Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata terdapat satu cubaan ancaman terhadap nyawa artis sensasi Korea Selatan, Psy, yang menjadi sebab mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta meninggalkan pentas lebih awal selepas acara menggaul yee sang di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Kolej Han Chiang Isnin lalu.
Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak polis yang mereka menerima maklumat terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Psy dan itulah sebabnya mengapa orang ramai di tempatkan agak jauh dari pentas.
Pihak polis juga, tambahnya, terpaksa membuat beberapa
pertimbangan segera dan memberitahu pihaknya supaya meminta Najib segera turun dari pentas selepas acara menggaul yee sang, jelas Teng selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Cina Gerakan di Jelutong hari ini.
Teng berkata adalah tidak benar terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Najib, seperti yang dilaporkan oleh Sinchew Daily, sambil menambah beliau telah "disalah petik".
Setiausaha Agung Gerakan itu cuba menjelaskan mengapa Psy, atau Park Jae-sang, tidak menyertai acara menggaul yee sang bersama Najib dan pemimpin BN di atas pentas.
Beliau menafikan dakwaan bahawa Psy enggan bersama Najib, sambil menambah bahawa apa yang berlaku pada hari - di mana pemimpin BN kelihatan keliru dan tidak teratur di atas pentas - dengan pengacara merayu kepada Psy untuk menyertai acara tersebut.
Sebenarnya, tegas Teng, berlaku beberapa masalah teknikal dan peranan pengacara sepatutnya hanya memperkenalkan Psy dan bukan memanggil artis tersebut naik ke pentas.
"Dia (pengacara) kemudian memberitahu saya yang dia mendapat arahan dari seseorang lain untuk berbuat demikian," katanya. -MK
Thursday, February 14, 2013
Ada cubaan ancam nyawa Psy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BN JAHANAM STYLE,,,, ARE YOU READYYY ........PRU 13,,, KASI MAMPUS BN DI BUMI SABAH.....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMana Janji Pembangkang!!!???
ReplyDeletePada PRU 12 yang lepas, pembangkang telah menabur janji kepada rakyat dalam usaha mereka memancing undi. Kini PRU 13 semakin hampir....banyak lagi janji baru yang ditaburkan dengan motif yang sama - pancing undi!!! Marilah kita renung kembali janji-janji pembangkang kepada rakyat Selangor. Sudahkah kesemua janji ditunaikan? atau rakyat Selangor ditipu oleh pembangkang. Jika diperincikan, pembangkang masih gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat Selangor meliputi....potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% premis perniagaan, Elaun anak yang dihantar ke TASKA-RM75 sebulan, Elaun RM50 untuk anak di TADIKA, Elaun Khas untuk ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, Elaun Khas ibu tunggal, Bantuan kewangan untuk anak muda bernikah, Bantuan geran untuk mulakan perniagaan, Memberi sewa percuma sekurang-kurangnya 3 bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri Selangor, Membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusia 60 tahun ke atas.....terlalu banyak untuk disenaraikan. Kesemua janji tersebut masih gagal ditunaikan oleh Pakatan Pembangkang khususnya Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR.
Mana Janji Pembangkang!!!???
ReplyDeleteelaslah bahawa Manifesto Pembangkang lebih bersifat 'Indah Khabar Dari Rupa' dan satu 'pembohongan besar'. Namun, pembangkang masih sanggup menabur janji baru kepada rakyat menjelang PRU 13. Pakatan Pembangkang sememangnya suka berjanji....kalau BN melalui TR1M memberi RM520 untuk pemilik teksi....pembangkang akan janji untuk beri 'teksi' kepada pemiliknya. Bila BN beri RM15,000 untuk peneroka FELDA...mereka janji nak bagi RM50,000. Bila BN bagi gaji minima RM900....mereka nak bagi RM4,000....pembangkang hanya pandai berjanji tanpa asas dan perkiraan yang kukuh. Janji mereka berteraskan "Sedap Didengar dan Beri Harapan Kepada Rakyat". Pembangkang hanya auta dan menipu rakyat dengan janji-janji mereka. Pembangkang menganggap bahawa rakyat masih 'belum buka mata' dan 'kurang cerdik' dengan tipu helah politik. Justeru, pada PRU 13 nanti, rakyat Selangor perlu menghukum Pakatan Pembangkang dan membuktikan bahawa rakyat Selangor tidak sanggup lagi 'dicucuk hidung' dan 'ditipu'.
Mana Janji Pembangkang!!!???
ReplyDeleteBN kekal menepati dan mengkotakan janji serta menepati kehendak denyut nadi rakyat kerana bagi BN 'janji tetap janji' yang wajib ditunaikan. Jom ubah Kerajaan Selangor!!! Kita perlu memberi pengajaran pahit kepada pembangkang.....mereka menipu kita!!!!! bukan sahaja di Selangor malah di semua kawasan yang ditandingi pembangkang.....Adegan yang ingin kita lihat, pembangkang hilang kuasa di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan serta membiarkan Putrajaya menjadi 'mimpi di siang hari' pembangkang pada PRU 13 kelak.
Mana Janji Pembangkang!!!???
ReplyDeleteJangan sampai keadaan ini berlaku di Sabah
Betulkah tidak bahawa terdapat satu cubaan ancaman terhadap nyawa PSY?
ReplyDeleteAtaupun ini hanya sekadar khabar angin yang tidak berasas?
ReplyDeleteAgaknya siapa yang memberi arahan kepada pengacara untuk membuat demikian?
ReplyDeleteTeng telah menafikan bahawa terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Najib.
ReplyDeleteIni mungkin hanya salah faham sahaja, baik tunggu pendedahan lanjut tentang khabar angin ini.
ReplyDeleteMacam2 ancaman yang timbul bila dekat pilihanraya.begitu terdesak sekali hingga guna taktik kotor.
ReplyDeleteHarap pihak yang buat ancaman tu dapat didedahkan.
ReplyDeleteIni untuk tujuan keselamatan. Namun banyak spekulasi yang timbul dan cerita yang tidak benar.
ReplyDeleteIni hanya khabar angin, kita tunggu penjelasan seterusnya.
ReplyDeleteMacam-macam cerita timbul.
ReplyDeleteada2 ja cerita ditimbulkan.
ReplyDelete