Friday, August 31, 2012

20,000 sambut Hari Kemerdekaan ke-55

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 disambut penuh meriah dengan kehadiran kira-kira hampir 20,000 pengunjung dalam dan luar negara yang mula membanjiri perkarangan Dataran Merdeka, di sini, seawal jam 7 pagi.

Acara dimulakan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memeriksa perbarisan kontinjen kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Tuanku Abdul Halim mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.

Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sambutan Hari Kemerdekaan yang bertemakan '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' itu disusuli dengan persembahan Kumpulan Drumline dan perarakan kontinjen yang mengambil bahagian.

Antara yang mengambil bahagian, Pasukan Ketenteraman Awam dan Sukarelawan, Kontinjen Pewira Veteran, Kontinjen Infrastruktur Komunikasi dan Kontinjen TransformasiPertanian sekali gus menyaksikan pembabitan 29 kontinjen meliputi 14,464 peserta dan tujuh pancaragam pada tahun ini.

Turut berangkat, Raja PermaisuriAgong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri. -BH

Laporan jangkaan untuk malam ini:





21 comments:
Write comments
  1. Le3bih ramai yang ikut perhimpunan bersih tempoh hari daripada yang hadir pada sambutan hari kebangsaan mengapa ya Ah Jib Gor?

    ReplyDelete
  2. Tapi yg pasti..setelah brkali2 ikuti perbarisan Hari Kemerdekaan samada d Dataran Merdeka dan sekali dPutrajaya, sambutan tiada umphh pon. Malah kalu di amati tak lebih dr sebuah persembahan joget lambak. Bila tiba kontinjen ATM dgn pancaragam megahnya baru terasa 'sikit' suasana KEMERDEKAAN negara. Malah kalau kita compare dgn sambutan Hari Ulang- tahun Kemerdekaan oleh rakan kita ( SPura ) jauh lebih hebat. Begitu juga dgn negara Korea Selatan...brbaris shj sejumlah kereta2 kebal dgn misil benua ke benua...cukop membuat rakyatnya menitis airmata trharu dgn tahap pertahanan negara yg amat dgeruni oleh negara luar. Itu salah satu konsep sambutan hari Ulangtahun Kemerdekaan. Bukan sekadar gah dgn bendera negara tapi tiada artinya dtambah pula dgn rangkaian joget2 lambak. Aduh,betapa hambarnya nilai sebuah kemerdekaan.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  3. 29 kontinjen meliputi 14,464 peserta 5,536 pengunjung dalam dan luar negara .....amat menyedihkan

    ReplyDelete

  4. Sambutan yang sengaja direka untuk mewujudkan suasana untuk dipublisitikan. Tenaga penggerak, wang ringgit dan penyetaan semuanya 'berbayar' ikut cara dan nilai masing-masing. Paksa rela kata anak muda sekarang.

    Saban tahun acara itu diadakan dan kuasa melebong minda dan jati diri rakyat oleh kerajaan UMNO/BN sepatutnya rakyat tidak perlu dipaksa-paksakan walau dengan apa ayat dan istilah yang diguna sekalipun. Tetapi kejadiannya kerajaan UMNO/BN terpaksa berhempas pulas menggunakan kuasa dan dana memastikan sambutan itu tidak memalukan mereka. Maka lahirlah kemeriahan dan suasana yang palsu. Tidak berpijak di bumi yang nyata. Kehidupan dan kemeriahan di awang-awangan. Tepat dan terjadilah sudah perkataan Najib satu masa dahulu nak 'mengangkasakan' rakyat Malaysia ini.

    Nampaknya dia dan kerajaanyalah yang terkeangkasa dan bakal 'angkat kaki' dari Putrajaya. Sebab itu hingga kini Najib belum beranani panggil PRU.

    Rakyat semakin meluat dengan kepimpinan UMNO/BN dan tak sabar-sabar nak menukarkan kerajaan UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat. Good by UMNO/BN.

    Semakin jelas dan amat nyata kini grombolan itu tidak akan dibenarkan oleh rakyat untuk sambung opsyen perkhidmatan sehingga ke-60 tahun seperti anggota khidmat awam yang lain. Cukup 55 usia pencen wajib untuk kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib.

    ReplyDelete
  5. Hari kemerdekaan patut disambut dengan semangat patriotik

    ReplyDelete
  6. Pembangkang akan buat statement apa saja untuk menjatuhkan persiapan hari kemerdekaan yang dibuat oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Harap tahun depan kita masih dapat meraihkan lagi kemerdekaan.

    ReplyDelete
  8. Peliharalah kemerdekaan ini kerana bersusahpayah baru dapat kemerdekaan.

    ReplyDelete
  9. sambutan kemerdekaan kali ini bgitu meriah.

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke 55 tahun.

    ReplyDelete
  11. Memang patut meraikan Hari Kebangsaan dengan meriah kerana bukan senang kita merdeka daripada British.

    ReplyDelete
  12. Saja nak provoke la tu..

    ReplyDelete
  13. Bukan mudah kemerdekaan nak capai dr British. Tapi harus diingat Kemerdekaan tu hasil kebangkitan Dr Burhanuddin Helmy, Dato Onn Jaffar, Shamsiah fakeh, guru2 agama pondok, AWAS,API serta PKM. Bukan UMNO. Tiada pemimpin UMNO yg dtahan oleh British kerana mereka tak menentang British kecuali pemimpin2 di atas.

    ReplyDelete
  14. Sempena dengan sambutan hari kemerdekaan ini nak tanya Presiden UMNO apa tindakan yang telah diambil pada seorang ahli UMNO Sabah yang mengaku dirinya sultan sulu?

    ReplyDelete
  15. sejarah kemerdekaan patut dikaji...para pengkaji sejarah patut mengeluarkan kenyataan tgt sejarah kemerdekaan negara walaupun ianya pahit tapi para pejuang lagi pahit memperjuangkan kemerdekaan negara. para pemimpin sekarang ini bercerta soal kemerdekaan pejuang UMNO/perikatan MENENTENG MALAYAN UNION sehingga menafikan pejuang2 lain,sejarah diucap ikut sedap mulut saja, jgn mcm golongan agama dlm parti spt ulama, ustaz berdiam diri drp bersuara berkaitan isu-isu agama dan hanya para pemimpin yg cetek agama ,bercakap ikut sedap mulut bersesuaian politik mereka ....

    ReplyDelete
  16. meriah, aman dan menarik sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.. sebaliknya sambutan kemerdekaan anjuran pembangkang penuh dengan provokasi, protest, kempen politik dan sebagainya..

    ReplyDelete
  17. Walaupun tidak diberikan permit oleh pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perhimpunan tersebut berjalan aman dengan dihadiri 20,000 rakyat berbaju kuning.

    Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis akan menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

    "Sastreawan Negara bakal disiasat kerana baca puisi tanpa permit."

    ReplyDelete
  18. 16 September nanti kita sambut pula Hari Malaysia.

    ReplyDelete
  19. Semoga keamanan negara kita akan berterusan dan diberkati sempena 55 tahun kemerdekaan.

    ReplyDelete
  20. Jangan kata yang datang di Dataran merdeka saja yang ada semangat patriotik. Semangat cintakan negara bukan terletak hanya pada kehadiran mereka sambut hari kemerdekaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.