Wednesday, February 13, 2013

Anwar dan Pak Lah tak terlibat Projek IC

Seorang individu yang mengaku bertindak sebagai dalang Projek IC sekitar lewat 80-an dan awal 90-an berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar dan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah terlibat dalam operasi itu.

NONEMat Swadi Awi yang merupakan pengurus Bank Pertanian Malaysia di cawangan Kota Kinabalu pada tahun 1980-an, menceritakan peranannya dalam projek itu bersama bekas presiden Usno, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dalam temuramahnya dengan Harakahdaily.

Mat Swadi yang mengakui dirinya 'Gurkha setia' Abdullah menjelaskan peranannya dalam operasi itu dan menegaskan bahawa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam operasi itu.

Beliau turut mengaku menjadi dalang di sebalik kemasukan Umno ke Sabah di samping menghapuskan Usno dari negeri itu. 

"Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam Projek IC ini sebab semua orang Umno tahu bahawa Anwar bukannya 'sekutu' dengan allahyarham Megat Junid (Megat Ayob) dan juga dengan Pak (Tan Sri Aziz Shamsuddin).

"Malah Allahyarham Tun Mustapa dulu pun ada terguris hati dengan Anwar, jadi macam mana Anwar nak terlibat dalam Projek IC ini. Saya tak salahkan Anwar meminta RCI memanggil Tun Abdullah ke RCI. Itu mungkin jawapan beliau secara spontan atau mungkin beliau sengaja menjolok Tun Abdullah untuk menghentam balik Mahathir.

"Tun Abdullah tidak memerlukan projek macam ini untuk menaikkan nama baik beliau. Semua orang tahu bahawa Tun Abdullah tak pernah buat yang bukan-bukan, beliau keturunan keluarga ulama besar," katanya.

Mat Swadi yang tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan dalam suruhanjaya menyiasat pemberian kewarganegaraan (RCI) di Sabah berkata penglibatan awalnya pada tahun 1980-an adalah bagi membantu Usno dan Mustapha kembali mendapatkan kuasa daripada PBS, dan beliau merupakan kenalan terdekat Mustapha sewaktu usaha tersebut dijalankan.

Tambahnya, lebih 20,000 pengundi baru didaftar dan diagih-agihkan di kawasan yang menjadi tumpuan Usno, dan beliau juga mendakwa pernah bertemu Megat Junid di kediaman Mustapha di Petaling Jaya.

"Saya juga berurusan dengan tentera dan polis, bekerja erat dengan mereka dan turut diperkenalkan kepada Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (pada masa itu), (Tan Sri) Abdul Rashid Abdul Rahman," katanya.

Projek IC diteruskan di Semenanjung

Menurut Mat Swadi, Mahathir mahu memastikan PBS tumbang di Sabah selepas mereka mengancam mahu membawa negeri itu keluar dari Persekutuan, dan beliau menyokong Usno untuk melaksanakan tugasan itu.

Bagaimana pun, semua usaha berkenaan sia-sia apabila Mahathir membawa Umno masuk ke Sabah dan melantik timbalan Mustapha dalam Usno, Tan Sri Sakaran Dandai sebagai ketua perhubungan negeri.

Beliau turut mendakwa bahawa projek itu diteruskan di semenanjung dengan memberi kad pengenalan biri kepada orang Indonesai di Johor yang ditugaskan untuk memastikan kemenangan Umno BN.

Dakwanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesan orang Indonesia yang diberikan kewarganegaraan tetapi tidak mengundi Umno-BN dan menarik balik kewarganegaraan mereka. -MK

102 comments:
Write comments
  1. TRAMAT DAHSAT!!! Kita harap semua penyokong UMNO/BN tahu perkara ini dn jika berpura2 tdk tahu maka mereka yg sokong UMNO/BN bukan lahir dari ibu kandung mereka?...... Kita harap mereka sedar dan perlu tolak UMNO/BN sy dn kelrga serta ramai kawan2 telah keluar UMNO/BN dan MGHARAMKAN UMNO/BN. Kita rakyat perlu bersatu kuburkan dn hancurkan UMNO/BN di bumi Malaysia bersatu kita undi PAKATAN supy hak kita kmbali baik dn rakyat hidup lbh selamat dn sejahtera. Sy anak SABAH. Pemimpin UMNO/BN terutama di Sabah adalh Pgkhianat dn tdk layak jd pemimpin. Mereka hanya pentingkn diri sndiri,suku sakat dn kroni. Salah guna kuasa, Zalimmmmm,pemitnah dn rasuah!!!!

    ReplyDelete
  2. Penyelewengan demi penyelewengan umno/bn semakin terbongkar.

    ReplyDelete
  3. Sabar2.! PRU13 Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan....! harap2 PR dpt memaafkan Tun Mahathir..! kesian kat dia sebagai warga emas...! heheheheh

    ReplyDelete
  4. MALAYSIA...........apa sudah jadi... !!!!!!

    PRU 13 Tahun 2013, individu & organisasi ini bekerja keras sangat utk berjuang memartabatkan Melayu hingga ke persada Monggoliar..

    Madey + Najib + SPR + JPN juga APCO ISRAEL : Inilah petualang perosak negara.

    Siapa jadi PM mentadbir Malaysia ? = Najib
    Siapa yg menjadi penasihat & perancang strategi ? = Madey + Apco Israel
    Siapa yg menjaga pendaftaran IC ? = JPN
    Siapa menguruskan pendaftaran pemilih pengundi ? = SPR

    Jadi POLIS.. KDN... AG...susah sangat nak tangkap pemusnah negara Malaysia, kona sana sini ikut jalan bengkok2 apa pasai................?

    ReplyDelete
  5. KESIAN DENGAN atm/Pois/Emegersin yang bersusah payah menjaga sempadan Negara, rupa nya ketua negara yang membenarkan pendatng asing memasuki negara serta mendapat IC. samapai sekarang bekas ATm/Pois/ emgerisin zaman matir bodohx belaka, masih sokong BN

    ReplyDelete
  6. "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu adalah jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh pembangkang. Saved

    ReplyDelete
  7. Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan terbabit sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri Saved

    ReplyDelete
  8. (Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja kata Dr Mahathir

    ReplyDelete
  9. Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)

    ReplyDelete
  10. Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah

    ReplyDelete
  11. Yang Anwar tahu hanya politik, mempolitikan sesuatu, mengadakan demo rusuhan, dan berbohong demi undi dan kuasa.

    ReplyDelete
  12. Percayalah ... bila dia jadi PM, dia tak tahu nak buat apa. Yang akan tentukan nanti adalah cauvanis DAP. Lagi teruk orang Melayu dikorbankan Anwar.

    ReplyDelete
  13. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  14. Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar.

    ReplyDelete
  15. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

    ReplyDelete
  16. Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar.

    ReplyDelete
  17. Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membebaskan dirinya dari bertanggungjawab terhadap dakwaan pemberian kerakyatan secara haram kepada warga asing di Sabah pada masa lalu, menegaskan 'perintah' adalah semata-mata untuk mereka yang layak.

    ReplyDelete
  18. Bekas perdana menteri yang sering dipersalahkan kerana 'Projek IC', inisiatif tahun 1980-an di mana kerakyatan Malaysia didakwa diberikan sebagai tukar ganti kepada undi untuk Barisan Nasional (BN), mengulangi pra-syarat untuk apa-apa anugerah kerakyatan adalah seseorang individu perlu tinggal di Malaysia untuk tempoh masa tertentu, selain dari syarat-syarat lain.

    ReplyDelete
  19. “Saya bersetuju kita boleh beri kerakyatan kepada mereka yang telah menetap di sini bagi satu tempoh masa dan layak untuk menjadi warganegara,” kata beliau. Tetapi Dr Mahathir kemudian menambah jika benar dakwaan selama ini, beliau tidak boleh mempunyai kawalan mutlak terhadap apa yang telah dilaksanakan di bawah sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  20. “Apa yang berlaku di bawah, saya tidak boleh bertanggungjawab,” katanya. “Tetapi perintah itu diberikan kepada mereka untuk memberi kerakyatan kepada yang layak.”

    ReplyDelete
  21. Dr Mahathir merespon tuduhan musuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau terlibat secara langsung dalam pemberian kerakyatan dan hak mengundi kepada warga asing di Sabah.

    ReplyDelete
  22. Dr Mahathir menuduh Anwar, mengatakan bekas timbalannya mungkin bertanggungjawab terhadap aktiviti haram itu dan mungkin ianya berlaku diluar pengetahuannya.

    ReplyDelete
  23. “Dia (Anwar) selalu mengambil langkah sendiri, kadangkala lebih daripada yang diarahkan,” kata beliau. Selalu yang berlaku berbeza sama sekali dengan arahan daripada pihak atasan,” kata beliau sebelum ini.

    ReplyDelete
  24. Dr Mahathir juga menegaskan beliau hanya mendengar tentang perkara ini sekarang tentang kesalahan dalam pemberian warganegara di Sabah.

    ReplyDelete
  25. Dr Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkang pendedahan dalam RCI membuktikan apa yang mereka katakan sebelum ini BN memberikan kerakyatan sebagai ganti kepada undi.

    ReplyDelete
  26. Beliau menegaskan bukan semua yang diberikan kerakyatan menyokong BN.

    ReplyDelete
  27. Oh really? Why Badawi claims that Anwar is involved?

    ReplyDelete
  28. It is even a speculation that Anwar is actually the man behind everything.

    ReplyDelete
  29. Wah Anwar ada back up speaker oh.

    ReplyDelete
  30. Kenapa semua kenyataan kontra ni?

    ReplyDelete
  31. I just hard to determine which one is true.

    ReplyDelete
  32. This is massive issue.

    ReplyDelete
  33. Jangan mempermainkan isu ini.

    ReplyDelete
  34. Pak Anwar.....adakah anda betul tidak bersalah?

    ReplyDelete
  35. Submissive way of thinking.

    ReplyDelete
  36. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah saksi penting Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah kerana bertanggungjawab terhadap Projek IC atau Projek M kepada pendatang tanpa izin di Sabah.

    ReplyDelete
  37. Bagaimanapun, katanya, bolehkah Mahathir memberi jaminan yang beliau tidak akan diserang penyakit hilang daya ingatan ketika memberi keterangan di hadapan RCI di Sabah nanti, supaya tidak berlaku seperti ketika dia memberi keterangan di hadapan RCI terhadap siasatan video Linggam pada Januari 2008.

    ReplyDelete
  38. Katanya, beliau bimbang Mahathir akan berkata “saya tidak ingat” ketika memberi keterangan kepada RCI Sabah sebagaimana perkara sama diucapkan ketika muncul memberi keterangan kepada RCI yang menyiasat kes video Linggam, dalam testimoni 90 minit pada Januari 2008.

    ReplyDelete
  39. “Adakah Mahathir akan diserang sekali lagi penyakit hilang daya ingatan malahan memecah rekod hilang daya ingatannya ketika dia muncul di hadapan RCI di Sabah nanti

    ReplyDelete
  40. “Setakat ini Mahathir beliau belum lagi disepina untuk memberi keterangan di RCI, tetapi adakah dia bersedia melakukannya jika dipanggil,” katanya..

    ReplyDelete
  41. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Mahathir sudah menjawab pendedahan di RCI mengenai Projek IC atau Projek M pendatang tanpa izin dan penipuan “resit KP-untuk-undi” serta “kewarganegaraan-untuk-undi” di Sabah pada 1990an, tetapi tindakan Mahahtir itu melampau kerana pertama kalinya dalam tempoh 14 tahun mengakui kewujudan Projek IC atau Projek M yang jahat dan khianat bukan sahaja untuk menumbangkan proses pengundian tetapi juga kedaulatan Sabah dan Malaysia.

    ReplyDelete
  42. “Mahathir baru semalam mengaku kewujudan Projek IC atau Projek M itu mengikut undang-undang apabila mengatakan “Ya, ia mengikut undang-undang” sejak dakwaan berkenaan mula muncul di dalam petisyen pilihan raya Likas pada 1999.

    ReplyDelete
  43. “Sekiranya Projek IC atau Projek M itu mengikut undang-undang, memberi KP dan kewarganegaraan kepada pendatang asing adalah “dijamin undang-undang”, mengapa Mahathir perlu menafi dan menyembunyikan daripada rakyat Sabah dan Malaysia untuk berdekad lamanya,” ujarnya

    ReplyDelete
  44. Beliau berkata, Mahathir tidak sepatutnya menfitnah Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman apabila mendakwa Perdana Menteri pertama itu melakukan sesuatu yang lebih buruk memberi kewarganegaraan kepada sejuta orang yang tidak layak di semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  45. Katanya pengakuan Mahathir yang melakukan penipuan “kewarganegaraan-untuk-undi” bagi mempertahankan kuasa politik UMNO adalah satu jenayah dan pengkhianatan, tetapi cuba menyelamatkan diri dengan berlindung pada bayang-bayang Bapa Malaysia melalui pembohongan bahawa Tunku melakukan sesuatu yang lebih teruk berbanding dirinya.

    ReplyDelete
  46. “Saya sedih dan tragis apabila Perdana Menteri paling lama di Malaysia tidak faham bahawa “dua kesalahan tidak menjadikan satu betul” yang disifatkan sebagai penakut, menjengkelkan dan hina apabila menuduh Tunku melakukan jenayah dan pengkhianatan yang lebih teruk berbanding dirinya berkenaan Projek IC atau Projek M.

    ReplyDelete
  47. “Tunku tidak pernah memberi kewarganegaraan untuk menumbangkan proses pengundian tetapi memastikan menjelang Kemerdekaan pada 1957, bukan Melayu yang tinggal di Malaya mempunyai hak untuk kewarganegaraan, yang dipersetujui semua termasuk Majlis Raja-Raja yang semuanya dilakukan dalam keadaan yang terbuka dan telus,” katanya.

    ReplyDelete
  48. Menurutnya, adakah Mahathir melakukan Projek IC atau Projek M itu dengan proses yang terbuka dan telus, dan mendapat mandat daripada Kabinetnya, Majlis Raja-Raja dan rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  49. RCI ditubuhkan semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan besar yang dijangka mencetuskan jalan buntu kalau dibawa ke Mahkamah.

    ReplyDelete
  50. Maksud jalan buntu, saksi yang nak dibawa sudah meninggal dunia, dokumen berkaitan mungkin telah musnah lama dahulu, 'bukti' tidak boleh disahkan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  51. Tidak terkecuali dalam hal ini adalah RCI yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat kebenaran di sebalik kebanjiran pendatang asing di Sabah dan sama ada wujud kegiatan memalsukan dokumen kewarganegaraan untuk membolehkan warga asing, tanpa dokumen yang sah, diterima menjadi rakyat negara ini semata-mata untuk membolehkan mereka mengundi kerajaan.

    ReplyDelete
  52. Itu initipatinya, sebab warganegara asing yang diberi taraf kewarganegaraan mengikut undang-undang (secara sah), bukanlah satu perkara pelik, tapi perkara lumrah yang berlaku di mana-mana negara dalam dunia.

    ReplyDelete
  53. Pendek kata, pemberian kewarganegaraan mengikut prosedur undang-undang, bukanlah satu isu sehingga nak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja.

    ReplyDelete
  54. Dilihat media pro pembangkang seperti Malaysian Insider, beberapa hari ini cuba menimbulkan tanggapan salah terhadap kerajaan BN dengan tajuk-tajuk yang bercampur aduk hasil keterangan beberapa saksi dalam perjalanan RCI pendatang asing di Sabah ini.

    ReplyDelete
  55. Antaranya yang boleh dikenalpasti ialah Filipino refugee says got blue IC without applying for it, Megat Junid's alleged order to let immigrants vote 'shocking' dan Ex-NRD man defends giving ICs to undocumented immigrants.

    ReplyDelete
  56. Begitu juga beberapa kenyataan dari mantan Perdana Menteri yang mengaku pemberian kewarganegaraan secara sah dan mengikut undang-undang kepada warganegara asing memang berlaku di zaman pemerintahannya. Tapi bab secara sah dan mengikut undang-undang itu diletak diakhir sekali, bab mengaku beri kewarganegaraan itu diletak di depan.

    Begitulah permainannya.

    ReplyDelete
  57. Banyak di antara tajuk yang disebutkan itu dipetik dari kenyataan hearsay saksi yang terlibat dalam prosiding tersebut. Di antara mereka adalah bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang pernah ditahan dibawah ISA kerana kesalahan menjual kewarganegaraan.

    ReplyDelete
  58. Cakap orang macam ini pun Malaysian Insider angkat macam sebesar-besar 'bukti' dalam menyokong dakwaan pembangkang akan kewujudan pengundi hantu ini.

    ReplyDelete
  59. Dilihat kenyataan saksi yang macam ini lebih kepada pembalasan peribadi (personal vendetta), atau paling tidak yang berada dibawah payrollpembangkang untuk memburukkan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  60. Along the way, datang pemimpin pembangkang macam Azmin mencelah di tengah-tengah dan menuduh Mahathir dengan segala macam kesalahan, walaupun prosiding RCI masih berjalan dan Mahathir sendiri tidak lagi dipanggil sebagai saksi.

    ReplyDelete
  61. Dilihat Azmin sudah dapat mengagak dari halatuju perbicaraan RCI ini sekarang, madunya, si Anwar Ibrahim akan terlibat dan terkait tidak berapa lama lagi; sesuatu yang tidak pernah dijangka Pakatan haram ini dulu, sebab itu Azmin guna pendekatan preemptive strike (serang dulu sebelum kena serang) dengan menuduh Mahathir macam-macam.

    ReplyDelete
  62. Semua ini bagaimanapun, menunjukkan tembelang sebenar pembangkang dalam mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan RCI untuk kes Sabah ini. Dari tuduhan wujud Projek IC, sekarang kita dengan macam-macam nama projek dan Ops (Operasi). Semuanya, hearsay atau paling tidak guna nama orang yang sudah meninggal dunia, kononnya memberikan arahan itu dan ini.

    ReplyDelete
  63. susah juga mahu percaya cakap ni orang..

    ReplyDelete
  64. untuk pecacai angkat najis lembu..tukang komen BN... mahathir dah mengaku dan terus menunding jari kepada org lain atas kesalahan sendiri...

    ReplyDelete
  65. untuk pecacai angkat najis lembu..tukang komen BN !!

    Ada 04 org yg jelas terlibat dan bertanggung jawab.. Maddey Kutty, Megat Junid, Aziz Shamsudin dan Datu Mustapha.. ..adakah ni kebetulan..???? MUNGKIN TIDAK..!!! ada 04 org juga yg dibicarakan atas jenayah kemanusian diCambodia...Ieng Sary, Ieng Thirith, Khieu Samphan dan Nuon Chea..jika mereka menerima hukuman setelah bertahun tahun terlepas dari hukuman.. maka hanya dgn PR meneraju negara...pengkhianat ni akan dihadapkan kemahkamah.....dlm keadaan amat hina sekali...

    ReplyDelete
  66. Semua saksi RCI ada menyebut penglibatan 4 org ini, Maddey Kutty, Megat Junid, Aziz Shamsudin dan Datu Mustapha..Apakah Mahathir nak terus menunding jari kepada org lain atas kesalahan sendiri...

    ReplyDelete
  67. mana pencacai2 umno yang sekian lama menayangkan video kononnya dsai adalah dalang projek ic di sabah, dan telahan saya selama ini adalah benar sebab org tua tu tak percaya kepada dsai malah tun abdullah juga org tua tu tak percaya, so apa lagi rakyat sabah ini kali kita humbankan umno dan kroninya di sabah serta malaysia amnya, kita hukum org tua itu, dan ni kali juga kita bersatu memenangkan pakatan rakyat agar dapat menghukum org tua itu,,ni kali la

    ReplyDelete
  68. "Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam Projek IC ini sebab semua orang Umno tahu bahawa Anwar bukannya 'sekutu' dengan allahyarham Megat Junid (Megat Ayob) dan juga dengan Pak (Tan Sri Aziz Shamsuddin).

    ReplyDelete
  69. Rupa2nya kita semua ni hidup di bawah pemerintahan Kerajaan yg Haram.... apa tidaknya menang kerana kuasa pengundi di beri hak kepada warga asing utk memastikan BN menang....fuhhhh hebat betol putar belit Madey....

    ReplyDelete
  70. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengakui bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam memberikan kad pengenalan (IC) dan kewarganegaraan kepada pendatang asing haram di Sabah walaupun tidak disuruh oleh beliau.

    ReplyDelete
  71. Dr Mahathir memberitahu beliau tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada bekas timbalan perdana menteri itu semasa pentadbirannya untuk mengarahkan pegawai di Sabah memberikan IC dengan sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  72. Dia (Anwar) selalu mengambil langkah sendiri, kadangkala lebih daripada yang diarahkan.

    ReplyDelete
  73. "Selalu yang berlaku berbeza sama sekali dengan arahan daripada pihak atasan," kata beliau.

    ReplyDelete
  74. Menurut Dr Mahathir lagi, pegawai yang bertanggungjawab dalam projek IC di Sabah telahpun didakwa di mahkamah dan kerajaan telahpun mengambil tindakan keatas individu tersebut.

    ReplyDelete
  75. Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

    ReplyDelete
  76. Dalam pada itu, ahli politik veteran negara tersebut juga menegaskan Anwar mempunyai kuasa dalam isu pemberian IC di Sabah dan arahan datang bukan daripada beliau yang mentadbir negara ketika itu.

    ReplyDelete
  77. "Dia telah campur tangan dalam isu tersebut," kata Dr Mahathir sambil menambah perkara yang berlaku merupakan salahguna kuasa dan telah dilaksanakan tidak mengikut lunas perundangan.

    ReplyDelete
  78. Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

    ReplyDelete
  79. Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil

    ReplyDelete
  80. mantera said...
    February 15, 2013 at 9:25 AM

    oii anjing, mahathir dah mengaku la..

    ReplyDelete
  81. Mantera ( palui )...Semua saksi RCI ada menyebut penglibatan 4 org ini, Maddey Kutty, Megat Junid, Aziz Shamsudin dan Datu Mustapha..Apakah Mahathir nak terus menunding jari kepada org lain atas kesalahan sendiri...

    ReplyDelete
  82. Siapa setuju kenyataan saya
    Dr M bukan kempen utk tolong org yg pernah naikkannya dahulu TETAPI Dr M kempen utk selamatkan harta, duit, aset, keluarga daripada didakwa jika BN kalah dlm PRU kali ini.


    ReplyDelete
  83. setuju dengan kenyataan anda...mahathir takut kekalahan UMNO\BN akan buat mahathir didakwa atas tuduhan SALAH GUNAKUASA, PECAH AMANAH, RASUAH, MENGKHIANATI NEGARA DAN YANG DIPERTUAN AGONG KERANA MENJUAL KERAKYATAN DAN BANYAK LAGI TUDUHAN YANG SAHIH...Aminnnnn

    ReplyDelete
  84. Anwar menjad TPM kerana status dia sebagai Tmbalan Presiden UMNO.1987 Mahadir dah hampir mampus kepada Tengku Razalegh kalau Anwar tak tolongnya.Lepas itu di pecat Anwar dgn fitnah yang dibuat buat.Kekejaman Mahadir terbukti bukan Anwar saja jadi korbannya malah Musa Hitam juga tidak terkecuali

    ReplyDelete

  85. "We do not know where these people came from or their backgrounds. They could be criminals or subversive in nature or similar things.

    ReplyDelete
  86. "This becomes a threat, not only to security, but also to political, economic and social stability," assessment officer Ahmad Fauzan Mohd told the royal commission of inquiry on immigrants in Sabah.

    ReplyDelete
  87. Ahmad, who is based in the security and human trafficking syndicate division of the Kuala Lumpur Special Branch, said he was tasked with assessing intelligence during the crackdown on Project IC.

    ReplyDelete

  88. Having led the intelligence component of the six-year investigation beginning in 1995, Ahmad said, they detected a syndicate that was illegally issuing identity cards, which was also involved in human trafficking.

    ReplyDelete

  89. As a result, he said, 94 people who were involved in the syndicate were arrested under the Internal Security Act between 1995 to 2001.

    ReplyDelete
  90. Of this, 80 were given a two-year detention under the act, six was placed under restricted residence and eight more were freed unconditionally.

    ReplyDelete
  91. Ahmad added that the detention order was signed by the then deputy home minister Megat Junid Megat Ayub.

    ReplyDelete
  92. Asked why none of these individuals were charged after being released from ISA, Ahmad explained this was the norm for all cases.

    ReplyDelete
  93. However, he said, 3,035 people who were beneficiaries of fraudulent identity cards had been charged in court with possessing the documents.

    ReplyDelete
  94. Ahmad added that from the intelligence assessed, the syndicate was driven by monetary gain valued at more than RM11 million.

    ReplyDelete
  95. "Each client (foreigner) was charged between RM50 and RM1,400... They included, agents, sub-agents as well as National Registration Department (NRD) officers," he said

    ReplyDelete
  96. However, when pressed if he had considered whether the syndicate had other motives, he replied: "I had no reason to look at other motives because the monetary gain (motive) is already there."

    ReplyDelete

  97. Pressed if this meant his research was only "one-track", he replied: "Yes". Ahmad said the topmost officials involved and subsequently arrested were former Sabah NRD directors Abdul Rauf Sani and Ramli Kamarudin.

    ReplyDelete

  98. Queried by watching brief lawyer Ansari Abdullah whether politicians were among those arrested, Ahmad said he he merely assessed their activities and did not take note of their political affiliations.

    ReplyDelete

  99. The questioning was led by conducting officer Manoj Kurup. Also taking the stand today was NRD information technology assistant director Laila Abdul Wajid, who explained that the NRD data was linked to the Election Commission through the Agency Linked-Up System.

    ReplyDelete

  100. Aside from this, Laila explained, the EC also periodically sent the names of its registered voters, in bulk, to the NRD for vetting. "There was also a full vetting of the entire electoral roll of 11.8 million voters (by NRD) in 2011," she said.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.