Tiba-tiba ‘timeline’ laman sosial Twitter penulis penuh dengan ‘tweet’ Azwan Ali.
Rupa-rupanya, selebriti ‘panas’ yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah ‘naik angin’ dengan sebuah stesen televisyen.
Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya.
Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya.
Selepas beberapa minit kemudian, ‘timeline’ penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik.
Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan ‘sesuatu’ selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.
Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom.
Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang?
Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin ‘hangat’.
Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul.
Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari.
Rupanya tidak!
Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya.
Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut.
Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat.
- HK-74/mynewshub
Peralat ibunya untuk politik kotor, Azwan Ali kecam Umno, TV3
Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.
Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed Azmin Ali.
“Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Muhasabah diri.
“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.
Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.
Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.
“Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.
Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai ‘jijik’.
“Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,” tulisnya.
Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘ Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik. -KD
Thursday, August 23, 2012
Azwan Akan Dedah Antara Najib Dan Ummi Hafilda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Barangkali PRU 13 ini, Ummi Hafilda akan paksa Mak Tom jadi calon Barisan Nasional pula untuk menentang Azmin Ali di mana-mana kawasan yang ditandingi oleh beliau.
ReplyDeleteDengan ibu artis/ahli politik sekali diheret dalam politik. kesian..
ReplyDeleteSebab fahaman politik berbeza saja, boleh jadi porak peranda dalam keluarga.
ReplyDeleteSaya semakin hairan dgn perangai TV3....d bulan dan hari yg muliapun sanggup nak buat kerja yg teramat kotor. saya cadangkan bila PR menang nanti suruh tutup je TV3 ni yg tak memberikan kebaikan kpd masyarakat dan rakyat.
ReplyDeleteOOoo..Ummi tu yg UMNporno bayar RM2500 utk sekali ceramah hentam PR. Srikandi barua umnporno no 1 negara. Kesukaan barua2 umngok yg suka serang tok guru2 MB Kelantan, Kedah . KM PPinang dan DS Anwar
ReplyDeleteKita tunggu saja apa yang AA akan lakukan.
ReplyDeleteElok jer keluarga sanak sedara Azwan/Ummi beraya di kg halaman mereka d Gombak nunn, tau2 si Ummi bawa ibu nya ke Melaka utk buat sidang media yg Azmin anak derhaka. Aduh duh duh. Kan dah ramai2 sambutraya di kg halaman nun,kenapa 'culik' ibu nya bawa ke Melaka kata Azmin biarkan mak sendiri dperantauan? Giler punya citer sundal tu.
ReplyDeletepompuan tua ni tak abis2 citer recycle ...dia ni dah gila talak ke ...tak malu ke 1 msia tgk ...ikut telunjuk umporno ...wei pompuan maruah kau dah kat tapak kaki ...kesian ...
ReplyDeleteSi Azwan Ali ini macam sengaja nak mendapatkan publisiti dan perhatian orang. Malas nak layan.
ReplyDeleteAzwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan ‘sesuatu’ selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.
ReplyDeleteMacam-macam isu yang ada dengan si Azwan ini, entah betul kah tidak 'sesuatu' yang dia mau umumkan itu. Jangan pula cuba menabur fitnah, dosa itu.
Bukan politik yg memporakperandakan keluarga ini tetapi fulus, fulus yg ummi tu perlu. Tak per lah... wal fuluss fiddunia wal mamfuss filakhirah.
ReplyDeleteBagus. Satu Msia kenal keluarga mereka terus.
ReplyDeleteApa masalah mereka sebenarnya ni? Gara2 politik, keluarga berantakan?
ReplyDeleteinilah masalah keluarga dari singapore ni!! anak2 semuanya pandai tapi semua nya ego, degil & besar kepala! yg sedihnya `si tanggang` yg kaya raya pun diakui hero! politik..politik...!
ReplyDeletebukan salah bahana keluarga dibesarkan dgn duit2 haram! bukan salah ayah yg merapu memimpin keluarga & berpecah belah! bukan salah ibu mengandung!! tapi si anak2 yg jutawan2 tu tak tahu dek untung!!!
azwan ali sgt sygkan abg2 nya! mmg tak suka leteran ibunya sebab azwan ali pun kuat berleter! so, dakwaan2 dia mmg senget lah ke arah abg2 nya. btw, wal fitnatu ashaddu minal khotr, azwan! walau siapapun ibumu..dekatilah dia, belailah dia, sayangilah dia ,hargailah dia! syurga di bawah tapak kakinya. bukan pada abang mu! waima juga pada seorang tok guru! tok guru kena menghormati ibunya jika ingin ke syurga juga!!
jangan kerana politik, syurga itu kamu kata dgn menyokong hudud! sedangkan ia agak subjektif. malaysia sendiri adalah negara islam biarpun ia masih belum berjaya melaksanakan hudud! semua kita tetap berpeluang ke syurga! walau ia dicerca sekular & firaun! ibu bapa, datuk nenek, arwah sedare mara kita tetap berpeluang masuk syurga seandainya mereka mengasihi & menyayangi ibu!
*pemerhati yg berfikir & baru terfikir
Bukan si Azwan punca masalah. Jgn cuab bwa lari tajuk asal dsini. Azwan jawap kenapa si Ummi tu bawa lari mak dia ke Melaka dan buat sidang akhbar lutul YB Azmin tinggalkan bondanya dperantauan. Marah le Azwan tu kerana si Ummi tu buat malu kompeni jer..
ReplyDeleteAzwan ni pun satu.. bukan dia tolong menyejukkan keadaan.. dia tambah lagi dengan mulut lazernya..
ReplyDeletekalau tidak puas hati, jumpa saja la Ummi.. apa masalah adik beradik sendiri tidak boleh duduk berbincang?
ReplyDeleteUmi dan Azwan ni banyak betul Sandiwara. Macam dalam drama pula.
ReplyDeleteKenyataan mereka hanya mahu menolong Azmin Ali saja.
ReplyDelete