Sunday, February 17, 2013

Shila Amzah Mula Hidup Baru Tanpa Sharnaaz!

Pelantun lagu "Patah Seribu", Shila Amzah nampaknya bersedia untuk memulakan kehidupan baru selepas dilanda masalah melibatkan teman lelaki, Sharnaaz Ahmad dan ayahnya, ND Lala baru-baru ini.



Menerusi mesej terbaru di laman Twitter miliknya yang dimuat naik sekitar jam 12 tengahari semalam, Shila menyatakan sedang melalui permulaan yang baru dalam kehidupannya.

"Permulaan baru, kehidupan baru dan lagu baru yang bakal keluar. Alhamdulillah," kata penyanyi berusia 23 tahun ini yang pernah menghilangkan diri minggu lalu untuk mendapatkan ketenangan.

Mesej terbaru itu telah mendapat reaksi positif dan sokongan daripada peminatnya yang rata-ratanya berharap agar penyanyi kesukaan mereka tabah menghadapi kemelut yang melanda.

Terdahulu Sharnaaz yang merupakan pelakon filem "Juvana" memberi kenyataan bahawa dia telah nekad untuk melupakan teman wanitanya itu selepas hubungan mereka dikatakan mendapat tentangan ayah Shila.

Sementara itu ND Lala berjanji akan mengadakan sidang media khas apabila Shila tidak berjaya ditemubual oleh media selepas persembahannya di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini.

Selain sidang media, ayah kepada juara Asian Wave ini juga dikatakan sedang mengatur untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

2 comments:
Write comments
  1. Diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali Karramallahu wajhah di mana katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : ” Apabila umatku telah membuat 15 belas perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

    1. Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja

    2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan

    3.Zakat dijadikan hutang

    4. Suami menurut sahaja kehendak isteri

    5. Anak derhaka terhadap ibunya

    6. Sedangkan anak tadi dalam masa yang sama terlalu mementingkan kawannya

    7.Anak juga menjauhkan diri daripada bapanya

    8. Suara sudah ditinggikan dalam masjid (berbual kosong tentang keduniaan)

    9. Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina di antara mereka

    10. Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya

    11. Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat

    12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki

    13. Para artis disanjung tinggi

    14. Muzik banyak dimainkan

    15. Generasi akhir umat ini melaknat (mencaci) generasi pertama (para sahabat nabi dan ulama’)

    Maka pada ketika itu mereka bakal ditimpa oleh angin merah atau gempa bumi atau diubah keadaan mereka menjadi makhluk lain (seperti kera, babi dan sebagain

    ReplyDelete
  2. steady shila, u ikon agar muda mudi terus menghormati & mengutamakan ibu bapa! *may Allah blezz u

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.