Thursday, August 30, 2012

RM30 Upah Penjawat Awam Untuk Hadir Sambutan Merdeka

Kerajaan Umno BN didedah mengerahkan kakitangan awam dan badan berkanun hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan bagi menjayakan Himpunan Janji Ditepati yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos ini.

Surat arahan yang sama juga diedarkan kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut sumber daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.

“Berdasarkan surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 penyertaan dan setiap jabatan wajib hantar wakil.


“Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai t-shirt, tetapi tidak diketahui bila duit itu akan diberikan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun kata beliau, sebagai balasan, mereka yang hadir akan diberikan cuti ganti sehari.

“Kalau ikutkan surat tersebut, pihak penganjur mahu capai ‘target’ lebih 100,000 hadir program itu,”
katanya.

Pengerusi KTMB, Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed merupakan Koordinator BN Selangor yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Ramadan lalu, kakitangan KTMB dijadikan alat kempen kerajaan semasa program penyampaian kurma di beberapa stesen terpilih dengan memakai baju korporat BN.

Pada April pula, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Baru-baru ini, iklan kempen ‘Sayangi Selangor’ yang menampilkan gambar Datuk Seri Najib Razak mula ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Klang.

Gambar Perdana Menteri itu diiringi slogan ‘Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan’ dan ‘Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup. -KD

40 comments:
Write comments
  1. duit tambang dan makan minum.bukannnya duit bantuan dri negara luar utk jahanamkan negara

    ReplyDelete
  2. Sabah Sarawak kena bagi lebih sikit la sebab tambang mahal..mau pigi juga..Merdeka juga..

    ReplyDelete
  3. umno semakin ahri semakin nampak saat kematiannyer..

    **888

    ReplyDelete
  4. Perkara biasa penjawat awam disaran untuk menghadiri perayaan Hari Kemerdekaan.

    ReplyDelete
  5. T-shirt dan sedikit duit angpow biasanya akan diberikan kepada mereka yang menghadiri, perkara ini tidak perlu dipertikaikan.

    ReplyDelete
  6. Malaysians in Sabah are urged to witness the 55th Merdeka Day celebration tomorrow morning at Dataran Bandaraya regardless of their political affiliations.

    ReplyDelete

  7. Deputy Chief Minister Datuk Seri Panglima Yahya Hussin said it was a time for Malaysians to close ranks and remember the event.

    ReplyDelete
  8. Yahya who is also the organizing chairman of the state-level celebrations said there was still time for the people to fly the Jalur Gemilang and be part of the celebrations.

    ReplyDelete

  9. Yahya, who is also the State Agriculture and Food Industry Minister, was speaking to reporters after witnessing the full-dress rehearsal of the parade here yesterday.

    ReplyDelete
  10. “Many building owners are not flying the flag at their premises. But there is still time to do so to show their patriotism.

    ReplyDelete
  11. “Every building should have our nation’s flag flying,” he said when commenting on the absence of Jalur Gemilang draping or flying on business premises.

    ReplyDelete
  12. The rehearsal which started at 7am was also witnessed by Mayor Datuk Abidin Madingkir, and the general public, as well as foreign tourists.

    ReplyDelete

  13. Thomas Kost 32, and his wife Mandy 26, of Germany who are in Sabah for their honeymoon felt lucky to have witnessed the event.

    ReplyDelete
  14. “We know that Malaysia will be celebrating its 55th independent day soon but we thought we might not be able to see it.

    ReplyDelete

  15. “However as we walked by, we saw some bright and colourful celebration, and we’re happy to be here witnessing it”, said Thomas.

    ReplyDelete
  16. The crowd was continuously thrilled by the energetic marches especially by the army contingent who incited cheers from the spectators.

    ReplyDelete

  17. Among the highlights of the celebration are the specially-choreographed performance by generation Y (Gen-Y) participants, and a fly-pass by Sabah Air aircraft.

    ReplyDelete
  18. Negara luar ada buat begini juga? Kalau ada, maka ianya perkara biasa.

    ReplyDelete
  19. perkara kecil jak pun..kalau ko nak kena arahkan hadir program tp xda duit tambang@minyak dan baju khas ko mau dtg ka? org yg banyak mulut d atas tu la yg paling banyak makan duit derma P.R kalau P.R memerintah...janganlah kamu menambirang sana mcm kamu manusia suci dr langit ke tujuh..

    ReplyDelete
  20. yg buat laporan ni, mesti staf Krj BN yg menyokong pembangkang! macam ni la, aku ke Sabah ni..bulan2 Krj BN kasi tiap2 bulan rm800, selain gaji! tapi Krj BN (JPN Sabah & harapan KM)- MINTA aku mengajar anak2 Sabah, hormati parents, fahami budaya Sabah (termasuk Perkara 20). agar mereka ini bijak2, matang2, mengenang budi & bukan sekadar cerdik!!

    aku difahamkan 99% peribumi Sabah pastinya menaiki kapal (flight) kerana geografinya bergunung ganang dan mudah tanah runtuh! jalan raya terbeban tetapi apa nak buat peribumi Sabah makin kaya & berkereta??!! mertua aku (pekebun sawit 16 ekar) walau beli kereta cash, rumah 3 buah tapi nda pernah ke Keningau! `tanah runtuh & merosakkan kereta ajak` ujarnya. dia lebih suka berjalan2 ke semananjung. dia tidak diberi duit oleh BN tapi ikhlas& amat kuat dgn dacing!

    aku& dia bersyukur. mengaji, sembahyang, bersedekah & buat kerja ikhlas & bersungguh2. tq BN

    BN terbuka..dah banyak membantu, tapi apa penghargaan kau pada BN bah?

    ReplyDelete
  21. Diberi peruntukan siapa yang tidak mahu..

    ReplyDelete
  22. Keprihatinan kerajaan dalam menghargai sumbangan mereka yang menjayakan hari kemerdekaan

    ReplyDelete
  23. Janganlah politikkan perkara ni. Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-55.

    ReplyDelete
  24. BN terdesak nak tunjuk sokongan rakyat kononnya masih padu padahal kena bayar datang. Kalau tak dibayar akibat lengang stadium itu macam Najib dimalukan ditempat yang sama beberapa bulan lalu.

    ReplyDelete
  25. Janji MENIPU ditepati!

    ReplyDelete
  26. Yg mana lebih ramai yer? Antara sambutan dBukit Jalil oleh BN dgn sambutan Kuning d Dataran Merdeka pd mlm yg sama tuh.

    ReplyDelete
  27. elaun bah.........biasa la....apa pulak mau bising2......nanti tak bagi kata lain pula...........
    jangan la itu nak pertikaikan......

    apapun........aku undi PR nanti..

    ReplyDelete
  28. Terpulang lah kepada mereka untuk menyertai @ tidak.

    ReplyDelete
  29. Siapa pun yang akan memenangi pilihanraya nanti pastikan dapat memberi yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  30. Kalu takde RM100 ke paksaan hadir ke, dapat ke BN kumpul 22 000 org tu? Hakikatnya rakyat semakin barsama PR. 10 000 org yg dikumpul tanpa upah oleh barisan Dato' A Samad said utk deklamasi sajak Kemerdekaan..pon dlm suasana tekanan oleh PDRM.

    ReplyDelete
  31. Taburlah duit BR1M tiap bulan kalau rakyat dah meluat akan tumbang juga BN. Ingat rakyat bodoh? Rakyat masih ingat PRU12 lalu lepas saja BN menang kurang 2/3 majoriti barang-barang keperluan termasuk minyak terus naik mendadak. UMNO anggap undi rakyat itu mandat untuk menaikkan harga barang!

    ReplyDelete
  32. 31 Ogos 1957 Sabah Merdeka? 55 thn lalu? yg saya ingat masa itu Sir William Goods sebagai governor di Sabah hingga thn 1963 dlm krjaan British.

    ReplyDelete
  33. anon: September 2, 2012 10:09 PM:

    PENIPUAN malaya/UMNgOk terhadap sabahan...

    ReplyDelete
  34. KAMI GURU -GURU SUDAH LAMA DITEKAN UNTUK HADIR MAJLIS RASMI UMNO.TAK KIRA PROGRAM MALAM ATAU SIANG.INILAH JADINYA BILA PENGARAH MENJADI KUDA TUNGGANGAN UMNO

    ReplyDelete
  35. Kalau Sabah merdeka 55 tahun lalu iaitu tahun 1957, dan ketika itu Sir William Goods Governor Sabah maka Sir William Goods itu Governor Sabah yang pertamakah? Tolong jelaskan wahai ahli sejarah aku tak faham maklum aku orang kampung!

    ReplyDelete
  36. entah benar ke tidak dakwaan ini.

    ReplyDelete
  37. daripada buat demonstrasi jalanan buat kekacauan sana sini, baik sambut kemerdekaan..

    ReplyDelete
  38. masa nik aziz buat kenyataan kononnya sanggup mengeluarkan dana negeri untuk membiayai peserta2 perhimpunan untuk tumbangkan kerajaan, tidak ada pula yang bising..

    ReplyDelete
  39. Apa nak bisingnya..bagus le utk tumbangkan rejim zalim UMnporno . Malah rakyat jelata juga patut hulurkan sumbangan semuga dpt pahala utk mencegah kemungkaran umngok

    ReplyDelete
  40. Anonymous said...
    September 4, 2012 5:21 PM

    kau boleh bagi jaminan bahawa pemimpin2 pakatan 100% bersih?? guna dana awam untuk anjurkan perhimpunan sudah dikira jijik bro.. sekali lagi JIJIK!! faham?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.