Barisan Nasional (BN) dicadang supaya menyenaraikan 50 peratus calon berusia 50 tahun ke bawah dalam usaha untuk menarik sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Anggota Parlimen Pulai dan Ketua Umno Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jika kaedah itu digunakan, ia diyakini akan memberikan kemenangan besar kepada BN pada PRU-13 sekaligus menyediakan calon muda untuk menghadapi PRU-14.
“Pengundi mahu melihat perubahan nyata dalam BN dan Umno bukannya sekadar retorik. Mereka hanya akan percaya jika parti menampilkan calon muda bukan memilih semula calon orang lama dan kemudian baru menjanjikan perubahan.
“Jika pucuk pimpinan parti menetapkan sasaran untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga itu, apa yang BN dan Umno perlu lakukan?...Jawapannya, letakkan calon muda yang berkelayakan untuk meneruskan perkhidmatan yang kita lakukan sejak 55 tahun lalu,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, dalam PRU 2008, pembangkang mengetengahkan hampir 70 peratus muka baharu dan 50 peratus adalah orang muda, sekaligus berjaya menidakkan majoriti dua pertiga BN.
Nur Jazlan berkata, jika rakyat tidak melihat proses peralihan kuasa dalam parti itu sendiri, BN akan ditolak pengundi dalam PRU-13, walaupun mungkin tidak secara keseluruhan tetapi kesan sebenar akan dapat dilihat pada PRU-14.
“Bukan hendak menidakkan sumbangan dan jasa orang lama dalam parti tetapi mereka juga perlu sedar hakikat bahawa mereka tidak boleh terus bergantung kepada kuasa dan jawatan itu buat selama-lamanya,” kata beliau.
Katanya, orang lama dan golongan veteran terutama sekali di kalangan wakil rakyat perlu membuat pengorbanan terhadap parti, kerana itulah yang menjadi kekuatan dalam BN dan Umno.
“Sekiranya, mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan keramat ini, buatlah pengumuman beramai-ramai secara terbuka untuk mengundur diri dan nyatakan sokongan terhadap calon baharu yang dipilih pucuk pimpinan”.
Beliau berkata, golongan muda profesional semakin kurang dalam Umno dan jika perkara itu tidak ditangani dengan segera, parti akan kekurangan calon untuk memenangi hati dan fikiran pengundi pada pilihan raya umum.
Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin veteran di dalam Umno memberi laluan kepada pemimpin muda secara sukarela kerana usaha itu amat penting dalam membantu proses peremajaan semula parti dalam memastikan rakyat terus menyokong Umno dan BN. — Bernama
Thursday, August 30, 2012
50 peratus calon BN dicadang pemimpin muda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap calon pemimpin muda akan diberikan peluang untuk bertanding pada PRU-13 nanti. Puncak pemimpin perlulah membuat keputusan yang sewajarnya dalam pelantikan calon.
ReplyDeleteSemoga calon boleh menang dilantik oleh puncak pemimpin BN.
ReplyDeleteCadang yang muda dan berkaliber. Serta jujur.
ReplyDeletecalon2 muda mungkin perlukan tenaga muda semangat pun muda.
ReplyDeletePelapis oleh generasi veteran
ReplyDeleteOrang muda kah, siapa kah, yang pasti seluruh negara akan menolak BN pada PRU 13 ni... percaya? ..kamu tengok lah nanti.
ReplyDeleteSesuailah tu. yang pemimpin veteren kena beri laluan kepada golongan muda.
ReplyDeleteDacing tak sesuai lagi dalam era teknologi ini simpan saja Dacing itu ke Muzium Negara.
ReplyDeletesebenarnya kaedah ini bagus. Sekurang2nya Bn bole menilai mana calon YB yg brsesuaian dgn keadaan semasa. Tapi hakikat itulah yg pahit utk ditelan oleh YB BN. Takkan nak lepas fulusnyah. Kau singkir aku dr kerusi YB,aku tikamkau dr balakang, yaah !
ReplyDelete** 888
hari ini dalam sejarah NEGARA KITA YANG DICINTAI.....tidak kira siapa anda yang pastinya UMNO/BN telah meroskakan apa yang telah dicipta oleh PEMIMPIN TERDAHULU.....UMNO SENTIASA RELEVEN (DULU)...SEKARANG UMNO DIPIMPIN OLEH MEREKA YANG LEMAH DAN HILANG KAWALAN.....jati diri dan semangat kebanggaan semakin pudar dan terus pudar....UMNO/BN akan hanya menjadi lebih baik jika dipimpin oleh mereka yang KUAT DAN BERANI....tidak dapat dinafikan oleh sesiapa bahawa legasi TUN M merupakan contoh pemimpin yang BERANI, TEGAS DAN BERWIBAWA. Kenapa semakin ramai yang hilang kepercayaan kepada BN, tidak lain dan tidak bukan kerana kelemahan KEPIMPINAN UMNO DAN BN adalah JAWAPANNYA....JIKA DINILAI DARI KELOMPOK KEPIMPINAN UMNO/BN DAN PAKATAN RAKYAT...saya secara peribadi menyatakan bahawa kelompok PR menpunyai 70% pemimpin yang berwibawa berbanding BN hnaya 55%.
ReplyDeleteSudah tiba masanya untuk menaikkan golongan muda
ReplyDeletePilihlah calon yang terbaik untuk bertanding.
ReplyDeleteMengikut amalan demokrasi Plato, Yunani Greek zaman dulu kala menyarankan pemimpin mesti dpilih dr mereka yg berumor. Maksudnya, melebihi 60 tahun. Plato menggariskan mereka yg berumor sedemikian, tidak lagi mempunyai nafsu yg tinggi. Jika mereka trpilih dlm usia muda lagi dan shingga tua lah mereka dok kaut harta negara. Pendapat ini juga dsokong oleh Socrates, anak didik beliau. Manakala. cabang pemerintah negara hendaklah trpisah dan trdiri dari Sidang Legislatif, Eklesia ( eksekutif) dgn judisiari ( mahkamah ). Mahkamah ini pula MESTI trpisah dr kuasa Eksekutif. Mereka mesti membatalkan mana2 tindakn eksekutif yg menekan rakyat jelata. Itu saranan Plato dlm falsafah demokrasi.
ReplyDeleteMelihat kepada perkembangan trkini, apakah demokrasi Malaysia mengikut acuan sebenar ?
pada masa ini pemimpin muda harus diberi peluang.
ReplyDeletebukan soal muda atau tua,, yang penting latarbelakang bersih dan mempunyai ciri2 seorang pemimpin..
ReplyDeleteTUKAR SEMUA lagi baik...ikan buruk dari kepala bukan ekornya, apa yg dibuat oleh tua pasti akan diikut oleh org muda kalau baikla tu ceritanya kalau jahat lagi-lagi jahatla tu! kalau makan org tua makan sepiring yg muda tatap 2 hingga 3 piring... besar nafsu katakan! kecuali nafsu terpimpin dan ingat Tuhan!
ReplyDeletepengait kelapa said...
ReplyDeleteSeptember 5, 2012 11:52 AM
Anwar pun patut kena tukar tu.. nanti nafsunya jadi ikutan golongan muda..