Tuesday, August 21, 2012

Logo misteri Merdeka muncul di akhbar


Hampir sebulan selepas Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan pembatalan logo Merdeka sebelum ini, yang baru pula telah muncul di akhbar-akhbar utama sejak minggu lepas.

Logo ini memaparkan unsur-unsur yang sama tetapi dengan grafik yang lebih baik berbanding dengan logo sebelumnya yang semata-mata dibuat melalui gabungan fon yang sedia ada pada editor grafik Photoshop.

rais yatim wisma berita rtm 060612Logo baru yang muncul di muka depan beberapa akhbar seperti
Berita Harian, Utusan Malaysia dan New Straits Times sejak minggu lepas mempunyai nombor 55 dalam warna biru dan kuning dengan garis merah berombak di atasnya.

Selain daripada itu, ia juga mempunyai logo 1Malaysia serta tulisan "Merdeka" dan "Janji Ditepati".

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada logo baru ini merupakan versi rasmi dari kementerian penerangan. Rais (kanan) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

-MK

20 comments:
Write comments
  1. kalau yer pun nak letak logo merdeka, blh letak, naper sgt naK letak '1'JANJI DITEPATI', takde makna semua tuuuuu....

    ReplyDelete
  2. haisshhh si rais anak yatim ni.. ko ingat duit rakyat duit mak bapak ko ke..senang2 hati ko je nak gune buat logo merdeka ni.xsetuju tukar xsetju tukar... ko kene ingat satu sen ko belanja tanpa restui rakyat..rakyat tuntut nnti di akhirat nnatii.. bebal punye menteri .. apeedaaa..

    ReplyDelete
  3. Kan akhbar tu milik UMNO jugak,sama la tuh. Kementerian Rais dah 'delete' pun logo tuh, akhbar pulak amik. 1Dasar 1Malaysia concept. Apapun, itu ler salah satu kerja bodoh UMNO/BN jugak kerja bangang yg siRais hanya mampu zahirkan utk dprtonton pd umum.

    ReplyDelete
  4. logo 55 itu sudah menarik, namun 1 Merdeka dan Janji ditepati masih tidak sesuai.... malah Janji ditepati masih ada unsur politik. Banyak lagi tema yang sesuai. Ini hanya menimbulkan keadaan tidak disenangi oleh sebahagian rakyat Malaysia... 'please be neutral'. Baru semua rakyat seronok menyambut kemerdekaan bersama-sama tanpa ada perbatasan oleh fahaman politik.

    **tangki biru**

    ReplyDelete
  5. Rais anak yatim tidak dapat membezakan antara politik dan merdeka.

    ReplyDelete
  6. Merdeka sudah hampir. Takkan belum ada logo rasmi?

    ReplyDelete
  7. Merdeka dan politik perlu dipisahkan. Ia boleh ganggu erti sebenar kemerdekaan.

    ReplyDelete
  8. Pihak akhbar boleh lah memberi penjelasan akan logo itu.

    ReplyDelete
  9. Pihak tertentu diminta agar memberi penjelasan tentang penggunaan logo yang betul.

    ReplyDelete
  10. Kemerdekaan pun nak dipolitikan

    ReplyDelete
  11. Tu hak kerajaan mahu guna atau tidak.

    ReplyDelete
  12. logo yang ada pada pembangkang tidak dipertimbangkan??

    ReplyDelete
  13. kih kih kih...1 merdeka, apa makna merdeka...kalau hak rakyat di nafikan..

    ReplyDelete
  14. Cantik juga logo baru untuk sambutan kemerdekaan ke 55 ini.

    ReplyDelete
  15. Semoga tiada pihak yang akan mempolitikkan isu logo hari kemerdekaan ini lagi. Tidak perlu membesar-besarkan isu kecil seperti ini.

    ReplyDelete
  16. Ahli UMNO mempertikaikan kerjasama PAS dan DAP. Cuba fikir selepas abad ka 16,Inggeris,Spain dan Portugis menjadi musuh ketat umat Islam dan Melayu Tanah Melayu. Ulama menyeru jihad terhadap bangsa penjajah. Mat Kilau,Dato Bahaman,Tok Janggut,Dato Maharaja Lela bangkit menentang Inggeris.

    Tetapi pada perang Dunia ka 2,Melayu Islam,Serani Kristian bersatu bersama Portugis,Inggeris,Belanda menentang tentera Jepun dan German.

    Agaknya Tok Janggut,Mat Kilau,Dato Bahaman, Dato Maha Raja Lee akan menentang siapa Inggeris atau Jepun.

    Yang pelik Dato Onn Jaafar,Lee Kuan Yew,Mantan Presiden Spore S R Nathan memilih untuk bekerja dengan Jepun. Fikir fikir dan UMNO meratapi kematian Henry Gurney yang menubuhkan Negara Haram ISRAEL Zionist

    ReplyDelete
  17. sudah tidak ada isu ka sampaikan logo pun mahu dipertikaikan? logo tu boleh memusnahkan negara? boleh mendatangkan bencana kepada rakyat?

    ReplyDelete
  18. Pemimpin UMNO ni bukan jenis spesis cerdik. Tak laku djual kalau dmana2 TAMU pun dSabah Sarawak.

    ReplyDelete
  19. Memang cantik logo baru ini kalau dilihat. Cuma pembangkang saja yang risau dengan logo ini.

    ReplyDelete
  20. logo pun nak jadi isu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.