Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.
Dzul yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa berkata, semasa kejadian dia baru selesai mengadakan ceramah pertamanya di Subang Bistari dekat sini dan ingin ke Port Dickson melalui laluan di Sepang.
“Semasa saya tiba di satu laluan di Sepang itu, saya ingin memotong sebuah lori muatan kepala sawit. Malangnya pada waktu itu juga lori berkenaan membelok ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat menyebabkan kenderaan saya merempuhnya,” katanya.
Disebabkan kejadian itu, ustaz Dzull tidak sedarkan diri sehinggalah ketika dirawat di Hospital Putrajaya.
Katanya, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kirinya.
“Saya terpaksa menerima 12 jahitan pada bahagian lutut serta lapan jahitan pada bahagian dalam mulut termasuk bibir. Alhamdulillah, tiada kecederaan dalaman semasa imbasan x-ray dibuat oleh doktor,” jelasnya.
Dia yang trauma dengan kejadian itu memberitahu, kemalangan tersebut menyebabkan bahagian depan sebelah penumpang keretanya remuk selepas terperosok dalam perut lori berkenaan.
“Saya juga bersyukur kerana hanya saya sahaja di dalam kereta berkenaan,” katanya.
Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya.
Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat ustaz Dzull akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad.
Pada Jumaat ini, rakaman peringkat separuh akhir rancangan tersebut akan disiarkan bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. -mstar
Monday, August 20, 2012
Pengacara Imam Muda Langgar Lori dan Nyaris Maut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pandu la dengan berhati-hati.
ReplyDeleteRehat2lah sehingga sembuh. Nasib baik selamat.
ReplyDeleteNasib baik kecederaan ringan sahaja, harap ustaz Dzul sembuh semula tidak lama lagi.
ReplyDeleteSemoga lain kali beliau akan berhati-hati bila membawa kereta.
ReplyDeleteHarap keadaannya semakin pulih dan dapat melayani seperti biasa.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh.
ReplyDeleteSyukur semuanya selamat.
ReplyDeleteKecuaian pemandu boleh akibatkan kemalangan kepada pengguna lain.
ReplyDeleteMujurlah hanya mengalami kecederaan.
ReplyDeleteTuhan masih memerlukan beliau untuk laksanakan tugas-tugasNya.
ReplyDeleteAlhamdulillah beliau selamat saya suka dengan bacaan Yassin beliau hingga tak jemu-jemu mendengar bacaan tersebut.
ReplyDeletebahaya betul la lori2 yang membawa muatan berat ni.. mentang2 dia besar, ingat jalan tu dia yang punya..
ReplyDeleteInilah yang sering berlaku kepada pemandu kenderaan berat yang tidak mengunakan lampu isyarat sebaiknya.
ReplyDeletesyukurlah dia selamat
ReplyDelete