Friday, August 31, 2012

Jangan Biar Politik Cemarkan Hari Kebangsaan

PADA 31 Ogos ini genaplah 55 tahun negara kita merdeka. Saya ucapkan selamat memperingati Hari Kebangsaan. Buruk naik inilah negara kita.

Sejak dulu lagi, saya tidak begitu mengambil berat hal-hal berkaitan slogan atau lambang Hari Kebangsaan kerana saya ada cara tersendiri memperingati ulang tahun kemerdekaan.

Jadi kali ini pun saya tidak terpengaruh atau tersentuh dengan debat mengenai lambang, cogan kata dan grafik ulang tahun Hari Kebangsaan.

Dalam loghat utara, saya sudah mangli dengan kecenderungan sesetengah orang atau pihak yang suka tunjuk pandai, mengampu dan mencari habuan politik.

Akibatnya, peristiwa yang sepatutnya menyatupadukan rakyat jelata menjadi punca perbalahan dan polemik politik murahan.

Inilah bahana apabila ada pihak yang cuba campuradukkan upacara rasmi negara dengan politik parti dan sebagainya.

Akibatnya muncullah bermacam-macam slogan, simbol dan interpretasi ulang tahun kemerdekaan. Hina sungguh apabila hendak tunjuk kecintaan kepada negara dan patriotisme pun jadi isu dan masalah.

Dalam hal ini, saya rasa saya bernasib baik kerana diajar sejak kecil lagi menyayangi negara dan cara memperingati Hari Kebangsaan. Untuk itu, sekali lagi saya terhutang budi dan terhutang kasih kepada Allahyarham ayah saya.

Dia berkata, siapa pun yang memerintah negara ini, kita tetap kena sayang dan pertahan negara. Tiap tahun sebelum sampai 31 Ogos, ayah saya akan naikkan bendera negara menggunakan batang buluh.

Bagi saya, masa menaikkan bendera itulah antara saat paling gembira dan patriotik sampailah ke hari ini.

Jadi, apa pun kecenderungan politik kita, marilah sama-sama kita memperingati ulang tahun kemerdekaan negara kita dengan rasa tanggungjawab dan penuh patriotisme.

Kenangan Peribadi Hari Kebangsaan

Bagi saya, memperingati Hari Kebangsaan adalah memperingati susur-galur hidup saya dan perjalanan negara kita.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, saya berumur 10 tahun tujuh hari dan dalam darjah tiga sekolah Melayu. Waktu itu darurat masih berkuat kuasa kerana pengganas komunis masih mencuba merampas kuasa secara kekerasan.

Tentera Komanwel dari United Kingdom, Australia, New Zealand dan Kanada yang membantu angkatan tentera dan polis kita kerap berkhemah di padang sekolah saya. Setiap hari dan malam mereka membedil dan mengebom rimba belantara yang disyaki sarang pengganas.

Bukan mudah membedil dan mengebom pengganas dalam hutan belantara, tetapi bunyi meriam dan letupan bom adalah cara berkesan meyakinkan orang ramai yang keselamatan mereka terjamin. Inilah antara kaedah perang saraf yang British gunakan bagi memenangi hati dan fikiran orang ramai supaya tidak menyokong komunis.

Tetapi hari ini, banyak orang tidak tahu atau sudah lupa sejarah hitam negara seperti darurat (1948-1960) dan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Malah, ramai yang sanggup bakar kelambu dan tilam kerana marahkan nyamuk dan pijat. Atau sudah ramai tidak tahu apa itu pijat? Wallahualam.

Oleh A Kadir Jasin

28 comments:
Write comments
  1. hari ini dalam sejarah NEGARA KITA YANG DICINTAI.....tidak kira siapa anda yang pastinya UMNO/BN telah meroskakan apa yang telah dicipta oleh PEMIMPIN TERDAHULU.....UMNO SENTIASA RELEVEN (DULU)...SEKARANG UMNO DIPIMPIN OLEH MEREKA YANG LEMAH DAN HILANG KAWALAN.....jati diri dan semangat kebanggaan semakin pudar dan terus pudar....UMNO/BN akan hanya menjadi lebih baik jika dipimpin oleh mereka yang KUAT DAN BERANI....tidak dapat dinafikan oleh sesiapa bahawa legasi TUN M merupakan contoh pemimpin yang BERANI, TEGAS DAN BERWIBAWA. Kenapa semakin ramai yang hilang kepercayaan kepada BN, tidak lain dan tidak bukan kerana kelemahan KEPIMPINAN UMNO DAN BN adalah JAWAPANNYA....JIKA DINILAI DARI KELOMPOK KEPIMPINAN UMNO/BN DAN PAKATAN RAKYAT...saya secara peribadi menyatakan bahawa kelompok PR menpunyai 70% pemimpin yang berwibawa berbanding BN hnaya 55%.

    ReplyDelete
  2. setuju 100% dgn 'manbai' di atas.

    ReplyDelete
  3. Bukankah TUN M kata orang bijak pandai semakin kurang berminat menyertai UMNO malah Tengku Razalih pun minta UMNO menerima orang professional menyertaui UMNO.

    ReplyDelete

  4. Jangan jadi bingong. Kelak membengongkan orang lain.
    Sambutan meredeka itu adalah hakikatnya berpolitik. Tujuan politik kah, ekonomikah, keagamaan kah atau caracoolmacam yang anda mahu, itu bergantung kepada niat dan cara ia disambut. Pengisian sambutan itu serta penglibatan warga yang perlu diperbetulkan. Tak kiralah bila sambutan itu dilakukan. Masa dulu atau sekarang.

    Apa pun hakikat merdeka dan kemerdekaan ialah apabila kita dimasukkan oleh Allah Taala ke dalam Syurganya. Itulah merdeka yang haqiqi dan perlu keutamaan minda dan tindak kita.

    ReplyDelete
  5. Betul sdra anonymous Sept 2 : 10.12 am;

    Gabungan pelbagai gerakan / partai yg ada dTanah Melayu seawktu zaman BMA atau penaklukan Jepun dulu banyak dtentang oleh kump trsebut. Antaranya Hizbul Muslimin, AWAS, API, Pekembar(UMNO Lama) malah PKM pun brjuang menghalau British dr Tanah Melayu. Sebab itu, ada tulisan sejarah melakarkan bahwa Mat Indera tu bukan komunis PKM pun. Insiden Balai Polis Bukit Kepong dserang tu, khabarnya Mat Indera dlm perjalanan utk menghalang pihak komunis dr menyerang balai trbabit,cuma masa yg tidak menyebelahi beliau dmana beliau trlambat sedikit dan sesampainya Mat Indera dlokasi serangan, balai telah musnah trbakar.
    PKM juga walau fahaman komunis tetap melawan British brsama gerakan2 yg telah wujud dTanah Melayu waktu itu. Shamsiah fakeh adalah srikandi sebenar Tanah Melayu dulu, kini dan selamanya walau tidak menuntut gelaran The First lady of Malaysia. Tokoh utama ialah Datuk Onn Jaffar dan juga Dr Burhanuddin Helmy. Selain itu, Datuk Undang Luak Rembau juga memainkan peranan yg tidak kurang pentingnya. Dua tokoh tadi adalah pemimpin gerakan politik...PEKEMBAR dan HIZBUL MUSLIMIN ( PAS ). Jadi, betullah kalau politik jgn sekali dpinggir dari agenda sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara.

    UMNO hanyalah dpanggil mengdap oleh Ratu England pd waktu itu bg menerima watikah Kemerdekaan shj setelah pahit maung parjuangan oleh pelabagai gerakan yg ujud dTanah Melayu pd waktu itu. Tiada pemimpin UMNO yg dtahan oleh pihak British pd waktu kerana penentangan kpd British hanya wujud dr wadah gerakan rakyat yg lain. Harus diingat guru2 agama antara yg ramai dtahan. So, adakah ia barsamaan dgn zaman umno sekarang, yg menyaksikan ramai guru2 agama ditahan ?

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  6. ???bengong Negara apa(???) Merdeka ke-55 tahun Tanah Melayu /Malaya merdeka 31 ogos 1957 tapi Negara Malaysia lahir 16 September 1963 (Negara Malaysia tidak pernah dijajah)???

    ReplyDelete
  7. 55? penulis x sikul @ masih kogutan???

    ReplyDelete
  8. sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula banyak yang mengelirukan sejak akhir2 ini..kita kena perlu terima para pejuang kemerdakaan walaupun berlainan aliran dan pemikiran sebab keadaan atau situasi yang memaksa pada masa itu ada pro dan kontra..semua ini sudah menjadi sejarah yg tidak dapat kita padamkan sampai bila-bila...harap para pemimpin jgn mgutarakan sejarah ikut cita rasa politik mereka sehingga nafikan fakta sejarah sebenar-benarnya

    ReplyDelete
  9. sejarah kemedekaan negara kita ini ibarat sebuah filem yang akan ditayang di pawagam, para penyuntingnya ialah . para pemimpin dan org2 yang buta sejarah

    ReplyDelete
  10. Pembangkang pasti tidak akan ketinggalan untuk berpolitik juga.

    ReplyDelete
  11. Dalam keadaan politik M'sia, sudah tentu ada pihak2 yang mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  12. aku fening kapla dah skrang. Kerna ada professor kangkung kata negara tak pernah djajah. Lepas tu ada pulak bekas pagawai askar laut ka yg perjelas pergorbanan tentera zaman dulu dan kata beliau jugak barani. Berani kapla hotak kalu atas pentas dan bodek BN. kalau barani..ayuh barsama pambangkang lah utk tumbang rejim zalim UMNo/BN. Aku belajar zaman tawarikh hingga sejarah, suma cakkap negara nih kena jajah oleh Portugis..Balanda hingga ka British ( Malacaa serta Tanah Malayu selepas ituh ). Dtg prof kangkung cakkap lain pulak. Patut pun aku gagal subjek sejarah. Cikkgu lain cakkap prof lain cakkap.

    ReplyDelete
  13. Apapun kita kena kekalkan kemerdekaan kita agar tidak tercemar.

    ReplyDelete
  14. Kemerdekaan kita harus dijaga.

    ReplyDelete
  15. hari kebangsaan jgnlah dipolitikkan.

    ReplyDelete
  16. Pihak pembangkang sangat rajin mempolitikkan isu Hari Kebangsaan tahun ini. Dari segi slogan, tema, lagu, logo dan kemerdekaan Sabah, semua dibangkitkan untuk tujuan politik.

    ReplyDelete
  17. Tapi Datuk Najib Razak yakin bahawa rakyat Sabah tidak begitu mudah terpengaruh dengan cubaan pembangkang untuk menjatuhkan kerjaaan BN.

    ReplyDelete
  18. Negara Malaysia lahir 16 September 1963 tapi negara merdeka selama 55 tahun. Tidak tahu mengirakah ahli sejarah ini. 2012-1963 pun tak tahu kira termasuklah menteri-menterinya gagal matematik!

    ReplyDelete
  19. Tiba2 semua nak jadi ahli sejarah bila hari kemerdekaan menjelma.

    ReplyDelete
  20. Tak pernah ada isu pun Hri Kemerdekaan Negara selama nih. Hanya setelah saat kehancoran BN menjelang, baru timbul macam isu. Dulu saya selalu menanti saat brsejarah itu utk hadir sandiri, skrang semangat mulai pudar. Pudar bukan angkara pambangkang tapi angkara kejahatan serta kezaliman BN kepada rakyar sendiri dgn contoh2 yg TELAH, SEDANG dan AKAN berlaku dbumi Malaysia trcinta ini. Lalu tak pelik lah, 90% kenderaan, bangunan2,rumah2 dan apa2 lagi tidak ada semangat utk kibarkan benderan itu. Belum lagi kita nilai...kenapa bendera kita SAMA JALURNYA dgn bendera Amerika Syarikat.

    ReplyDelete
  21. Deputy Chief Minister Datuk Yahya Hussin advised all parties not to politicise the Independence Day due to be celebrated on Aug 31 in the State capital. Responding to Sabah Progressive Party's (SAPP) statement in local newspapers that Sabah's independence is actually 49 years old and not 55, Yahya said it is a small matter and should not be blown out of proportion.

    ReplyDelete
  22. "Like in the US, some states joined the union after the country's independence such as Hawaii and Alaska. But they never bothered with the date of their joining the States in forming the US," he said.Yahya also said that the opposition could not say that the Government never bothered to remember history as the State has always celebrated September 16 annually.

    ReplyDelete
  23. "It's quite fair. We have Sept 16 as Malaysia Day. But as a nation, we have to go along with the national Independence Day," he added.Yahya said that this issue had been discussed repeatedly over the years and suspect that those who continued making it a national issue possess a different mentality. "We don't want to be independent from the rest of the country. We are 1Malaysia after all," he said.

    ReplyDelete
  24. Regarding SAPP's plan to have their own Independence Day celebration, apart from the State level celebration, Yahya said just let them carry on with their plan."It is a free country. If that is what they want to do, then let them go ahead and do it," he said.

    ReplyDelete
  25. yup.. memperingati kemerdekaan negara tidak perlu ada demonstrasi kuning dan sebagainya..

    ReplyDelete
  26. tahun lalu pun berlaku juga situasi macam ni. masing2 mau politikkan hari kemerdekaan.

    ReplyDelete
  27. maklumlah PRU pun makin dekat. semua pun mau dijadikan isu besar.

    ReplyDelete
  28. bukan hari kemerdekaan saja mereka mau politikkan, dalam mana2 keramaian pun kadang2 bercakap tentang politik juga. tidak macam hari perayaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.