReplyDeleteNothing we can do other than continue concentrating to the people welfare.
ReplyDeleteHormatilah mereka yang melompat parti. Mereka masih bersama rakyat.
ReplyDeleteBudaya lompat parti sudah berpuluh-puluh tahun dalam politik Malaysia, apa nak mempertikaikan lagi?
ReplyDeleteHope without them in BN, BN still can strike well for the people.
ReplyDeleteBudaya lompat parti ini rasanya tidak patut disokong dan ini bukannya patut kita ikutkan. Sebaiknya elakkan daripada melakukan perkara ini.
ReplyDeleteorng yang suka lompat parti adalah mereka tiada pendirian.
ReplyDeleteLompat parti sebelum pilihanraya itu bukan masalah rakyat..
ReplyDelete