Sunday, February 17, 2013

Video Adun Pulau Manis Maki Hamun Mahasiswa

Kisah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Pekan, Khairudin Mahmud mengamuk dan memaki mahasiswa yang masuk bertemu penduduk di kawasannya tanpa kebenaran beliau kini menjadi video top di youtube.

Video yang dirakam secara rahsia oleh salah seorang mahasiswa yang dimaki itu kini menjadi kegilaan ramai di youtube.

Video itu menggambarkan YB Khairudin yang lebih dikenali Cikgu Din itu menemui para mahasiswa yang masuk ke Pekan melalui Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) untuk menyampaikan agenda mereka.

Cikgu Din kelihatan dengan kasar memarahi para mahasiswa itu termasuk membangkitkan soal cincin yang dipakai oleh Rosmah.

Selain insiden serangan oleh wakil rakyat Umno ini, mahasiswa yang turun ke Pekan juga ada yang dibelasah dan ada siswa yang dikejar dengan parang oleh mereka yang tidak dikenali.

Pengerusi GM13, Syis Abd Kadir berkata, mahasiswa tidak sesekali mahu bermusuh dengan rakyat sebaliknya ingin menyampaikan harapan mereka kepada rakyat khususnya di Pekan yang merupakan kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pendirian GM13 jelas iaitu tidak mahu bermusuh dengan rakyat dan kami akan meneruskan program seperti yang dijadualkan.

“Kami akan cuba pergi ke tempat-tempat di Dun di Pekan dan kalau dihalang, kami berundur. Kami bukan pergi untuk bergaduh,” kata beliau dipetik Harakah Daily.

4 comments:
Write comments
  1. Bangsat punya ADUN. Kenapa kau yg takut dgn kehadiran mahasiswa tu. Mereka brgerak atas semangat demokrasi dan mereka bukan penjahat atau komunis. Mahasiswa jer. Maknanyer UMNO dah sampai 'nyawa dihalkum' dan bersedia lah rakyat kariah utk mnkafankan UMNO selepas ini. Kalau aku jadi Najib,secara gentleman aku panggil ADUN Pulau Manis mngadap aku dan aku TAMPAR sepuloh kali. Buat malu kompeni sebab parti aku kuat,kenapa harus ditakut dgn kehadiran mahasisa, itu yg aku akan cakap pd ADUN bangsat tu.

    ReplyDelete
  2. Tu pelajar la bukan pti,

    ReplyDelete
  3. Anonymous February 17, 2013 at 6:17 PM

    Itulah mempertahankan putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir namanya!

    ReplyDelete
  4. Yg pasti bekas ADUN Pulau Manis,Datuk Ariff telah lari dr UMNO dan brceramah atas pentas PAS. Ini ADUN yg baru, bodek Najib le tu. Kan dia bawah Parlimen Pekan.

    **888

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.