Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik pertama dari Asia Tenggara yang dipaparkan dalam acara Google Hangout, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Program julung kali di Malaysia bermula jam 10.30 malam ini boleh diikuti melalui pautan http://www.youtube.com/user/anwarhangout/featured atau video selangorku di hujung artikel ini.
“Setakat ini, lebih 700 orang menandakan kehadiran mereka di laman facebook dan jumlah ini dijangka akan meningkat.
“Enam rakyat Malaysia akan muncul sebagai tetamu Google Hangout dari rumah masing-masing. Mereka akan bergilir-gilir bertanya soalan.
“Sebanyak 40 peratus soalan dari ahli panel, 40 peratus (soalan bertulis dari twitter dan facebook) dan 20 peratus (soalan ketika acara berlangsung,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan melalui twitter dengan menggunakan hashtag #BorakAnwar atau tulis di laman Google Plus Events iaitu http://is.gd/borakanwar dan facebook iaitu http://tiny.cc/borakanwar.
Program bual bicara secara langsung dari studio TV Selangor di Shah Alam akan dikendalikan Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah.
“Acara ini santai, tidak formal. Soalan berkisar mengenai kehidupan di rumah, tentang keluarga, sukan kegemaran. Juga soalan serius termasuk polisi Pakatan Rakyat,” kata Nik Nazmi.
Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut menggunakan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat.
Nik Nazmi berkata, ahli dan pemimpin KEADILAN perlu memanfaatkan media sosial seperti facebook dan twitter secara optimum untuk berinteraksi dengan rakyat.
“Sebanyak 80 peratus pengundi muda termasuk luar bandar menggunakan media baru untuk berkomunikasi. Tapi, pertemuan dan dialog secara langsung bersama orang ramai juga sama penting.
Beliau berkata, acara #BorakAnwar di Google Hangout malam ini hanya permulaan yang bakal melibatkan lebih ramai pemimpin pada masa akan datang.
Selain berkomunikasi secara langsung dan interaktif dengan pemimpin KEADILAN, katanya, arkib dalam Youtube boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat tawaran dan dasar Pakatan Rakyat.
“Program ini anjuran Biro Komunikasi. Ia melibatkan lebih ramai peserta termasuk di luar negara,” katanya. -GB
Saturday, August 18, 2012
Borak Bersama Anwar Di Google Hangout
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ReplyDeleteKadar kompaun saman trafik juga terlalu tinggi untuk pesalah ringan seperti meletak kenderaan di lorong jalan. Sepatutnya kompaun dikurangkan serendah-rendah rm30 seperti dulu tetapi sekarang ini tiada lagi rayuan boleh dibuat walaupun pesalah membayar awal dari hari yang ditetapkan.
Adakah pihak kerajaan tidak memikirkan akan nasib mereka yang kurang berkemampuan yang terpaksa membayar terlalu mahal kerana melakukan kesalahan ringan seperti yang tersebut diatas?
Sekiranya mereka melakukan kesalahan berat sehingga menyebabkan kemalangan atau kematian, kita tidak mempertikaikan tetapi bagi kesalahan ringan ini sudah tentu keterlaluan dan perlu dikaji semula.
Sepatutnya pihak Polis Trafik menjalankan tugas mengawal lalulintas bukannya menyaman mereka yang meletak kenderaan ditempat yang salah sebab tugas tersebut boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Masih ramai lagi orang2 muda yang masih tidak berminat dengan politik. Atau pun tidak berminat dengan isu2 semasa Sabah.
ReplyDeleteFamous si Anwar dengan segala macam hasutan.
ReplyDeleteDatuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik pertama dari Asia Tenggara yang dipaparkan dalam acara Google Hangout.
ReplyDeleteAnwar tahu follower Twitter and Facebook Likes-nya tidak akan melebihi Datuk Najib Razak punya, oleh itu, Anwar tukar strategi menggunakan Google Hangouts pula.
Saya pun nak tanya Datuk Anwar Ibrahim, kenapa beliau menolak cadangan Datuk Pairin menubuhkan RCI pada tahun 1994, harap Datuk Anwar akan menjawab soalan saya.
ReplyDeleteRakyat kena pandai menilai yang baik dan yang tidak baik semasa membaca atau mendengar sesuatu dari pemimpin2.
ReplyDeletePerbualan seperti ini akan memberi gambaran siapa sebenarnya Anuar di mata rakyat.
ReplyDeletePeluang ini jangan kita lepaskan dan harap Anuar dapat menjawab kesemua soalan yang diajukan kepada beliau.
ReplyDeleteKeputusannya tetap pada PRU13 ni..kita tengok Anwar bersara ke tak.
ReplyDeleteNak tanya kenapa PKR nak berikan PR kepada PATI.
ReplyDeleteMakin canggih ba sekarang. jadi manfaatkan ia teknologi yang ada sebaiknya.
ReplyDeleteInilah juga salah satu cara untuk luaskan pengaruh.
ReplyDeletebila wartawan tanya Anwar berkenaan dengan tuduhan2 berkenaan dengan skandal seks beliau atau apa sahaja tuduhan dari parti lawan yang dia tidak mampu jawab, mesti dia akan cakap "itu soalan umno, saya tidak perlu jawab"..
ReplyDeleteSiapa tidak kenal dengan Anwar yang sememangnya hebat dengan pelbagai kata-kata manis yang cuba untuk menghantui rakyat.
ReplyDelete