Saturday, August 25, 2012

Tengku Razaleigh Nafi Jejaskan Perjuangan Umno

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan tanggapan bahawa tindakan beliau membantu berhubung tuntutan royalti minyak Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini telah menjejaskan perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, kata beliau, semua kenyataan yang dikeluarkan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya pengundi Kelantan terhadap Umno dan BN terutama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Lagi pun apa yang saya perkatakan dalam beberapa kenyataan sebelum ini membabitkan desakan ke atas Petronas sahaja dan tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di sini, Jumaat.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata beliau bukan hendak membela kerajaan negeri pimpinan Pas itu, tetapi apa yang diperkatakan adalah bagi menjelaskan perkara sebenar yang terkandung dalam perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri terbabit.

Katanya, beliau berhak menjelaskan perkara itu supaya rakyat lebih yakin dengan perjuangan Umno dan BN walaupun masalah itu menjadi tanggungjawab Petronas untuk menyelesaikannya.

"Sumber sebenar hasil itu (petroleum) diperoleh Petronas dan Petronaslah yang harus bertanggungjawab membayar semua tuntutan kerajaan negeri terbabit seperti yang terkandung dalam perjanjian yang saya lakukan kerana ketika itu saya menjadi Pengerusi Petronas.

"Memanglah ramai yang membuat tafsiran salah berhubung kenyataan saya itu hingga ada yang menuduh lebih memihak kepada pembangkang dan saya ingin jelaskan kenyataan itu adalah hakikat yang patut kita sama-sama selesaikan," katanya.

Beliau berkata segala perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas ketika itu juga mendapat persetujuan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan semuanya terkandung dengan jelas dalam akta petroleum berkenaan.

"Saya bukan nak berada di sebelah mana-mana pihak berhubung tuntutan berkenaan dan apa yang saya lakukan itu untuk memberi faedah bersama termasuk rakyat. Jika rakyat mendapat manfaat sudah tentu akan menyokong kita pada PRU-13 tidak lama lagi," katanya.

Mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum, Tengku Razaleigh berkata, persiapannya sudah diatur dengan baik khususnya di bahagian Gua Musang bagi mengekalkan kubu kuat Umno di Kelantan itu yang tidak pernah tewas kepada pembangkang.

"Saya mempunyai strategi sendiri bagi mengekalkan kemenangan itu, tetapi pada PRU-13 nanti terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian terbaik, tetapi saya harap sokongan mereka tidak berubah dan memberi kemenangan kepada BN," katanya. - BERNAMA

17 comments:
Write comments
  1. ketika itu Ku Li pengerusi petronas (rkyt k'ltan) jika lembu di-pegang pada talinye..manusia pula di-pegang pada janji.. & ''Perjanjian Tetap Perjanjian''.!i apabila ditanyakn nti, aku (ku Li) telah megatakan yg benar akan tetapi ade mereka2 ini yg cuba menghalang. pergilah kamu kpdnye..dan bertanyakn lah sbb halangan itu . . .

    ReplyDelete
  2. umno adalah parti perosak bangsa melayu.. tanah rezab melayu di curi di gadai di jual.. negara yang kaya dengan sumber asli, mnjadi negara yang berhutang da dekat paras hidung..56 tahun dok janji bela melayu.. mamak yang kaya raya. melayu sampai sekarang tak terbela. nak belajar pun dipaksa berhutang.

    ReplyDelete
  3. Tidak perlulah risau semua ini cuma sengaja direka oleh pembangkang sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Apa salahnya perjuangkan apa yang dituntut oleh rakyat. tanpa rakyat, siapalah pemimpin dan parti mereka.

    ReplyDelete
  5. Yang benar harus ditegakkan.

    ReplyDelete
  6. Teruskan perjuanganmu, Ku Li.

    ReplyDelete
  7. Org umno nih ramai yg mcm HAMDAN HADILLAH sebab tu ramai yg tolol. Tengku Razaleigh tu bekas YB Menteri Kewangan Malaysia. Rakyat Kelantan trmasuk Sultan menntut 5% komisyen Petronas tu bukan rekaaan pambangkang, tapi janji oleh KERAjaan BN dulu pun. Tapi kalau duit habis utk rakyat takpe jugak, tapi telah dbahagi2 samarata oleh puak2 umno...itu yg cilakak tu. Bila you nak cerdik sikit?

    ReplyDelete
  8. daer hamdan hadillah

    Pasal apa Kelantan tak dapat Royati?? Pasal UMNO tak nak bagi.. bukan Petronas. Tengku cakap berlapik.macam hamdan hadillah tak cerdik


    ReplyDelete
  9. Masalah ini kalau ditolak bahagi rasa2nya memang betul apa yang perjuangkan PAS selamanya ini.Jangan marah hamdan hadillah tapi marah pada UMNO

    ReplyDelete
  10. Umno berani buat apa saja walaupun melanggar perjanjian yg di buat sendiri oleh mereka krn tahu msh ramai rakyat yg msh taksub dgn parti yg semakin reput itu.termasuklah hamdan iyer

    ReplyDelete
  11. Razaleigh ni popular di kelantan, kalau bertanding confirm menang.. sebab itu lah dalam setiap kenyataan beliau, mesti menyebelahi rakyat dulu sebelum menyebelahi kerajaan..

    ReplyDelete
  12. Kerajaan negeri pengeluar minyak akan berbincang dengan kerajaan pusat tentang isu bayaran royalti minyak selepas ini.

    ReplyDelete
  13. Datuk Najib Razak juga berkata beliau telah menubuhkan special committee untuk mengkaji pembayaran royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak yang akan mengambil masa 6 bulan.

    ReplyDelete
  14. CM Sarawak dan Sabah juga rasa keputusan kerajaan pusat membincangkan semula isu ini menunjukkan bahawa kerajaan peka kepada keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  15. jika ahli UMNO, kena naikkan nama parti.

    ReplyDelete
  16. Jangan manipulasikan bantuan Tengku Razaleigh kepada Kelantan.

    ReplyDelete
  17. Pembangkang pintar dalam memusing-musingkan fakta.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.