TOKYO - Syarikat pengeluar motosikal tandas di Jepun semalam menyatakan ia boleh bergerak sejauh 300 kilometer (km) jika diisi penuh dengan najis dan kumbahan haiwan.
Ia dianggap sebagai motosikal pertama dijana dengan najis sebagai bahan bakar di dunia.
Motosikal itu mempunyai tiga roda dan mempunyai mangkuk tandas di tempat duduk.
Namun, pihak pengeluar motosikal itu, TOTO menyatakan orang yang menunggangnya tidak mengeluarkan najis untuk membolehkan ia bergerak.
"Minyak bio yang dijadikan bahan bakar itu tidak dihasilkan daripada najis manusia.
"Ia adalah daripada najis dan kumbahan ternakan," kata jurucakap syarikat tersebut, Kenji Fujita.
Motosikal itu dipamerkan di bilik pameran syarikat tersebut di pinggir Tokyo.
Menurutnya, para pelanggan amat berminat dengan kenderaan tersebut dengan sebahagian mereka merakamkan gambar.
Setakat ini motosikal itu tidak akan dijual. - AFP
Friday, August 31, 2012
Motosikal tandas bergerak sejauh 300 kilometer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kat Mesia nih serba tak boleh sebab tu mundur. Rakyat cipta pistol, polis cari nak tangkap. Bahaya katanya. Rakyat cipta objek brgerak bak hovercraft, Puspakom atau Kementerian Pengangkutan kata bahaya hoii, nanti langgar orang. Buat mesin utk hasilkan cili sos atau apa2 bahan IKS, tiada pihak nak sokong utk ambil bahan ciptaan jadikan produk teknologi negara. Jawapannya memang trbantut apa2 idea rakyat asalkan brnama rakyat 1Malaysia. Sebab itu negara Yahudi meninggalkan kita sekitar 30 tahun kebelakang. Buat cerita utk tontonan ramai...kesah cinta jer yg mampu dizahirkan. Tengok lah channel mana sekali pun...asalkan tv Msia, itu lah bentuk2 citer tv yg kerajaan sajikan utk rakyat. Tiada citer yg mampu membangunkan minda rakyat barfikir melampau zaman. Buka jer tv, treus tutop balik. Citer melayu rupanya, jumud minda anak2 nengok. Tapi kalau citer barat, setakat 2 jam tu belum puas lagi menikmati mesej yg trselit. Citer ganas gila, rupa2nya trselit 1001 unsur2 kwemanusiaan di situ.
ReplyDeleteWalhasilnya, realiti kehidupan kita dMsia sebenarya tidak membantu kita ke arah negara maju pon. So, amacam dgn WAWASAN 2020. Tiang seri ke arah itu telah lama reput dr zaman ke zaman. Kita hanya trlena oleh buaian indah UMNO agar sentiasa trtidur supaya tidak ketahui hasil mahsul negara telah trbahagi sesama mereka.
Pemuda hampa pesawat buatan sendiri tidak lulus terbang
ReplyDeleteBERRECHID - Seorang pemuda di Maghribi hampa kerana sebuah pesawat kecil yang dibinanya di sini tidak mendapat kelulusan terbang oleh pihak berkuasa negara itu. Pemuda berkenaan, Mahmed Mohamed memberitahu agensi berita AFP melalui telefon bahawa dia mengambil masa tiga bulan untuk membina pesawat ringan itu.
Berusia 22 tahun, Mahmed berkata, pesawat satu enjin berkenaan memiliki panjang empat meter dan berat sekitar 55 kilogram. Menurutnya, kapal terbang tersebut boleh mencapai kelajuan 200 kilometer/ sejam dan terbang sejauh 120 km pada ketinggian 33 meter.
"Mereka (pihak berkuasa penerbangan) menyatakan, pesawat ini tidak layak untuk terbang dan boleh jatuh menimpa orang," keluh pencipta muda tersebut.
"Saya sepatutnya diberikan peluang untuk menguji rekaan ini. Saya yakin dengan keupayaan pesawat ini," tambahnya. - AFP
OOo... contoh 2 negara islam yg menghalang daya kreativi dan inovasi rakyat menghasilkan ciptaan masing2. Memang sepatutnya negara islam sentiasa trtinggal kebelakang. Tak payah banding dgn kebolehan yahudi pun, dgn negara bekas komunis yg baru je 'lahir' ke dunia teknologi pun kita telah jauh dtinggalkan. Tengok Rep Rakyat China, apa produk mereka yg ada dpasaran kita?
ReplyDeleteDi Malaysia, usahkan nak miliki pistol utk tahan diri sandiri, silap haribulan jika pukol perompak on the spot pun, tuan rumah masuk lokap. Ambil tindkan sendiri kata polis. Tapi kalu nak harapkan polis amik tindkan, perompak tu dah masuk 10 buahrumah pun, takde apa tindakan yg mampu dambil. apa lagi nak cipta pistol.
ReplyDeleteBetul pendapat di atas.
jgnkan cipta jentera xtentu pasal..nak ubahsuai ketapun kena saman...brapa ramai yg brbakat besar dan minat mencipta dan ubahsuai di M'sia tapi trbantut dg brbagai syarat dan halangan...kalau di barat keta tahun 1800 masih boleh meluncur laju dijalanraya..
ReplyDelete25 tahun prh otak cipt mcm2 bnd teknologi. Dah buat 40 bnda layak paten, kat sirim sapa x kenal.Org buat robot statik 2 funtion, aku buat robot interaktif 8 funtion hgga blh pnjat pkok klapa. Sapa pun x pandang. Selebus rekacipta di sek skrg, aku yg buat.10 tahun naik turun kemen bw kit nak ganti yg lapuk kat benkel skrg, tak pernah dilayan. Memang tak dilayan dan betul2 jadi anjing kurap aku ini.Di mana aku skrg? Aku terlantar sakit di sebuah gubuk buruk. Sekali sekala aku membelek timbunan catatan2 rekaan ku sambil mengalir air mata hiba, Terdetik juga pertanyaan batin,Ya Allah mengapa aku dilahirkan di bumi Malaysia?
ReplyDeleteKalau berjump saintis, pakar ICT, ahli tekn, guru dan penggiat rekacipta yg pernah belajar di sek menengah pada tahun2 90an, aku senyum bangga. Aku bangga krn mrk hakikatnya adalah murid2 aku yg berjaya. Tak mengapa mrk tak kenal bhw akulah penggubal kurikulum rekacipta yg mrk belajar dulu. Aku tak perlu apa2 sanjungan dan tabik hormat krn adalah kewajipan aku utk ikhlas menyumbang ilmu sebagai amanah Allah. Tapi pemimpin jenguklah dan bincanglah apakah bnd2 rekaan aku ini boleh di bw ketengah. Aku bukan bodoh nak cipta bnd2 syok sendiri sekadar nak dpt nama, lps dpt hadiah dan ambil gambar terus ghaib. Bend2 aku cipta semua lyak jadi produk eksport. Itu sudah pasti krn bend yang aku cipta mmg utk kemudahan manusia serata dunia. Maaf bukan nak mencaci pemimpin krn aku bukan ahli politik. Aku sgt ikhlas dan bersangka baik dgn semua insan krn mereka makhluk Allah. Dlm tiap2 diri mrk pasti ada sisi baik atau sifat manusiawi. Hya mungkin mrk salah berkawan dan lupa, maka jadi begini. Sekian, aku surahkan ayat2 di atas krn nak ingatkan anak2, bhw ayhmu pernah menymbang utk negara tapi dilupakan.. Dan aku merasakan hayatku pun tak lama lagi. Kini aku sudah tua, terlantar dan uzur, selepas lebih 25 tahun menyumbang sepenuh idea dan saranan2 utk kemajuan negara, tapi malangnya tak pernah dihargai.
ReplyDeleteSetakat nih tak nampak lagi apa yg M'sia mampu lahirkan produk2 yg jadi kebanggaan negara. Waktu kita mnghina negara India kononnya miskin,kotor,kelaparan sana sini dan brbagai2 lagi,sekitar 1990an dulu,sebenarnya mereka dah ada kenderaan TATA dan kita gunakan kenderaan itu sbg kenderaan berat utama negara samada bas atau lori. Selepas itu sekitar 10 tahun kedepan, mereka dah jadi saintis pula dan trkini rupa2nya pakar ICT juga dr India. KITA ? Masih dtahap lama malah tak salah kalu dkatakan semakin kblkg angkara BN.
ReplyDelete**yassir arafat