Monday, August 27, 2012

Surat saya menyebabkan Pak Lah, Najib jadi PM’

Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2008.

“Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

"Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.

Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.

“Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah," katanya.

Bagaimanapun, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik.

“Mana mungkin Najib tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar,” katanya.

Mana menteri?

Namun, Umi juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.

“Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin,” katanya lagi.

Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan.

“Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10,000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8,000 orang.

“Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya,” kata Umi lagi.

Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno.

Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap dahulu.

Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin Pakatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir. -FMT

17 comments:
Write comments
  1. Berpengaruh juga Si Umi. Sehinggakan Anwar boleh tidak terpilih jadi PM.

    ReplyDelete
  2. Ramai penyokong Umi Hafilda sehingga 10,000 datang ke ceramahnya.

    ReplyDelete
  3. Jadi maksudnya besarlah jasa Umi Hafilda ni. kalau bukan sebab dia, Anwar sudah jadi PM sekarang.

    ReplyDelete
  4. Kuat juga pengaruh betina nih... dia lah calon yang sesuai betina pertama menjadi perdana menteri malaysia... keh keh keh

    ReplyDelete
  5. Tidak pasti akan kebenaran mengenai cerita surat ini.

    ReplyDelete
  6. Kah kah kah...calon Betina Pertama Negara.

    ReplyDelete
  7. Umi Hafilda Ali terlalu memandang tinggi dengan suratnya. Dr Mahathir tidak mungkin membuat keputusan berasaskan sepucuk surat saja. Lucunya Umi Hafilda.

    ReplyDelete
  8. Anwar Ibrahim tidak mungkin akan menjadi PM walaupun surat ini tidak ditulis.

    ReplyDelete
  9. Saya rasa Umi mengeluarkan kenyataan ini sekarang kerana kecewa dengan Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.

    ReplyDelete
  10. kemaruk dah agaknya dia ni,...;.

    ReplyDelete
  11. takpa... ajaklah dia ke ranjang... nanti hilanglah perasaan marah dia tu

    ReplyDelete
  12. mereka jadi PM tak de kaitan dgn Umi pn, Umi ja perasan.

    ReplyDelete
  13. Tapi Pak Lah bukan lagi PM sekarang

    ReplyDelete
  14. Jadikan sahaja itu sebagai kenangan.

    ReplyDelete
  15. memang hebat umi hafilda ni.. hinggakan Anwar tidak sanggup berdebat dengan beliau ketika umi mencabar beliau..

    ReplyDelete
  16. Siapa Umi Hafilda ni?

    ReplyDelete
  17. Agong yang lantik mereka jadi PM pun.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.