Sunday, February 17, 2013

Penahanan senator 'langgar protokol antarabangsa' - Anwar

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penahanan dan pengusiran Senator Australia, Nick Xenophon sebagai satu salahguna kuasa dan "melanggar protokol antarabangsa".

"Saya mengecam sekeras-kerasnya penahanan Xenophon di LCCT yang dikatakan menjadi ancaman keselamatan dan dilabelkan sebagai 'musuh negara'.

"Tuduhan itu tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar (kiri) mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa beliau tidak mempunyai hak untuk melayan pelawat sebagai musuh negara semata-mata kerana mereka kritikal terhadap pentadbiran yang diterajui Umno pimpinannya.

"Malaysia bukan milik Umno. Ia milik semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik."

Ketua umum PKR itu menegaskan walaupun Xenophon telah membangkitkan kebimbangan terhadap ketelusan pilihan raya umum akan datang, tetapi beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

"Tambahan pula, dia berada di sini dan kemudiannya akan disertai ahli parlimen Australia yang lain untuk mengadakan perbincangan dengan kami serta pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sebab-sebab ini tidak boleh menjadi alasan untuk menyenaraihitamnya. Tindakan menahan dan pengusiran yang dicadangkan atas sebab-sebab partisan politik adalah satu penyalahgunaan kuasa.

"Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam melayan kedatangan ahli parlimen dari luar negara, terutamanya dari negara-negara anggota Komanwel," katanya.

Anwar menggesa supaya Xenophon dibebaskan serta-merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan.

Kemudiannya, ketika ditemui di rumah terbuka Tahun Baru Cina anjura PKR Batu di Jinjang Selatan, Anwar berkata, keputusan untuk menahan Xenophone itu merupakan keputusan berunsur politik.

"Ini adalah keputusan politik. Nasihat saya kepada imigresin, mereka perlu tahu apa tanggungjawab mereka. Saya bukan mahu mengkritik mereka.

"Tetapi saya tahu, mereka bukan buat keputusan sendiri. Tetapi arahan yang berunsur politik," katanya.

Pagi tadi, Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk dihantar pulang kerana didakwa menjadi "musuh negara".

Senator bebas itu adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.

Menurut Anwar lagi, sebagai sebuah negara demokrasi, Xenophone tidak wajar dihalang untuk memasuki negara ini.

Anwar berkata lagi, dengan menghalang pemerhati bebas itu, ia menunjukkan negara ini belum bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum yang bersih.

"Kita ada kebebasan untuk ke mana-mana negara. Australia, Turki dan mana-mana sahaja. Kenapa di Malaysia tidak? Adakah kerana Najib takut dengan pemerhati bebas?

"Bila pemerhati bebas itu datang untuk kebenaran, dia tak mahu beri. Sedangkan program dia bukan nak jumpa saya sahaja tetapi berjumpa Nazri dan beberapa yang lain juga.

"Perkara ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak bersedia untuk menerima pemerhati bebas dan menjalani proses (pilihan raya) yang bersih. Kenapa terlalu bimbang? Sebab ada benda yang nak disembunyikan?" Kata Anwar lagi. -MK

75 comments:
Write comments
  1. Apabila UMNO(BN) dah dihujung nyawa...Apa2 perkara pasti menjadi ketakutan kerana UMNO(BN) belum bersedia untuk mati kerana terlalu banyak kesalahan terhadap rakyat yg mana rakyat tidak dapat lagi utk memaafkan UMNO(BN)..Bersedialah UMNO berkubur dalam PRU13 nanti..Aminnnn...


    Bakakuk/birumata..

    ReplyDelete
  2. apabila 100 org bersenjata menceroboh masuk ke negara kita , kerajaan kita berunding dengan mereka ..yg sepatutnya dibuat hantar pasukan elit beret hijau kita utk menghalau mereka...tapi tidak dilakukan...sekarang seorang senator dari Australia yg bercakap benar tentang situasi demokrasi di negara ini , tapi telah ditahan dan dilabel sebagai musuh negara oleh rejim haram jadah...Ayuh rakyat Malaysia, sudahlah...cukup!!!! jgn diperbodohkan lagi dengan isu perkauman dan keagamaan...PRU13 kita undi PR dan pro PR...ABCD!!!!!!!!!!

    **aq mantera!!

    ReplyDelete
  3. BatreSIAL said...

    Kump dari selatan Filipan yg mndarat di Lahad datu,wayang UMNO je utk kembalikan sokongan rakyat pada Be End. Agar rakyat berfikir yg UMNO sahaj mampu jaga keselamatan negara. Kena fikir juga permainan UMNO ni

    ReplyDelete
  4. Pemimpin Barisan Nasional (BN) mempertikai senator bebas Australia, Nick Xenophon, dalam peranannya sebagai pemerhati pilihan raya Malaysia, dengan mengatakan beliau tidak mewakili Canberra.

    ReplyDelete
  5. Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, memberi jaminan bahawa Canberra tidak akan campur tangan dalam urusan Putrajaya.

    ReplyDelete
  6. “Kalau dia mewakili kerajaan Australia, kenapa tak mengikut jaminan PM Gillard?” kata Abdul Rahman

    ReplyDelete
  7. “Nick Xenophon ini seorang senator bebas, bukan mewakili kerajaan Julia Gillard,” kata ahli parlimen Kota Belud itu.

    ReplyDelete
  8. Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang turut mengulangi pandangan Abdul Rahman, berkata Putrajaya hanya perlu bekerjasama dengan pentadbiran Parti Buruh Australia (ALP) pimpinan Gillard.

    ReplyDelete
  9. “Secara asasnya, Malaysia sepatutnya hanya bekerjasama dengan kerajaan Australia di bawah pimpinan Perdana Menteri Julia Gillard, yang dahulu memberi jaminan Australia tidak campur tangan urusan dalaman Malaysia,” kata Tan

    ReplyDelete
  10. “Jadi, jika Xenophon mempunyai cadangan untuk diberikan kepada kerajaan Malaysia, beliau seharusnya menggunakan jalan yang betul, melalui kerajaan Australia,” katanya lagi.

    ReplyDelete
  11. Tan berkata Xenophon tak perlu campur tangan urusan dalaman Malaysia sebagai tanda hormat.

    ReplyDelete
  12. Media Australia memetik Xenophon sebagai berkata pengusiran beliau dari Malaysia semalam menunjukkan betapa “teruk dan kritikal” demokrasi di Malaysia. Senator itu juga dilaporkan mengatakan pengusiran tersebut adalah “kesilapan besar” dan menyebabkan Putrajaya dikritik.

    ReplyDelete
  13. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein, walau bagaimanapun berkata semalam, penahanan Xenophon bukanlah satu tindakan politik dan menegaskan ianya mengikut undang-undang.

    ReplyDelete
  14. Ketua pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata semalam mengatakan Xenophon diusir dan dihalang dari memasuki Malaysia di bawah Akta Imigresen 8(3) kerana senator tersebut membuat kenyataan yang memburukkan imej Malaysia. Alias merujuk kepada kenyataan Xenophon mengenai kerajaan Malaysia bersikap “authoritarian” dalam menangani perhimpunan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil April lalu

    ReplyDelete
  15. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun mempertahankan keputusan pengusiran tersebut, berkata pihak imigresen melakukan tugasnya dengan baik. Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menambah adalah tidak adil untuk mengatakan pihaknya tidak adil dalam Pilihan Raya 2013 hanya kerana pengusiran Xenophon

    ReplyDelete
  16. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan penahanan Senator Australia Nick Xenophon oleh pihak imigresen sebaik tiba dari Melbourne di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, hari ini, bukan dibuat atas faktor politik.

    ReplyDelete
  17. Beliau berkata tindakan melarang senator bebas itu masuk ke negara ini terletak di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Imigresen dan percaya tindakan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada.

    ReplyDelete
  18. Menurutnya selagi tindakan diambil mengikut undang-undang, ia tidak menjadi mana-mana senator sebagai golongan istimewa.

    “Kami melakukan deportasi...kami tidak benar semua orang masuk setiap minggu dari seluruh dunia...jadi kalau ada tumpuan pada senator ini mungkin sebab-sebab tertentu.

    ReplyDelete
  19. spekulasi tidak seharusnya dibuat berhubung sebab penahanan senator itu, kerana ia merupakan perkara biasa yang menjadi amalan mana-mana negara.

    ReplyDelete
  20. Xenophon ditahan pada pukul 6.50 pagi oleh pihak imigresen mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963.

    Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad, senator bebas itu tersenarai dalam golongan yang tidak diingini dan dilarang masuk ke negara ini kerana mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.

    ReplyDelete
  21. Kita lihat kemudian. Yang busuk tidak selamanya akan tersembunyi. Baunya pasti akan dihidu

    ReplyDelete
  22. Putrajaya tidak perlu melayan kritikan Canberra mengenai deportasi Senator Australia Nick Xenophon dari Malaysia

    ReplyDelete
  23. Bekas perdana menteri itu juga berkata Canberra bebas untuk mengkritik Putrajaya berikutan tindakan mengusir ahli parlimen bebas lantang itu

    ReplyDelete
  24. Jika dia datang sini dengan tiada niat baik, lebih baik tidak datang ke sini

    ReplyDelete
  25. media Australia kerajaannya akan terus menekan Malaysia untuk penjelasan selepas gagal meyakinkan pihak berkuasa untuk membenarkan Xenophon untuk tinggal dalam negara.

    ReplyDelete
  26. kerajaan Malaysia membantah keras campurtangan asing dalam kempen pilihan raya mereka.

    ReplyDelete
  27. Dr Mahathir juga mengatakan hari ini pengusiran Xenophon tidak akan menjejaskan hubungan antara dua negara.

    ReplyDelete
  28. Putrajaya bertengkar dengan Canberra 20 tahun lalu apabila Perdana Menteri Australia pada ketika itu Paul Keating menggelar Dr Mahathir sebagai “degil” kerana tidak menghadiri Forum Ekonomi Asia Pacific pada tahun 1993.

    ReplyDelete
  29. Xenophon diusir dan dihalang dari memasuki Malaysia di bawah Akta Imigresen 8(3) kerana senator tersebut membuat kenyataan yang memburukkan imej Malaysia.

    ReplyDelete
  30. SPR mempertahankan keputusan pengusiran tersebut, berkata pihak imigresen melakukan tugasnya dengan baik.

    ReplyDelete
  31. Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menambah adalah tidak adil untuk mengatakan pihaknya tidak adil dalam Pilihan Raya 2013 hanya kerana pengusiran Xenophon

    ReplyDelete
  32. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hubungan Malaysia dengan Australia tidak akan terjejas berikutan penahanan Senator Australia, Nick Xenophon daripada memasuki negara ini.

    ReplyDelete
  33. Beliau berkata, Malaysia mempunyai hak untuk menguatkuasakan undang-undang sendiri termasuk melarang mana-mana individu memasuki negara.

    ReplyDelete
  34. "Jika beliau (Xenophon) datang ke sini dengan niat tidak baik, adalah lebih baik tidak datang ke sini," katanya.

    ReplyDelete
  35. Bekas perdana menteri itu bagaimanapun berkata, kerajaan Australia juga berhak melontarkan kritikan berhubung insiden penahanan warganya itu.

    "Jika mereka mahu mengkritik, mereka boleh mengkritik. Kita tidak perlu melayan mereka," katanya.

    ReplyDelete
  36. Xenophon didapati mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.memang wajar dia ditahan sebelum ia masuk ke negara ni.

    ReplyDelete
  37. Anonymous said...
    February 18, 2013 at 3:05 PM

    Jika dia datang sini dengan tiada niat baik, lebih baik tidak datang ke sini
    ( Yang 100 orang datang ke Lahad datu berniat baik sebab itu dibawa berunding dulu? Senator Australia pula berniat tak baik sebab itu di halang terus?)

    ReplyDelete
  38. 100 org brsnjata tu cuma musuh negara bukannya musuh politik. Senator tu musuh politik bukannya musuh negara. UMNO tk kisah dgn negara, tp mereka kisah sgt dgn politik mereka. Iyalh.. tkut hilang kuasa....

    ReplyDelete
  39. Sabah Artistes Association (Paras) members will promote the Barisan Nasional government's contribution to the state via music composition and performances.

    ReplyDelete
  40. Its president, Abu Bakar Ellah, said this was to show their gratitude to the government's initiative in supporting the local artistes' movement.

    ReplyDelete
  41. Abu, who is fondly known as Ampal, added that the government had also taken care of the local artistes's welfare by giving subsidies and believed the opposition would not be keen in doing the same.

    ReplyDelete

  42. "The government has helped to ease the people's burden in many aspects including education and cost of living.

    ReplyDelete

  43. The association, which has about 200 members, was established last year.

    After a recent meeting with Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, Abu had said that a committee would be formed to assist the government to win the people's support.

    ReplyDelete

  44. "As entertainers, our approach in delivering those messages will be through radio broadcasting as well as song composition," he added.

    ReplyDelete

  45. To date, popular local hits such as "Orang Kita", composed by Abu, has been renamed "Kita BN, BN Kita" while "Sayang Kinabalu", composed by Asmin Mudin, is "Sayang Sabah.”

    ReplyDelete
  46. The independent senator was detained and deported from Malaysia upon arrival over the weekend - a decision he says came from "the highest levels of the Malaysian government" because of his support for pro-democracy reform.

    ReplyDelete
  47. He arrived in Melbourne on Sunday after an eight-hour return flight, saying he believed he was the first Australian MP ever to be deported and he was ready to fight such a travel ban in court.

    "I'm now on a watch list," he said.

    ReplyDelete
  48. "I don't know how many years or decades it will be before I'm allowed to set foot in Malaysian soil, which is a great pity."

    Senator Xenophon had been travelling to Malaysia as the head of an unofficial parliamentary delegation to review the country's electoral system.

    ReplyDelete
  49. He and other Australian MPs were to meet Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, as well as the minister in charge of parliamentary affairs, Mohammed Nazri, and members of the group Bersih - the Coalition for Clean and Fair Elections.

    But immigration officials told Senator Xenophon there was a technical glitch with his passport when he arrived in Kuala Lumpur on Saturday.

    ReplyDelete
  50. He said he was then detained and deported upon being found to be a security risk.

    ReplyDelete
  51. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Senator Australia, Nick Xenophon ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, hari ini setelah didapati mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara. Xenophon, yang tiba dari Melbourne, Australia, pada pukul 6.50 pagi, ditahan pihak imigresen mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963.

    ReplyDelete
  52. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Ketika mengesahkan penahanan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, Xenophon merupakan golongan yang tidak diingini dan dilarang masuk ke negara ini kerana mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.

    ReplyDelete
  53. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    "Apabila kita semak sistem dia merupakan orang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam negara kerana sebelum ini pernah menimbulkan isu yang cenderung ke arah menggugat keharmonian negara," katanya ketika dihubungi Bernama.

    ReplyDelete
  54. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Menyangkal dakwaan kononnya Xenophon dinafikan hak untuk menemui sesiapa dan mengehadkan sebarang hubungan dengan pihak luar, Alias berkata, Xenophon dibenarkan bertemu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa, yang datang untuk menemui beliau di bilik mesyuarat pejabat Imigresen LCCT pagi tadi.

    ReplyDelete
  55. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Beliau berkata, Kupa yang turut menemuinya berhubung penahanan Xenophon itu, menyatakan rasa puas hati dengan layanan Imigresen Malaysia terhadap senator itu serta menegaskan bahawa beliau menghormati undang-undang negara.

    ReplyDelete
  56. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Xenophon dilaporkan ialah antara 50 penggubal undang-undang di Australia yang mendesak supaya pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan pada Februari 2010.

    ReplyDelete
  57. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Penggubal undang-undang Australia itu juga dilaporkan sering mengkritik sistem perundangan Malaysia, merujuk sebuah jawatankuasa parlimen sebagai 'mahkamah kangaroo'.

    ReplyDelete
  58. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Dalam misi pencarian fakta pada April tahun lepas, Xenophon turut serta dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan mengadu gas pemedih mata disembur ke arahnya, dan berkata, cara polis mengendalikan perhimpunan itu membuktikan kerajaan Malaysia adalah kerajaan 'autoritarian'.

    ReplyDelete
  59. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Selain mengkritik sistem politik Malaysia, Xenophon juga mengkritik industri minyak sawit negara. Senator itu berulang kali mendakwa minyak sawit tidak baik untuk kesihatan orang ramai dan menuduh rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri sawit telah memusnahkan hutan tropika yang merupakan habitat Orang Utan.

    ReplyDelete
  60. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Sementara itu, sekumpulan ahli politik Australia, yang menjadi delegasi senator itu, bagaimanapun membatalkan lawatan ke Malaysia selepas Xenophon tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

    ReplyDelete
  61. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Delegasi tersebut terdiri daripada Xenophon, Ahli Parlimen parti Liberal Mal Washer, Senator John Williams dan Ahli Parlimen parti Buruh, Steve Georganas dijadual melakukan lawatan tidak rasmi menjelang pilihan raya umum di Malaysia.

    ReplyDelete
  62. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Antara lain, delegasi itu bercadang untuk menemui Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan anggota kumpulan Bersih.

    ReplyDelete
  63. ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR BAGI MENGHURU-HARAKAN NEGARA, MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    Senator Williams berkata, jadual lawatan delegasi itu, yang dirancang dua bulan lepas, kini tidak akan diteruskan. Williams berkata, mereka (Kerajaan M'sia) mempunyai sebab mengapa dia (Xenophon) ditahan, katanya.

    ReplyDelete
  64. Xenophon has got nothing to do with Malaysia politics.

    ReplyDelete
  65. Sistem Politik Malaysia memang serign dikritik. Moga-moga kritikan ini mendorong supaya membuat dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  66. Mungkin Xenophon mengancam politik Malaysia.

    ReplyDelete
  67. Kerajaan masih dalam usaha untuk memberi yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  68. Adakah Xenophone mengancam ketenteraman negara?

    ReplyDelete
  69. Beliau harus menghormati negara lain.

    ReplyDelete
  70. Baguslah disekat agar tidak mengancam ketenteraman.

    ReplyDelete
  71. Beliau tidak harus mengkritik politik Malaysia.

    ReplyDelete
  72. Politik tidak harus dikaitkan dengan artis.

    ReplyDelete
  73. Beliau tidak mewakili mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  74. Aku rasa negara kita lama2 kena boikot oleh negara luar. Hakikatnya, ramai pelabur tarikbalik pelaburan mereka di Malaysia selepas kes fitnah 1 rehadap DS Anwar. Hanya UMNO yg pekak badak. Contoh, kilang nescafe di Shah Alam telah lari ke lnegara jiran dan mngecilkn operasi perniagaan mereka di Malaysia. Di Kajang, satu persatu kilang milik pelabur luar lari. Hanya UMNO yg pekak badak.

    ReplyDelete
  75. penahanannya pasti ada alasan munasabah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.