Tuesday, August 21, 2012

Perompak Yang Sungguh Bodoh

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.








Lihatlah balasan Allah didunia lagi. Ini adalah kisah benar- benar terjadi di Dungun Terengganu.

-malaysiantabloid.com

10 comments:
Write comments
  1. Perompak tu confirm, mat fit tu. Tengok rupenyer. Makin ramai mat fit dan pengedar dkalangan kita dsetiap kampung ,kenapa?

    ReplyDelete
  2. Teringat pula perompak dlm cerita nujum pak belalang.

    ReplyDelete
  3. Ngerinya...tuan rumah tentu trauma.

    ReplyDelete
  4. Balasan dari Tuhan. Carilah rezeki yang halal.

    ReplyDelete
  5. cepat dia kena balasan.

    ReplyDelete
  6. Bodohnya perompak ini, tidak tahu mau kasihan sama dia atau macam mana.

    ReplyDelete
  7. cari la kerja.. tidak payah bersusah payah menyelit masuk rumah orang..

    ReplyDelete
  8. Siapa suruh mahu buat jahat akhirnya belum apa-apa sudah dibalas awal-awal.

    ReplyDelete
  9. itulah akibatnya jadi perompak.

    ReplyDelete
  10. Ya allah,kat dunia lagi allah bg cash...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.