Tuesday, August 21, 2012

Bayi 23 hari Diliwat Bapa

Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya. “Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam ". Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

-http://apekepelik.blogspot.com

12 comments:
Write comments
  1. Rasanya ni kes kedua di lokasi yg sama pd tahun lepas.

    ReplyDelete
  2. Manusia jenis apa yang sanggup buat begini??

    ReplyDelete
  3. Bapak macam tu ada. Bodoh.

    ReplyDelete
  4. Manusia yang sudah menyerupai binatang.

    ReplyDelete
  5. Betul-betul teruk perbuatan bapa ini terhadap darah daging sendiri, lebih hina daripada binatang.

    ReplyDelete
  6. Itu bukan seorang bapa tapi lebih teruk dari anjing yg bernama anjing, manusia paling sial yang
    berada d muka bumi Tuhan ini.

    ReplyDelete
  7. Saya melihat dr sudut undang2 negara. maknanya manusia tak takut hukum dunia malah spt mentertawakan sja. Kalau barlaku di pakistan jer takpayah negara arab, jawabnya on the spot kena hukum tembak depan khalayak ramai. Tiada NGO membantah dan tiada manusia persenda. Silap haribulan ,minah tiang kat Seremban yg buat tarian tiang tu kena hukum sebat on the spot jugak depan khalayak ramai. Itu kenyataan yg dah barlaku di sana. Jadi, betullah yg PAS dok pertahan nak laksana hukum Islam tu. Tapi kalau kita tolak prlaksaaannya..faham2 je lah di mana akidah kita.

    ReplyDelete
  8. Bapa seperti ini bodoh otaknya dilutut!

    ReplyDelete
  9. hukuman yang paling sesuai untuk lelaki tu ialah hukuman mati atau penjara seumur hidup.. jangan bagi dia peluang hidup bebas di muka bumi ini.. nanti dia buat lagi jenayah yang sama..

    ReplyDelete
  10. Lancarkan KEMPEN MENGANCAK / MELANCAP semasa bini pantang

    ReplyDelete
  11. Sampai begitu sekali tindakkan suami. Memang tidak patut.

    ReplyDelete
  12. teruk betul ada bapa mcm tu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.