Thursday, August 16, 2012

Pakatan : Anifah patut berhenti


Pakatan Rakyat menggesa Menteri Luar, Datuk Anifah Aman meletakkan jawatan atas dakwaan pengabaian tugas dan gagal untuk mengendalikan hal ehwal luar negeri dengan betul.

Menurut Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong, sekretariat Pakatan bermesyuarat malam tadi dan sebulat suara bersetuju bahawa Anifah tidak mampu menjalankan tugas.

NONEKatanya, cakap-cakap dalam lingkaran diplomatik bertiup kencang bahawa Anifah lebih suka duta pertemuannya dibuat di Sabah dan bukannya di ibu negara.

"Dia bersembunyi di Kota Kinabalu dan malah meminta duta China menemuinya di sana," kata Liew dalam sidang media hari ini.

Liew juga mendakwa Malaysia, tidak seperti sebelum ini, gagal membuat pendiriannya berkaitan perkara penting antarabangsa seperti konflik Syria serta masalah Rohingya dan Palestin.

"Bandingkan ini dengan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam Kabinet di mana kita mengambil bahagian secara aktif dalam resolusi konflik Bosnia di Balkan," katanya.

-MK

36 comments:
Write comments
  1. Tak tau le apa tugas beliau sebagai Menteri Luar. Yg tau saudara beliau dSabah tu dtuduh oleh BPR Hong Kong membabitkan pengubahan wang haram. Takkan beliau tak membantu kot kes saudara beliau tu. Tapi masa Pak Rais jd Menteri Luar dulu, 'tercabut' satu wilayah kedaulatan negara kita kpd S'Pore iaitu PEDRA BRANCA ( Pulau Batu Putih). Ada TV3, utusan ke BH ke tolong siarkan citer.? Tak der tapi yg ada tajuknya, "WIN WIN SITUATION". Apa yg win win nya, kalu dah hilang kedaulatan tu jawapnya LOSE LOSE SITUATION ler. Bengap. Ada barua2 umno menyalak? Tak der , dia menyalak pd Tok Guru atau DS Anwar jer la yg beraninyer.

    ReplyDelete
  2. Apa salahnya Datuk Anifah Aman meminta duta China menemuinya di Sabah? Kita boleh mempromosikan negeri kita dan membantu mengurangkan bajet untuk keluar negara.

    ReplyDelete
  3. Apa salahnya kalau Datuk Anifah Aman tidak membuat komen pasal isu konflik Syria serta masalah Rohingya dan Palestin, tidak perlu kita membuat komen untuk isu yang mungkin menyebabkan kontroversi.

    Aku masih lagi ingat bila PKR dan PAS bertengkar pasal tidak sehaluan dengan isu Palestin-Israel. Kita tidak memerlukan kontroversi seperti ini.

    ReplyDelete
  4. Apakah bukti Pakatan Rakyat bahawa Datuk Anifah mengabaikan tugas dan gagal untuk mengendalikan hal ehwal luar negeri dengan betul. Datuk Anifah tidak perlu letak jawatan hanya kerana sekretariat Pakatan sebulat suara bersetuju bahawa Anifah tidak mampu menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  5. PUTRAJAYA - Malaysia hari ini melahirkan rasa kesalnya berhubung peletakan jawatan Kofi Annan sebagai wakil khas Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Liga Arab ke Syria minggu lepas.

    Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia penuh yakin prinsip yang terkandung dalam Pelan Damai Enam Perkara menawarkan peluang terbaik untuk menamatkan krisis di negara itu.

    "Kami amat bimbang dengan keganasan yang semakin menjadi-jadi di Syria, yang mengakibatkan ramai saudara kami -- rakyat Syria -- menjadi korban dan menanggung kesusahan.

    "Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kami menyeru semua pihak supaya menahan diri daripada melakukan lebih banyak keganasan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan krisis ini secara aman melalui dialog dan usaha perdamaian," katanya pada majlis berbuka puasa kementerian itu di sini hari ini.

    Annan mengumumkan peletakan jawatannya minggu lepas dengan memberi alasan beliau tidak mungkin dapat melaksanakan misi yang diamanahkan kepadanya.

    Beliau berkata untuk menangani cabaran serta isu yang dihadapi umat Islam itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijemput, dan akan menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan datang di Makkah pada 14 dan 15 Ogos ini.

    "Mesyuarat ini sesuatu yang penting dan tepat pada masanya. Kami berharap dapat memberi sumbangan, bersama negara anggota OIC lain, ke arah mencari penyelesaian bagi sesetengah, kalaupun bukan untuk semua isu yang akan dibincang kelak," katanya.

    Pada sidang akhbar kemudiannya, Anifah berkata lapan rakyat Malaysia yang masih berada di Syria diminta meninggalkan negara itu ketika keadaan masih memungkinkan mereka berbuat demikian.

    Katanya ketika ini, kelapan-lapan mereka, kebanyakannya bersama keluarga masing-masing, enggan meninggalkan Syria walaupun keadaan di sana semakin meruncing.

    Mengenai konflik yang menimpa umat Islam Rohingya di Myanmar, Anifah berkata beliau kecewa dengan apa yang berlaku itu dan meminta Myanmar memastikan keselamatan mereka.

    "Kami akan berbincang dengan Bangladesh dan sekiranya perlu, kami bersedia membantu berdasarkan kemampuan kami," katanya. - Bernama

    ReplyDelete
  6. bila kerajaan menunjukkan pendirian mereka atau membantu negara2 yang berhadapan dengan masalah.. pemimpin2 pembangkang juga yang cakap kononnya kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan..

    ReplyDelete
  7. jika Anwar hebat sangat berkenaan dengan tugas2 menteri luar, kenapa setiap kali beliau ke Indonesia, mesti selepas itu rakyat Indonesia berdemo memprotes negara Malaysia?

    ReplyDelete
  8. Dekat lagi kan China dengan Sabah?

    ReplyDelete
  9. "Bandingkan ini dengan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam Kabinet di mana kita mengambil bahagian secara aktif dalam resolusi konflik Bosnia di Balkan," katanya.

    Nak bandingkan apa? Masa tu kan Anwar masih dalam BN. Dalam Pakatan belum tentu boleh buat begitu.

    ReplyDelete
  10. PR memang sengaja cari masalah dengan Anifah Aman. Ada2 saja yang tidak kena.

    ReplyDelete
  11. Mahu puji Anwar konon, ka orang tu mahu ganti Anifah sebagai menteri luar. Kes Datuk Musa Aman tu, tiada yang baru. Asyik kitar semula saja. tiada update apa2 pun. Sarawak Report tidak kasi publish ka tu kes sudah close.

    ReplyDelete
  12. ni PR ni cakap kosong saja...

    ReplyDelete
  13. memang sengaja PR memburukan anifah aman...

    ReplyDelete
  14. saya tengok si anifah aman, ok saja dia buat kerja dia selaku menteri luar..apa salah duta china jumpa anifah di sini di sabah?

    ReplyDelete
  15. lagi pun apa bukti PR? ni PR ni memang syok sendiri saja bah..

    ReplyDelete
  16. mahu banding dengan anwar? dulu anwar dalam kerajaan lah..mana ada PR..

    ReplyDelete
  17. PR ni masuk bakul angkat sendiri...tidak payah layan..

    ReplyDelete
  18. KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH

    woittt...BOLEH MAIN NYURUK - NYURUK PULAK..kah kah kah

    kah kah kah...APESAL TAK MAIN POLIS SENTRI JERR...kah kah kah

    kah kah kah...TU SEMUA NAK CURI TULANG...kah kah kah

    kah kah kah...APE PUNYA MENTERI DAAA....kah kah kah

    ReplyDelete
  19. pembangkang hnya nak cari kesalahan Anifah untuk menjatuhkannya. Anifah laksanakan tugasnya dgn baik.

    ReplyDelete
  20. Anifah tak perlu berhenti kerana kata2 pembangkang.

    ReplyDelete
  21. jangan mengata pemimpin kita bha! dia org baru yg perlu diberi peluang.. yang baik, kita sokong! jika ada perkara nda betul. kita doa biar Tuhan beri hidayah padanya. Tuhan itu maha adil. maha penyayang & maha pengampun.

    anifah, go on!

    ReplyDelete
  22. x yah banding2 YB Anifah nie dgn YB Anwar..baca maklumat di bawah-

    Dalam pada Anwar bersama konco-konconya sibuk memfitnah anak gadis Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib berbelanja besar di Australia... Mungkin Anwar terlupa nak jaga anak teruna dia yang sorang ni.. Dah macam Lim Guan Eng pula yang tak sempat nak jaga anak lelaki... Mungkin terlampau sibuk untuk mengejar Putrajaya... Hahaha...

    Tiba-tiba saya teringat kisah makcik-makcik kat kampung yang suka bergossip... Mengata anak org A... anak org B... Sedangkan anak sendiri sudah kelaut akhlak mereka... Harap sahabat-sahabat baik Anwar yang ada dalam PAS tu tolong-tolong la nasihat sikit ye.. Jangan sibukkan hal luar kain... Tengok-tengoklah dulu yang dalam kain tu... Entah koyak ke rabak ke kan...

    Ehsan mengakui bahawa ayahnya meliwat Saiful Bukhari apabila ditanya berkaitan sebab menagapa dia masih belum mahu pulang ke Malaysia. Ehsan menyatakan yang dia malu terhadap perbuatan ayahnya... Mari ikuti sikit pengakuan dari Ehsan...


    *** Menurut bekas rakan Anwar yang dikenali sebagai Datuk Ishak Ismail telah memberitahu bahawa seorang sahabatnya di New York ada menghubunginya baru-baru ini. Ketika berbual, secara tidak langsung, terkeluar cerita mengenai anak lelaki Anwar itu.

    Menurut sahabat Datuk Ishak, Ehsan ditanya tentang dirinya yang enggan pulang ke Malaysia meskipun sudah sekian lama berada di luar negara. Lagipun, ayahnya kini sedang dalam tekanan yang amat dahsyat! Bukan sekadar liwat, cerita ayahnya melanggan pelacur pun terbongkar juga! Nak tunjuk jam Omega pun tak mampu!

    Ehsan memberitahu bahawa dia dah enggan pulang ke Malaysia memandangkan dia segan dan tak mampu nak berdepan dengan Saiful Bukhari. Menurutnya, Saiful Bukhari adalah rakan baiknya. Namun, secara tidak sedar, dia berkata…
    “Uncle..saya tak boleh balik ke Malaysia…macamana saya nak jumpa Saiful..?

    “Saiful tu kawan baik saya…sah dan sahih uncle…ayah saya bantai belakang Saiful”, kata Ehsan sebagaimana yang didakwa sahabat Datuk Ishak tersebut. ***

    ***pastinya akan ada sabahan yg menjadi PM selepas ini! insya Allah

    ReplyDelete
  23. jika Tun fuad stephen sama pemimpin terdahulu masih hidup mangkali sabah lebih maju sama taraf seperti negara-negara mcm singapore, brunei..tetapi oleh kerana mereka pemimpin baru mau atur langkah makanya kepala(pemimpin) telah di pancung.kini sabah menjadi sebuah negeri (bukan negeri! tetapi negara sabah!) yang sangat mundur yang luar biasa di malaysia adalah menjadi tidak keterlaluan jika sayamengatakan ada setengah pihak memandang rendah mertabat orang2 sabah.sepandai-pandai tupai melompat akhir jatuh ke tanah jua! 20-perkara akan tetap diperjuangkan sampai hari kiamat!

    ReplyDelete
  24. What's the point of blaming him?

    ReplyDelete
  25. setakat ini saya lihat Datuk Anifah jalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  26. kritikan ini hanya seperti sekadar kritikan saja. tiada fakta pun.

    ReplyDelete
  27. lagi pun pembangkang tidak berhak untuk meminta Anifa untuk berhenti.

    ReplyDelete
  28. kalau ada yang minta Anwar untuk berhenti mesti orang pembangkang sibuk pertahan kan Anwar.

    ReplyDelete
  29. ada saja isu dalam politik ni. yang penting rakyat perlu bijak menilai.

    ReplyDelete
  30. Mungkin ada pihak pembangkang yang tidak senang hati dengan kebolehan yang dibuat olah Datuk Anifah aman ini.

    ReplyDelete
  31. Why ask Anifah to quit? He's a capable man, and this is just part and parcels of it.

    ReplyDelete
  32. Pembangkang ni memang tak sudah2 dengan segala karenah tak tentu pasal.

    ReplyDelete
  33. If you ask him to step down, I think you guys should go away.

    ReplyDelete
  34. Anifah is a great foreign minister.

    ReplyDelete
  35. pembangkang hanya tahu mengkritik saja. cuba kalau mereka yang berada di tempat Anifah. mampu handle semua??

    ReplyDelete
  36. bukan semudah tu Anifah akan letakkan jawatan beliau.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.