Monday, August 20, 2012

Pemuda Umno nyalakan api-api agama di Facebook

Satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).”

Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna Internet menyokong kenyataan itu.

Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentimen agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je," [Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong Perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja] kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu.

“Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...so, someone go report this admin to police station...this is serious matter [jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius] ... boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud,” kata seorang lagi pengguna Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele.

Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti untuk tuduhan itu.

“Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia," [Babi punya DAP jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam. Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia] beliau berkata di laman Facebook Pemuda Umno.

Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat Malaysia tidak menyokong PR.

“Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk kepentingan peribadi," tulis Agazaman.

DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud.

Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan panggilan untuk melaksanakan hukum hudud.

Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan.

Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno menjadi peringatan kepada laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu.

Tahun lepas, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.

Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap parti politik tersebut.

Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.

“That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is responsible for this," [Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno. Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini] Khairy memberitahu The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "Wall" Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu.

“Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk nyalakan sengketan antara agama),” kata ketua de facto PKR itu di akaun Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah.

-TMI

25 comments:
Write comments
  1. Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

    Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu - yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini - mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

    "Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.

    "Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

    **888

    ReplyDelete
  2. PENULIS ARTIKEL TERSEBUT TIDAK MATANG, RASIS DAN TIDAK SENSITIF KEPADA KEPELBAGAIAN DAN KEUNIKAN MASYARAKAT MALAYSIA. SECARA PERIBADI SAYA MENGHORMATI AGAMA ISLAM. YANG PELIKNYA SEGELINTIR UMAT ISLAM DI MALAYSIA NI TERLALU TAKSUB DAN BIMBANG SANGAT DENGAN SENTIMEN DAN MASALAH MURTAD DI KALANGAN UMATNYA. ISLAM DI MALAYSIA ADALAH AGAMA RASMI DI PERSEKUTUAN (REF-PERLEMBAGAAN), INI BERMAKSUD KAEDAH PENYEBARAN TIDAK TERBATAS MALAHAN SEPATUTNYA MEMILIKI ADVANTAGE UNTUK MENARIK INDIVIDU LAIN MASUK ISLAM. NAMUN WALAU DENGAN PELUANG DAN RUANG YANG ADA SEKALI PUN MASIH BANYAK KES MURTAD MALAHAN DALAM KUANTITI YANG RAMAI. DALAM KES INI MEREKA YG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB PULA MENUDUH KRISTIAN BERUSAHA UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM. BAGI SAYA INI BERPUNCA DARIPADA 'IMAN'. IMAN YANG TIDAK KUAT MENYEBABKAN UMAT ISLAM MURTAD. TIDAKKAH INI MEMALUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI PERSEKUTUAN. DI MANA SUDAH JABATAN YANG DIAMANAHKAN UNTUK MENGURUS HAL EHWAL ISLAM? APA KEJA MEREKA, ADAKAH HANYA TERUS BERDALIH DAN MEMPERSALAHHKAN ORANG BUKAN ISLAM? MENGULAS MENGENAI DAP YG MENOLAK HUDUD. HARUS DIINGAT BAHAWA DAP MENENTANG PELAKSANAAN HUDUD SEBAB HUDUD TIDAK DINYATAKAN DALAM PERLEMBAGAAN. DAP TIDAK MENAFIKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA UTAMA DI PERSEKUTUAN TAPI MENENTANG PELAKSANAAN HUDUD. DALAM KES INI KEPIMPINAN PAS PERLU MENYEMAK KEMBALI PERLEMBAGAAN. SEBAGAIMANA PERLEMBAGAAN TIDAK BOLEH DIUBAH, DEMIKIAN JUGA PERJANJIAN PENGGABUNGAN PERSEKUTUAN DAN BORNEO / SABAH SARAWAK. MUKTAMAD DI SINI IALAH, KAMI KRISTIAN MENGHORMATI ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI PERSEKUTUAN DAN TIADA NIAT MELETAKKAN KRISTIAN SEBAGAI AGAMA RASMI. APA YANG TERTULIS DALAM PERLEMBAGAAN TETAP TERTULIS. KAMI KRISTIAN TIDAK SETUJU JIKA ADA USAHA DARI KALANGAN KRISTIAN UNTUK MENGUBAH KETETAPAN PERLEMBAGAAN INI KERNA AGAMA RASMI SESEBUAH NEGARA TIDAK MENENTUKAN UMAT MANA YANG PASTI MASUK SYURGA

    ReplyDelete
  3. Kalu ada kes murtad tak lah sampai beribu2 seperti yg dihebohkan. Cuma ratusan sahaja. Itupun bukan Melayu yg kemudiannya kembali kepada agama asal. Jangan seperti Hasan Ali, jadikan isu murtad sebagai batu loncatan utk popular padahal t/j penguatkuasaan terletak pada kerajaan Persekutuan dan masyarakat Islam itu sendiri. Bukan Islam tidak pernah menghalang ruang besar dan luas utk kerajaan dan org Islam menjalankan Islamisasinya. Jadi jangan salahkan org bukan Islam atas kepincangan Islam.

    ReplyDelete
  4. UMNO sudah give up on non muslim. Kerana itulah dibangkitkan isu bangsa dan agama utk menarik sokongan org Melayu. Memandangkan org Melayu valnurable (lemah/mudah terpengaruh)serta sensitif maka usaha ini akan menemukan kejayaan. Kemungkinan besar UMNO akan menang besar di kawasan2 majoriti Melayu. PAS dan PKR pasti kecundang! Dalam politik, perang psikologi dan strategi sangat penting. Spt kita main bola, cantiknya skill kita tidak ada gunanya kalau kita tidak menang!

    ReplyDelete
  5. Pemuda UMNO sudah membuat laporan polis. Ini saya puji.

    ReplyDelete
  6. kes ini macam Adun Liawan lah pegi lapor polis berkaitan dengan pemberian IC kepada Bangsa Bugis di keningau,sampai sekarang si penulis blog yang menuduh Datuk Sairin dalam isu ini senyum-senyum di kedai keningau sambil minum Kopi O"..inda pun masuk lokap polis dan macam dia pula kawan rapat dengan polis-polis keningau..bah jaga-jaga lah siapa yang dapat IC project,silap haribulan masuk lokap lah kamu

    ReplyDelete
  7. Memang perang phsyco ciptaan UMngok nih lepas tu dia jugak buat laporan polis. Kan giler namanye tu..Ibarat..DIA PI MENCURI LEPAS TU DIA BUAT LAPORAN POLIS. Tapi zaman sebelum nih ada jugak kes2 Perang Saraf yg umno buat tapi tak banyk cam skrang. So, melayu dharap jgn mudah lupa.

    ReplyDelete
  8. Unk renungan rakyat malaysia d hari yg penuh kemuliaan ini, kami sebagai penduduk Sabah dan juga merupakan genarasi yg akan menentukan kemenangan mana parti politik yg harus d pilih unk memerintah negara malaysia....secara mutlaknya menolak apa yg media BN Dan UMno
    sajikan ini amatlah tidak d gemari oleh kami yg selama ini kami serba aman dan saling tolong menolong di antara semua suku kaum yg terdapat d sabah so jgn pihak sana cuba nak merosakkan hubungan ksum dan agama yg selama ini baik d sabah.

    ReplyDelete
  9. penduduk Islam yang begitu ramai mendiami Negara Malaysia, bagaimanapula Kristian menjadi agama rasmi persekutuan Malaysia? sedangkan Kristian pula terbahagi beberapa mazhab dan masing-masing dengan pentadbiran dan kewangan. Sangat tidak logik.

    ReplyDelete
  10. Kalu bukan dari Pemuda UMNO apa sal banyak pemuda UMNO yg kasi komen.

    ReplyDelete
  11. setiap kali sebelum pru, isu2 perkauman/agama ditimbulkan? bangsat? di negara2 maju, cadangan2 parti2 politik untuk mendapatkan undi adalah berkenaan dengan pembangunan negara, naikkan taraf hidup rakyat, keselamatan rakyat (cegah jenayah melalui undang2 baru/pemasangan alatan elektronik, dll), mencegah rasuah (undang2 baru seperti istiharkan harta setiap tahun untuk ahli politik/kakitangan awam, prosedur2 yang lebih ketat, dll), naikkan kadar pertumbuhan ekonomi, kurangkan kadar pengangguran, nilai ringgit/kadar inflasi, dll????? di msia, nak jadi negara maju pun susah/hampir mustahil, asyik isu2 perkauman/agama?

    **BR1M**

    ReplyDelete
  12. Orang-orang UMPRONO ni mmg bak buat laporan polis mmg cekap, semua orang salah semua orang sabotaj, bab dia sabotaj PR punya aktiviti halal...bab mcm tu sepatutnya pemuda2 ni masuk dalam ikut akta hasutan dalam 14 dari dahulu masuk dalam. Buat cara mcm mne
    dibelasah kat dalam...lepas tu baru tau rasanya

    ReplyDelete
  13. Sesiapa pun boleh create page di FB. Boleh percaya ke yang buat tu dari umno???

    ReplyDelete
  14. Jangan gunakan isu perkauman dan isu agama untuk mendapatkann undi.

    ReplyDelete
  15. Siapa sebenarnya yang takut dengan bayang2 sendiri??

    ReplyDelete
  16. Jangan taksub sangat. Semua agama ajar umatnya ke arah kebaikan tetapi umat sendiri yang 'menyesatkan' diri mereka. Jangan salahkan pihak lain bila sendiri tidak betul.

    ReplyDelete
  17. Mencampur adukkan agama dan politik tidak akan membawa sebarang faedah kepada kita.

    ReplyDelete
  18. Kalau dalam politik sebaiknya tidak menyentuh tentang hal2 keagamaan.

    ReplyDelete
  19. Makin banyak isu2 sensitif yang ditimbulkan di facebook.

    ReplyDelete
  20. Harus diingat kesensitifan masyarakat di negara ni yang bukan saja terdiri daripada pelbagai bangsa malah agama.

    ReplyDelete
  21. Harap pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan berhenti menggunakan faktor agama untuk menakutkan pengundi. Politik dan agama haruslah diasingkan.

    ReplyDelete
  22. Pengguna FB perlulah berhati-hati dan pandai membuat penilaia supaya tidak mudah terpedaya oleh kenyataan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  23. selepas penjelasan yang dibuat oleh pemuda umno, jika masih ada mana2 pihak yang tidak puas hati dengan penjelasan itu, ambillah tindakan undang2..

    ReplyDelete
  24. Isu agama sememangnya tidak patut dipermainkan.

    ReplyDelete
  25. hentikan mainkan isu agama.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.