Saya taknak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka.
Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka.
Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan2 ini. Demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong PR.
Hidup orang Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan sekali kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini yang UMNO suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewa nya mereka? Banyak mana cerdik nya mereka.
Ada termaktub dimana mana, PM Malaysia mesti berbinkan Tun Razak, berbinkan Hussein Onn, berbinkan Mahathir? tidak ada. Ada disebut dalam mana mana kitab, bahawa semua fkiran yang datang dari Najib mesti ok punya atau terbaik? Janganlah kita taksub sangat dengan pengunggulan sesuatu tokoh. Meraka tidak ada lebih dari kita dan kita pun tidak kurang dari mereka.
Orang Melayu mesti membebaskan diri mereka dari belengu penjara minda. Kita memilih dan mendaulatkan sesoarang bukan sebab dia berbinkan sifulan2- tapi kita angkat pemimpin berdasarkan apa yang dia boleh sumbang dan berdasarkan kelebihan yang dia ada.
Kalau orang Melayu hendak majukan diri mereka mesti membiasakan diri dengan nilai2 kejayaan dan pencapaian dan kesewarjagatan (achievement values and universalism) . Apa makna nya istilah2 ini?
Makna nya, seperti dalam masyarakat yang lebih maju, semua orang dinilai mengikut apa yang dia boleh lakukan dan bukan mengikut siapa mereka. Siapa mereka tidak penting lagi. Seorang anak petani yang berwibawa dan ada kemahiran lebih berguna dari seoarang anak bangsawan yang bodoh. Dalam masyarakat moden dan maju, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk apa apa jawatan berbanding hanya di tentukan boleh melakukan kerja2 yang ditetapkan oleh masyarakat. Contoh: orang dari kasta bawah hanya boleh berkerja sebagai tukang cuci tandas. Walaupun dia ada ijazah kolej atau university, disebabkan dia datang dari keturunan yang tak betul, dia tidak boleh buat yang lebih mulia.
UMNO suka prinsip ini sebab bolehlah mereka menentukan yang jadi PM mesti datang dari keluarga bangsawan dan elit, bodoh pun takpe, apa keturunan itu penting. Itu UMNO. Rakyat menolak nya.
Kalau kita terima asuhan UMNO, orang Melayu akan feudal. Feudal ertinya, majority rakyat akan dihamba abdikan. Elit Melayu turun temurun akan memerintah Melayu kebanyakan walaupun yang memerintah bodoh dan bebal. Yang dibawah tidak akan dapat naik keatas, kerana ini ketetapan hidup. Selagi kita tidak mempersoalkan ketetapan sementara ini maka selama itu kaum Melayu akan tertindas.
Cuba orang Melayu berfikir - apa sebab mereka lebih mundur dari kaum Cina misalnya? Walhal Melayu dan Cina terdedah kepada cuaca yang sama, kepada persikitaran yang sama. Namun, kaum Cina lebih maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu. Apa pasal?
Persekitaran yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini? Jawapan nya kita dapati dengan membezakan nilai2, motives, serta insitusi social dan politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka UMNO. Orang melayu mundur sebab institusi social mereka memihak kepada golongan bangsawan dan elit. Orang Melayu mundur sebab nilai2 yang mereka pegang menyekat mereka dari kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah UMNO. Jadikan orang Melayu penakut dan sentiasa bergantung kepada UMNO. Itu pasal UMNO mengeksploitasi orang Melayu.
Orang Melayu kalau hendak maju mesti ada semangat jebat yakni enggan menerima secara babi buta. Kita Melayu mesti ada budaya enggan menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Kebiasaan mencabar sesuatu kedudukan, pandangan akan melahirkan Melayu yang robust dan rugged. Dengan cara ini timbul Melayu yang ada jatidiri dan tidak takut untuk bersaing.
Tapi sentiasa ditipu oleh UMNO, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir- nasib orang Melayu menjadi lebih teruk. Memang benar kita ada pembangunan fisikal yang menakjubkan- tapi nikmat merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih oleh Mahathir. Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada kerajaan. Bergantung makna nya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan.
Selama 22 tahun dibawah pemerintahan Mahathir, 6 tahun dibawah Pak Lah dan sekarang di bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu. Ya- najib pun tipu orang Melayu. Rakan baik dia semua tauke Cina tapi dia biarkan UMNO menghasut orang Melayu berkelahi dengan cina dan India.
Asyik kena tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO. -sakmongkol
Thursday, August 16, 2012
Blogger : Tinggalkan Kebiasaan Menyokong UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
masya allah..berfikir baiklah! itu dalam proses penyucian hati dan doa sesama kita bha..
ReplyDeletejika kita sentiasa berfikiran jahat /negatif, itu pun adalah cerminan diri kita dgn org lain & cerminan org lain pada kita!
wal fitnatu asyaddu minal khotr! bukan sekadar umno yg didakwa lama mamarintah, tp beri peluang pada kepimpinan najib yg baru! tunjukkan sabahan sentiasa baik-baik, kaya dgn keimanan, kaya jiwa, kaya harta, kaya tanah, kaya rumah, kaya membantu, kaya dgn senyuman bha.
jangan diikut sgt budaya samananjung,bha! merika kurang kaya2. ramai yg sentiasa kurang bersyukur seolah-olah, setiap merika esoknya akan jadi PM
satu artikel yang sangat baik.Wahai melayu bangkit la dari tidur,lepaskan diri dari belenggu UMNO.
ReplyDeletePersekitaran yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini? Jawapan nya kita dapati dengan membezakan nilai2, motives, serta insitusi social dan politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka UMNO. Orang melayu mundur sebab institusi social mereka memihak kepada golongan bangsawan dan elit. Orang Melayu mundur sebab nilai2 yang mereka pegang menyekat mereka dari kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah UMNO. Jadikan orang Melayu penakut dan sentiasa bergantung kepada UMNO. Itu pasal UMNO mengeksploitasi orang Melayu.
ReplyDeletepusat pentadbiran hanya berpindah dr london ke KL, ideologi tetap sama: PENJAJAHAN!!!
ReplyDeleteNak bagi peluang kepimpinan baru kpd Najib.? PM haramjadah tu ker?
ReplyDeleteperlembagaan malaysia dibuat dengan model penjajah. apa yang org melayu suka sangat? sememangnya perlembagaan di malaysia adalah bersifat sekular. setiap hari UMNO mencabar PAS laksanakan hukum hudud sedangkan UMNO tahu undang2 tersebut mmg tidak boleh di laksana di malaysia. kita tak heran kalau karpal tak setuju dgn perlaksanaan hukum hudud kerana beliau bercakap berlandaskan undang2 sekular malaysia. kalau dari dulu perlembagaan malaysia dibuat berdasarkan perundangan islam, tak ada sesiapapun yg akan bercakap. sebenarnya PAS sendiri tahu hudud tak boleh dilaksana di malaysia tetapi atas faktor politik, benda ni dicanang canang.
ReplyDeleteInilah org melayu tak kira PAS atau UMNO, masing2 dengan kebodohannya. kalau UMNO menuduh PAS sesat, UMNO pun dikira sesat juga. UMNO kata kononnya hanya UMNO saja yang boleh membela org melayu. kalau diamati kata2 tersebut, maka UMNO ni sebenarnya dah keluar dari ajaran islam dah jadi munafik/sesat kerana mendakwa mereka saja yang boleh tentukan hidup mati manusia sedangkan hidup mati manusia hanya Tuhan saja yang tentukan. oleh itu, bukalah minda sikit. samada UMNO atau sesiapa saja, itu tak penting. sepatutnya rakyat memilih pemerintah berdasarkan kepada corak pentadbiran negara yang ingin dilaksana apabila menjadi pemerintah. kita kena benci rasuah, ketidakadilan, kronisma, atau hukum berat sebelah.
Apa dah jadi pd blogger JAYA NEGARA kepunyaan Khalil Afandi yg dtmbak mati dBlok B2, Kompleks JPM ,Putrajaya tempohari. Khabarnya blogger tu pro-UMNO. Tapi pandai UMNO nih dia kata mangsa tu dakwa dia adalah Imam Mahdi. Satu masa pula Ketua Polis Putrajaya trsalah beri statement dlm tv katanya mangsa tak puas hati dgn kepimpinan Najib skrang. Mana satu betul ni tapi kalu ikut pengalaman mengenai 'statement' UMNo yg lepas2, kenyataan Ketua Polis tu kemungkinan betul. Kejadian tu berlaku selepas brlaku pertelingkahan serious antara blogger2 pro UMNO sampai ada yg kena tumbuk oleh Papagomo seorg blogger utama pro UMNO. Pertelingkahan tu tiada lain kecuali soal bodek membodek bos2 dlm UMNO bg sedikit imbuhan tapi malang pula kerana bos2 yg dibodek tu jugak tidak ngam antara satu sama lain dlm parti dan kerajaan ( walau sama2 UMNO ).
ReplyDelete**Raja sulu'
Kesalahan2 Nik Aziz
ReplyDelete1. Bersubahat & Berdiam dgn penzinaan Adun2 PAS (Selising, Perupok, 2 exco kedah Merbau Pulas & Tg Dawai, Timbalan Presiden Pas) dgn isteri org, janda. jawapannya mudah aje - tak mau ambik tau!
2. X pandai urus negeri ( x pungut cukai emas di GM, cukai bijih besi di Kl Krai, pembalakan haram yg berleluasa oleh kroni2 husam spt tamrin, cina; air, pembentungan, perparitan, dll),
3. Tipu sultan2 & pelabur2 asing dgn dinar emas
4. Bersahabat dgn syaitan. Bersetuju dan mempertahan pembinaan kuil2 besar di Kelantan dgn mempermain firman2 Tuhan berpihak padanya.
5. Tidak menghormati para ulama & mufti yg tidak sealiran dgn perjuangannya
6. Tidak suka dikritik dan disoal. Sentiasa mengeluarkan fatwa yg memenangkan pihaknya.
7. Bersolat hajat & mendoakan pemimpin2 umno beruk
8. Sentiasa bermusuh dan ajak seluruh rakyat Kelantan sentiasa negative dgn Krj Pusat
9. Sentiasa menipu & terus menipu rakyat Kelantan dgn sentiasa beralasan kpd Allah
10.Ironinya dia membesar redho pengundi lebih dari redho Allah
11.Semakin Maha Firaun! dan siapa yg mengkritik perjuangannya adalah iblis.
Kesalahan2 Hj Hadi
1.Membuat dasar PAS yg memenangkan diri & kroni hingga ahli2 parti ini digelar sbg Penganut Angguk Shj.
2.Menjadikan pengikut2 menjadi taasub dgn perjuangannya
3.Menganggap kafir bagi pihak yg tidak bersama PAS.
4.Tak pandai mengurus pelaburan & kewangan negeri. Hanya pandai urus pencen+elaun2 dirinya sbg MP + ADUN yg mencecah ratusan ribu setiap tahun
5.Bersubahat & menyokong arak, zina di klgn pemimpin2 PAS, rumah urut serta murtad.
Kesalahan2 Anwar Ibrahim
1.Songlap atas angin duit pelaburan kerajaan ke atas IPP Segari Power Plant lebih 500juta (Astaman A.Aziz)
2.Simpan duit lebih 600juta dollar atas nama anak2 dan wan azizah di Israel
3.Petah bercakap tetapi sering hilang entah ke mana apabila diperlukan. Ttpi amat mengawal media agar sts nampak suci, beriman, dekat pada rkyt.
4.Curi & simpan duit2 kerajaan lebih RM 3billion di Indonesia.
Panas baran & sentiasa memarahi pekerja2nya.
5.X terniat pun memaju Permatang Pauh kerana pastinya rkyt di situ akan sokongnya samada benar / tidak.
Kesalahan Lim Kit Siang(KAPs, Ekon,Pol,Sos,Ag, Ms dpn,Future)
1.Menyebab peristiwa berdarah 13 Mei 1969
2.Chauvinism dan sentiasa memainkan sentiment perkauman melayu / cina
Kesalahan Lim Guan Eng(KAPs, Ekon,Pol,Sos,Ag, Ms dpn,Future)
1.Skandal dgn staf dap
2.pengikut setia dong
Kesalahan Jeffry Kitingan
1.Tak boleh dipercayai dgn duit
2.Sentiasa suka dan berusaha songlap duit
3.Tak buat kerja utk rakyat. Sentiasa terbang ke sana dan ke sini. Hotel itu, hotel ini.
byk lagi...tapi aku tunggu dlu (siap bg fakta lagi)
**Raja Sulu 2**
selepas itu, kitaorag mau tingo pula kesalahan2 najib, rosmah, rais yatim, mahathir, pak lah, soi lek, PKFZ, rafidah, sahrizat. ok Raja Sulu?
ReplyDeleteitulah..jangan suka manghina orang lain. tengok kesalahan diri dlu.. nik aziz ni mmg mahafiraun! isu zina boleh didiamkan! alasan tidak tahu! *kalkulusnya mudah..lepaslah dia dari siksaan allah! tapi sentiasa memenangkan PAS utk pihaknya.
ReplyDeletepas, dap, star, pkr sama jak..cakap pasal kebersihan, padahal hancuss
aku mmg tinggalkan kebiasaan menyokong umno!
ReplyDeletesabah adalah dacing! dacing adalah sabah!! kekuatan dacing mmg sinonim dgn sabahan! pemimpin2 dacing amat menghormati sabahan. pasti! buat apa manumpang kapal lain sdgkan anak2 sabahan makin pandai, matang..bukan skdr cerdik, ya? akan ada anak sabah yg akan menjadi PM satu hari nanti..insya Allah
aku & rakan2 sokong dacing ajak! pasti!!!!
pendek cerita semua isu2 berkaitan dakwaan salahlaku pemimpin pakatan kebanyakannya hanya imagination saja. dan yang pasti, pemimpin UMNO banyak kesalahan yang kritikal termasuk dakwaan membunuh yang mahkamah tak berani pun nak kaji motif2 berkaitan sbb kalau nak teruskan siasatan, ada pemimpin nanti yg kena akta 302.
ReplyDeleteyang paling lucu dan merosakkan akhlak ialah, ada ulama UMNO kata hukum haram undi DAP sebab tolah hudud. tapi ulama tu tak tahu pula hukum apa mau letak bila org islam sokong MCA yang juga terang2 tolak hudud. bukan setakan tolak hudud tapi bos pula ada skandal blue!! inilah kepandaian org melayu hasil perjuangan UMNO selama 55 tahun. lagi hancusss...
da wajib kita bersifat husnu dzon dgn pemimpin! jangan suu dzon.. jika kita suu dzon dgn umarak, pendek juga rezeki kita bah
ReplyDeletewajib kita bersangka baik. jika ada pemimpin yg menyimpang, pasti ada pembalasan dari Allah. kita semua insan yg enda pernah terlepas dari salah & silap. PR ada baiknya..ada lemahnya.. begitula dgn BN ada kurangnya, banyak baiknya
wal fitnaatu asyhaddu minal khotr!
saling memburukkan lah kamu satu sama lain. biarlah rakyat membuat penilaian dan memilih mana yang terbaik.
ReplyDeleteRasanya itu cuma pandangan peribadi seseorang sahaja. Benar atau tidak kita dapat lihat usaha yang dibuat oleh kerajaan keapda rakyat. Memang ini satu tanggungjawab sebagai kerajaan tapi jika PR jadi kerajaan mampukah mereka menunaikan tanggungjawab ini sebaiknya.
ReplyDeleteDemi mencapai cita-cita beliau untuk mendapatkan jawatan impiannya sebagai PM, Anwar sanggup melakukan apa saja walaupun terlibat dalam perkara yang ditegah agama Islam.
ReplyDeletePengampu yahudi ni telah dibuktikan banyak kali bersekongkol dengan yahudi, contoh terbaik adalah kenyataan yang dibuat Anwar ketika diluar negara menyokong tindakan Israel menyerang palestin tempohari.
Manusia jenis apakah Anwar ni, luar negara cakap lain, apabila tiba dalam negara buat kenyataan nak selamatkan dirinya pula. Macam sesumpah boleh berubah ikut masa dan cuaca keadaan, pendek kata pelbagai watak boleh dibawa pelakon porno seks ni.
Selagi belum kenal Anwar secara peribadi sudah pasti akan mengatakan binatang haram ni baik dan kononnya nak berbakti pada rakyat, tetapi apabila dah mengenali sesumpah dajal ni lama sikit sudah pasti dapat tahu perangai pembawakan yang sebenarnya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana nama beliau boleh tersenarai sebagai salah seorang ahli dan pemimpin dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang terkejut dengan perkara itu berkata, berdasarkan senarai kedudukan yang disiarkan dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148, peranan Anwar begitu aktif.
"Persoalannya bagaimana nama Anwar boleh berada di dalam kumpulan ini? Anwar perlu jawab dan jika benar beliau tidak terlibat sila tampil dengan penjelasan, bukan berdiam diri,"..!!!
MiLo SuaM itu adalah Anwar Ibrahim! bacalah blog nya! merapu2! tuan imam lah katakan... nda menjaga hati jakk
ReplyDeleteABU ASALKAN BUKAN UMNO
ReplyDeleteJangan kerana terlalu emosi sehingga silap buat penilaian.
ReplyDeletePembangkang pun tahu menipu aper?
ReplyDeleteLagikan Nabi Muhammad SAW org kafir quraisy kata giler, pemecahbelah manusia dan mcmc2 lagi. Jadi,apa yg peliknya kalau tok2 guru hari ini dicerca oleh org islam sendiri. Kerana islam itu pulak ada 2 kategori, satu mukmin dan satu munafikin. Jatuhnya Islam dr diri kita bukan spt kena air hujan..kita tidak terasa. Jadi kepada sdra/i yg mengaku islam, sila dekati kitab2 agama mengenai akidah atau baca kitab mustika hadis keluar JPM sendiri yg menggariskan perkara2 yg membatalkan kalimah tauhid kita. Jgn nanti kita ke akhirat dlm keadaan 'muflis'.
ReplyDelete**Raja Sulu
Mcm umno yg kata haram sokong dap sbb tolak hudud tapi halal sokong mca yg juga tolak hudud' inilah yg dikatakan munafikin''
ReplyDeleteJadi?? Mana2 orang melayu yang kebiasaannya menyokong PR. Berhenti menyokong PR dan mula sokong Umno.
ReplyDeleteAsyik2 dengan Hudud. Kelantan mahu mulakan Hudud tapi sampai sekarang cuma angin saja.
ReplyDeleteaku nak trgelak kadang2 bila trbaca rekaan citer sestengah anonymous dsini brhubung apa yg dikatakan salahlaku MB Kelantan,MB Kedah, TG Hj Hadi, DSAnwar, Lim G Eng, YB Husam dan beberapa kerat lagi YB PR. Nak pecah perut ku membacanya. Kah Kah kah..karangan mcm budak darjah 3D (dungu). Insan itu yg digariskan mempunayi salah laku,kah kah kah. Kak Rosmah kita ndak, Tok Jib lagi ndak, Jamaluddin Jarjis yg raba ANU seorg waitress hotel ndak( malah tak cukop ruangan kalu aku nak gariskan mengenai Jamaluddin tu aje), Pak Rais ndak ( yg serah kedaulatan negara kpd SPore) , Tun M ndak ( yg serah bolk L & M yg ada nilai petrol brbilion ringgit kpd Brunei.
ReplyDeleteHeii..lainkali kalu nak karang citer biar lojik diakal sikit.
**bokeh UMNO Sri Monanti
Adalah kebebeasan rakyat untuk membuat pilihan sendiri sama ada undi BN ataupun undi Pembangkang, mereka ada hak untuk memilih mana-mana parti yang mereka rasa sesuai untuk menjadi kerajaan.
ReplyDeleteJika seseorang pengundi itu rasa BN paling sesuai, tiada sesiapa yang boleh menghalangnya mengundi BN. Jika mereka mahu undi PR, tiada sesiapa yang boleh menghalangnya mengundi PR. Inilah maksudnya negara demokrasi. Kalau rakyat hanya boleh undi PR, dan undi parti BN akan menyebabkan dirinya dipinggirkan, ini bukannya negara demokrasi, tapi komunis.
ReplyDeletePandai-pandailah rakyat menilai, tapi ingatkan Undi adalah kebebasan setiap rakyat dan ia tetap rahsia. Buat penilaian sendiri, jangan mudah terpengaruh dengan hasutan orang lain.
ReplyDeleterakyat Malaysia perlu juga ingat, bukan Politik yang menentukan masa depan seseorang, bukan Pakatan yang memberikan masa depan yang cerah kepada umat manusia..
ReplyDeleteartikel di atas saya simpulkan cuba memesongkan pemikiran manusia.. seolah2 pembangkanglah yang akan memimpin ke jalan yang benar, maju dan aman.. sebaliknya mereka lebih teruk kerana hari2 memfitnah, membohong dan mengelirukan rakyat..
ReplyDeleteadakah penulis artikel ini setuju dengan cara perjuangan Perkasa? seperti yang kita sedia maklum, hanya Perkasa saja yang agresif memperjuangkan nasih orang Melayu..
ReplyDeletejangan terima artikel yang bias. buatlah penilaian sebaiknya.
ReplyDelete