Thursday, February 14, 2013

Peluang Pambangkang Semakin Tipis?

Tiada tempat bagi kumpulan pembangkang untuk cuba-cuba menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Ini katanya, rakyat negeri ini bukan sahaja sudah bijak dan matang berpolitik, tetapi mereka mampu menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

"Rakyat Sabah tidak akan sampai hati terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membawa pembangunan begitu banyak kepada negeri ini malahan saya yakin sokongan rakyat terus bertambah dari semasa ke semasa," tegasnya semasa berucap melancarkan Markas Pemuda BN P.184 Libaran di Bandar Labuk Jaya, Batu 7, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd Edris; Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Hajah Armani Mahiruddin serta Ketua Pemuda Umno Libaran, Suhaimi Nasir.

Sehubungan dengan itu, Musa yang juga Pengerusi BN Negeri mengarahkan jentera Pemuda BN khasnya di kawasan Libaran siap siaga dengan memastikan jentera parti sentiasa kukuh bagi menghadapi PRU-13.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan jentera sentiasa berada dalam keadaan aktif sekali gus tiada masalah apabila berdepan dengan mana-mana parti lawan nanti.

Begitu pun, dia berbangga dengan komitmen dan hasil kerja ditunjukkan Pemuda BN Libaran yang sentiasa siap siaga pada setiap masa demi kekuatan parti di semua peringkat akar umbi.

"Inilah pemuda yang menjadi benteng pertahanan apabila kita berdepan dengan pihak lawan menjelang pilihan raya. Oleh itu, saya minta pemuda-pemuda BN kerap turun padang bukan saja memperkemas jentera parti tetapi juga untuk menangkis sebarang dakyah mahu pun tohmahan daripada pembangkang.

"Pembangkang ini tiada kerja lain asyik bercakap kosong sahaja. Mereka menjanjikan bermacam-macam. Saya berharap, rakyat tidak akan terpedaya. Sebab itu, Pemuda BN perlu juga sentiasa memantau," kata Ketua Menteri.

Justeru, katanya, kerajaan BN akan memastikan golongan belia tidak akan terpinggir dari arus pembangunan perdana.

Tambahnya, pelbagai usaha sedang dan telah dilaksanakan demi memastikan belia di negara ini terutamanya Sabah mendapat pembelaan sepenuhnya.

Musa menegaskan, gerak gempur Pemuda BN mampu mendekati golongan berkenaan agar terus terbela daripada terpedaya dengan dakyah-dakyah mengelirukan dari pihak tertentu.

Oleh: SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

88 comments:
Write comments
  1. kesianlah kau musa, ini kali umno BN akan hancur di sabah. BN lah yang menjadi pengkhianat besar negeri sabah sanggup beri kerakyatan kpd PTI semata mata untuk dapatkan undi mereka.

    BN akan ketulahan besar ni kali. jan kau ingat org sabah masih lagi bodoh mcm dulu2. kamu berilah apa saja biarpun RMsejuta seorang kali akan undi PR sbb kami tahu duit itu bukan umno yang punya tetapi rakyat yang punya dan semestinya rakyat berhak walau berapa banyak sekalipun.

    kau ni pun ada skandal rasuah besar cuma belum diadili sbb kerajaan BN melindungi perasuah. saudara jauh kau tu penjenayah besar tipu orang berjuta juta RM sama macam kau.

    mudah mudahan PR menang ni kali supaya kau cepat2 diheret ke mahkamah. kepada rakyat sabah, sesiapa yang menyokong umno BN, bermakna menyokong kerja terkutuk BN memberikan kerakyatan haram kpd PTI.

    ini kai laaa..

    ReplyDelete
  2. Sabah ada 25 buah kerusi Parlimen. secara realisitk PR dilihat mempunyai peluang cerah dikawasan bandar, dan dengan berkat usaha gigih penyokong PR 10-15 buah kerusi Parlimen boleh dirampas dari BN Sabah...kemenangan kerusi Parlimen diSabah dan Sarawak amat penting utk PR kerana jika dilihat semasa PRU12.. undi dari kedua negeri ini yg menyelamatkan BN...kali ni kebangkitan rakyat jelas berlaku....RCI yg mengesahkan peranan UMNO dlm menafikan hak kaum KadazanMurutDusun mesti dihukum.. so.. TURUN...!!!!(tolak UMNO Rakyat Untung.!!)

    Jom tolak Umno/BN

    ReplyDelete
  3. negeri sabah kaya..tapi berjaya dimiskinkan oleh bn ..kerana bimbang bila rakyat kaya dan cerdik mereka akan tolak BN..bila rakyat miskin maka mudahlah bn mengumpan mereke dgn umpan umpan duit..dan jambantan....hehehe

    ReplyDelete
  4. Org kadazan tak mungkin lagi percayakan UMNO yg mengimport pendatang dari indonesia utk merampas Sabah dari milik mereka.. RCI telah mengesahkan Maddey Kutti beer.. Iman Besar rasuahiyah UMNO adalah bapak setan yg bertanggung jawab membawa pendatang asing utk menjatuhkan kerajaan PBS Sabah.. peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1985 diLikas adalah rancangan jahat UMNO ketika itu utk mengugat kerajaan PBS Sabah..kali ni org Kedazan, Murut dan Dusun akan bersatu hati utk menjatuhkan UMNO Sabah...dan perlu dingat.. jatuhnya kerajaan UMNO sabah bukan bererti jatuhnya kerajaan Melayu dan Islam tapi jatuhnya kerajaan bathil dan perosak bangsa dan islam..

    ReplyDelete
  5. Musa Aman kompiden dengan undi pendatang asing dan undi POS..

    ReplyDelete
  6. Nampaknya KM yang saturang ni tengah bemimpi..Tanyalah mana2 bekas gerak gempur Umno bagaimana dasyatnya penipuan mereka ini semasa menjelang pembuangan undi!! Terus terang saya katakn, kebanyakan pemimpin umno itu makan gaji hasil dari penipuan undi yang membolehkan dorang memegang pelbagai jawatan tinggi.Bukankah hukumnya haram?So kita sekalian rakyat Sabah harus menolak umnoBn.

    ReplyDelete
  7. INI KALI LAH MUSA AMAN TAK LAH LGI KO AMAN/KAMI RAKYAT SABAH BUKAN BODOH/KO BAGI KAMI AMBIK UNDI HAPRAK NAK UNDI BN/KO TAK INGAT KA MANA PERGI AMANAH RAKYAT SABAH MANA PEGI DUIT KAMI DAH LEBIH 10 TAHUN KO TAK BAYAR JGN NAKTIPU LAGI/AKU MASIH SIMPAN SIJIL AMANAH RAKYAT SABAH ITU HAK KAMI KENAPA TAK BAYAR

    ReplyDelete
  8. INI KALI LAH INI KALI LAH INI KALI LAH//KEPADA RAKYAT SABAH YANG BUDIMAN INGAT KITA BUKAN KELDAI DIPADANG PASIR KITA ADALAH INTAN DI RIMBA YANG HIJAU INGAT MEREKA BAGI KITA AMBIK UNDI PANDAI PANDAI LAH/ KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI YANG MENBANTU KITA TAK KAN ORANG ASING

    ReplyDelete
  9. TEBAL JUGA MUKA KAU NI MUSA KEPARAT,TAK CUKUP DUIT RASUAH YANG KAU DAH DAPAT.KASIHANLAH KAU DAN KONCO-KONCO KAU KALI INI.KAMI KDM AKAN HANYUTKAN KAMU SEHINGGA KESEBERANG LAUT

    ReplyDelete
  10. Berita dr Putrajaya mnyebut BN dpt 13 kerusi Parlimen dan PR dpt 12 jer. Anyway...secara kolektif ,PR sapu kerusi parlimen 1Malaysia.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  11. Hanya dengan mengikut hukum-hukum dan undang-undang ALQURAN KALAMULLAH akan berjaya, aman dan sentosa dalam sesebuah negara itu. Ketika ini dalam AKHIR ZAMAN ISLAM akan bangkit dan menang. Manusia-manusia yang engkar, berpaling dan membelakangi hukum-hukum ALLAH akan hancur dan musnah. Adakah kerajaan UMNO BN masih menjadi pilihan RAKYAT Malaysia. Fikirkan lah UMNO BN sudah berpaling dan membelakangi ISLAM dan ALQURAN. Mereka memperguna ISLAM sebagai bahan POLITIK mereka untuk menarik kepercayaan rakyat pada mereka. Kepada rakyat ISLAM Malaysia fikirlah, berjuanglah untuk ISLAM yang sebenarnya. UMNO BN tekah banyak melakukan kesalahan dan kemungkaran.

    ReplyDelete
  12. Undian hantu harus dielakkan untukmenegakkan keadilan dan demokrasi negara.

    ReplyDelete
  13. Serahkan kepada rakyat sendiri untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  14. Saingan semkin giat dan ini juga menyebabkan UMNO kurang beryakin dan tidak menjalankan PRU umum sehingga saat terakhir.

    ReplyDelete
  15. BN harus kenal pasti kelemahannya.

    ReplyDelete
  16. Himpunan 112 membuktikan pembangkang semakin kuat dan banyak akan melompat parti.

    ReplyDelete
  17. CARA TIPU PERTAMA: Pengunaan dakwat hitam sebenarnya penipuan yang amat jelas. Dalam pilihan raya di negara lain di dunia – jari dicelup dakwat hitam sebagai tanda TELAH mengundi. Ini bermakna kalau jari ada dakwat hitam, maka Si Polan ini tidak dibenarkan datang berhampiran tempat mengundi. Ada dakwat tak boleh dapat kertas undi.

    Tetapi di Malaysia – jari tercalit dakwat hitam bermakna dapat kertas undi. Pelik? Di Malaysia, bakal pengundi dicalit dakwat hitam dahulu kemudian baru diberi kertas untuk mengundi. Pelik! Kenapa TIDAK celup dakwat hitam sesudah mengundi? Kenapa ada tanda dakwat hitam baru dapat kertas undi? Hairan? Jangan hairan. Jangan terperanjat. Semua sengaja dirancang SPR untuk menipu. Bagaimana penipuan berjalan?

    Senang sahaja. Dalam PRU 13, ada satu ‘kontijen baru’ dibentuk SPR. Mereka dinamakan Pengundi Awal. Ada seramai 240,000 angka rasmi Pengundi Awal. Mereka adalah pekerja SPR yang akan mengundi awal. Tangan mereka dicalit dakwat hitam kerana mereka mengundi awal.

    Tetapi walaupun ada calitan dakwat hitam – si Pengundi Awal boleh dapat kertas undi sekali lagi. Ini kerana di Malaysia ada calitan dakwat masih bisa mengundi. Bayangkan berapa ramai dari 240,000 yang akan mengundi sekali lagi? Ada dakwat hitam boleh dapat kertas undi. Nampak cara menipu? Jelas.

    CARA TIPU KEDUA: Kita pernah dengar bagaimana Azalina Osman dari Parlimen Pengerang menang dua kali pilihan raya dengan membeli bakal calon PKR. Ini bukan rahsia lagi. Kita sedar bagaimana bakal calon akan disogok, dibeli atau diculik sebelum hari penamaan calon. Tapi kali ini ada rancangan lebih.

    Hakikatnya dalam pilihan raya di Malaysia, bukan berapa ramai penyokong datang mengundi. Tetapi siapa yang menjadi pengira undi.

    Parti bertanding menyediakan apa yang dikenali sebagai PACABA – Ejen Mengundi, Ejen Mengira Undi dan Ejen Bilik Mengundi. Mereka diberi latihan. Anggota PACABA dari aktivis parti. Mereka bekerja sukarela di hari mengundi. Tetapi mereka jugalah benteng pertahanan awal paling lemah.

    Kerana kali ini – khususnya di Selangor – United Malays National Organisation menubuhkan dana khas untuk membeli PACABA Pakatan. Ini sebagai ‘top-up’ undi pendatang haram yang disusun di Selangor. Selangor menjadi sasaran kerana mati hidup politik Najib bergantung pada Selangor. Walaupun wujudnya 134,000 pengundi yang tidak diketahui asal usul mereka – membeli PACABA adalah satu lagi jaminan kemenangan.

    Membeli PACABA bukan satu yang baru. Pada pilihan raya 2008, satu kes berlaku di Lembah Pantai. Kes ini membuktikan bagaimana undang-undang dan peraturan SPR bertujuan untuk menipu.

    Di Bukit Kerinchi, setelah undi dikira tetiba PACABA PKR terperanjat apabila diberitahu bahawa Borang 14 telah habis. Borang 14 adalah borang wajib untuk menentukan jumlah undi. Tanpa PACABA menandatangani borang, maka undi di saluran tidak sah. Taktik jahat SPR telah digagalkan apabila pekerja PKR merantai bilik mengundi dan mengunci pintu masuk ke sekolah. Ini kerana ada PACABA PKR yang keras kepala dan TIDAK dapat dibeli malam itu.

    TEKNIK PENIPUAN YG AKAN DILAKUKAN OLEH SPR DEMI KEMENANGAN SELESA BN. AWAS !!

    ReplyDelete
  18. Rakyat dah lama bersedia....hanya Najib/MUSA saja yg belum bersedia.. hehe

    **Bakakuk/Birumata

    ReplyDelete
  19. Apa lagi yg kamu nak lakukan Najib untuk menyelamatkan umno sebab ada 2 bulan sahaja lagi. BR1M dah bagi, BL1M dah bagi, Psy Gangnam dah bawa, tv setiap masa memaparkan muka kamu , macam2 janji nak beri bantuan telah dibuat, samseng2 umno telah digerakkan bagi menyekat ceramah dan aktiviti PR. Hanya satu sahaja cara yg boleh menyelamatkan kamu dan umno iaitu penipuan pilihanraya besar2an dgn kerjasama spr dan polis malaysia. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah dan hanya kdpNya sahaja kita meminta.

    ReplyDelete
  20. Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  21. Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut menambah pendapatan negara.

    ReplyDelete
  22. “Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M2.0 dan BR1M 3.0,” katanya kepada lebih 10,000 yang menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor, di sini, kelmarin.

    Beliau berkata jika mahukan agenda transformasi ekonomi negara yang memberi pelbagai manfaat kepada rakyat itu diteruskan, maka kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diberikan mandat untuk terus memerintah negara ini.

    ReplyDelete
  23. “Jikalau mandat itu diberikan (kepada kerajaan BN) untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat, Malaysia akan mempunyai masa depan yang cukup hebat dan cemerlang,” katanya yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.Turut hadir pada majlis sambutan itu termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, anggota Parlimen Kulai Tan Sri Ong Ka Ting, beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

    ReplyDelete
  24. Perdana Menteri berkata kerajaan menerusi program transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada US$6,700 (RM20,759) pada penghujung 2009 kepada US$9,750 (RM30,210) pada penghujung 2011.

    Perkara itu adalah bertepatan ke arah usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    ReplyDelete
  25. Najib berkata kejayaan program transformasi ekonomi yang membawa pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan negara turut diperakui sendiri oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde.

    ReplyDelete
  26. Perdana Menteri berkata Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006 sehingga akhir tahun lepas juga telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM106 bilion dari dalam dan luar negara.

    Pada 19 Feb ini, Najib berkata, beliau dan rakan sejawatnya daripada Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Iskandar Malaysia dan merasmikan projek ikonik ‘Wellness Township’.

    “Program transformasi ekonomi negara sedang berjalan dengan pantas dan rakyat telah pun menerima faedah serta manfaatnya. Bukti kejayaan program transformasi itu boleh dilihat di sekeliling kita,” katanya.

    ReplyDelete
  27. Beliau berkata pasaran sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan, yang akan menyaksikan ia melonjak ke suatu tahap yang lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung.

    “Semua akan menerima faedahnya jika kita membuat keputusan yang tepat,” kata beliau.

    Menurutnya manfaat demi manfaat yang diterima oleh rakyat hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang dilaksanakan itu membuktikan kerajaan menepati segala janji yang dibuatnya.

    “Kita tidak menjual janji demi janji sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang. Kerajaan melaksanakan ‘Janji Ditepati’ terhadap segala yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  28. Memang tipis juga.

    ReplyDelete
  29. Sabah now has 926,638 registered voters, according to Election Commission (EC) deputy chairman Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

    ReplyDelete
  30. However, 258,943 people in Sabah aged 21 and above have not registered as voters.

    ReplyDelete
  31. The EC regards this as a big number, although not as big as in some other states. We urge those eligible to register as voters

    ReplyDelete
  32. On the enforcement teams, he said 31 teams had been formed in Sabah to represent the respective parliamentary constituencies including Labuan.

    ReplyDelete
  33. Cooperation and understanding among Barisan Nasional component parties are key to the coalition’s victory in Sabah at the coming general election.

    ReplyDelete
  34. Najib's advice must have been mooted basically from his personal evaluation and assessment of Musa's amazing testimony as the State CM.

    ReplyDelete
  35. In principle, the theory and practice of adhering to this unifying motto is nothing new to the understanding of most political leaders worldwide that accept liberal political ideology, be they in the government of the day or in the opposition blocks.

    ReplyDelete
  36. Barisan Nasional will only be back in power if members remain united and give their undivided support to the ruling coalition in the coming general election.

    ReplyDelete
  37. Deputy Chief Minister Datuk Yahya Hussin, who is also Sabah Umno secretary, said the election machinery must be strengthened and all Umno members must be alert and continue to monitor the opposition’s activities.

    ReplyDelete
  38. Kerajaan pusat memperuntukkan sejumlah RM23.2 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, termasuk RM7 bilion pada tahun lepas, untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, pendidikan dan kesihatan di Sabah.

    ReplyDelete
  39. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ini merupakan bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) membela nasib rakyat Sabah dan penduduknya akan terus menikmati kemajuan seiring kemajuan negara.

    ReplyDelete
  40. “Ini betapa besar peruntukan kerajaan BN, parti yang berjuang bela nasib rakyat. Bukan parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat, PAS yang dating Sabah mengatakan… kesian orang Sabah, parti BN tidak buat apa-apa dan tidak bagi peruntukan untuk Sabah,” katanya.

    ReplyDelete
  41. Beliau berkata demikian pada majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakyat yang dihadiri kira-kira 20,000 orang pelbagai lapisan masyarakat di sini hari ini.

    ReplyDelete
  42. Sambil mengulangi janji untuk terus membangunkan Beaufort, Musa mengajak rakyat Sabah agar menolak pembangkang dan menyokong pemimpin yang akan mewakili mereka untuk kesinambungan pembangunan di daerah ini.

    ReplyDelete
  43. Musa, yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata rakyat di negeri ini khususnya Beaufort bijak membuat keputusan untuk menilai calon BN yang terbaik untuk membela kepentingan mereka pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  44. Kerusi Parlimen Beaufort kini disandang bekas Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Lajim Ukin yang memenanginya pada 2008. Bagaimanapun Lajim melepaskan semua jawatannya dalam Umno pada Julai tahun lepas.

    ReplyDelete
  45. Sambil menangkis kempen yang dilaung pakatan pembangkang kononnya ketiga-tiga kerusi parlimen itu dalam genggaman mereka, beliau berkata majoriti rakyat Sabah menyokong kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuktikan kemampuan mentadbir negara dengan baik melalui pelbagai program transformasi kerajaan.

    ReplyDelete
  46. "Selama ini, para pemimpin Barisan Nasional khususnya wakil rakyat di Sabah sentiasa turun padang dan bekerja keras untuk membangunkan kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  47. di bawah Pemerintahan Kerajaan BN, Sabah telah mengalami perubahan yang POSITIF pada tahun-tahun kebelakangan ini

    ReplyDelete
  48. dan semoga di peringkat negeri, BN tetap akan terus memerintah Sabah ..

    ReplyDelete
  49. BN dijangka kekal sebagai pilihan utama bagi rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  50. nampaknya, lebih ramai orang berpuas hati dengan pimpinan BN berbanding dengan parti yang lain

    ReplyDelete
  51. berharap rakyat Sabah tidak mudah dipengaruhi oleh propaganda politik pembangkang ...

    ReplyDelete
  52. Sokonglah pembangunan yg BN telah bawa kepada negeri kta.. Bkan nya mau semua nya "free" saja seperti yg pembangkang janjikan.. Jika kta menerima ideologi pembangkang, ini akan menyebabkan negeri kta bakal melahirkan pemalas2 taraf profesional, bkan usahawan tahap international.. Bantuan RM250 tu pun saya sokong jika dberi kepada yg bujang & sudah bekerja.. Kalo yg tak bekerja pun dapat, makinlah rakyat kta jadi pemalas tahap gaban sbab adanya bantuan2 yg tak terancang..

    ReplyDelete
  53. semua pimpinan bn nampak seperti yakin menang. yakin cukup pengundi untuk mengundi mereka. mereka juga yakin bahawa rakyat akan marah sekiranya mereka menang dengan penipuan sepertimana yang berlaku di mesir dan negara negara timur tengah lain. apapun kita doakan supaya ALLAH Yang Maha Adil memberikan yang terbaik buat kita semua. lumrah kita manusia tidak sukakan kepada keganasan. tetapi lumrah juga bahawa kita tidak suka pada penipuan. keadilan harus ditegak kerana ia adalah antara tuntutan dalam beragama. pimpinan umno sepatutnya perlu mengingatkan diri sendiri supaya tidak bertemu dengan ALLAH dalam keadaan bergelumang dengan dosa-dosa. Semoga ALLAH memelihara kita semua dan menggerakkan yang terbaik buat kita semua... amin...

    ReplyDelete
  54. "eh, si musa terjun dengan labu2nya"...Biarkan, biarkan :)

    ReplyDelete
  55. kepada pembodek bn cermin fikir baik baik/mana mana juga kerajaan di dunia ini memang harus membantu rakyat tetapi jangan lah seperti pepatah melayu sambil menyelam minum air ialah kita lihat saja kedangkalan pemimpin bn tentang pemberian my kad pada pati ini pun ko harus bangakan kah/lihat saja di sekeliling kamu betapa senang nya jadi pendatang asing di sabah ini.lagi pun bn dah 50 thun bagilah pada orang lain plak memimpin kita lihat sapa yg terbaik dari yang baik ini kali lah

    ReplyDelete
  56. Biarklah rakyat yang menentukannya.

    ReplyDelete
  57. BN masih parti kuat. Bukan mudah ditewaskan.

    ReplyDelete
  58. Bn disaing oleh pembangkang yang semakin diterima oleh rakyat.

    ReplyDelete
  59. Berjayakah Transformasi oleh BN menambat hati rakyat?

    ReplyDelete
  60. Pemimpin yang tidak bertanggung jawab harus dilucutkan pangkatnya.

    ReplyDelete
  61. Bg aku...prbuatan BN tabur duit pd rakyat spt BR1M,TR1M,BL1M atau apa2 sumbangan baik SVTB1M ( bg tentera ) atau sumbangan mangsa2 bencana alam sgt sesuai diungkap sebagai RASUAH POLITIK oleh BN. Kenapa tiada sumbangan itu sebelum ini iaitu tahun2 lepas. Ia hanya kedengaran setelah usia KERAjaan BN hampir ke hujung jalan. Lantas,timbul brbagai subsidi utk rakyat. Yg pasti, Tok Guru Nik Aziz beri 'one-off' kpd org asli jd mu'allaf setelah di Islam kan oleh tok guru tu sendir sebanyak RM200 spt yg trmaktub dlm enakmen Islam negeri Kelantan...itu yg UMNO kata rasuah undi kerana ada PRK di DUN Galas. Boleh nampak ke??

    ReplyDelete
  62. At first, Sabah Progressive Party said that in Sarawak, as in Sabah, people have been calling for the opposition to be sensible enough to reach a "straight fight" formula to fight the BN.

    ReplyDelete
  63. "A straight fight against the BN boosts confidence among the people and synergises opposition campaigners.

    ReplyDelete
  64. However, SAPP failed to cooperate with the PKR to have a straight fight.

    ReplyDelete
  65. Confusion and weak machinery spoiled opposition chances in the next GE.

    ReplyDelete
  66. I have a feeling that they will not succeed this time due to their failure to unite.

    ReplyDelete
  67. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya akan menggandakan usaha dan memastikan semua urusan pentadbirannya dilakukan dengan sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan dalam PRU13 memihak kepada Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  68. Bagaimanapun Perdana Menteri mengingatkan semua pimpinan dan ahli BN supaya tidak memandang rendah keupayaan pembangkang dalam usaha meraih sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  69. “Kita tidak mahu sebarang sikap terlalu selesa dan juga terlalu yakin seolah-olah tidak ada apa yang boleh menggugat kita.

    ReplyDelete
  70. “Biarpun banyak petanda bahawa sokongan bertambah lebih positif kepada BN, tapi kita pun sedar bahawa dalam masa pilihan raya ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan kesudahannya,” kata beliau

    ReplyDelete
  71. pembangkang di Sabah masih perlu bekerja keras dan mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  72. Terdapat pelbagai parti pembangkang di Sabah termasuk Parti Pembaharuan
    Negeri (STAR), Parti Progressif Sabah (SAPP), Pakatan Rakyat (PR)
    baru-baru ini menambah sekutu — Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan
    Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang baru ditibuhkan.

    ReplyDelete
  73. Ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin
    dan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar BN pada
    bulan lepas, dan masing-masing menubuhkan PPS dan APS yang mempunyai
    matlamat yang selari dengan PR.

    ReplyDelete
  74. Sambutan luar biasa yang diberikan rakyat negeri ini terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika melakukan lawatan ke Beaufort, Papar dan Tuaran pada Khamis lepas membuktikan bahawa rakyat menyayangi kepimpinannya.

    ReplyDelete
  75. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata Perdana Menteri adalah seorang pemimpin yang baik hati dan sentiasa memikirkan kepentingan rakyat pelbagai kaum maka sebab itu rakyat tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa dengan beliau.

    ReplyDelete
  76. Ia menunjukkan sokongan padu rakyat terhadap Perdana Menteri semakin bertambah berikutan sikap kepimpinannya yang sentiasa prihatin dan memenuhi citarasa masyarakat iaitu selari dengan Konsep 1Malaysia yang beliau perkenalkan itu.

    ReplyDelete
  77. "Kerajaan Negeri amat berterima kasih dan bersyukur dengan sokongan memberangsangkan rakyat negeri ini terhadap beliau yang juga turut menunjukkan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional

    ReplyDelete
  78. Dalam pada itu, Musa mengingatkan rakyat terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN demi kesinambungan pembangunan.

    ReplyDelete
  79. Menurut beliau, negeri ini akan jauh lebih membangun dari segala aspek pembangunan di bawah pentadbiran kerajaan BN yang telah terbukti mampu mengotakan apa jua janji-janjinya.

    ReplyDelete
  80. Beliau berkata, pembangkang hanya tahu menabur janji manis semata-mata untuk meraih sokongan politik dan berbanding dengan kerajaan BN yang sentiasa berusaha dan bekerja keras demi kepentingan rakyat jelata.

    ReplyDelete
  81. "Oleh itu, kita mesti pertahankan kerajaan BN yang prihatin kepada rakyat... macam-macam bantuan dan inisiatif yang telah diberikan seperti BR1M dan banyak lagi membuktikan bahawa kerajaan hari ini adalah yang terbaik dan perlu terus kekal.

    ReplyDelete
  82. beliau menggesa rakyat agar sentiasa memelihara perpaduan bagi membolehkan mereka terus selesa menikmati kehidupan yang aman.

    ReplyDelete
  83. perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan anutan juga akan meyakinkan pelabur datang ke Sabah sekali gus merancakkan ekonomi negeri yang ternyata memberi manfaat kepada rakyat keseluruhan.

    ReplyDelete
  84. perpaduan yang kukuh turut menyumbang kepada kestabilan politik selain peningkatan ekonomi membolehkan kerajaan terus menyalurkan bantuan dan peruntukan demi pembangunan dan kesenangan rakyat.

    ReplyDelete
  85. Musa juga berharap rakyat mengambil peluang perayaan besar untuk kunjung-mengunjungi saudara dan rakan taulan, sekali gus merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

    ReplyDelete
  86. Hanya mengikut hukum-hukum dan undang-undang ISLAM (ALQURAN) yang akan berjaya mentadbir sesebuah Negara di Dunia ini. Kerajaan yang berpaling dan membelakangi ALQURAN akan hancur dan musnah. Kerajaan Malaysia UMNO BN, terang terang telah menolak hukum-hukum dan undang-undang KALAMULLAH maka tunggulah kehancuran mereka.

    ReplyDelete
  87. Rasanya kalau pembankang menang..adakah akan ikut hukum n undang2 KALAMULLAH. Setahu saya ketua PR sendiri keluar kenyataan yang beliau xakan laksanakan undang2 berasaskan KALAMULLAH maka siapa yg di maksudkan kehancuran tu? Beliau jg bertegas yg malaysia bukan negara islam..sbb islam itu agama rasmi negra ja (wawancara dgn station tv luar negara"..tp bg sy sbg wrgangara Malaysia yg beragama islam, dlm hati saya ini tetap negara islam..Klu tidak knp kt dlm OIC? Tilawah Al-Quran tiap tahun ada..Sy mmg xdpt trma PR sbb km pnh bka book exhibition kt Bangsar, KL y di hadiri Nurul Izzah..dpn exhbtn km ada exhbtn suara rakyat malaysia yg mnrik remaja2 utk sertai merk..tp mlhtkn cr mereka mgajk remaja smbil mnum arak n arak d tgn..smbil gadis mlyu bertdng dlm kump tu..wat sy rs ini kh suara rakyat malaysia yg disanjung. dh register naik msuk dlm bgun lg.sifat ingin tahu utk liht pa y ada..kwn sy nek atas dgn alsn nk g tndas..rupanya2 atas sn dh ready utk beparti..anak muda mmg suka la sbb rmi gadis seksi n maknyah..so br sy tesdr akan realiti..sjk dr tu sy xmnat lg utk tau politik..Jauh perjalanan luas pemandgn..Sy dh jlajah seluruh Malaysia..pelbagai ragam dh isu semasa yg sy dgr..Jd lah pengundi y bjak..Pilih la pemimpin yg dpat memberi khidmat mereka di kawasan anda..bkn pilih dr segi populariti pemimpin tertinggi atau parti..prcaya la pilhan itu lbh baik dr pd pilih berdasarkan polimik politik..Slh pilih pmimpin y menaggung dosa di akhirat kt..sbb plhn kt yg akan sbb kn nasib rakyat yg lain..Pemimpin yg baik..dia xkn memburukn negaranya sendiri di mata dunia..umpama "Anak y soleh @ solehah tidak akn memburukkn ibu bapanya kp org lain" Renungkan kn.. dua2 pari ada baik n buruknya..Rumah y siap dibina xperlula dirobohkan..cuma perlu dihiasi supaya nampak lebih cantik dan kukuh..jgn sbb amarah rumah lama dirobohkn, skrya dbina, brpa lm rumah tu akan siap dn dikukuhkan kembali..jgn nnt rumah y bru dibina roboh separuh jalan..barang2 semua di curi..nk beli duit kehabisan...br ms tu br tfkir knp la bodh dr ni dpngruhi emosi. skrnya yakin 200% mmg akn brlku perbhn besar y baik..truskn..tp klu xyakin jgn berjudi..sbb judi itu hram mgikut hukum KALAMULLAH. (sory byk kiasan)

    Natural(BN - no, PR - no)
    Ke-benaran (x) :)

    ReplyDelete
  88. natural-sekali baca pandangan mu tu nampak macam kau natural..tapi bila diamati betul2 kau bukannya natural...tapi sambil menyelam minum air :D:D:D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.