Sekumpulan samseng Umno BN cuba menganggu sambutan Pesta Ponggal bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, petang semalam.
Lebih 20 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesat.
Tiada kejadian buruk berlaku berikutan penyokong Pakatan Rakyat tidak menghiraukan provokasi mereka, sebaliknya menumpu perhatian terhadap atur cara sambutan.
Anwar menyifatkan gangguan berkenaan membuktikan Umno BN semakin terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang menolak mereka.
“Jadi, upah orang-orang ini untuk kacau supaya rakyat jangan dengar apa yang kita ingin sampaikan.
“Kita datang untuk cerita apa yang akan kita lakukan bila perintah kelak. Apakah ia salah?
“Nasib rakyat tidak boleh diubah dengan upah RM20 untuk ganggu dan buat kacau. Negeri ini bukan milik Umno BN tapi milik rakyat.
“Kamu di seberang sana boleh kata macam-macam tapi saya tidak akan berganjak untuk menyampaikan agenda keperubahan pada rakyat,” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan lebih 1,000 rakyat tempatan yang menyertai program berkenaan.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi, Exco AMK, Ginie Lim dan pimpinan lain.
Anwar kesal kerana Umno BN terus mengamal budaya politik maki hamun sedangkan Pakatan membawa amalan politik menjaga ehwal rakyat.
“Tapi saya percaya – walaupun diganggu – kehadiran ramai rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan,” katanya. -KD
Tuesday, February 5, 2013
Samseng Ganggu Pesta Ponggal Di Alor Gajah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keganasan samseng menjadi satu budaya sudahkah??
ReplyDeletePasti bukan samseng upahan Anwar sendiri? Hehehee
ReplyDeletePublisiti murahan untuk kepentingan politik.
ReplyDeleteMankuk ayun betullah mereka tui...
ReplyDeleteBudaya politik samseng yang semakin menular di negara ini hakikatnya tidak wajar berlaku.Apatah lagi ia bukan budaya masyarakat Timur yang sekaligus apabila berlaku, menggambarkan budaya politik Malaysia masih tidak matang meskipun negara sudah mencapai kemerdekaan
ReplyDeleteHakikatnya, budaya samseng hanya mencemarkan tatasusila dan menjatuhkan maruah rakyat Malaysia di mata dunia.
ReplyDeleteMeminjam kata-kata moderator, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya bahawa seharusnya di Malaysia ini tunjangnya adalah "politik siuman", maka pelbagai pandangan dan punca berlakunya politik samseng ini.
ReplyDeleteSebagai sebuah demokrasi, pemilihan pemimpin sepatutnya tidak akan mewujudkan suasana kacau-bilau apatah lagi pertumpahan darah yang membahayakan keselamatan awam.
ReplyDeleteKeadaan ini pada hematnya boleh ditangani sekiranya pemimpin setiap parti politik mampu mengawal penyokong masing-masing dan tidak mencetuskan sentimen tertentu sehingga membawa kepada budaya politik seumpama itu.
ReplyDeleteBudaya politik samseng di negara ini hakikatnya berpunca daripada sikap pemimpin parti politik itu sendiri yang mencetuskan suasana politik sedemikian.
ReplyDeleteKawal penyokong satu keperluan tapi sebelum itu kena kawal diri sendiri, tak boleh jadi pencetus kepada masalah. Kena jadi pemimpin cuba selesaikan masalah.
ReplyDeleteMemang benar penyokong akan bersikap fanatik untuk memenangkan parti yang mereka sokong, namun untuk mencorakkan dengan cara bagaimana penyokong boleh bertindak adil dan saksama, itu adalah tugas pemimpin parti tersebut.
ReplyDeleteSatu bentuk memorandum persefahaman (MoU) perlu diadakan antara calon-calon yang bertanding dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan salah faham dan budaya politik samseng ketika PRU13 nanti.
ReplyDeleteBudaya politik samseng tidak akan berlaku sekiranya rakyat di negara ini menerima kepelbagaian idea dan perbezaan ruang pendapat dalam arena politik negara.
ReplyDeleteTafsiran politik samseng itu, masih menjadi kegagalan hingga hari ini, politik di negara ini masih perlukan penambahbaikan
ReplyDeleteInilah yang Najib katakan MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR!!!!!
ReplyDeletePolis berdiri saja tengok tak berani tangkap pengacau sebab ORANG UMNO KEBAL UNDANG-UNDANG!
ReplyDeletesalah satu budaya dari UMNOGOK
ReplyDeletebila rakyat tidak sokong, bila rakyat boikot program pembangkang, mulalah media pembangkang tuduh kononnya BN upah samseng untuk buat kacau?
ReplyDeletekalau rakyat tidak terima perjuangan Anwar, terima sajalah dengan seadanya.. apa main tuduh2 pula.. ingat semua 28 juta rakyat Malaysia sayang sangat dengan Anwar?
ReplyDeletepembangkang terutamanya Pakatan Rakyat jauh lebih teruk.. sanggup upah pengganas untuk menjayakan demonstrasi jalanan di negara ini..
ReplyDeleteHarryzan Aming SIAPA YANG CAKAP PAKATAN SANGGUP BAYAR PENGGANAS JAYAKAN DEMONSTRASI, BAPA KAU?
ReplyDeleteKalau ada orang menggangu majlis pembangkang, mesti BN yang disalahkan.
ReplyDeleteBegitu mudah pembangkang menunding jari terhadap BN.
ReplyDeleteApakah bukti mereka bahawa samseng itu adalah orang BN?
ReplyDeleteApakah bukti mereka bahawa BN yang mengambil samseng ini untuk buat kacau?
ReplyDeleteJangan tuduh BN tanpa bukti yang kukuh.
ReplyDeleteJom kenali Pecacai angkat najis LEMBU...TERRORIST,HEADHUNTER,MANTRA,SANIH,HARRYZAN..Tukang komen UMGOK BODOH PIANG.
ReplyDeleteada bukti ke? jgn main tuduh ja
ReplyDeleteBULAN depan, tepatnya pada 16 September sejarah politik Malaysia akan terus mengingati hiruk-pikuk dan harapan palsu yang dicetuskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ReplyDeletePada tarikh itu, sejarah mengingati Anwar telah gagal menunaikan janji yang diuar-uarkan beliau ke seluruh pelosok dunia untuk membentuk kerajaan.
ReplyDeleteMalah sehingga sekarang selepas hampir empat tahun berlalu, Kabinet bayangan pun masih belum nampak bayang lagi.
ReplyDeleteRamai yang terpedaya dan kecewa dengan harapan palsu Anwar itu.
ReplyDeleteMereka yang telah dijanjikan jawatan dan pelbagai ganjaran hanya melopong kerana ternyata tersilap langkah. Mereka yang mencurah air di tempayan setelah mendengar guruh Anwar menyesal tak sudah.
ReplyDeleteMereka yang disebut-sebut bakal melompat parti untuk menyertai Anwar semasa itu antaranya segerombolan Ahli Parlimen dari Sabah. Janji Anwar bukan kepalang jawatan di Sabah dan juga Persekutuan.
ReplyDeleteTetapi penahan kuasa Anwar rupa-rupanya masih ada bisa. Nafsu kekuasaan tidak menjadikan drama politik 16 September itu sebagai satu pengajaran kepada mereka.
ReplyDeleteSelepas berbulan-bulan berunding, akhirnya dua Ahli Parlimen BN iaitu Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran) meletak jawatan dan berpaling kepada pakatan pembangkang.
ReplyDeleteSusulan itu, Anwar membayangkan lebih banyak berita baik dari Sabah akan berlaku.
ReplyDeleteAda nada suspen seperti dulu. Nada hiruk-pikuk Anwar ini kelihatan sama menjelang drama 16 September dulu. Cuma mungkin ramai yang sudah lupa termasuk Lajim dan Bumburing.
ReplyDeleteTentu banyak janji dan harapan yang dimuktamadkan dalam perbincangan antara Anwar dan Lajim.
ReplyDeleteAlmaklum Anwar begitu terdesak untuk menawan Putrajaya. Pilihan raya kali ini bakal menjadi percubaan terakhirnya. Jika gagal lagi, beliau sudah memberi signal untuk bersara.
ReplyDeleteLajim yang ditarik balik jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dikatakan mendapat habuan jawatan Ketua Menteri.
ReplyDeleteSetakat ini sebagaimana dinyatakan Anwar, kedua-dua Ahli Parlimen itu diberi jaminan kerusi sama ada PKR atau DAP.
ReplyDeleteMampukah Lajim dan Bumburing menjadi pembakar semangat untuk menjayakan cita-cita peribadi Anwar ini dan sekaligus mengucar-ngacirkan negeri deposit BN itu? Mampukah kedua-duanya menjadi penyuluh jalan untuk pakatan pembangkang memecah kubu BN?
ReplyDeleteAnwar telah gagal membawa parti pembangkang ke puncak kekuasaan pada pilihan raya umum 2008.
ReplyDeleteSeterusnya cubaan menerusi pintu belakang pada 16 September juga akhirnya menjadi bahan jenaka. Apa lagi muslihat yang Anwar akan gunakan kali ini?
ReplyDeleteKita tidak tahu apa yang berlaku dan siapa yang merancang sebenarnya, mana tau ini salah satu daripada taktik pembangkang.
ReplyDeleteAnwar hanya memberi janji kosong kepada rakyat.
ReplyDeleteJika tiada bukti yang kukuh, lebih baik jangan main tuduh-tuduh sahaja.
ReplyDeleteLajim dan Bumburing, hanya di beri janji manis, kedua-duanya mengejar kedudukan sebagai KM Sabah.
ReplyDeleteJangan salah kan BN dalam hal ini, tidak semestinya perkara ini terjadi angkara BN.
ReplyDeleteAs the country’s security forces continue to defend Sabah, Barisan Nasional leaders are voicing their support and praying for the personnel’s safety.
ReplyDeleteLeading the way is Datuk Seri Najib Tun Razak who had tweeted twice, the first going out at 12.28pm.
ReplyDeleteIn Bahasa Malaysia, the Prime Minister stressed that the Government would not let anyone undermine the nation’s sovereignty.
ReplyDeleteHe also rallied Malaysians to stand firm in supporting the country’s security forces.
ReplyDelete
ReplyDeleteTwo minutes later, he tweeted, saying he was thankful that the operations against the Sulu armed group had gone smoothly and that a door-to-door operation was being carried out.
ReplyDeleteMCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tweeted: “Congratulations to our security forces in Sabah for a successful operation carried out in protecting our nation’s sovereignty.”
MCA vice-president Gan Ping Sieu sent his highest regards to the armed forces.
ReplyDelete
ReplyDelete“No one wants bloodshed, but peace and order must not be compromised,” he tweeted.
Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tweeted in Bahasa Malaysia that the situation was calm on both sides.
ReplyDeleteHe urged Malaysians to pray for the success of the country’s armed forces and added that they were protected by Allah.
ReplyDeleteKota Belud MP Datuk Abdul Rahman Dahlan tweeted that “going to Parliament for a special session is the last thing on my mind”.
ReplyDelete“Right now I just want to be with the people of Lahad Datu,” he tweeted.
ReplyDelete
ReplyDeleteMeanwhile, Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir called upon all Malaysians, regardless of their political leanings, to come together in support of the Government’s efforts in the Lahad Datu standoff.
ReplyDeleteHe said now was not the time for Opposition leaders to criticise or politicise the issue, as it involved national security.
He said Perak PAS deputy commissioner Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin’s allegation that the Government was slow in channelling accurate information on what is happening in Lahad Datu to the rakyat was irresponsible and uncalled for.
ReplyDelete