Thursday, August 30, 2012

Hudud: Fathul Bari Elok Fahamkan Pemimpin UBN

Ulamak muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya telah menghantar surat kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang soal hudud.

Surat itu dihantar berdasarkan bermuzakarah di antara Pas dan Umno pada 6 Jun lalu menerusi sekeretrait Ulama Muda Malaysia (Ilmu). Surat itu diterima oleh setiausaha akhbar MB Kelantan itu, Fadzli Shaari namun belum dijawab hingga sekarang.

Fathul Bari yang juga menantu bekas MB Perlis Shahidan Kassim itu bercadang untuk bertemu Nik Aziz bagi membincangkan isu hudud secara profesional dan bukan untuk bertikam lidah.

Saya nampak di sini tidak ada keperluan mendesak untuk ulamak muda Umno berbincang hal hudud dengan Tok Guru itu. Apa yang hendak dibincangkan, pendirian Nik Aziz sudah jelas, bahawa hudud bukan perkara yang boleh ditolak ansurkan.

Apakah Fathul ingin memberi tahu kerajaan Kelantan perlu menyediakan prasarana dan makenisme dulu baru boleh dilaksanakan hudud? Atau rakyat kena diberi kefahaman dulu. Itu juga Nik Aziz sudah jelas dengan memberi perumpaan nelayan akan turun ke laut walaupun laut bergelombang demi untuk hidup.

Soal mekanisme seperti mana diperkatakan kebanyakan pemilik lidah Umno sudah difahami, ia akan dapat diatasi bila Umno sendiri membantu dan ada azam serius untuk laksanakan hukum Allah itu. Makanya lebih baik Fathul jumpa Najib Razak dan Hishmuddin Hussein serta Udin anak Yassin juga memberi kefahaman mengenai hudud kepada mereka.

Itu lebih baik. Bila mereka faham sungguh-sungguh hal ini nescaya soal hudud tidak menjadi masalah.

Kepada Tok Guru juga tidak perlu layan ajakan ulamak muda Umno ini kerana ia membuang masa saja. Kalau ulamak tua masih tetap pendiriannya dan mengambil sikap tidak menolak hudud tetapi tidak mahu melaksana hudud, ulamak muda juga akan lebih kurang saja.

Siapa pun ulamak itu setinggi dan sedalam mana ilmunya selagi ia berada dalam lengkaran kuasa Umno selama itulah dia akan bersikap acuh tidak acuh kepada hudud dan akan memikir bagaimana untuk mencari alasan untuk tidak laksanakannya daripada memikir bagaimana hendak laksanakannya.

Setuju benar kalau Tok Guru tidak memberi jawaban atas pelawaan itu.

Oleh Mohd Sayuti Omar

13 comments:
Write comments
  1. betul juga kata mursyidul am PAS kononnya mau bincang pasal hudud, selagi org2 dalam UMNO terutama pemimpin2 mereka sendiri tidak menerima hukum hudud buang masa saja, bagus lagi ust itu jumpa org UMNO dan org BN tgt cara untuk melaksanakan hudud di negara ini. UMNO utk membicarakan soal agama susah sikit kerana agama dimanipulasikan utk politik mereka. kebanyakan ulama2 dan ustaz kena 'GAM'andaikata tidak menurut citarasa mereka....fikir2lah USTAZ!

    ReplyDelete
  2. Fathul Bari Mat Jahaya telah menghantar surat kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang soal hudud.


    Tapi tok guru nampaknya enggan menerima pelawa Fathul.

    ReplyDelete
  3. Adalah kebebasan Tok Guru untuk menerima ataupun menolak pelawa untuk membincangkan Hudud. Kita harus menghormati keputusan beliau.

    ReplyDelete
  4. Bincang Hudud ni biarlah ikhlas. Bukan atas dasar kepentingan politik atau glamour saja.

    ReplyDelete
  5. Tak payah la Hudud

    ReplyDelete
  6. Bincang hudud minta petunjuk dari Allah

    ReplyDelete
  7. Biarlah orang2 yang pakar membincangkan hal hudud.

    ReplyDelete
  8. bincang elok2 la, bha.. kedudukan Sabah harus dihormati. Sabah adalah wilayah berasingan (bukan sekadar negeri) yg masuk persekutuan! kami, bila2 masa boleh kaluar jika kami dipaksa2 tanpa berunding!

    kami bukan kisah pasal royalti minyak bha..barangkali itu sedekah jariah anak negeri pada org2 susah seluruh Malaysia termasuk Kelantan!

    hormati Sabahan, ya? ingat ya, ada undang2 persekutuan yg tidak kena pada negeri Sabah ini. contohnya bahasa dan agama.

    *sokong Dr Jeffrey Kitingan juga, tp YB Pairin adalah keutamaan.

    ReplyDelete
  9. Asyik2 hukum hudud tapi tidak pernah capai kata sepakat.

    ReplyDelete
  10. HUDUD BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN. Hudud boleh dilaksanakan tapi terhad kepada orang Islam ja. Sama halnya dengan puasa islam, hanya orang Islam yang berpuasa mengikut ketentuan agama masing2. ADALAH 'DOSA' UNTUK MEMAKSAKAN IMAN KEPADA ORANG LAIN WALAU SEBAGUS MANAPUN IA

    ReplyDelete
  11. semua perlu tau dan faham hudud.

    ReplyDelete
  12. patut la PAS banyak problem.. sebab liat mahu dibawa berbincang.. belum berbincang, sudah banyak tanggapan buruk dilemparkan..

    ReplyDelete
  13. macam mana pula dengan pendirian DAP?? kenapa tidak bagi ulasan sekali??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.