Tuesday, August 28, 2012

UM larang propaganda parti di kampus



Universiti Malaya (UM) kini menggunakan kod tata kelakuan baru yang antaranya melarang penyebaran maklumat, propaganda dan ideologi parti politik di dalam kampus melalui pelbagai cara.

Menurut garis panduan yang diwartakan pada 22 Jun lalu itu, aktiviti yang dilarang termasuk menyebarkan risalah berkaitan, mempamerkan sepanduk, poster, sebaran lisan dan melalui media elektronik.

Panduan sembilan halaman yang dimuat naik ke laman web UM itu juga menjelaskan ia bertujuan memastikan keamanan dan keharmonian kampus terjamin.

Perkara lain yang turut dilarang:
  • Berurusan dengan parti politik atau persatuan luar kampus tanpa kebenaran UM, termasuk membuat penyataan atau mengutip sumbangan bagi pihak parti politik dalam kampus.
  • Menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap parti politik melalui penggunaan simbol yang melambangkan parti politik, termasuklah melalui pakaian, topi dan lencana dalam kampus.
  • Menyatakan sikap terhadap badan yang yang menyalahi undang-undang yang ditetapkan sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau UM.
  • Memakai atau membawa logo atau simbol UM dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di luar kampus.

14 comments:
Write comments
  1. Tidak perlulah terlibat dengan politik. Tidak ada baiknya juga mahasiswa terlibat dengan politik.

    ReplyDelete
  2. jangan ada double standardlah org lain dihalang, sedangkan timbangan bermaharaja lela... sukar utk dipencayai...


    ReplyDelete
  3. Kod tata kelakuan adalah kod yang harus dilaksanakan semua Universiti/kolej untuk mengelakan para pelajar lalai dengan politik.

    ReplyDelete
  4. Politician juga tidak akan menggunakan students sebagai batu loncatan.

    ReplyDelete
  5. Sebagai seorang mahasiswa perlu jauhi diri daripada politik.

    ReplyDelete
  6. Biar habis pengajian dulu baru terlibat dengan politik. biar tanggungjawab sebagai pengundi saja yang ditunaikan.

    ReplyDelete
  7. belajar dulu baru main politik.

    ReplyDelete
  8. Universiti Malaya (UM) kini menggunakan kod tata kelakuan baru yang antaranya melarang penyebaran maklumat, propaganda dan ideologi parti politik di dalam kampus melalui pelbagai cara.

    Utamakan pelajaran, politik lain kali.

    ReplyDelete
  9. Harap para pelajar akan tumpu perhatian dalam menimba ilmu bila zaman sekolah.

    ReplyDelete
  10. Masuk U untuk belajar bukan untuk propaganda.

    ReplyDelete
  11. Pelajar U kena tahu tanggungjawb merka untuk belajar.

    ReplyDelete
  12. cantek la kod tata kelakuan baru ni.. lepas ni bolehlah para pelajar tumpukan perhatian kepada pelajaran, bukannya politik..

    ReplyDelete
  13. Pandai2 la bahagikan masa kalau mahu berpolitik sekali pun. Ikut peraturan yang dimaktubkan.

    ReplyDelete
  14. Apa kata pelajar UM? Sokong?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.