Monday, August 27, 2012

E-Mel Dari JPM Tawarkan Wang Tunai Sambut Merdeka

Satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di sini.

Dalam e-mel dari jabatan Perpaduan Negara dan unit Integrasi dilihat semalam oleh The Malaysian Insider, pelajar dijangka mengibarkan bendera atau “melakukan beberapa pembentukan bendera mudah” apabila lagu kebangsaan “Negaraku” atau lagu 1Malaysia yang dimainkan semasa dua peristiwa diambang Merdeka — satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada waktu petang.

“T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta,” kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti. “Untuk waktu petang, tiada T-shirt disediakan.”

Ketika dihubungi, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari daripada hari ini, akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari.

“Jadi, untuk lima hari setiap peserta akan dibayar RM100,” kata pegawai tersebut.

Pegawai tersebut menambah, jabatan berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang peserta berumur dari 18 hingga 35 tahun dari beberapa universiti sepanjang bandar ini.

Sejumlah 25 buah bas akan disediakan untuk membawa peserta dari beberapa checkpoint sepanjang bandar ke dua tempat acara itu.

E-mel dari pegawai itu juga secara spesifik menyebut hanya Cina dan India yang diperlukan untuk acara tersebut.

Apabila ditanya mengapa, pegawai tersebut mengatakan bahawa beliau tidak tahu apakah sebabnya.

“Mungkin mereka (jabatan) sudah mempunyai bilangan orang Melayu yang mencukupi,” kata beliau.

Tawaran ganjaran tunai Putrajaya untuk menarik peserta menyertai sambutan Hari Merdeka sudah pasti akan menyebabkan kemarahan daripada pembangkang persekutuan, apalagi di tengah-tengah kritikan meluas bahawa Barisan Nasional (BN) telah mempolitikkan sambutan hari kebangsaan.

Kabinet Najib telah memilih “55 tahun kemerdekaan, Janji Ditepati” sebagai tema Hari Merdeka yang telah mendapat tentangan oleh kerana pengkritik mengatakan tema tidak sesuai oleh kerana ianya lebih kepada agenda politik BN.

Logo “Janji Ditepati” dan lagu tema telah mendapat reaksi hebat oleh kerana terdapat dakwaan bahawa lagu tersebut ditiru daripada lagu gospel Indonesia.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas perayaan hari kebangsaan demi mengetengahkan agenda politik dan menyalahgunakan sumber kerajaan untuk tujuan berkempen.

Sebagai tindak balas, pakatan pembangkang PKR, DAP dan PAS mengumumkan tema alternatif sendiri pada hari Rabu — “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” — cadangan diterima daripada orang ramai awal bulan ini. -TMI

16 comments:
Write comments
  1. Kerajaan BN jadi pemerintah, segala keputusan ditangan PM.

    ReplyDelete
  2. Diberi peruntukan memang bagus. Kerajaan sepatutnya memberi peruntukan kepada peserta2 acara kemerdekaan.

    ReplyDelete
  3. Aku & isteri jugak dua tiga kali terima mesej yg sama dr KPKK utk hadir sambutan kemerdekaan. Murah sgt harga diri kerajaan BN sekarang. Merayu kpd rakyat utk pasang bandera negara, kibarbandera drumah atau keta, dan latest dminta hadir ke dataranMerdeka. Dulu masa tahun 90an atau 80an,pukul 6.00og aku dah trpacak ddataran. Semnagat nak tengok tapi sekarang bagi upah pon aku tak pergi. Menyampah.

    ReplyDelete
  4. Memang ini kelazimannya untuk persediaan hari kemerdekaan. para pelajar yang sukarela mau sertai, daftarlah sebagai peserta sekarang.

    ReplyDelete
  5. Kenapa Cina dan India saja yang diperlukan untuk upacara tersebut?

    ReplyDelete
  6. Harap semua kaum akan bersama-sama menyambut hari bersejarah untuk Negara kita ini.

    ReplyDelete
  7. Ya, mungkin bilangan pelajar Melayu sudah cukup kuota, mereka inginkan lebih banyak pelajar Cina dan India untuk mengambil bahagian supaya boleh menunjukkan semangat 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Tema Janji Ditepati telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang selama ini, sebenarnya tidak perlu peduli dengan mereka. Negeri-negeri Pakatan akan menggunakan 3 tema yang berlainan yang menunjukkan bahawa mereka tidak bersepakatan.

    Pakatan tapi tidak bersepakatan.

    ReplyDelete
  9. Tidak salah kerajaan menawarkan sedikit duit 'angpow' untuk para pelajar yang mengambil bahagian. Harap lebih banyak pelajar akan menawarkan diri dalam acara hari Merdeka.

    ReplyDelete
  10. Menyuburkan budaya rasuah.

    ReplyDelete
  11. pandailah menilainya.

    ReplyDelete
  12. Siapa yang mendapat email tersebut boleh lah perlihatkan kepada dunia.

    ReplyDelete
  13. Jangan2 itu email palsu yang direka.

    ReplyDelete
  14. bukan setiap tahun kerajaan sediakan dana untuk rakyat ambil bahagian dalam sambutan hari kebangsaan?

    ReplyDelete
  15. Ok la tu kena bayar. Siapa yang tidak mahu terima duit setelah penat buat latihan?

    ReplyDelete
  16. Tunjukkan la email tu sebagai bukti. Main cakap saja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.