Tuesday, August 28, 2012

Chong Wei bakal tamatkan zaman bujang



Pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara, Wong Mew Choo, tahun depan.

Pemenang pingat perak Olimpik London itu berkata beliau kini bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001 ketika mereka bersama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.

Bagaimanapun, Chong Wei enggan menyatakan tarikh atau tempat yang dipilih untuk meraikan majlis bersejarah itu memandangkan semuanya masih dalam perancangan.

“Mungkin saya akan mengundur diri tahun depan kerana pertandingan penting sudah berakhir dan mula merancang memandangkan saya bukan lagi muda,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun hadapan, bagaimanapun ketika itu beliau tidak mengumumkan wanita pilihannya.

Menurutnya beliau tidak mahu kisah cintanya itu dipandang negatif sehingga mengganggu fokus dan persiapan beliau ke Olimpik London.

“Saya dan dia (berkawan) sudah banyak tahun. Tetapi kadang-kadang saya tiada masa dan saya mahu fokus pada karier dan biasalah kadang-kadang kita bergaduh,” akui atlet dari Pulau Pinang itu.

Mengenang kisah lampau, Chong Wei mendedahkan beliau dan Wong pernah berpisah ketika menyertai latihan di Korea Selatan pada 2009, namun, hubungan itu terjalin semula setahun lalu.

Dalam perkembangan lain, musuh tradisi atlet itu, pemain perseorangan nombor satu dunia Lin Dan dari China juga dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan bekas perseorangan wanita republik itu, Xie Xinfang bulan depan. — Bernama

13 comments:
Write comments
  1. Saya dengar dengan ingin berkahwin dengan pemain badminton wanati? Baguslah juga. Tambahan umur DLCW pun dah meningkat. Apa pun tahniah kepada beliau.

    ReplyDelete
  2. Tahniah diucapkan, diharap perpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. Congratulations to Datuk Lee Chong Wei and Wong Mew Choo

    ReplyDelete
  4. Datuk Chong mahu menamatkan masa bujang dia. Bagus jugalah itu.

    ReplyDelete
  5. tahniah Dato' LCW

    ReplyDelete
  6. tahniah, moga hubungan mereka akan berkekalan.

    ReplyDelete
  7. Satu Berita yang mengembirakan dan bangga dengan beliau.

    ReplyDelete
  8. Harap ini tidak menganggu sukan beliau

    ReplyDelete
  9. Tahniah Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo.

    ReplyDelete
  10. Jangan bimbang, Datuk Lee adalah pemain yang professional, beliau takkan membenarkan isu peribadi untuk menganggu sukan beliau.

    ReplyDelete
  11. syabas kepada DLCW bukan saja atas jasa beliau mengharumkan nama negara, juga sebagai bakal suami tidak lama lagi..

    ReplyDelete
  12. Tahniah Lee Chong Wei!

    ReplyDelete
  13. Semoga anak mereka pun jadi pemain badminton negara!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.