Semasa di Makkah saya tidak banyak membaca laporan politik tanah air tetapi tidak bermakna saya melupai terus negara. Sambil menjalani ibadat, hati dan perasaan tetap juga terkenang kepada negara. Salah satu kejadian yang dilaporkan dan mendapat perhatian saya ialah mengenai konsert kumpulan Gangnam dari Korea Psy.
Katanya konsert Psy Gangnam Style berkenaan kecoh dan tidak berjalan seperti mana dirancangkan. UBN tidak mendapat manfaat besar dari pengundangan Psy untuk menghibur masyarakat Cina sempena dengan tahun baru Cina. Konsert yang diadakan di Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila dikatakan berlaku salah faham sehinga Psy enggan tampil ke pentas walaupun di undang oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Najib katanya memanggil Psy untuk tampil dipentas bersamanya bagi mengaul mee (yee sang) bersama-samanya bersama pemimpin BN lain. Psy tidak menyahut seruan Najib dan keadaan itu memalukan perdana menteri berkenaan.
Najib juga dapat malu besar apabila beliau membuat provokasi dengan bertanya hadirin apakah sudah sedia dengan Psy, orang ramai menjawab yes dan apabila ditanya apakah sedia dengan BN, hadirin menjawab NO.
Sesampai di lapangan terbang KLIA tadi baru saya dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya. Seorang pemimpin Umno yang berkebetulan satu penerbangan dengan saya yang mendapat maklumat dalaman memberi tahu apa yang berlaku dari versi Umno.
Katanya kontroversi konsert berkenaan sehingga perdana menteri mendapat malu ialah disebabkan sikap 'geleteh' Rosmah Mansor. Menurut makluman dalam Umno memberi tahunya, Rosmah ikut sama tampil di pentas dengan menyanyikan sebuah lagi Cina. "Penampilan Rosmah itu menyebabkan konsert berkenaan sedikit terganggu dan dianggap sebagai rosak," jelasnya.
Pihak penganjur khasnya pengurus pentas Psy tidak senang dengan telatah Rosmah itu dan gara-gara itulah apabila Najib memanggil Psy untuk naik ke pentas untuk menggaul mee dan bernyanyi dengan Najib dan pemimpin BN lain ditolaknya.
"Rosmah tidak patut masuk campur, dan inilah masalah sebenar Najib," katanya tokoh Umno itu dengan nada kesal. Sebenarnya apa yang menjadi perbualan rakyat bukan soal Najib tetapi telah dan sifat-sifat gelenyer Rosmah.
Walhasil balik asal, UBN yang mengharapkan mendapat lonjakan sokongan Cina dari konsert Gangnam berkenaan terjadi sebaliknya.
Oleh Mohd Sayuti Omar (DD)
Tuesday, February 19, 2013
Konsert Psy Di P.Pinang Diganggu Rosmah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
itu lah coba jemput artis malaysia sahaja kan aman damai
ReplyDeletePakatan Rakyat (PR) ‘cemburu’ dengan persetujuan penyanyi Korea Selatan, Psy untuk hadir membuat persembahan di majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional memandangkan mereka juga berkeinginan sama namun tidak berjaya.
ReplyDeleteDemikian reaksi spontan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada dakwaan PAS bahawa BN terdesak meraih undi daripada masyarakat Cina apabila menjemput Psy pada majlis berkenaan, Ahad ini.
ReplyDelete“Dia (PR) bila kita buat dia cuba tuduh macam-macam, walhal dia nak jemput Psy tu pada satu majlis Pakatan Rakyat, tapi bila Psy hadir pada majlis kita, rosaklah program dia, dia tak dapat, dia kutuk la kita (BN),” kata Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.
Sebelum dan selepas konsert, pihak Pakatan Pembangkang tidak habis-habis dengan tuduhan dan dakwaan yang mendakwa Kerajaan BN membayar RM2 juta bagi membawa Psy atau nama sebenarnya, Park Jae-Sang ke Pulau Pinang bagi menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina 1Malaysia BN Pulau Pinang.
ReplyDeleteJelas sekali dakwaan dan tuduhan Pakatan Pembangkang itu bersifat fitnah biarpun Perdana Menteri sendiri memberitahu kehadiran Psy ke Pulau Pinang itu tidak membabitkan wang rakyat. Nampaknya, Pakatan Pembangkang telah memberikan pahala besar kepada Najib Razak akibat fitnah yang tiada kebenarannya.
ReplyDeleteBagi meredakan keadaan yang semestinya membawa kepada kegelisahan puak-puak Pakatan Pembangkang ini apabila Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya ‘Gangnam Style’, hari ini menyatakan bahawa mereka (Scooter Braun Projects) tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.
ReplyDeleteDalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.
ReplyDelete“Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini,” menurut kenyataan itu.
ReplyDeletePengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat. Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.
ReplyDeletesudah banyak kali aku bilang, haji logiut najib selalu bertapuk dlm kain sarung c dr roastporkmah...
ReplyDeleteSESUATU YANG KITA PERLU MAKLUM ADALAH Persembahan PSY Bukan Dibayar Kerajaan Malaysia – Pengurusan PSY. HAL INI KERANA RAMAI YANG MENGANGAP BAHAW DUIT RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK SPONSOR Psy. Padahal sebaliknya
ReplyDeleteScooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya ‘Gangnam Style’, pada Rabu menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang baru-baru ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama, Rabu, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.
“Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini,” menurut kenyataan itu.
Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.
Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.
Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.
Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak optimis bahawa Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional
ReplyDeleteyakin tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeletePada pilihan raya lepas di Kota Belud, semua kerusi di kawasan itu dimenangi calon BN.
ReplyDeletewalaupun rakyat Sabah mempunyai perbezaan dari segi budaya, namun ia tidak seharusnya menjadi halangan kepada mereka untuk bersatu-padu dalam arena politik demi masa depan rakyat yang lebih baik.
ReplyDeleteKita tahu kalau kita berpecah dalam kelompok yang kecil dan membiarkan sentimen kesukuan mengatasi pertimbangan yang lebih bersifat nasional dan rasional, maka kita akan menjadi masyarakat yang lemah
ReplyDeletePerdana Menteri mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang kerana 'masa depan rakyat bukan di tangan pembangkang, tetapi di tangan kerajaan BN'.
ReplyDeleterakyat seharusnya memberi sokongan padu dan terus bersama BN yang mentabdir negara ini dengan baik, serta mengamalkan keadilan secara keseluruhan.
ReplyDeleteHanya kerajaan BN boleh mencorakkan masa depan ke arah yang lebih maju, dan bukan pihak pembangkang yang tidak berupaya di samping penuh dengan banyak pembohongan
ReplyDeleteSebagai contoh, Menteri Besar Selangor sebut manifesto, bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan.
ReplyDeletedalam BN sebut manifesto itu sebagai satu perjanjian untuk kita tepati.
ReplyDeleteKM Sabah menasihati rakyat supaya tidak terperangkap dengan pembangkang.
ReplyDeleteteruskan perjuangan sehingga ke peti undi sampai kerajaan diterajui BN
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak optimis bahawa Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional sebab itu BN terus membiarkan jalanraya Tuaran Kota Belud penuh dengan kudis!
ReplyDeleteTentulah ada syarikat swasta yang menaja kedatangan Psy ke Malaysia. Lagipun, kedatangan Psy boleh meningkatkan dari segi pelaburan melalui sektor perlancongan untuk mengajak lebih ramai lagi orang untuk melancong ke Malaysia.
ReplyDeletePsy juga popular dan tengah hit sekarang, serta turut menyambut Tahun Baru Cina, jadi dialah antara artis barat yang paling sesuai untuk membuat persembahan ini. Takkan nak jemput Shah Rukh Khan kot..
ReplyDeleteSpeculation has been rife in the social media and online that the star of “Oppa Gangnam Style” fame had refused to join BN leaders for the “low sang”.
ReplyDeleteTeng had also said the “low sang” was not part of Psy’s programme that day and that the emcee had missed her cue, resulting in the embarrassing debacle where BN leaders including Najib had waited for Psy on stage but the star did not turn up.
ReplyDeleteThere is no need to make a big deal out of something so small, hopefully the opposition is not trying to politicize this issue.
ReplyDeleteIn certain events, artist usually do not participate in other activities unless specified earlier in the contract.
ReplyDeleteLet's just lay this issue to rest.
ReplyDeleteTimbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada terhadap permainan politik golongan pengadu domba yang cuba melemahkan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai taktik dan kaedah.
ReplyDeleteBeliau berkata strategi pecah dan perintah itu harus difahami oleh semua penyokong BN supaya tidak terperangkap dengan dakyah licik mereka.
ReplyDelete"Keutamaan haruslah diberi kepada meningkatkan gerak kerja memajukan pengaruh parti untuk memenangi pilihan raya daripada melayan karenah jahat mereka," katanya.
ReplyDeleteAbdul Rahim berucap pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada lebih 4,000 penerima di sini Isnin.
ReplyDeleteBeliau turut mengingatkan rakyat bahawa pelbagai bantuan dan faedah disampaikan kerajaaan wujud di atas rasa keprihatinan kerajaan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
ReplyDeleteAngkara Rosmah ?? Buat malu kompeni jer !!
ReplyDeleteteruskan mengundi BN supaya sabah cepat2 jatuh ke tangan pemberontak filipina. maklumlah kan sudah berpuluh ribu bangsa filipin yang di berikan ic secara sah atau haram oleh umno BN.
ReplyDeleteoleh itu, kalau rakyat sabah mahu tanah sabah ini dibahagi dua kepada filipin, maka undilah BN.''
February 19, 2013 at 2.36 PM:
ReplyDeletesiapa yg mau buat derma mahal2 tanpa sebarang pulangan??? PALUI!!!
Sebelum ini, DAP melancarkan video “Ubah Rocket Style”. Parodi kepada Video Klip Oppa Gangnam Style yang menjadi fenomena dunia dan digilai ramai. Pelancaran “Ubah Rocket Style” oleh DAP menunjukkan Gangnam Stlye sangat diminati oleh kaum Cina dan tidak kurang juga orang Melayu dan bangsa-bangsa lain.
ReplyDeleteDalam video klip yang diterbitkan oleh Tony Pua itu, DAP memuatkan isu-isu yang mereka bangkitkan seperti harga barangan, tawaran ‘percuma’ dan termasuk juga ‘menghina’ Dato Seri Najib dan Rosmah Mansor dengan menunjukkan gambar Altantuya dan wanita perwatakan Rosmah.
ReplyDeleteSempena dengan sambutan Tahun Baru Cina ini, Barisan Nasional Pulau Pinang khususnya parti Gerakan dan MCA akan menjemput penyanyi terkenal, PSY ke majlis sambutan tersebut.
ReplyDeleteSatu isu yang timbul. Pembangkang terutamanya DAP mempertikaikan wang yang digunakan oleh BN untuk membayar PSY dan mengatakan BN menggunakan wang rakyat untuk konsert tersebut.
ReplyDeleteAhli Politik khasnya daripada golongan ‘agama’ mempertikaikan penganjuran konsert itu adalah suatu pembaziran. Wang tersebut katanya boleh digunakan untuk kepentingan rakyat. Apabila difikir memang membazir, tetapi duit itu adalah duit syarikat dan bukannnya duit kerajaan, kita tidak mempunyai hak untuk memaksa di pemilik wang memberi kepada kita.
ReplyDeleteBayaran, lagha, membazir bagi bukan isunya.Isunya adalah kerana Barisan Nasional yang anjurkan konsert itu. Bagaimana pula jika DAP pula yang menganjurkan konsert itu? Apakah komen Nik Aziz dan politikus pembangkang yang lain?
ReplyDeleteJangan hanya kerana BN yang buat, heboh semuanya salah dan keluar hukum hakam. Apabila diri sendiri yang lakukan, semuanya boleh dan keluar hukum-hakam Tahaluf Siyasi?
ReplyDeletePembangkang kata BN adalah UMNO, ketuanya Najib Razak dan BN buat konsert yang seperti itu. Tapi bagaimana pula jika Pakatan Rakyat yang buat konsert? Bukankah Anwar Ibrahim ketuanya? Bukankah Anwar Ibrahim juga sekarang heboh berjoget di atas pentas ‘dakwah’nya?
ReplyDeleteDAP mungkin berasa terugat dengan ‘PSY Sebenar’ yang mungkin boleh melenyapkan terus “Ubah Rocket Style”? Mungkin juga DAP berasa tergugat dengan Gerakan yang dilihat dengan adanya konsert ini dapat menarik kaum Cina seramai 60,000 orang Cina ke konsert itu dan memberi publisiti kepada BN?
ReplyDeletePerkara macam ni tidak perlulah dijadikan isu sangat.tau lah masing2 mau menarik perhatian dan undi rakyat.
ReplyDeleteI don find the need to spend money for such purposes. Must well use the money for better development plan.
ReplyDeletePembaziran yang tidak diperlukan.
ReplyDeleteIsu ini tidak penting langsung.
ReplyDeleteAdakah BN pilihan yang utama? Kenapa tidak memberi percubaan kepada pembangkang?
ReplyDeleteRosmah lagi nak dikaitkan. ada2 ja.
ReplyDeleteKonsert yan gtidak bermanfaat langsung.
ReplyDeleteMacam-macam isu timbul. Rosmah menyanyi atas pentas pun jadi masalah.
ReplyDeleteSepatutnya perkara ini tidak jadi isu.
ReplyDeleteKonsert ini adalh untuk rakyat.
ReplyDeleteKonsert ini adalah hadiah terbesar kepada rakyat Sabah terutamanya yang berada di Penang, PSY ni artist terkenal dunia, & masih memegang rekod tontonan terbanyak di Youtube.
ReplyDeleteSambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) minggu depan di Pulau Pinang, yang akan menampilkan bintang “Oppa Gangnam Style” Psy, akan menarik pelancong daripada Thailand dan negeri lain, kata ketua menteri Pulau Pinang.
ReplyDelete“Dia pasti akan menarik banyak pelancong dari Thailand dan negeri lain, Pulau Pinang akan jadi terkenal,” kata Lim Guan Eng.
ReplyDeleteBeliau menambah dengan mengatakan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini di negeri tersebut akan menjadi lebih meriah dengan persembahan Psy.
“Kali pertama Psy datang ke Malaysia dan dia datang ke Pulau Pinang, jadi sekali lagi Pulau Pinang mendahului,” kata beliau.
ReplyDelete“Semua orang patut menghadiiri sambutan tersebut memandangkan terdapat makanan percuma dan persembahan percuma untuk semua orag,” tambah beliau lagi.
Padang sekolah Han Chiang adalah tempat perhimpunan terbesar DAP dan sekutunya semasa kempen Pilihan Raya 2008 dan dilihat sebagai tanah keramat tetapi sumber BN mengatakan telah berlaku “angin perubahan untuk pengundi Cina” sejak dua tahun lalu.
ReplyDeleteSambutan Tahun Baru BN Pulau Pinang dilihat sebagai dorongan utama untuk undi menjelang Pilihan Raya 2013.
ReplyDeleteKerajaan Pulau Pinang telah mengatakan mereka akan membubarkan dewan undangan negeri seretak dengan kerajaan pusat selepas Najib membuat keputusan. Mandat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tamat pada 2 Mei, empat hari selepas mandat BN di pusat tamat.
ReplyDeleteNajib memberi isyarat pilihan raya semakin hampir dengan Umno mengarahkan bilik operasi di seluruh negara dibuka semalam.
ReplyDeleteLebih kurang 13.3 juta pengundi berdaftar akan mengundi dalam pilihan raya akan datang, 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun dipertandingkan dalam 12 negeri dan tiga wilayah persekutuan. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negerinya tahun lalu.
ReplyDelete