Thursday, August 23, 2012

Mat Sabu: Isu Nasha dibawa ke biro politik PAS

PAS dijangka membincangkan isu kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu mungkin menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat Biro Politik parti itu yang dijadual pada Sabtu ini.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini agenda rasmi mesyuarat itu pas muktamar 130610 nasharuddin mat isa 1masih belum dimaklumkan oleh Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.

"Kemungkinan (perkara itu) kita akan bincang. Sudah tentu (ahli jawatankuasa biro) akan ditimbulkan perkara itu," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Nasharuddin (kiri) yang juga ahli parlimen Bachok dalam laporan TV3 dan Utusan Malaysia sebelum ini dilaporkan mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud.

Pengerusi DAP Karpal Singh juga dilaporkan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang susulan kenyataan Nasharuddin yang mendakwa peguam terkenal itu seorang yang anti Islam kerana menentang hukum hudud.

Bagaimanapun, Nasharuddin yang ahli Majlis Syura PAS mempertahankan kenyataannya dan sedia berdepan Karpal di mahkamah.

Sementara itu, dalam ceramahnya malam tadi, Mohamad menganggap wujudnya perbincangan mengenai hukum hudud khususnya di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu merupakan "satu perkembangan yang sihat dan baik".

NONE"(Kalau dulu nak) laksana hudud, (ada tuduhan akan) busuk sungai Kelantan. Banyak tangan (dilempar ke situ). Batu tak boleh buat jalan (kerana hukuman rejam).

"Tapi sekarang ia menjadi perbincangan antara kaum, semua agama. Ia satu perkembangan yang sihat.

"(Hukum hudud) bagi orang Islam sensitif... (Kalau) Karpal Singh tolak, saya tak panik, tapi kalau (beliau) terima, saya rasa pelik. Tapi bila orang Islam tolak hudud, kita tak kata apa," katanya.

Sambil membaca petikan kiriman SMS daripada seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak yang menyatakan "Islam menyatukan kita" , Mohamad menganggap perbincangan tentang hukum itu di kalangan bukan Islam memperlihatkan "satu perkembangan yang baik" berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Perdebatan (hukum) syariah (jadi perbincangan) semua kaum... (Ini) satu perkembangan baik, ia jadi perbincangan ilmiah sekarang," katanya. -MK

23 comments:
Write comments
  1. nampaknya PAS mgkin tak sediakan peguam untuk Ustaz Nasha..tapi mungkin sediakan lawyer kepada Karpal!! hehe

    ReplyDelete
  2. ok..Mesti Baca! Kenapa Kami tinggalkan PAS - Terbaru Luahan Sebenar Dari Bekas Seorang Ekstrimis PAS

    KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS!!

    `Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil, cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

    Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu). Ahli2 yang menentang pemimpin PAS dikira fasik & kafir..terkeluar dari landasan agama Islam.`

    inilah antara contoh& bukti kenapa ahli2 tegar PAS adalah PENGANUT AGAMA PAS, BUKAN PENGANUT AJARAN ISLAM! mereka, ilmuan muda Islam keluar PAS setelah bermuzakarah dgn para alim ulama dari luar negara mengenai Islam hingga mereka menyatakan PERJUANGAN PAS TERTUTUP & MMG SALAH! anda boleh baca di dalam carian artikel Kenapa Kami tinggalkan PAS di internet.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa PAS patut menerima cadangan Nasharuddin Mat Isa yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud. Tidak mungkin mereka boleh terus berjuang bersama jika pendirian mereka berlainan dengan parti komponen yang lain. Karpal Singh dari DAP juga berkata jika PAS melaksanakan hukum hudud, ia akan menjejaskan undian Melayu terhadap PAS.

    ReplyDelete
  4. Pengerusi DAP Karpal Singh juga dilaporkan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang susulan kenyataan Nasharuddin yang mendakwa peguam terkenal itu seorang yang anti Islam kerana menentang hukum hudud.

    Menentang hukum hudud tidak semestinya bermaksud seseorang itu anti-Islam, kalau begitu, rasanya ramai yang anti-Islam dalam negara kerana tidak menyokong hukum hudud. Setiap orang ada pandangan sendiri terutamanya dalam isu agama, kalau tidak mampu saling menghormati pandangan antara satu sama lain. Perpaduan amat sukar diwujudkan.

    ReplyDelete
  5. Mohamad Sabu menganggap wujudnya perbincangan mengenai hukum hudud khususnya di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu merupakan "satu perkembangan yang sihat dan baik".

    PAS perlulah mendapatkan pandangan daripada rakyat Melayu dan bukan Melayu sama ada mereka sokong pelaksanaan Hukum Hudud ataupun tidak. Marina Mahathir adalah salah seorang Muslim yang menolak pelaksanaan hudud.

    ReplyDelete
  6. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat! kepada ahli2 PAS (khususnya yg telah dikader/ dimuslimahkan) marilah kita beristighfar. kita sudah menyimpang & jauh tersesat mengikut & tunduk kepada fatwa2 sempit pemimpin PAS! elakkan membabi buta berpegang kepada baiah yg membawa kesesatan aqidah.

    TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT! PARA ULAMA2 DI LUAR NEGARA YG BERBINCANG DGN PIHAK KAMI MENUNJUKKAN HADITH2 SAHIH DARI KITAB-KITAB HADITH YANG ASAL. SEMUA HADITH BAB PEMERINTAHAN DALAM SAHIH MUSLIM DIBACA SATU PERSATU, TETAPI TIDAK ADA SATU NAS PUN YG MEMBENARKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH.

    sama2lah kita follow seketariat Muda UMNO. tarbiyyah, dakwah wanita & puterinya dgn baik! bantulah umarak yg baru ini - PM Najib dalam membina negara yg lebih bertamaddun & berkasih sayang. beri pendapat & wujudkan perbincangan ilmiah di sana! jika tak berpuas hati, kita keluarlah. tiada paksaan! wallahu a`lam

    -bekas kader PAS (PMIUM 1998)-

    ReplyDelete
  7. Adili baik2 Mat Sabu. Tindakan disiplin mungkin perlu.

    ReplyDelete
  8. Kesatuan dan perpaduan di kalangan ahli memang penting.

    ReplyDelete
  9. YB Ustaz Nasha..Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa, hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar YB bersama-sama pemimpin UMNO bertemu dengan para ilmuwan dan cerdik pandai agama dari Arab Saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

    Saya juga amat bersyukur akan pegangan YB terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah.
    Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.

    Untuk makluman YB juga, saya merupakan penyokong kuat parti Pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan Pas di negeri Melaka.
    Saya jg telah menjadi ahli Pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kira sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam Pas.Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli Pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti.

    Susah senang saya tanggung didokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan. Namun tiada perkara yang boleh menggoyahkan sokongan saya sehinggalah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

    Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat, namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah. Antaranya, apabila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr. Hasan Ali yang disingkir apabila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.

    Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr. Hasan tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita? Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan Pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr. Hasan demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pula berlaku. Betapa lemahnya iman kita dalam mempertahankan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah.

    Kepimpinan Pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, DAP. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba-Mu ini untuk menghadap-Mu nanti.

    Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi Pemuda Pas, berasa malu akan tindakan ketuanya itu. Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.

    Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini, selepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir.

    Terkini, saya mengikuti rapat perkembangan mengenai YB. Saya setakat ini masih lagi ahli Pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau YB keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan Pas ini namun sayalah yang sering memujuk mereka untuk bersabar. Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan Putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.

    Percayalah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam Pas semakin kelam dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding Pas.

    Sehingga ini sahaja sempat saya catatkan untuk YB. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati YB dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam.

    Amin Ya Rabbal Alamin.

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  10. PAS dlm PR tu bukan nak gadai aqidah atau menukar perlembagaan PAS yg sedia ada. Itu gabungan parti utk hapuskan kezaliman kerajaan yg dlihat semakin brlueluasa dr hari ke hari utk kebajikan rakyat jelata. Itu gabungan dharuskan dgn islam. kalau keluar PR yg menang selesa adalah BN dan sudah tentu lebih selesa lagi ler menzalimi rakyat. Maksud menzalimi tu bukan dtg ketuk kepala rakyat tetapi dgn menaikkan harga barang asas rakyat, harta negara difara'id sesama kroni ( contoh satu je ialah NFC ), amanah saham yg dlancar dsetiap negeri sblom ni ( ASJ, ASDI, ASW dll), mana pegi? Akta ISA tu utk siapa ? Guru agama atau lebai2 ke? Penjenayah negara dok mana? Pemberi ic palsu yg gadai Sabah kpd warga asing,apa jadi?
    Jadi, tak payah kita nak ulas lebih2 isu Si Nasha tu dgn PAS. Itu masalah dia orang dan si Nasha tu patut pun dsingkir dr parjuangan Islam spt Hassan aqidah. Api dlm sekam yg hanya merosakkan jemaah sj.

    Kalau semangat islam dlm PAS semakin kelam, dlm BN tak ker? tapi apa yg kelam dlm PAS tu tak tau ler. Itu hanya sekadar coretan imiginasi coreta shj dan bukanberkisar pd hakikat. silap2 dlm PAS tak kelam pun, hanya berita utusex atau TV 3 suku yg tolong kelamkan.

    ReplyDelete
  11. anon 23: 12:18pm.

    Penjenayah negara dok mana? Pemberi ic palsu yg gadai Sabah kpd warga asing. apa jadi pada Anwar yg bertindak memberi ic pada PATI ini bha?

    dasar penganut PAS yg sgt jahat, kurang ajar & tak hormati kami!!!

    paduli apa aku sama si nasha. aku marah ni!!

    ReplyDelete
  12. "(Hukum hudud) bagi orang Islam sensitif... (Kalau) Karpal Singh tolak, saya tak panik, tapi kalau (beliau) terima, saya rasa pelik. Tapi bila orang Islam tolak hudud, kita tak kata apa,"<----TERBAIK

    ReplyDelete
  13. xyah la bawak2 ustz nasha pi biro apa2... bawak saja dia pi mana2 cawangan umno, mintak borang kat depa, tlg isi nama nasha dalam borang tu, pastu tlg bayar skali kat dia 100 utk yuran seumur idop.. settle masalah.. nk sgt perpaduan.. pi masuk umno..bnyak perpaduan sana ada.. x ckup dgn MIC, MCA, parti iban kadazan dayak pon ada... nasha bleh tarbiyah kot blah2 sana plak... kot org nk dengaq cakap dia...
    to ust nasha, jawatan timb president dah diisi abg mat... nk klau, tahun sekali lgi cuba lagi na.. klau rezeki x kemana... :)

    ReplyDelete
  14. Inikah yang dikatakan kesatuan dalam Pakatan yang membawa malapetaka kepada BN??

    ReplyDelete
  15. PAS keluar daripada politik sajalah.

    ReplyDelete
  16. allah nda bagi manusia berkawan dgn syaitan. tpi nik aziz kata boleh berkawan dgn syaitan!! siapa mampu tegur? macam2 fatwa nik aziz keluarkan mesra menyokong pas termasuklah boleh digomol oleh parti2 yg racis & chauvinis! kini pemimpin2 pas dakwa suda tarbiahkan lim `beawak`,ronnie `arak`, teresa kok `yahudi`! karpal dikata org tua nyanyuk sedangkan suara karpal adalah wajah lim & ahli dap yg lain! karpal si lawyer ini adalah boss dap!

    panganut pas diam & follow jak. mereka dgn bijaknya mendakwa berjaya dakwah dap! nda mcm umno dgn `link` nya! pemimpin2 pas bijak berceramah,bgi org paham dan pandai berdoa biarpun nda mustajap. 4me jangan terlalu cerdik sampai dgn allah pun boleh ditipu..murtad, arak, pelacuran, disko yg diperjuangkan ke mana skrg bha? mengapa ketawa, sinis dgn BN & dayus membiarkan parkara ini sj bha?

    YB nasha ni ustaz ahli sunnah as syafie. nik aziz pula mmg mahafiraun!! aku sokong kawan2ku yg nda minat berpolitik ttpi kami pangundi yg aktif. tarafnya sudah seperti tuhan bha. ada panganut pas yg berebut2 minum air basuhan kakinya. naik kereta sehabis mewah sdgkan negeri kelantan papa kedana. cukai emas & bijih besi nda dikutip! balak direbut oleh kroni manggila!

    rakyat kelatan sangat taasub dgn nik aziz. mana2 ulama yg mencerca nik aziz, akan disembur nik aziz dgn macam2 gelaran hingga ulama tersebut mendiamkan diri kerana ulama2 yg lain nda berani berhujjah. bimbang digelar macam2. nda dihormati. baik diam jak.

    orang malaya jgn terlalu `mencerdikkan` sabahan ya? biar anak2 kami bersuara. nanti kami suarakan pada pemimpin BN apa yg anak2 kami suarakan itu

    ReplyDelete
  17. Ustaz Nasharudin Mat Isa Tidak Mampu Hindari Bai’ah Palsu PAS

    Rakyat Malaysia tidak terkejut dengan kenyataan Ustaz Nasha, mantan Timbalan Presiden Pas yang akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik PAS. Biro ini membincangkan isu kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud.

    Beberapa kenyataan pemimpin Pas terutama Nik Aziz Pro Syiah amat jelas bahawa beliau telah membayangkan Ustaz Nasa tidak akan kemana-mana. Umum sudah mengetahuinya di antara mereka ada perjanjian syaitan yang berselindung disebalik nama suci “Perjanjian Nabi s.a.w dan sahabat”, BAI’AH untuk ahli2 yg seterusnya dipaten menjadi `penganut2 doktrin PAS`.

    Untuk pengetahuan semua, Bai’ah adalah satu perjanjian suci yang Nabi s.a.w lakukan bersama sahabat demi untuk mempertahankan Islam dan menyebarkan Islam hingga kiamat. Jangan keliru antara bai’ah dengan nazar. Walaupun ada pandangan mengatakan bahawa mereka menggunakan pendekatan nazar itu Bai’ah dan tidak boleh di tarik balik walhal dalam Islam nazar hanya diterima dengan niat yang tidak bercanggah dengan kehendak Allah s.wt dan sunnah Rasulullah s.a.w.

    Mana kita boleh bernazar ” kalau aku menang nombor ekor aku akan ke Mekah untuk tunaikan Haji atau Umrah”.

    Rasulullah s.a.w. mengambil berbagai bentuk baiah daripada sahabatnya:
    - Bai`ah kerana masuk Islam
    - Bai`ah diambil daripada sesetengah sahabat, tidak semua mereka
    - Bai`ah al-Aqabah untuk mempertahankan baginda seperti mereka mempertahankan kaum wanita dan anak-anak.
    - Bai`ah al-Ridwan untuk tidak lari dari medan perang.
    - Bai`ah al-Nisa’ untuk tidak melakukan syirik, mencuri, zina, membunuh anak, tidak mereka-reka pembohongan, tidak melanggar perentah makruf.

    Wajarkah kita berbai’ah dalam perjuangan yang amat samar malah jauh menyimpang dari perjuangan Nabi s.a.w. Sanggupkah kita bai’ah dalam perjuangan yang bersekongkol dengan golongan yang menolak perjuangan Nabi s.a.w. SAHKAH BAI’AH ITU!!??

    PAS lebih teruk dari Syiah! hingga Tuhan boleh dimakhlukkan. Nik Aziz yg acap kali ditegur oleh pemimpin2 PAS suatu ketika dahulu membawa doktrin yg tersendiri! Kini, dgn imej ketuaannya spt Khomeini, mana ulama yg berani menegurnya sesat? PAS bukan ulama spt dulu, tetapi kini membawa budaya mufarakah dgn pemimpin! mencerca dan mengajak rakyat suu dzon dgn umarak! dalil dan alasan yg hanya berpihak kpd pihak mereka sahaja.

    Baiah PAS yg sesat ini wajar diperangi oleh semua kita, bukan sekadar Nasha shj. betul tak TG Mat Sabu Pro Syiah?

    ReplyDelete
  18. Elok la Nasha keluar agar tidak jadi musuh dlm selimut. Pengalaman PAS kena tipu dek UMNO tahun2 70an mnjadikan PAS lebih dewasa mnhadapi UMNo tapi malangnya ada lagi org PAS yg dpergunakn oleh UMNO utkmghancurkan PAS dr dalam. Kerajaan Perapduan ( UMNO-PAS) itulah ungkapannya yg bakal melingkupkan PAS kali kedua ( kali pertama 1970an). Biarlah dia masuk parti UMngok yg tak sesat tu brsama Hassan Aqidah utk kejar org islam yg murtad ( JAKIM tak buat apa2 pun dgn org murtad ). Kenapa mufti tak brsuara dgn pemurtadan dan kenapa Hassan Aqidah lebih tau? Mana tugas kerajaan pusat utk 'bunoh' org islam yg murtad. Sabah, biar dia trgadai kpd PATI sebab dia org slahkan Anwar Ibrahim pulak dah. So, Anwar you kena dgr rintihan rakyat Sabah yg tak mahu you tolong dia org kembalikan maruah Sabah sebab dia asyik kata you punya angkara. Dia org ungkit citer dulu ( ntah betul ntah tidak) dan bukan nak brsama2 anda utk maruah rakyat Sabah. Juga yg tak betulnya adalah tuan guru bukan Najib, Khairy dgn anak menantunya atau Tun Mahathir yg curi ahrta negara. Tok guru yg asyik mengajar kitab agama kpd jemaah muslim itu yg tak betulnya. Malang nasib bangsa ku..

    ReplyDelete
  19. nampak sangat.. tidak wujud kebebasan bersuara dalam PAS.. bila ada ahli2nya yang buat kenyataan bertentangan dengan kehendak parti, mesti jadi isu serius dalam parti.. silap2 kena pecat..

    ReplyDelete
  20. Nasa ni nak masuk mana pun poie la jgn masuk neraka sudah la.. ado la tu yang tak pueh hati dio bawak diri.. apo2 pun timo kasih la sepanjang perkhidmatan dio dalam PAS, kono ingat PAS ni bukan parti individu cam UMNO ketuo ehh buleh buek suko hati mak bapak ehh PAS ni banyak level kono harung (dio lobih tau "NASA"). laie satu jgn la jadi cam brahim ali tu tak sodar diri tak pun cam Hasan ali tu tibo2 kono sorang sako pulak.. dah kuar tu kuar la jgn nak molobih2 pulak bondo tak do di ado2kan bagi ahli parti yang setio xdo istilah berdiam diri do Lawan totap lawan yo.. mano ado rehat dalam perjuagan den pun undi PAS tp org DAP xdo masalah pun walaupun ketuo den tu kapir si karpal tu dio yo yg meraban Parti den xmeraban pun cam TGNA cakap la xbori kosan pun.. yang pasti UMNO akan den kuburkan pakai tangan den sendiri. Haa satu laie jgn la teraso yo apo2 yang jadi lopeh ni sobab ko tu dah milik org lain politik ni biaso la mengentam tp biar ado fakta jgn main rembat yo ko pulak yang kono kang poie la tarbiah Najib tu yo Nasa kang hilang laie sorang umat islam lak kang kalau kompom kapir takpo la klu murtad payah tu mufti pun xboleh buek apo2.

    ReplyDelete
  21. nASHA TU BUKAN NAK BRSUARA DLM PAS DAN BUKAN TAK BOLE BRSUARA TAPI RUPA2NYA SUARA TU SUARA UMNO YGNAK MENJAHANMKAN PAS...HAA ELOK LE KENA TERAJANG KUAR KALU TAK NAK KUAR TENDANG DIA KUAR. ASAL PAS SELAMAT

    ReplyDelete
  22. Kawan rasa pelik dgn sesetengah tohmahan kata Anwar punca pmberi ic palsu pd PATI. Yg aku tau masa tu Anwar dlm ABIM lg. PAS bukan UMNO bukan apalagi PKR.

    wal fitnatul asyaddu minal khotr...Jgn kita brsama UMngok melempar fitnah jahat ( yahudi).

    ReplyDelete
  23. Beranikah PAS berbuat demikian. Bukannya tidak patut jika DAP menentang hukum ini. Bukan PAS juga pernah berkata perkara ini kepada UMNO dan MCA.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.