Sambutan hari kemerdekaan ke-55 tahun peringkat Negeri Selangor meriah apabila lebih dua ribu rakyat negeri ini membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.
Sambutan yang bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa telah dapat memenuhi semangat perpaduan serta keharmonian apabila pelbagai kaum tanpa mengira agama serta umur hadir untuk menyambut ambang kemerdekaan.
Dalam masa yang sama sambutan itu juga telah dimeriahkan dengan perbarisan 53 kumpulan dan 7 kumpulan pancaragam dari sekolah-sekolah di Selangor.
Manakala barisan kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri juga turut hadir memeriahkan sambutan tersebut.
Selain itu juga keseluruhan barisan exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) juga hadir termasuk kakitangan kerajaan yang lain.
Sambutan yang bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan disusuli dengan perbarisan serta persembahan tarian tradisional sebelum ucapan daripada pemimpin utama negeri dan Pakatan Rakyat.
Tepat jam 12 malam, Menteri Besar Selangor telah melaungkan 'merdeka' sebanyak tujuh kali disertai dengan percikan bunga api di ruang udara bandar Shah Alam.
Sementara itu, kontijen dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinobatkan sebagai johan pada acara perbarisan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500.
MBPJ mengenakan seragam pasukan keselamatan pada waktu zaman pemerintahan Inggeris itu telah menarik minat mereka yang hadir kerana berjaya mengembalikkan nostalgia pasukan keselamatan sewaktu zaman menuntut kemerdekaan. -HD
Friday, August 31, 2012
Sambutan Merdeka Di Selangor Tuntut PRU13 Bersih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tengok mcm bodo jer Dato' SUK Selangor tu. Terasa atau jadi kera sumbang kot sebab dia barua umno tapi ' trpaksa 'hadir dlm program kerajaan negeri ( PKR). Tahniah MB Sel yg brjaya hidupkan suasana bulan kemerdekaan walau selalu dtekan oleh rejim zalim UMNO/BN
ReplyDelete
ReplyDeleteHari ini dalam sejarah.
Detik brsejarah itu akan terpahat dalam sanubari generasi. Samalah seperti generasi tua dahulu yang berjuang memerdekakan negara ini daripada kuasaan British.
Sejarah akan berulang. Kuasa rakyat akan disandang kembali.
Hidup Pakatan Rakyat.
Biarkan UMNO/BN dan pemimpin mereka bergembira ria buat seketika
menjelang akhir khidmat mereka seberapa purnama sahaja.
Syabas MB Selangor dan semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat daripada pihak PAS, DAP dan PKR yang diterajui oleh DSAI.
Gagasan anda semakin menjadi nyata.
Rakyat semakin berkuasa.
Negeri dan negara bakal ternama.
Si penzalim bakal terhina jika terus bersandiwara dan berleka-leka.
PRU-13masa yang dicita.
Menolah UMNO/BN satu bicara
Pakatan Rakyat bersama dijaya....
ABU
Tiada UMNO/BN rakyat merdeka sejahtera.
Semua mendengar ucapan Anwar atau ada yanng tertidur tu
ReplyDeleteAnwar dah mulai perasan jadi PM.
ReplyDeleteAnwar apapun yg berlaku samada jadi PM atau sebaliknya anda akan terpahat dalam sejarah negara sampai bila-bila yg anda seorang perjuang kemerdekaan di alaf moden dan pejuang refomasi di kalangan rakyat dari penjajah negara sendiri...
ReplyDeleteHarap apa rakyat memilih atas kehendak mereka sendiri.
ReplyDeletePilihan rakyat adalah yang terbaik.
ReplyDeleteini sambutan kemerdekaan atau kempen politik?
ReplyDeleteBersihkan senarai pengundi! PRU13 harus bebas daripada mana2 manipulasi.
ReplyDeleteDiharapkan SPR akan berusaha memastikan pilihan raya ke 13 berjalan dengan bersih dan adil.
ReplyDeleteSambutan hari kemerdeakaan pun mahu dijadikan isu politik juga.
ReplyDeleteKemerdekaan dan politik tu adalah benda yg sama. Kemerdekaan lahior hasil dr kegigihan gerakan politik. So, apa masalahnya.
ReplyDeleteAnony Sept 3: 2;17 pm
Anonymous said...
ReplyDeleteSeptember 4, 2012 5:28 PM
tidak cukup ka hari2 kehulu kehilir berpolitik hinggakan Hari Kemerdekaan pun digunakan untuk berkempen politik?? sebab itu saya malas mahu hadir dalam apa sahaja festival pebangkang.. saya mahu lihat percikan bunga api, persembahan kebudayaan, acara2 menarik, mendengar lagu kebangsaan secara live oleh rakyat... bukannya kempen politik Anwar..
headhunter
ReplyDeleteDS Anwar setakat ni mahkamah tak pernah jatuhkan hukuman atas kes fitnah kepada beliau..so..apa yang ada dalam minda kamu...mana moraliti kamu sebagai manusia..aku tak berpihak pada mana2 sebab kebenaran biarlah berdasarkan realiti dan kesaksian...atau kamu ini manusia tidak berakal barangkali yang suka menabur fitnah....kalau benar kamu adalah binatang yg bertidak tanpa berfikir waras....manusia dianugerahkan otak fikiran yang waras....
Janganlah isu ini di lihat sebagai masalah besar dan diperbesarkan semata-mata nak menunjulkan kejaguhan berpolitik, semua perkara berlaku ada sebabnya... kaji balik kenapa boleh berlaku... kalau dah dapat jawapan... perbetulkan kesilapan bukan mencari kesilapan orang... nampaknya ramai tak belajar dari sejarah Tanah Melayu tapi belajar dari Amerika dan Israel mcmana menanggani rakyat yang bersuara...
ReplyDeleteSebenarnya mereka kibar bendera lama..tp media & penyokong BN kata ini bendera baru..haha lama dan baru pun tak tahu beza
ReplyDeleteIsu kemerdekaan ni janganlah terlalu dipolitikkan.
ReplyDeleteRakyat kena faham erti kemerdekaan sebenar.
ReplyDelete