Separuh abad Umno menempelak PAS kerana mencampuradukkan agama Islam dan politik. PAS dikatakan mengeluarkan fatwa politik apabila mengaitkan perjuangan Islam yang dibawa dengan halal, haram, dosa dan pahala.
Hari ini seluruh umat Islam di negara ini dapat menyaksikan bahawa tempelakan Umno itu kembali menikam diri sendiri apabila seorang ulamak penjilat Umno mengisytiharkan fatwa bahawa haram mengundi DAP kerana menolak negara Islam dan hukum hudud. Ulamak songsang Umno itu turut memfatwakan bahawa haram juga menyokong parti yang bekerjasama dengan DAP iaitu PAS dan KeADILan.
Terdesak sungguh Umno apabila sampai ke tahap menunggangi ulamak mereka bagi mengeluarkan fatwa merapu bagi memuaskan nafsu serakah para pemimpin Umno untuk terus kekal berkuasa hingga kiamat.
DAP tidak bersaing dengan calon Melayu Islam dalam pilihanraya. Mereka berlawan dengan calon bukan Melayu/Islam di kawasan di mana peratus pengundi bukan Melayu adalah tinggi. DAP bersaing dengan calon bukan Melayu dari MCA, Gerakan, MIC, KeADILan dan sebagainya.
Semua orang tahu DAP dan MCA sama saja sikap mereka terhadap hukum hudud dan negara Islam. Presiden Chua Soi Lek menganggap seorang ADUN Umno yang mencadangkan pelaksanaan hudud sebagai 'hilang akal.' Hilang akal bermaksud gila. Pelakon video lucah itu juga mengugut akan mengkaji hubungan dengan Umno jika terus memikirkan agenda hudud. Jangankan hudud dalam Enakmen (seperti yang telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu di bawah PAS), dalam angan-angan pun MCA tak benarkan Umno. Lalu bagaimana ulamak penjilat Umno boleh mengisytiharkan MCA sebagai kafir zimmi, sedangkan kafir zimmi adalah golongan yang bernaung di bawah kerajaan Islam tetapi tidak menyanggah perundangan Islam. Perundangan Islam di dalamnya terdapat hukum hudud yang MCA sanggah. Ulamak Umno sudah pening.
Walaupun MCA dan DAP sama-sama tidak menyetujui negara Islam (yang sebenar) dan hudud tetapi kedua parti itu berbeza dari aspek integriti. MCA adalah parti pelopor rasuah dan penyelewengan, racis dan hanya memikirkan kepentingan masyarakat Cina semata-mata manakala DAP tegas menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan terhadap golongan lemah. DAP tidak berlandaskan perkauman, dianggotai pelbagai kaum termasuk juga kalangan Melayu Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Pembelaan mereka semua kaum. Terbukti, Lim Guang Eng dari DAP pernah dipenjara hanya kerana membela seorang nenek yang cucunya dianiayai pemimpin Melayu. Sepanjang MCA dan Gerakan membina persengkokolan kuasa di Pusat, bangsa Melayu menjadi kucing dalam ekonomi. Sedangkan sepanjang tempoh itu, tidak ada satu hari pun DAP berkuasa di Pusat. Jelas dari semua aspek penilaian yang ada kebaikan DAP lebih mengatasi MCA atau Gerakan dan MIC. Cuma DAP 'nampak jahat' di kalangan segolongan Melayu kerana kejayaan media propaganda Umno memburukkan DAP.
Ulamak upahan Umno memberi dalil bahawa penolakan DAP terhadap hudud dan negara Islam sebagai sebab parti itu haram diundi. Bagaimana pula antara Umno dan PAS? Sejak sejak awal penubuhannya PAS istiqomah bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Enakmen hudud pernah lulus di Kelantan dan Terengganu sewaktu kekuasaan PAS, cuma tidak mampu dilaksanakan kerana halangan kerajaan Pusat yang diterajui BN.
Umno pula sejak dahulu istiqomah dengan sikap dolak dalik terhadap hudud yang lebih menjurus kepada menolak pelaksanaan hukum Allah itu. Sudah berkitab kenyataan para pemimpin Umno sepanjang sejarah mempersendakan hukum Allah SWT itu. Termasuk dengan melabel hukum hudud sebagai hudud PAS. Apabila Umno dicabar mengemukakan hudud sebenar kalau sudah hudud Kelantan dan Terengganu adalah hudud PAS, maka Umno hanya mampu termonyeh-monyeh.
Jika hudud yang menjadi asas haramnya DAP diundi menurut fatwa songsang ulamak Umno itu, maka Umno juga haram diundi kerana sikap berdolak dalik yang menjurus kepada penolakan terhadap hukum Allah itu! Maka semua yang bersekongkol dengan Umno juga (dalam BN) haramlah diundi dalam pilihanraya.
Ulamak Umno membuat fatwa berasaskan sikap pihak tertentu terhadap hudud lalu menjatuh hukum. Hudud hanya satu juzuk dalam Islam. Bagaimana pula dengan aspek lain yang lebih luas. Sepanjang 55 tahun berkuasa Umno ternyata gagal dalam memantapkan aqidah umat Islam, masyarakat Islam hilang syaksiah serta kefahaman terhadap Islam mengikut tasawwur yang diterap Umno menjadi celaru. Umno gagal membangunkan ekonomi ummah, menjadi kucing kurap dalam ekonomi berbanding pihak lain.
Umno mengilangkan RM52 billion saham umat Islam di samping menggadai hampir separuh Tanah Simpanan Melayu. Menggunakan RM77 juta duit rakyat untuk diberikan kepada Yahudi APCO bagi menggilap imej melawan parti yang memperjuangkan Islam. Khazanah kekayaan negara diagih kepada kroni melalui rasuah dan penyelewengan sehingga mencecah berbillion ringgit sejak merdeka. Beribu rakyat dikurung tanpa bicara melalui akta zalim, bahkan kerajaan Umno pernah membunuh berbelas orang PAS dengan kejam di Memali.
Nah, berasaskan aspek penilaian yang lebih luas itu ternyata Umno 100 kali lebih haram diundi berbanding PAS!
Oleh ZULKIFLI YAHAYA (DD)
Saturday, August 18, 2012
Antara DAP atau UMNO yang haram di undi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul,betul,betul....
ReplyDeleteWalaupun MCA dan DAP sama-sama tidak menyetujui negara Islam (yang sebenar) dan hudud tetapi kedua parti itu berbeza dari aspek integriti. MCA adalah parti pelopor rasuah dan penyelewengan, racis dan hanya memikirkan kepentingan masyarakat Cina semata-mata manakala DAP tegas menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan terhadap golongan lemah. DAP tidak berlandaskan perkauman, dianggotai pelbagai kaum termasuk juga kalangan Melayu Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Pembelaan mereka semua kaum. Terbukti, Lim Guang Eng dari DAP pernah dipenjara hanya kerana membela seorang nenek yang cucunya dianiayai pemimpin Melayu. Sepanjang MCA dan Gerakan membina persengkokolan kuasa di Pusat, bangsa Melayu menjadi kucing dalam ekonomi. Sedangkan sepanjang tempoh itu, tidak ada satu hari pun DAP berkuasa di Pusat. Jelas dari semua aspek penilaian yang ada kebaikan DAP lebih mengatasi MCA atau Gerakan dan MIC. Cuma DAP 'nampak jahat' di kalangan segolongan Melayu kerana kejayaan media propaganda Umno memburukkan DAP.
ReplyDeletePernahkah umno betul-betul ingin hudud dilaksanakan? Pasti tidak. Kerana umno takut dengan mca. Berlainan dengan pas, yang pasti ingin melaksanakan hudud, tetapi ditentang dap, namun pas tidak gentar untuk melaksanakannya, dan sehingga sekarang pas dan dap tidak sefahaman mengenai hudud. Pas pasti tidak tunduk dan takut pada dap, tidak seperti umno terang-terangan takut dengan mca.
ReplyDeleteDalam situasi sekarang, UMNO telah menolak hukum Tuhan malah kelihatan zalim setelah berkuasa selama 55 tahun. Maksud kezaliman itu meluas spt para ugamawan kena penjara/ISA senang2, harga barangan utama rakyat sentiasa naik dan naik,pendidikan utk rakyat gagal dilaksanakan manakala keperluan asas spt letrik,air,beras,gula, bahan bakar(BBM) telah dipungut oleh kaum kapitalis/kroni, kerajaan dlihat gagal utk mengurus keperluan itu dgn baik malah kelakuan spt PEROMPAK. Dalam hal ini kenapa kita TIDAK BOLEH memilih(undi) DAP yg bertegas mahu menentang segala kebejatan pemerintah. Kita bukan memilih DAP utk gadai aqidah tetapi parti itu dilihat mahu membenteras kezaliman pemerintah malah contoh yg baik tlh dtunjuk oleh KM PPinang yg selama ini tidak mampu dizahirkan oleh BN dsana. UMNO pula jika dipilih (undi ) bukan brniat utk tegakkan hukum Tuhan dbumi Tuhan ini( bukan bumi UMNO) malah parti itu menzalimi rakyat spt sedikit contoh di atas. Walau bukan maksud gadai aqidah pun jika undi UMNO...memang TIDAK BOLEH brdasarkan kriteria2 mustakbirin dr sudut iman,islam dan ehsan. Malah jika dperincikan ianya boleh membawa kepada HARAM jika undi menatang tu.
ReplyDeleteBagaimana LIM G ENG yg hilang title YB Kota Melaka pd awal 90an kerana cuba membela seorg nenek yg cucunya di ANU-ANU oleh seorg Pembesar Negeri Melaka. Yg kena LGE dn yg SEDAPnya Pembesar tu. Mana keADILan nya?
**Yassir arafat
Pencacai umngok tak nampak suma bnda2 yg dgariskan mengenai umno tuh. Yg mereka tahu bagaimana nak reka citer fitnh keatas MB Kelantan, MB Kedah, DS Anwar dn beberapa kerat hardcore PR lg.UMporno reka 1Fitnah utk PR manakala umngok tolong tambah2. Asalnya langsung takde isu ponn.
ReplyDeletesaya adalah pensyarah kecil produk krj bn. phd. saya idealis & terbuka. acuan KLSR bawah pimpinan Mentri Pelajaran Tun Abdul Razak, brgkali. saya pernah mengundi umno dan juga pas! rakan2 saya ada yg syiah & rata2nya kini bergerak aktif menyokong PAS. tiada apa2 tindkn krj bn mengenai fahaman syiah scra keseluruhannya? wp ia bertentangan besar dgn mazhab ahli sunah wal jamaah.
ReplyDeletemalaysia pd saya boleh dikatakan sbg negara islam atas usaha2 krj bn. begitu jg dgn pandangan mazhab syafie. saya yakin hukuman allah ttp sentiasa berlaku, bukan hanya kepada pengundian rakyat shj. bukan hanya ketika sekarang tetapi di akhirat kiranya kita mmg menyeleweng!
tetapi saya paling gerun dgn pendirian hampir semua pemimpin2 PAS kini. rata2nya telah berjaya mendidik ahlinya menjadi `penganut parti ajaran Syi..`. pelbagai fatwa & cerita2 agama dikumandangkan dalam menghalal penentangan ke atas bn atas dalil bn jahat. Boleh mencerca dan memaki hamun pihak lain. emosi.
ironinya Pas makin merapu & terus merapu. hinggakan Allah dihina (kristian boleh menamakan tuhan sbg Allah). Allah samseng dan mencarut marut! Nabi Muhammad dihina (nik aziz berceramah `Mamat` ni org biasa aje sebelum 40 thun! *sdgkan pristiwa kelahiran, bginda pergi ke syam, remaja, hakim hajarul aswad adalah bukti bhw semua rasul telah nampak kenabiannya sejak lahir ). rata2nya telah menutup minda dan sentiasa negatif dgn usaha krj bn yg sentiasa positif, bekerja, mendengar & memahami (setakat ini).
pemimpin yg tergelincir wajib ditegur! jangan risau dgn amarah nik Aziz / pemecatan Hj Hadi kepada anda sebagai ahli Pas! apatah lg melibatkn persoalan aqidah. persoalan rukun iman 1 & 2.
saya rasa tertipu dgn Pas. janji tak dilaksanakan. alasan sentiasa diberi. yg salah pihak lain (bn) waima anak perempuannya berzina (kes benar di Kelantan). *itu belum hudud yg dibenar autonomi di 4 buah negeri oleh muhyiddin (2009). dpt bgkgn parti2 chauvinis. Nik Aziz mematikan isu ini dgn nak buat hudud seluruh malaysia (um 2009).
Ya Allah..bukakan hidayah Mu kpd kami semua.. moga bukan sekadar kami ini cerdik, tetapi matang & mampu memikir risiko masa depan generasi kami selepas ini!
dgn saya undi umno adalah terbaik setakat ini. moga raya ini memberi kekuatan kpd kita semua utk berhijrah. scra peribadi saya sekeluarga vote bn. wsslm
Biasanya kalu orang trtipu dgn UMNO adalah org umngok(bodoh). Kan mahathir dah kata hanya org bodoh yg masuk umno. Isu nama Allah tu,kan Allah cipta semua manusia, salah ke org kristen nak guna nama Allah? Yg kita tak benarnya adalah utk pesongkan zat Allah dr sudut kristen yg trpesong tu dr ajaran Nabi Isa a.s. Parti umno tu bukan kata apa, nama islam pun dia takut smpai ada ura2 nak hapus nama islam pd PAS. Nasib baik YDP Agong tak setuju.Kemenangan 1-0.
ReplyDeleteRujuk: ANONYMOUS 19: 11.44AM.
Dalam kenyataan perutusan Hari Raya Aidilfitri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Engberkata, HAPPY! merupakan sebuah program sistematik buat pertama kalinya dilaksanakan mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.
ReplyDelete“HAPPY! adalah Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang sebagai “dividen anti-rasuah” yang mana ia berdasarkan keyakinan bahawa kerajaan negeri akan memperolehi lebihan wang sekurang-kurangnya RM50 juta pada 2011 hasil usaha anti-rasuah dan menjalankan pentadbiran bersih berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).”
Ujarnya, kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM88 juta untuk 2008, RM77 juta untuk 2009 dan RM33 juta untuk 2010.
“HAPPY! juga memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk membawa perubahan besar kepada lebih 600 skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah membabitkan puluhan ribu unit di Pulau Pinang.” tambah Guan Eng.
parti2 chauvinis tolak HUDUD! bukan takut, bukan gerun dgn HUDUD.. tapi mmg TAK SUKA& makin menyampah! makin munafik!! Malaysia tetap sebegini. pada i Malaysia sebuah negara islam yg menghormati penganut2 lain! DAP adalah parti yg sangat rasis! DAP risau dgn UMNO yg amat berpengaruh pada org Melayu. UMNO dilabelkan mcm2 padahal parti ini menghormati & mudah bekerja sama dgn kaum yg lain! UMNO adalah dominan & tonggak dlm kepimpinan negara, malah melantik Ketua Kg pun mesti dpt persetujuan UMNO!
ReplyDeletePAS adalah pengikut bagi PR. apa kata PR lah..PAS akan akur wp isu arak, murtad, zina, rumah urut, kalimah Allah. PAS SYUBHAH!! PAS mengguna HUDUD dlm menarik kewajiban pengundi Melayu IDEALIS yg terasnya Islam! Melayu dlm dilema kerana IMAN & TERIMA KASIH.
TAPI, PAS sanggup bersekongkol / berkawan / berhubung dgn siapa sahaja waima SYAITAN/ SYIAH/ RASIS dlm membalas dendam! Seumpama candu, PAS akan mengajak seluruh rakyat membenci umarak. pelbagai dakwaan dilemparkan! SENTIASA MENJUARAI ALASAN. penganut2 PAS makin kurang ajar & ttp mental block.
persoalannya- mampukah PAS melaksanakan kritikan mereka kepada BN setelah memerintah? kuil besar, arak & murtad adalah contohnya apabila memerintah negeri. PENGANUT2 PAS DIAM & KETAWA MENILAI KEBIMBANGAN UMNO! pelbagai tuduhan pula dilemparkan sdgkan isu2 tersebut dibiarkan shj. ISU BUKU JINGGA PUN PAS BIAR KAN AJE. BILA DOKUMEN BK JGGA ITU SIAP, PAS TERUS SOKONG!! XDE HUDUD PUN XPE. ASALKAN DPT JATUHKN KRJ KAFIR, NANTI KAMI MASUKKAN HUDUD. DAP KELUAR PAKATABN JIKA TAK SETUJU!! ITU ALASAN MUDAH PAS! penganut2 PAS makin seronok, sinis & KURANG AJAR dgn umarak.
Mengapa bermusuh & sentiasa menjauh dgn UMNO? Jika menang PRU di 70 kerusi Melayu (menjatuhkan semua kerusi UMNO), dptkah anda bersuara pada DAJJAL dan ROKET bercita2 utk cpt ke bulan? ironinya bulan pun tiada manusia yg mampu bernafas tanpa tabung oksigen!??
Apakah tidak melaksana hudud di Malaysia, negara ini bukan ISLAM? bagaimana pendirian Kedah, PP, Selangor, mahupun Perak? retorik politik & alasan!! DAP adalah parti tumpuan Cina, bukan peribumi!!?? UMNO MMG BUKAN PILIHAN, TAPI UMNO ADALAH PARTI YG TERBAIK!!
i still vote dacing
ANONY 20: 10.16AM
ReplyDeleteADA ORNG2 BUKAN ISLAM BAWA KALIMAH ALLAH KE TANDAS!! APA AKAN JADI SEKIRANYA ORNG2 BUKAN ISLAM BERLOKETKAN KALIMAH ALLAH TAPI, MAKAN BABI / KE DISKO / BUAT FILEM BERZINA??
ORG PAS KATA OK JER! SBB ORNG TU BUKAN ISLAM & TAK TAU!! AL MAKLUMLAH KAU ORANG IKUT PANDANGAN KEPALA HOTAK N.AJIS SEUMPAMA ULAMA.. DIA PERASAN ULAMA TU-ULAMA TEROMPAH KAYU!!
CAKAP TAK BERPIKIR. TAK BERBINCANG DGN ULAMA2. ULAMA MANA YG PERTIKAI, DIHINA N AZIZ MCM2! MAIN BALUN AJE. NYANYUK..BODO SOMBONG..EGO..ZALIM..MAHAFIRAUN!! APA KOMEN HARUN DIN?? KAU ORNG TUTUP TELINGA PULAK YA?
**AKU TETAP DACING!! (NDAK MO PILIH DAP / UMNO)
Dari atas hingga la ke bawah, komen2 pasti ada yang mengutuk mereka yang bukan Islam. Jangan lebih menyalahkan kami yang bukan Islam. Sebelum letak kesalahan pada diri orang lain teliti yang terlebih dahulu peribadi sendiri. Cermin2kan la perangai masyarakat Islam. Jangan pula mengata orang sendiri yang lebih.
ReplyDeleteTiada yang mustahil dalam politik.
ReplyDeleteBapa Nik A. Aziz berfahaman wahabi & sekolahkan dia di India & al Azhar. Nik A. Aziz tidak pernah menerima pnddkn di malaysia waima Tahun 1! sepulangnya dia ke Kelantan, dia terus jadi guru KEMAS & berpolitik. dia mmg membawa fatwa baru & bijak berhujah.
ReplyDeleteTetapi banyak fatwanya yg terpacul adalah mengikut pemikirannya & terpesong. Ini kerana dia tak suka berbincang dgn jumhur ulama di sekitarnya. hingga adakalanya terpaksa dibetulkan oleh pemimpin2 PAS. antaranya tupai boleh dimakan; boleh berdoa memburukkan org lain; wanita jangan berkerja; Syiah tak menyeleweng; tak payah buat sambutan Maulidurrasul kerana bidaah; undi parti selain PAS tiada pahala; tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO; boleh berhubung/ berkawan dgn syaitan; diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO; penggunaan kalimah Allah dibolehkan kepada semua agama; tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN; menghalalkan carut-mencarut -bahkan Allah sendiri mencarut;
Mengharuskan maki hamun; membela kroni; tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama di bawah kerajaan BN; haramkan qariah (wanita) kerana ia aurat; Nabi Muhammad adalah kanak2 biasa hingga umurnya 40 tahun; UMNO itu kafir; dll. *Lalu cpt2 ditegur oleh alim ulama khususnya PAS mengenai perkara tersebut, berbincang, dia pun diam.. mengakui kesalahannya. Beristighfar & membetulkan iktiqadnya!
kini org2 yg membetulkan dia dah tiada/ mati! Jadi bila dia keluarkan sipa lagi yg berupaya menyedarkannya? Ini kerana fatwa yg dikeluarkan adalah mengikut kepentingan pihaknya sahaja.,Tanpa berbincang dgn jumhur ulama yg akan dicerca semahunya jika mengkritik fatwa2nya! Anda berani?
**Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah. Apa akan jadi apabila Nik A.Aziz mengeluarkan statement mcm ini? Inilah yg berlaku di Malaya menyebabkan UMNO juara perpaduan pun bengkok! Lalu dituduh mcm2 sebab harus mencaci umarak! Menang PRU 12, PAS tak buat hududpun di negeri2 yang diperintah biarpun diberi kebenaran autonomi, waima isu murtad yg diuar2 sblm itu!
Kini mereka ada perancangan lain, iaitu menyelesaikan dendam & berusaha jatuhkan BN atas alasan kuffar. So, UMNO / DAP yg mau dipilih?
PAS dan DAP dikatakan akan bekerjasama, tapi mereka mempunyai pendirian yang berlainan berkaitan isu Hudud, adakah mereka boleh bersatu seperti apa yang dirancang?
ReplyDeleteSaya rasa lebih baik mendapatkan pandangan pengundi terlebih dahulu sebelum melaksanakan Hudud dalam negara.
ReplyDeletePasti ramai yang dah pun mengenali siapa Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAPigs yang bukan saja menjadi idola kepada juak-juak Pakatan Haprak malah turut di sanjung tinggi khususnya oleh pemimpin dan ahli-ahli PAS sampaikan di gelar Khalifah Umar Abdul Aziz.
ReplyDeleteKhalifah PAS ini bukan saja terkenal dengan jolokan tersebut malah dikatakan antara pemimpin yang boleh dipercayai untuk menyelamatkan rakyat Pulau Pinang dari kekejaman UMNO dan Barisan Nasional.
Sampai begitu sekali hebatnya Guan Eng sedangkan persoalan di mana rumah-rumah kos rendah di bina pun hingga ke hari ini tidak dapat di jawab malah diam seribu bahasa.
Pasti ramai yang masih ingat bagaimana kedai-kedai milik orang Melayu di robohkan tanpa perikemanusiaan.Malah penduduk kampung Buah Pala pastinya masih ingat bagaimana janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Haprak khususnya oleh pemimpin agung PKR , Anwar Ibrahim hanya sekadar janji kerana hari ini kampung Buah Pala hanya tinggal nama apabila DAP berkuasa.
Tak ketinggalan juga isu tanah Bayan Mutiara diambil serta tanah Taman Manggis yang kini menjadi isu paling panas ketika ini.
Mungkin bagi orang-orang Melayu dan India sudah masak dan sudah pun mengenali sikap pemimpin paling rasis dalam DAPigs ini namun bagi sesetengah orang-orang Cina di Pulau Pinang mungkin ada yang belum tahu atau masih di buai mimpi.Sekiranya anggapan anda bahawa DAPigs adalah parti yang mampu membela nasib rakyat khususnya orang-orang Cina anda sebenarnya sudah pun terperangkap dengan tipu daya dan permainan politik Guan Eng dan konco-konconya.
Cuba periksa pemilikan tanah dan juga rumah mewah di kebanyakan kawasan elit dibahagian Pulau.Jangan terkejut jika ia dimiliki oleh warganegara asing mana lagi kalau bukan kebanyakkannya dari Singapura.
Sebagai balasan , ada maklumat mengatakan bahawa Dun yang dikuasai DAP kini telah dijadikan Dun angkat oleh parti PAP dari republik tersebut bagi menghadapi PRU13.Sudah tentu ia disertai dengan suntikan dana yang cukup besar dari godfather mereka disana.
Ini menunjukkan bahawa Guan Eng dan konco-konconya hanya memberikan tumpuan untuk mengekalkan kuasa seterusnya menjadi pancacai kepada PAP di Singapura sedangkan hak bangsa Cina rakyat Malaysia hanya dipergunakan untuk tujuan meraih undi semata-mata untuk menang dalam pilihan raya.
Tak tahulah lah pula kalau bangsa Cina di Pulau Pinang yang mempunyai kerakyatan Malaysia sanggup dan bersedia menerima keadaan seperti ini ? Apa pun MMI sekadar mengingatkan kerana yang menentukan adalah anda dan diri masing-masing.
MMI masih ingat satu kejadian yang berlaku tahun lepas apabila seorang anak muda berbangsa Cina menemui MMI dan memohon sedikit bantuan untuk beliau melanjutkan pelajaran ke luar negeri.Apabila di tanya mengapa tidak memohon dengan kerajaan DAP beliau melahirkan kekecewaannya kerana kerajaan negeri hanya memberikan bantuan yang tidak seberapa dan dalam keadaan beliau yang amat-amat memerlukan bantuan demi melanjutkan pelajaran ternyata tindakan kerajaan negeri amat-amat mengguris hati dan perasaan anak muda tersebut.
Apa barang cakap bukan main nak tolong rakyat Pulau Pinang ? Bangsa sendiri pun tak boleh nak tolong !! jadi mau undi lagi DAP ka??
Yang haram diundi? Setahu saya tidak ada yang haram untuk di undi kerana semua pun tidak ada unsur2 tidak haram.
ReplyDeleteKalau ada ramai yang berfikiran sedemikian, pasti kucar kacir dunia politik kita pada masa ini.
ReplyDeleteHaram @ tidak, seharusnya tidak timbul, kerana dalam politik tidak ada yang haram.
ReplyDeleteHaram jika niat tidak ikhlas nak bantu rakyat tapi hanya untuk kayakan diri?
ReplyDeleteUndi tu kan hak masing2. Kenapa mahu pertikaikan haram ka tidak? Sudah2 la berlagak macam 'tuhan'.
ReplyDeleteTidak usahlah memburuk2kan satu sama lain.
ReplyDeletejawab la satu persatu isi kandung artikel utusan ni..
ReplyDeleteapa komen pemimpin2 PAS bila pemimpin2 DAP secara terang2an menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud??
ReplyDeleteSedangkan PAS sendiri pun mula tidak menyukai DAP sekarang ini. Maka ini bermakna DAP yang tidak patut disokong.
ReplyDeleterakyat bebas mengundi mana yang mereka inginkan.
ReplyDeletePas kena keluar daripada Pakatan Rakyat...umat Islam sukar untuk bersatu jika Pas dalam PR...
ReplyDeleteYa tolonglah PAS keluar dari pakatan rakyat..
ReplyDelete